Anda di halaman 1dari 30

6.

DISGRAFIA
DISEDIAKAN OLEH:
CHONG CHEN QING
CHOW JIA JING
NG JIA QUAN
NG WAI PENG
POON CHI QIN
Definisi
• Berasal daripada perkataan Greek “dys” bermaksud “masalah” dan
“graphia” bermaksud “tulisan tangan”

• Definisi bagi disgrafia adalah masalah pembelajaran yang sering


dikaitkan dengan kesukaran dalam mengeja, tulisan tangan yang
tidak kemas, tidak betul dan sukar dibaca serta bermasalah dalam
memindahkan maklumat pada kertas.

• Menurut Knobelauch (2008), disgrafia bermaksud masalah dalam


menulis menggunakan tangan.
Ciri-ciri Disgrafia
• Kerap melakukan kesalahan ejaan dan tanda baca
• Contoh: dalam Bahasa Inggeris “biscuit” dieja sebagai “bisket”

• Tulisan tangan sukar untuk dibaca

• Menulis dalam keadaan yang perlahan dan ambil masa yang lama

• Menghadapi kesukaran semasa menulis (genggam alat tulis dengan kuat)

• Bercalap dengan diri sendiri semasa menulis

• Gemar menulis perkataan atau ayat yang tergantung


Faktor Disgrafia
Neurologik
• gangguan pada otak bagian kiri depan yang berhubungan dengan
kemampuan membaca dan menulis.
• kurangnya kecekapan koordinasi mata dan tangan untuk menulis
huruf
Faktor lain
• Trauma kepala
• Kelemahan auditory
• Kelemahan visual
• Masalah urutan (sequencing)
Jenis-jenis Diagrafia
1. Disleksia Disgrafia 2. Motor Disgrafia 2. Spatial Disgrafia
• Hasil penulisan spontan • Tidak mampu dalam
• masalah yang
adalah sukar dibaca.
disebabkan oleh memahami ruang yang
• Kanak-kanak dalam
kekurangan dari segi telah dibaca secara
kategori ini juga
menghadapi kesukaran kemahiran motor spontan dalam aktiviti
dalam mengeja tetapi halus. menulis, tetapi ejaan
tidak semestinya mereka dan kecepatan masih
mengalami masalah
dalam batas normal.
membaca atau disleksia
Cara-cara Membantu
Murid Disgrafia
• Latihan Psikomotor
• Kaedah Multisensori
• Pengurusan Grafik
• Terapi
1. Latihan Psikomotor
• Guru-guru boleh mengajar murid menaip dengan menggunakan papan
kekunci (keyboard) atau komputer.
• Dapat membantu mereka belajar bentuk kekunci seperti huruf dan
membantu mereka membina ayat dalam masa yang lebih cepat.
• Pada mulanya, murid-murid ini mungkin mengalami kesukaran untuk
menggunakan komputer atau papan kekunci kerana mereka tidak biasa
menggunakan alat ini, tetapi apabila mereka sudah biasa menggunakan
komputer atau papan kekunci, mereka akan lebih cepat belajar mengeja
daripada mereka belajar menggunakan tulisan tangan.
CONTOH AKTIVITI MEMPERKUATKAN TANGAN DAN JARI:
• Bermain dengan plastisin untuk menguatkan otot tangan
• Melengkapkan huruf atau nombor dengan menyambung
titik-titik
• Menggunakan kertas surih untuk menulis huruf atau
perkataan
• Manakala, peralatan untuk menulis mestilah selesa untuk
dipegang.
• Contohnya, kanak-kanak yang menghadapi disgrafia haruslah
menggunakan alat tulis seperti pensel yang besar.
• Kanak-kanak disgrafia ini akan lebih berminat untuk menulis
atas kertas jika mereka diberikan pensel yang mempunyai
berbagai-bagai warna yang cantik.
• Selain itu, kertas mestilah besar dan mempunyai garisan
supaya kanak-kanak ini dapat menulis di atas garis yang sama.
• Guru-guru serta ibu bapa juga haruslah memberi motivasi dan
menggalakkan kanak- kanak ini untuk terus berlatih menulis dengan
tulisan tangan.
• Hal ini kerana, akan tiba masanya kanak-kanak ini akan berjaya menulis.
• Kemahiran menulis akan dapat diperbaiki jika kanak- kanak ini terus
berlatih dan berusaha.
• Guru-guru dan ibu bapa haruslah memberi masa yang lebih panjang
kepada kanak-kanak ini ketika mereka sedang menulis, mengambil nota,
dan menyalin.
2. Kaedah Multisensori (VAKT)
• Kaedah multisensori adalah pendekatan pengajaran dan
pembelajaran serentak yang menjurus kepada aplikasi visual, auditori
dan kinestetik-taktil (Mendengar, bertutur, melihat, menulis)
• Dapat mengajar murid menuturkan idea mereka dengan nada yang
kuat dan merekod suaranya.
• Kemudian perdengarkan semula rekod suara kepada murid tersebut
dan mengarahkan murid tersebut menulis apa yang didengarnya.
• Strategi pengajaran ini dapat membantu kanak-kanak yang
menghadapi disgrafia mentafsir apa yang mereka dengar dalam
tulisan tangan.
• Guru-guru juga hendaklah menggalakkan murid-murid ini menyemak
semula hasil penulisan mereka seperti ejaan, dan bentuk huruf serta
menyuruh mereka menyebut apa perkataan yang mereka tulis sambil
mereka menulis perkataan itu.
• Strategi ini akan meningkatkan kemahiran mendengar dan menyalin.
• Penerapan teknik seperti menulis berdasarkan ‘feel’ melalui
penggunaan deria rasa dan alatan seperti kertas pasir menjadikan
strategi multisensori lebih berjaya membantu kanak-kanak disgrafia.
3. Pengurusan Grafik
• Boleh diajar menggunakan kaedah peta minda untuk menyusun idea-
idea yang hendak ditulis.
• Atau mengajar secara berperingkat-peringkat bagi proses penulisan
seperti percambahan fikiran, merangka, penyuntingan dan sebagainya.
• Strategi ini dapat membantu pelajar ketika membuat karangan pendek
supaya mereka dapat ayat-ayat yang dibina dalam peta minda yang
dibuat.
4. Terapi

• Kaedah terapi ini antara pendekatan berkesan untuk merangsang


perkembangan minda kanak-kanak berkeperluan khas menerusi lima
rangsangan asas iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau, rasa dan
rangsangan sendi.

• Terapi Cara Kerja


 Mengajar cara memegang alat tulis dengan betul
Latihan menguatkan otot tangan
Mengenalpasti dan Mentaksir Murid Disgrafia

•Keturunan

•Pencapaian Akademik

•Keupyaan Fungsi Kognitif


KETURUNAN

• Ibu atau bapa yang menghadapi penyakit ini akan membawa


potensi ini kepada anak mereka dalam keluarga.
PENCAPAIAN AKADEMIK
• Tulisan yang tidak konsisten. Contohnya tulisan mereka bersmabung antara

satu perkataan dan perkataan seterusnya dan saiz setiap huruf tidak sama.

• Mudah tertinggal perkataan dalam satu ayat.

• Cara memegang alat tulis yang terlalu kuat. Contohnya, mereka memegang

alat tulis sangat rapat dengan kertas dan menulis menggunakan lebih

daripada tiga jari.


KEUPAYAAN FUNGSI KOGNITIF

• Perkembangan otak yang lambat. Kelewatan


kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu
kemungkinan punca disgrafia.

• Kekeliruan mesej saraf antara dua bahagian otak itu


dalam memproses Bahasa.
PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN MURID
DISGRAFIA
1. Akomodasi (Menyesuaikan Diri)
Menyediakan alternatif untuk tugasan menulis.

2. Modifikasi (Pengubahsuaian)
Ubahsuai tugasan untuk mengurangkan kelemahan kanak-kanak atau pelajar.

3. Remedisi (Pemulihan)
Menyediakan arahan untuk meningkatkan hasil tulisan dan kemahiran menulis.
CARA MEMBANTU MURID DISGRAFIA

- Latihan psikomotor
- Kaedah multisensori
- Pengurusan grafik
- Terapi
Surih Garisan
Warna Gunting Dan
Tampal Tema Kucing
Surih Dan Mewarna
Kotak Hadiah
Kaedah multisensori
• dikenali sebagai kaedah VAKT
• Visual
• Audio
• Kinesthetic
• Tactile

• Murid lihat perkataan, murid sebut perkataan, murid tulis


perkataan, murid baca perkataan yang ditulis

• Aktiviti diulang sehingga menjadi tabiat


Pengurusan grafik
• Murid merancang dan menyusun idea supaya teratur dan jelas

• Murid mengawal dan memahami proses pemikiran kendiri

• Murid mudah menterjemahkan dan melahirkan idea dalam bentuk


tulisan.

• Murid mudah berfikir dengan lebih sistematik dan aktif dalam


penulisan.
Terapi
• Terapi fizikal – meningkatkan kemahiran motor halus dalam
menulis

• Terapi cara kerja – menjalankan aktiviti banyak menggunakan


tangan

• Terapi muzik – menenangkan murid supaya fobia terhadap


menulis dikurangkan