Anda di halaman 1dari 178

Tingkatan 1

1.01 Pengenalan kepada


Penyiasatan Saintifik
Sains adalah Sebahagian daripada
Kehidupan Harian
• Apakah Sains?
• Sains merupakan suatu disiplin ilmu yang
melibatkan pemerhatian dan kajian
eksperimen yang sistematik terhadap fenomena
alam semula jadi.
• Fenomena alam semula jadi ialah peristiwa semula
jadi yang berlaku dalam alam dan bukan dihasilkan
oleh manusia.
Di bawah menunjukkan contoh-contoh fenomena
alam semula jadi.

• Pertumbuhan manusia daripada bayi sehingga


dewasa
• Kejadian kilat, guruh, pelangi, aurora, hujan dan
salji
• Bencana alam seperti gempa bumi, letusan gunung
berapi, banjir dan kemarau

• Contoh-contoh fenomena alam semula jadi


• Kesan daya tarikan graviti seperti jatuh bebas dan
berat
• Teknologi ialah aplikasi sains yang digunakan untuk
menjadikan kehidupan manusia lebih selesa, sihat
dan sempurna.

• Kehidupan tanpa penggunaan teknologi


• Kehidupan dengan penggunaan teknologi
• Teknologi menjadikan kehidupan kita lebih selesa,
sihat dan sempurna
Kepentingan Sains dalam Kehidupan Seharian
• Sains diaplikasikan dalam aktiviti harian untuk menjadikan
kehidupan lebih selesa, sihat dan sempurna.
• contoh-contoh kepentingan sains dalam aktiviti harian.
• Perubatan
• Kereta api pantas
• Telefon pintar

• Pencemaran alam sekitar dikurangkan melalui kitar semula.


• Kerja harian
• Pengangkutan
• Komunikasi
Kepentingan Sains dalam Kehidupan Seharian
• Komunikasi
• Kepentingan Sains Dalam Kehidupan Seharian
• Sumber semula jadi
• Alam sekitar

• Pertanian
• Teknologi pertanian meningkatkan hasil pertanian dan pelbagai cara
pemprosesan makanan dapat menambahkan sumber makanan.
• Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber semula jadi untuk menjamin hidupan
terus hidup.
• Alat penghawa dingin, ketuhar gelombang mikro dan alatan lain membantu kerja
harian kita.
• Satelit, komputer dan internet memudahkan dan mempercepatkan komunikasi
jarak jauh.
• Penemuan cara rawatan penyakit dan ubat-ubatan baharu menjamin kesihatan
kita.
• Kapal terbang dan kereta api pantas menjadikan perjalanan jauh lebih selesa,
mudah dan cepat.
Bidang Sains, Kerjaya dan Subjek yang perlu
Dipelajari

Subjek yang
Bidang sains Kerjaya
perlu dipelajari
Guru sains, Biologi, kimia,
Pendidikan sains
pensyarah fizik
Doktor, jururawat Biologi, kimia,
Perubatan
fizik
Kejuruteraan Jurutera Fizik
Fizik Ahli fizik Fizik
Bidang Sains, Kerjaya dan Subjek yang perlu
Dipelajari

Subjek yang
Bidang sains Kerjaya perlu
dipelajari
Kimia Ahli kimia Kimia
Biologi Ahli biologi Biologi
Farmasi Ahli farmasi Biologi, kimia
Ahli astronomi Fizik,
Astronomi
astronomi
Bidang Sains, Kerjaya dan Subjek yang perlu Dipelajari

Subjek yang perlu


Bidang sains Kerjaya
dipelajari
Botani Ahli botani Biologi, botani
Zoologi Ahli zoologi Biologi, zoologi
Geologi Ahli geologi Fizik, kimia, geologi
Mikrobiologi Pakar mikrobiologi Biologi, mikrobiologi
Farmakologi Pakar farmakologi Biologi, kimia
Pakar forensik
Forensik Biologi, kimia, fizik

Pakar oseanografi Biologi, kimia,


Oseanografi
oseanografi
INPUT EKSTRA
• Biologi – kajian tentang benda hidup
• Kimia – kajian tentang jirim dan tindak balas yang
berlaku
• Fizik – kajian tentang tenaga dan kesannya terhadap
jirim
• Astronomi – kajian tentang planet, bintang dan
objek lain dalam alam semesta
• Botani – kajian tentang tumbuhan
• Zoologi – kajian tentang haiwan
• Geologi – kajian tentang batuan, tanih dan mineral
• Mikrobiologi – kajian tentang mikrobiologi
• Oseanografi – kajian tentang lautan
Jadual di bawah menunjukkan contoh inovasi
teknologi yang digunakan dalam kehidupan harian.
Bidang Subjek Contoh inovasi Kegunaannya
Menambahkan hasil
Tumbuhan diubah suai
Pertanian Biologi pertanian dan bekalan
secara genetik
makanan manusia
Menjadi bahan binaan
Pembinaan Kimia Plastik bagi pelbagai jenis alat
kegunaan harian
Dapat menghantar
Gentian kaca banyak maklumat
Perhubungan Fizik
secara jauh dengan
cepat
Menjalankan
Robot pembedahan
Perubatan Biologi dan fizik pembedahan yang
kompleks
Makmal Sains Anda
Radas dan Fungsinya
• Jadual di bawah menunjukkan struktur radas, rajah garisan bentuk
radas dan fungsi radas.
Simbol dan Contoh Bahan Berbahaya di dalam
Makmal Sains
Jenis bahaya dan simbol: Mudah terbakar

Sifat dan contoh

Bahan yang mudah mengewap dan terbakar.


Contoh: petrol, kerosin, alkohol, hidrogen

Cara pengendalian
Jauhkan daripada sumber api dan haba
Jenis bahaya dan simbol: Mudah meletup

Sifat dan contoh


Bahan meletup apabila dinyalakan atau bercampur dengan bahan kimia
yang tertentu.
Contoh: campuran gas hidrogen dan oksigen, gas butana

Cara pengendalian
Ikut arahan pengendalian bahan yang diberi dengan cermat
Simpan dalam parafin dan bekas yang tertutup
Jauhkan daripada api dan sumber haba
Jenis bahaya dan simbol: Merengsa

Sifat dan contoh


Bahan yang menghasilkan wap yang berbau sengit, memedihkan mata,
merengsa salur pernafasan, dan kulit.
Contoh: kloroform, bromin, fenol, sulfur dioksida, ammonia.

Cara pengendalian
• Elakkan daripada terhidu
• Gunakan di dalam kebuk wasap
Jenis bahaya dan simbol: Beracun atau toksik

Sifat dan contoh

Bahan yang menyebabkan keracunan dan maut.


Contoh: merkuri, sianida, klorin, metanol, karbon monoksida

Cara pengendalian
• Ikut arahan pengendalian bahan yang diberi
• Jangan minum, makan, hidu atau merasa bahan ini
• Simpan di dalam tempat yang berkunci
Jenis bahaya dan simbol: Mengakis

Sifat dan contoh

Bahan yang melecurkan kulit dan mengakiskan bahan lain.


Contoh: asid sulfurik, kalium hidroksida, kalsium oksida

Cara pengendalian
• Elakkan bahan daripada terkena mata, kulit atau pakaian
• Jika terkena pada mata, kulit atau pakaian, cuci tempat yang terkena bahan ini
dengan air yang banyak
Jenis bahaya dan simbol: Radioaktif

Sifat dan contoh

Bahan mengeluarkan sinaran radioaktif yang boleh


menyebabkan kanser.
Contoh: karbon radioaktif, uranium, plutonium

Cara pengendalian
• Ikut arahan pengendalian bahan yang diberi
• Simpan di dalam bekas plumbum yang bertutup
Jenis bahaya dan simbol: Bio-berbahaya
('biohazardous')

Sifat dan contoh

Bahan biologi yang berbahaya dan beracun.


Contoh: virus, sampel darah, sampel air kencing,
mikroorganisma berbahaya

Cara pengendalian
Ikut arahan pengendalian bahan yang diberi
Simpan di dalam bekas yang bertutup
Peraturan dan Langkah Keselamatan di dalam
Makmal Sains
Semasa di Luar atau di dalam Makmal Sains
•Patuhi semua arahan guru.
•Dilarang masuk ke dalam makmal tanpa
kebenaran guru.
•Jika menghadapi kemusykilan atau
mengalami keraguan, minta bantuan guru.
Semasa di dalam Makmal Sains
• Buka semua tingkap dan pintu makmal semasa berada di
dalam makmal.
• Dilarang berlari atau bermain di dalam makmal.
• Dilarang makan atau minum di dalam makmal.
• Dilarang menjalankan sebarang eksperimen tanpa
kebenaran guru.
• Dilarang menuang semula baki bahan kimia daripada
eksperimen ke dalam botol asal.
Sebelum Meninggalkan Makmal Sains

•Tutup pili air, pili gas, penunu Bunsen


dan suis elektrik selepas digunakan.
•Jaga kebersihan makmal.
•Bersihkan semua radas selepas
digunakan dan simpan di tempat asal.
•Bersihkan tangan sebelum
meninggalkan makmal.
Langkah-langkah Mencegah Kebakaran

•Padamkan api penunu Bunsen selepas


digunakan.
•Jauhkan bahan kimia mudah terbakar dari
sumber api dan haba.
•Jauhkan diri, pakaian, buku dan objek yang
mudah terbakar dari sumber api dan haba.
Langkah-langkah Keselamatan
• Laporkan sebarang kerosakan radas atau kecederaan kepada
guru dengan serta merta.
• Gunakan radas dan bahan dengan cara yang betul semasa
menjalankan eksperimen.
• Dilarang merasa atau menghidu bahan kimia tanpa
kebenaran guru.
• Dilarang menyentuh bahan kimia dengan tangan tanpa
kebenaran guru.
• Baca label pada botol reagen sebelum menggunakan bahan
kimia di dalamnya. Ikut semua arahan pada label itu.
Kemalangan dan tindakan yang perlu
diambil
Kemalangan Tindakan

Jauhkan diri dari sumber gas beracun dengan


Terhidu gas beracun
serta-merta.

Terkena renjatan elektrik Matikan suis elektrik dengan serta-merta.

Luka Lakukan pertolongan cemas dengan serta-merta.

Cuba keluarkan bahan kimia itu dan berkumur


Tertelan bahan kimia dengan air yang banyak secara serta merta
dengan kebenaran guru.
Bilas bahagian badan yang terkena bahan kimia
Terkena bahan kimia dengan air yang banyak secara serta-merta
dengan kebenaran guru.
Padamkan pakaian terbakar dengan
Pakaian terbakar menggunakan kaedah pemadaman api yang
betul.
Jauhkan dari tempat pembakaran dengan serta-
Berlaku pembakaran
merta.
1.03 Kuantiti Fizik dan Unitnya
Kuantiti Fizik

•Kuantiti fizik ialah kuantiti yang boleh


diukur.
Contoh-contoh kuantiti fizik
ialah panjang, jisim, masa, suhu dan arus
elektrik.
•Setiap kuantiti fizik terdiri daripada
suatu nilai dan suatu unit.
•Contoh:
•Panjang ibu jari = 6.1 cm
•Kuantiti fizik diukur dalam unit S.I. (unit
Sistem Antarabangsa)
Jadual di bawah menunjukkan lima kuantiti
fizik, unit S.I. yang sepadan dan simbolnya.

Kuantiti fizik Simbol biasa Unit S.I. Simbol unit S.I.

Panjang ℓ Meter m

Jisim m Kilogram kg

Masa t Saat s

Suhu mutlak Ө atau T Kelvin K

Arus elektrik I Ampere A


• INPUT EKSTRA
Pada tahun 1960, sistem antarabangsa unit S.I
(Système International d'Unités) dipilih sebagai
sistem unit pengukuran sains dalam persidangan
penyelarasan unit yang bertaraf antarabangsa.
Simbol dan Nilai Simbol bagi Imbuhan

•Imbuhan awalan digunakan bagi


mewakili nilai yang lebih
besar atau kecil dalam unit S.I.
Jadual di bawah menunjukkan beberapa imbuhan
awalan, simbol, nilai dan faktor pendarabannya.

Imbuhan awalan Simbol Nilai imbuhan Bentuk piawai

giga G 1 000 000 000 × 109


mega M 1 000 000 × 106
kilo k 1 000 × 103
hekto h 100 × 102
deka de 10 × 10
desi d 0.1 × 10-1
senti c 0.01 × 10-2
mili m 0.001 × 10-3
mikro μ 0.000 001 × 10-6
nano n 0.000 000 001 × 10-9
Contoh:
1 km(simbol bagi
1 kilometer
= imbuhan awalan,
(imbuhan
kilo, k)
awalan kilo)
1 000 m (nilai bagi
= imbuhan awalan
kilo, 1 000)
= 1 × 103 m
(faktor pendaraban
bagi imbuhan
kilo, 103)
Pertukaran Unit Kuantiti Asas

•Kuantiti asas adalah kuantiti fizik yang tidak


dapat ditakrifkan dalam sebutan kuantiti-
kuantiti fizik yang lain.
•Contoh-contoh kuantiti asas
ialah panjang, jisim, masa, arus
elektrik dan suhu.
•Pertukaran unit kuantiti asas yang dilakukan
untuk tujuan tertentu.
Jadual di bawah menunjukkan bagaimana
unit kilogram ditukar kepada gram dan
sebaliknya.
kilogram kepada gra gram kepada kilogra
Pertukaran unit jisim m: m:
1 kg = 1000 g 1 g = 11000 kg
0.8 kg
= 0.8 × 1 kg
Contoh
= 0.8 × 1000 g
= 800 g
25 g = 25 × 1 g
= 25 × 11000 kg
= 140 kg
= 0.025 kg
Pertukaran Unit Panjang

Jadual di bawah menunjukkan bagaimana


unit kilometer ditukar kepada meter dan sebaliknya
serta unit meter ditukar kepada sentimeter dan
sebaliknya.

kilometer kepad meter kepada kil meter kepada se sentimeter kepa


Pertukaran unit
a meter: ometer: ntimeter: da meter:
panjang
1 km = 1000 m 1 m = 11000 km 1 m = 100 cm 1 cm = 1100 m

20 m
1.2 km = 20 × 1 m 0.5 m 2 cm
= 1.2 × 1 km = 20 × 11000 km = 0.5 × 1 m = 2 × 1 cm
Contoh
= 1.2 × 1000 m = 0.02 km = 0.5 × 100 cm = 2 × 1100 m
= 1200 m = 50 cm = 0.02 m
Pertukaran Unit Masa

Jadual di bawah menunjukkan bagaimana


unit jam ditukar kepada saat dan sebaliknya,
unit jam ditukar kepada minit dan sebaliknya serta
unit minit ditukar kepada saat dan sebaliknya.
jam kepada saat saat kepada jam jam kepada minit
Pertukaran unit panjang
1 j = 3600 s 1 s = 13600 j 1 j = 60 minit

0.5 j 90 s 1.2 j
= 0.5 × 1 j = 90 × 1 s = 1.2 × 1 j
Contoh
= 0.5 × 3600 s = 90 × 13600 j = 1.2 × 60 minit
= 1800 s = 140 j = 0.025 j = 72 minit

minit kepada jam minit kepada saat saat kepada minit


Pertukaran unit masa
1 minit = 160 j 1 minit = 60 s 1 s = 160 minit

0.02 minit
3 minit 15 s
= 0.02 × 1 minit
= 3 × 1 minit = 15 × 1 s
= 0.02 × 60s
Contoh = 3 × 160 j = 15 × 160 minit
= 1.2 s
= 120 j = ¼ minit
= 0.05 j = 0.25 minit
• INPUT EKSTRA
Kuantiti yang diterbitkan daripada kuantiti asas
dikenal sebagai kuantiti terbitan. Contoh-contoh
kuantiti terbitan termasuklah

• laju.
• luas.
• isi padu.
• ketumpatan.
• daya.
Kepentingan Unit Piawai dalam Kehidupan
Harian

•Penyelarasan unit bermaksud pengamalan


satu sistem unit pengukuran secara meluas
seperti di peringkat antarabangsa.
•Unit S.I. dipilih sebagai sistem unit
pengukuran sains dalam persidangan
penyelarasan unit antarabangsa
untuk memudahkan
perhubungan antarabangsa sejak tahun
1960.
Kepentingan Penggunaan Unit S.I. dalam Bidang
Sains

• Mengelakkan masalah yang berkaitan dengan


penukaran unit dalam sistem unit yang berlainan.
• Mempiawaikan unit kuantiti fizik seperti kilogram,
meter dan saat.
• Memudahkan pertukaran maklumat mengenai
kuantiti fizik yang diukur.
• Menjadian penganalisaan data khasnya secara
bandingan dengan lebih tepat.
• Memudahkan perkongsian dan kefahaman
pengetahuan sains dan teknologi.
Kepentingan Penggunaan Unit S.I. dalam
Kehidupan Harian

• Mengelakkan masalah yang berkaitan dengan


penukaran unit dalam sistem unit yang berlainan
dalam aktiviti harian.
• Memudahkan perhubungan antarabangsa.
• Membantu perkembangan dalam pelbagai bidang
seperti sains, pendidikan, perdagangan, perindustrian
dan sebagainya di peringkat antarabangsa.
• Menggalakkan perdagangan antarabangsa.
• Meningkatkan taraf penyelidikan sains dan teknologi.
1.04 Penggunaan Alat Pengukur, Kejituan,
Kepersisan, Kepekaan dan Ralat
Penggunaan Alat Pengukur yang Betul

• Alat pengukur yang betul perlu digunakan dengan


cara yang betul untuk mengukur dengan persis dan
jitu sesuatu kuantiti fizik seperti panjang, jisim suhu
dan arus elektrik.
• Aktiviti di bawah menunjukkan bagaimana alat-alat
pengukur digunakan.
Aktiviti 1.1 Mengkaji penggunaan alat pengukur di
dalam makmal

• Radas dan bahan


Pembaris meter, pita pengukur, termometer makmal, jam
randik, neraca tiga alur, ammeter, voltmeter, silinder
penyukat, pensel, bikar, air pili, 10 duit syiling, suis, bateri
dengan pemegang bateri, mentol, dawai penyambung, tin
minuman ringan (botol air mineral) yang kosong.

Catatan: Aktiviti ini dijalankan secara berstesen.

Prosedur
Enam stesen digunakan untuk mengkaji penggunaan alat
pengukur seperti dalam jadual di bawah ini.
Stesen Alat pengukur dan kegunaan

Pembaris dan pita pengukur untuk mengukur


1
panjang pensel dan lilitan bikar

Termometer makmal untuk mengukur suhu


2
udara dan air pili
Jam randik untuk mengukur masa tindak balas
3
anda
Neraca tiga alur untuk mengukur jisim duit
4
syiling

Ammeter untuk mengukur arus elektrik dan


5
voltmeter mengukur voltan

Silinder penyukat untuk mengukur isi padu


6
cecair
Stesen 1
Buat lilitan pada kepala seorang kawan
anda menggunakan tali.
•Pindahkan Panjang tali ke pembaris
kayu
•Bacaan diambil sebanyak tiga kali oleh
Setiap pelajar berlainan dan bacaan
tersebut direkodkan dalam jadual di
bawah.
•Bacaan purata dihitungkan.
Stesen 1

Bacaan (cm)
Ukuran
Pertama Kedua Ketiga Purata

Lilitan
kepala
Stesen 2

•Termometer dipegang di depan mata


Termometer digunakan untuk mengukur
suhu udara.
•Bacaan diambil sebanyak tiga kali dan
bacaan tersebut direkodkan dalam jadual.
•Bacaan purata dihitungkan.
Stesen 2

•Sebuah bikar diisi dengan air pili.


Termometer diletakkan ke dalam air pili
supaya bebuli termometer berada dalam
air pili itu. Bacaan diambil sebanyak tiga
kali dan bacaan tersebut direkodkan dalam
jadual di bawah.
•Bacaan purata dihitungkan.
Stesen 2

Bacaan (celsius)
Ukuran
Pertama Kedua Ketiga Purata

Suhu
udara

Suhu air
Stesen 3
• Tombol pada jam randik ditekan untuk memulakan,
memberhentikan dan mengembalikan penunjuk ke
tanda sifar seperti yang ditunjukkan dalam rajah di
bawah.
• Untuk mengukur masa, tombol ditekan sebanyak
dua kali, iaitu kali pertama untuk memulakan jam
randik dan kali kedua untuk memberhentikannya.
• Untuk mengukur masa tindak balas, tombol ditekan
sebanyak dua kali seberapa cepat yang boleh.
Bacaan sela masa pada jam randik itu ialah masa
tindak balas.
• Bacaan diambil sebanyak tiga kali dan bacaan
tersebut direkodkan dalam jadual.
• Bacaan purata dihitungkan.
Stesen 3

Bacaan (s)
Ukuran
Pertama Kedua Ketiga Purata

Masa
tindak
balas
Stesen 4
• Kedudukan asal penunjuk pada skala neraca tiga alur
diperhatikan. Jika jarum penunjuk tidak berada pada
tanda sifar, pelaras sifar digunakan untuk menggerakkan
penunjuk kembali ke tanda sifar.
• 10 guli yang hendak ditimbang diletakkan di atas neraca.
• Bacaan jisim daripada skala pada neraca tiga alur itu
diambil.
• Bacaan diambil sebanyak tiga kali dan bacaan tersebut
direkodkan dalam jadual. Bacaan purata dihitungkan.
Stesen 4

Bacaan (g)
Ukuran
Pertama Kedua Ketiga Purata

Jisim 10
guli
Stesen 5

• Susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam


rajah di bawah.
• Kedudukan asal penunjuk dalam voltmeter
diperhatikan. Jika jarum penunjuk tidak berada
pada tanda sifar, pelaras sifar diputarkan supaya
penunjuk kembali ke tanda sifar.
• Suis dipasangkan. Bacaan arus elektrik diambil
dengan memastikan mata anda berada betul-betul
tegak di atas penunjuk yang pegun.
• Bacaan diambil sebanyak tiga kali dan bacaan
tersebut direkodkan dalam jadual.
• Bacaan purata dihitungkan.
Stesen 5

Bacaan (V)

Ukuran

Pertama Kedua Ketiga Purata

Arus elektrik
Bacaan (V)
Ukuran
Pertama Kedua Ketiga Purata
Voltan
Stesen 6

•Sebuah silinder penyukat diletakkan di


atas permukaan yang rata.
•Air di isi ke atas tapak tangan.
•Air dari tapak dipindahkan ke bikar
kecil.
•Setelah dikumpul dalam bikar, air
disukat dengan silinder penyukat
Stesen 6

Bacaan (mℓ)
Ukuran
Pertama Kedua Ketiga Purata

Isi padu air di


dalam bekas
Perbincangan

• Pengambilan bacaan sebanyak tiga kali bertujuan


untuk mendapatkan bacaan purata yang lebih jitu.
Jadual di bawah ini menunjukkan tiga bacaan tinggi murid X yang jitu dengan
menggunakan tiga alat pengukur yang berlainan.
• Berdasarkan jadual di atas, bacaan yang paling jitu ialah
1.6234 m.
• Bacaan yang diukur dengan menggunakan pembaris meter
ialah 1.623 m.
• Pembaris meter bukan alat pengukur yang paling jitu dalam
pengukuran tinggi murid X kerana nilai senggatan yang
paling kecil pada skala pembaris meter ialah 1 mm atau
0.001 m. Maka, ukuran tinggi yang diperoleh dengan
menggunakan pembaris meter ialah 1.623 m. Semakin kecil
nilai senggatan pada skala alat pengukur, semakin tinggi
kejituan bacaan diperoleh daripada alat pengukur. Oleh itu,
pembaris meter bukan alat pengukur yang paling jitu.
Kesimpulan

•Amalkan pengambilan bacaan beberapa


kali untuk mendapatkan bacaan yang jitu.
•Semakin kecil nilai senggatan pada skala
alat pengukur, semakin tinggi kejituan
bacaan diperoleh daripada alat pengukur
itu.
Penggunaan Alat Pengukur yang Lebih Jitu

•Apabila anda mengukur sesuatu kuantiti,


anda tidak mungkin mendapat nilai
sebenar bagi kuantiti tersebut. Perbezaan
antara bacaan yang diperoleh dengan nilai
sebenar suatu kuantiti dikenal sebagai ralat.
•Alat-alat pengukur yang lebih jitu dicipta
dengan
menitikberatkan kepersisan, kejituan dan ke
pekaan.
Kepersisan alat pengukur adalah kebolehan alat
itu mengukur sesuatu kuantiti dengan memberi
nilai yang konsisten atau sama dalam setiap
pengukuran.

Contoh:

Bacaan
Pertama Kedua Ketiga Keempat Kelima
Alat
Pengukur

X 16 17 16 16 16

Y 8 9 10 9 7
•Alat pengukur X lebih persis berbanding
dengan alat pengukur Y. Kebanyakan bacaan
alat pengukur X yang bernilai 16
adalah konsisten, iaitu mempunyai nilai yang
sama berbanding dengan bacaan alat
pengukur
Y yang kurang (atau tidak) konsisten, iaitu
mempunyai nilai-nilai yang berlainan.
Kejituan
•Kejituan (atau ketepatan) alat
pengukur adalah kebolehan alat itu
mengukur suatu kuantiti
dengan memberi
nilai yang sebenarnya, iaitu nilai
yang mempunyai sedikit atau tiada
ralat. sama atau dekat kepada nilai
Bacaan

Pertama Kedua Ketiga Keempat Sebenar


Alat
Pengukur

X 16 17 16 16 10

Y 8 9 10 9 9
•Alat pengukur Y lebih jitu berbanding
dengan alat pengukur X. Kebanyakan bacaan
alat pengukur
Y adalah sama atau dekat kepada nilai
sebenarnya, iaitu nilai yang
mempunyai sedikitatau tiada
ralat berbanding dengan bacaan alat
pengukur
X yang berbeza atau jauh daripada nilai
sebenarnya, iaitu nilai yang
mempunyai ralat yang besar.
▲ gambaran visual tentang konsep kepersisan dan
kejituan melalui hasil tembakan peserta dalam
suatu kejohanan menembak

Kejituan lazimnya dikaitkan dengan nilai senggatan


terkecil pada skala alat pengukur.
•Rajah di bawah menunjukkan bahawa
miliammeter dapat mengesan perubahan
arus elektrik sekecil 0.01 A berbanding
dengan ammeter yang hanya dapat
mengesan perubahan arus elektrik sekecil 0.1
A. Oleh sebab itu, bacaan miliammeter lebih
jitu daripada bacaan ammeter.
▲ Miliammeter dan ammeter

Miliammeter Ammeter
Nilai senggatan terkecil Nilai senggatan terkecil =
= 10 mA = 0.01 A 0.1 A

a. Semakin kecil nilai senggatan pada skala alat pengukur,


semakin tinggi kejituan bacaan diperoleh daripada alat
pengukur tersebut.
Kepekaan

•Kepekaan alat pengukur adalah kebolehan


alat itu mengesan perubahan kecil yang
berlaku pada kuantiti yang diukur dalam sela
masa yang singkat.
Sela masa yang diambil oleh perubahan Sela masa yang diambil oleh perubahan
meniskus merkuri pada termometer bacaan digital pada termometer digital
merkuri untuk mengesan perubahan suhu untuk mengesan perubahan suhu
sebanyak1 °C ialah 0.5 s. sebanyak 1 °C ialah 0.1 s.

Termometer digital adalah lebih peka kerana termometer


digital dapat mengesan perubahan bacaan 1 °C dengan
sela masa yang lebih singkat berbanding dengan
termometer merkuri.
•Kepekaan lazimnya dikaitkan dengan nilai
senggatan terkecil pada skala alat
pengukur.
•Semakin kecil nilai senggatan pada skala
alat pengukur, semakin tinggi kepekaan
bacaandiperoleh daripada alat
pengukur tersebut.
• Contoh:

• Pembaris meter adalah lebih peka daripada pita pengukur


kerana pembaris meter dapat mengesan perubahan nilai
panjang sekecil 1 mm berbanding dengan pita pengukur
yang hanya dapat mengesan perubahan nilai panjang
sekecil 5 mm seperti yang ditunjukkan dalam rajah di
bawah.

(a) Skala pembaris meter (b) Skala pita pengukur


Angkup Vernier

• Angkup vernier ialah alat pengukur yang


digunakan untuk
mengukur ketebalan atau diameter
luar, diameter dalam dan kedalaman suatu
objek.
• Angkup vernier adalah lebih jitu jika
dibandingkan dengan pembaris.
• Angkup vernier boleh mengukur perubahan nilai
sehingga 0.01 cm (atau 0.1 mm).
• Struktur dan cara mengambil bacaan angkup
vernier ditunjukkan dalam jadual di bawah.
•Prosedur

• Letakkan objek yang hendak diukur di antara


rahang.
• Putarkan skru sehingga rahang-rahang itu betul-
betul menyentuh objek.
• Kemudian, ambil bacaan pada skala.
Kaedah membaca Contoh

1. Pastikan tanda sifar pada skala utama segaris dengan


garis tanda sifar pada skala vernier untuk
mengelakkan ralat sifar.

2. Tentukan kedudukan tanda sifar pada skala vernier. Tanda sifar pada skala vernier terletak di antara 8.1 cm dan
8.2 cm di mana
3. Jika tanda sifar berada di antara a dan b di mana 8.1 cm < 8.2 cm, maka,
a < b, catat nilai a. a = 8.1 cm

4. Perhatikan garis ke berapa pada skala vernier segaris Garis ke-8 pada skala vernier segaris dengan garis pada skala
dengan garis pada skala utama. Katalah garis ke-m. utama, iaitu m = 8. Maka,
5. Kemudian, hitung nilai c c = (8 × 0.01) cm
= (m × 0.01) cm = 0.08 cm

Bacaan
6. Nilai bacaan = a + c = 8.1 + 0.08
= 8.18 cm
Tolok Skru Mikrometer

• Tolok skru mikrometer juga merupakan alat


pengukur yang digunakan untuk mengukur
ketebalan dan diameter objek kecil.
• Tolok skru mikrometer menunjukkan bahagian
terkecil bacaan ialah 0.001 cm (atau 0.01 mm).
• Jadi, tolok skru mikrometer adalah lebih
jitu daripada angkup vernier dan pembaris.
• Struktur dan cara mengambil bacaan tolok skru
mikrometer ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Prosedur

• Letakkan objek yang hendak diukur di antara


rahang.
• Putarkan bidal sehingga rahang-rahang itu betul-
betul menyentuh objek.
• Kemudian, putarkan racet sehingga bunyi 'tik'
pertama didengar. Bunyi 'tik' itu mewakili
keadaan di mana rahang-rahang hanya
menyentuh objek tanpa memampatkannya.
Kaedah membaca Contoh 1 Contoh 2

1. Pastikan bacaan dari skala


utama pada sisi bidal ialah
sifar.
2. Kemudian, pastikan garis
tengah pada skala utama - -
segaris dengan garis tanda
sifar pada skala vernier
untuk mengelakkan ralat
sifar.

3. Ambil bacaan dari skala


7.0 mm 7.5 mm
utama pada sisi bidal, (i)

4. Cari garis skala vernier yang


segaris dengan garis tengah
pada skala utama, 0.28 mm 0.19 mm
katalah n.
5. Hitung, (n x 0.01) mm, (ii)

6. Bacaan tolok skru


7.28 mm 7.69 mm
mikrometer ialah (i) + (ii)
Aktiviti 1.2 Membandingkan kejituan, kepersisan
dan kepekaan dalam pengukuran dengan
menggunakan alat pengukur yang lebih jitu

•Bahan dan radas


Angkup vernier, angkup vernier digital, tolok
skru mikrometer, tolok skru mikrometer
digital, neraca tiga palang, neraca digital,
termometer klinik, termometer klinik digital,
pita pengukur, pencari julat digital, 10 biji
bebola
Angkup vernier digital

Tolok skru mikrometer digital


Neraca digital

Pencari julat digital


Termometer klinik

Termometer klinik digital


Prosedur

• Alat pengukur berikut digunakan untuk mengukur diameter sebiji


bebola.
• Angkup vernier
• Angkup vernier digital
• Tolok skru mikrometer
• Tolok skru mikrometer digital
• Bacaan pada setiap alat pengukur diambil sebanyak lima kali.
• Bacaan yang diperoleh direkodkan seperti dalam jadual dan bacaan
purata dihitung.
Bacaan (mm)
Alat
pengukur
Pertama Kedua Ketiga Keempat Kelima Purata

Angkup
5.1 5.0 5.1 5.0 5.1 5.1
vernier
Angkup
vernier 5.08 5.08 5.09 5.09 5.09 5.08
digital

Tolok skru
5.10 5.09 5.09 5.09 5.10 5.09
mikrometer

Tolok skru
mikrometer 5.088 5.089 5.088 5.089 5.088 5.088
digital
• Alat pengukur berikut digunakan untuk mengukur
jisim 10 biji bebola.
• Neraca tiga palang
• Neraca digital
• Bacaan pada setiap alat pengukur diambil sebanyak
lima kali.
• Bacaan tersebut direkodkan seperti dalam jadual
dan bacaan purata dihitung.
Bacaan (g)
Alat
pengukur
Pertama Kedua Ketiga Keempat Kelima Purata

Neraca
tiga 1.6 1.5 1.6 1.5 1.6 1.6
palang

Neraca
1.486 1.486 1.487 1.486 1.487 1.486
digital
Perbincangan

• Alat pengukur yang paling jitu digunakan untuk mengukur diameter


bebola ialah tolok skru mikrometer digital.
• Alat pengukur yang paling persis digunakan untuk mengukur
diameter bebola dapat dilihat berdasarkan bacaan yang diperoleh.
• Alat pengukur yang paling peka digunakan untuk mengukur diameter
bebola ialah angkup vernier digital dan tolok skru mikrometer
digital.
• Neraca digital ialah alat pengukur jisim yang lebih jitu, persis
dan peka jika dibandingkan dengan neraca tiga palang.
• Termometer klinik digital adalah lebih peka daripada
termometer klinik. Termometer klinik digital dapat
mengukur suhu badan, iaitu mengesan perubahan suhu
dalam sela masa yang lebih pendek.
Perbincangan
• Kelebihan termometer klinik digital:

• Termometer klinik digital yang lebih peka daripada termometer klinik


mengambil masa yang lebih singkat untuk mengukur suhu badan.
• Catatan suhu pada termometer klinik digital dalam bentuk digital lebih
mudah dibaca.
• Kelebihan pencari julat digital:

• Pencari julat digital yang lebih peka daripada pita pengukur mengambil masa
yang lebih singkat untuk mengukur panjang bilik makmal.
• Pencari julat digital adalah lebih jitu daripada pita pengukur dalam
pengukuran panjang kerana pencari julat digital menggunakan cahaya
laser yang bergerak pada garis lurus untuk mengukur panjang. Pita pengukur
akan menjadi kurang jitu jika pita yang digunakan dalam pengukuran
panjang tidak berada dalam keadaan lurus.
• Catatan panjang pada pencari julat digital dalam bentuk digital lebih
mudah dibaca.
Kesimpulan
•Alat pengukur digital lebih jitu dan lebih
persis kerana
mempunyai kepekaan yang lebih tinggi.
Bagaimana Mengurangkan Ralat Sistematik dan
Ralat Rawak?

• Semasa menggunakan alat pengukur, ralat rawak, iaitu ralat paralaks dan ralat sistematik,
iaitu ralat sifar haruslah diatasi untuk memperoleh bacaan yang jitu.
• Ralat paralaks ialah ralat dalam bacaan yang disebabkan oleh kedudukan mata pemerhati
yang salah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

• bacaan yang salah dengan ralat paralaks = 2.5 cm


• bacaan yang salah dengan ralat paralaks
= 1.5 cm
• bacaan yang betul
=2.2 cm
• ▲ Ralat paralaks dan cara mengatasi ralat paralaks

• Bacaan yang betul = bacaan diperoleh – ralat sifar


Bagaimana Mengurangkan Ralat Sistematik dan
Ralat Rawak?

• ▲ Ralat paralaks dan cara mengatasi ralat paralaks


• Ralat paralaks dapat dielakkan dengan mengambil bacaan secara tegak dari atas seperti dalam rajah di atas atau meletakkan pembaris pada
bahagian tepi di atas objek yang diukur seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

• bacaan yang betul=2.2 cm


• ▲ Skala pembaris berada di atas objek yang diukur

• Ralat sifar adalah bacaan bukan sifar pada skala sedangkan bacaan sebenar haruslah bernilai sifar seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

• Ralat sifar = -0.04 mm


• Ralat sifar = +0.02 mm
• ▲ Ralat sifar pada tolok skru mikrometer

• Sekiranya alat pengukur mempunyai ralat sifar, bacaan dibetulkan mengikut formula yang berikut:

• Bacaan yang betul = bacaan diperoleh – ralat sifar


Tanpa objek Dengan objek Bacaan yang betul

12.96 – (+0.01) = 12.95 mm


Ralat sifar = + 0.01 mm Bacaan yang diperoleh = 12.96
mm

Bacaan yang diperoleh = 16.27 16.27 – (–0.02) = 16.29 mm


mm

Ralat sifar = - 0.02 mm


Membuat Anggaran sebelum Membuat
Pengukuran Sebenar

• Kuantiti fizik seperti panjang, luas, jisim dan isi padu


boleh dianggar sebelum membuat pengukuran
sebenar.
• Sekiranya cara membuat anggaran tidak sesuai,
maka nilai yang dianggar itu tidak sama dengan
nilai pengukuran sebenar.
• Sekiranya cara membuat anggaran sesuai, maka
nilai yang dianggar itu sama atau hampir
samadengan nilai pengukuran sebenar.
Membuat Anggaran Panjang

• Panjang dapat dianggar dengan membuat


bandingan dengan objek yang panjangnya
diketahui.
• Contoh di bawah menunjukkan cara menganggar
panjang sebatang pensel.
• Sebatang pensel diletakkan di atas meja.
• Panjang satu klip kertas diukur dan panjangnya
direkodkan.
• Klip-klip kertas disusun secara bersambungan seperti
dalam rajah di bawah.
a. Panjang anggaran pensel = Panjang 7 klip kertas = 25 mm
× 7 = 175 mm
Membuat Anggaran Jisim
• Jisim dapat dianggar dengan membandingkannya dengan
pemberat yang jisimnya diketahui.
• Sebagai contoh, jisim sebuah buku boleh dianggarkan
dengan cara meletakkan pemberat di atas tapak tangan kiri
dan buku di atas tapak tangan kanan.

Menganggar jisim sebuah buku


Membuat Anggaran Luas

• Luas objek sekata boleh diukur dengan


menggunakan rumus.
• Luas bagi objek tidak sekata pula dapat dianggar
dengan menggunakan kertas graf.
Contoh:
• Garis luar objek disurih pada kertas graf.
• Petak yang lengkap dan separa lengkap dalam lingkungan
garis luar itu dibilang dan didarabkan dengan luas satu
petak graf.
• Luas anggaran daun itu ialah 18 cm .
2
Membuat Anggaran Isi Padu
• Isi padu suatu objek sekata dapat dikira dengan
menggunakan rumus.
• Isi padu objek tidak sekata pula dapat dianggar
dengan menggunakan kaedah sesaran air.
Contoh:
• Seketul batu dimasukkan ke dalam silinder penyukat yang
berisi air seperti dalam rajah di bawah.
• Isi padu batu dikira seperti berikut.
Isi padu batu
= (45 – 35) mℓ
= 10 mℓ
Menganggar isi padu seketul batu
Teknologi dan Inovasi dalam Alat Pengukur

• Pelbagai inovasi dalam alat pengukur dicipta untuk meningkatkan


kejituan, kepersisan dan kepekaan serta mengurangkan ralat.

• Inovasi alat laser sebagai alat pengukur panjang, luas dan isi padu
dengan mengaplikasikan teknologi ukuran laser yang persis.
• Inovasi alat multimeter yang beraneka fungsi sebagai ammeter,
voltmeter, alat pengukur rintangan dan kuasa bekalan elektrik.
• inovasi pengimbas terma sebagai termometer klinik untuk mengukur
suhu badan individu yang melalui pengimbas terma.
• Inovasi jam tangan yang beraneka fungsi sebagai jam, jam randik,
perisian kedudukan sejagat dan pelbagai jenis aplet untuk melakukan
beraneka jenis tugas.
1.05 Ketumpatan
Konsep Ketumpatan

• Ketumpatan didefinisikan sebagai jisim seunit isi padu bahan


tersebut.

• Ketumpatan, ρ = jisim, misi padu, V

• Unit bagi ketumpatan yang biasa digunakan ialah kg/m3 (unit S.I.)
atau g/cm3.
• Hubungan antara jisim dengan ketumpatan boleh diperhatikan
dengan menggunakan kubus yang diperbuat daripada bahan berbeza
seperti dalam jadual di bawah.
Aluminium Kuprum PVC Kayu pain

Kubus

Isi padu
15.5 15.5 15.5 15.5
(cm3)
Jisim (g) 44.95 144.15 20.15 9.3
Ketumpatan
2.9 9.3 1.3 0.6
(g/cm3)
Kubus Aluminium Kuprum PVC Kayu pain

Isi padu
15.5 15.5 15.5 15.5
(cm3)
Jisim (g) 44.95 144.15 20.15 9.3
Ketumpatan
2.9 9.3 1.3 0.6
(g/cm3)
• Jika dibuat bandingan, kubus yang
mempunyai jisim yang lebih besar adalah lebih tumpat.
• Berdasarkan jadual di atas, urutan kubus yang bermula
daripada ketumpatan yang paling rendah ke ketumpatan
yang paling tinggi adalah seperti yang berikut.

• Aluminium
• Kuprum
• Kayu pain
• Ketumpatan semakin bertambah
• PVC
• Sekiranya kubus-kubus dalam jadual di atas
dimasukkan ke dalam sebuah besen yang berisi
air, kubus kayu pain terapung di atas permukaan
air, kubus PVC terapung dalam air manakala
kubus aluminium dan kubus kuprum tenggelam
dalam air.
• Hal ini demikian kerana ketumpatan air ialah 1
g/cm .
3
• pelapik getah (1.34 g/cm3)
• gliserin (1.26 g/cm3)
• dawai kuprum (8.92 g/cm3)
• merkuri (13.6 g/cm3)
• sirap jagung (1.38 g/cm3)
• kubus kayu (0.24 g/cm3)
• minyak zaitun (0.92 g/cm3)
• syilling plastik (0.93 g/cm3
• air (1.0 g/cm3)
• tar (1.02 g/cm3)
Penggunaan Rumus Ketumpatan, ρ untuk
Menyelesaikan Masalah Kiraan

• Cara mudah untuk menghafal dan menggunakan rumus,


Ketumpatan, ρ = jisim, misi padu, V untuk menyelesaikan masalah
kiraan ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Ketumpatan, ρ = jisim, misi Jisim, m
isi padu, V = jisim, mKetumpatan, ρ
padu, V = Ketumpatan, ρ × isi padu

Cara mudah untuk mencari Cara mudah untuk mencari


ketumpatan, ρ. Cara mudah untuk mencari isi padu, V. jisim, m.

Untuk mencari ρ, tutup Untuk mencari V, tutup simbol Vdalam Untuk mencari m, tutup
simbol ρdalam segi tiga. Simbol- segi tiga. Simbol-simbol yang masih simbol mdalam segi tiga.
simbol yang masih kelihatan, mV = kelihatan, mρ = isi padu, V. Simbol-simbol yang masih
ketumpatan, ρ. kelihatan, ρV = jisim, m.

Contoh: Contoh: Contoh:


Jika jisim bagi logam X ialah 54 g Suatu bongkah aluminium mempunyai Jika ketumpatan stirofoam iala
dan isi padunya ialah 20 cm 3 , jisim 8.1 kg dan ketumpatan 2 700 kg/m 3 . kg/m 3 , hitungkan jisim sebuah
hitungkan ketumpatan logam X. Berapakah isi padunya? kubus stirofoam yang berukur
cm dalam unit kg.
Penyelesaian: Penyelesaian:
Ketumpatan, ρ, logam X Isi padu, V, bongkah aluminium Penyelesaian:
= jisim, misi padu, V = jisim, mketumpatan, ρ Isi padu kubus
= 54 g20 cm 3 = 8.12700 = 5100 × 5100 × 5100
= 2.7 g/cm 3 = 0.003 m 3 = 18000 m 3
= 3 000 cm 3 Jisim kubus stirofoam, m
= ketumpatan, ρ × isi padu, V
= 16 × 18000
= 0.002 kg
Mengira Ketumpatan Menggunakan Rumus
Ketumpatan, ρ = m/V dan Kaedah Sesaran Air

• Pengiraan ketumpatan suatu objek dengan menggunakan rumus


ketumpatan, ρ = m/V, jisim, m dan isi padu, V perlu ditentukan.
Bagaimana Jisim, m, Objek dapat ditentukan

• Jisim objek ditentukan dengan menggunakan neraca seperti neraca


elektronik, neraca tiga palang dan neraca tuas seperti yang
ditunjukkan dalam rajah di bawah.
• Neraca spring dan neraca mampatan yang dikalibrasikan untuk
mengukur jisim seperti dalam rajah di bawah juga boleh digunakan
untuk menentukan jisim objek.
Bagaimana Isi Padu, V, Objek dapat ditentukan

Jadual di bawah menunjukkan bagaimana isi padu objek yang berbentuk


sekata dan yang berbentuk tidak sekata dapat ditentukan.
Isi padu objek yang berbentuk sekata Isi padu objek yang berbentuk tidak sekata ditentukan de
ditentuka n dengan menggunakan rumus menggunakan keadah sesaran air

Con toh: A. Silinder peny ukat

Un tuk mengukur isi padu objek yang kecil

batu kecil

Isi padu objek yang berbentuk tidak seragam,

V = V1 – V2
= 65 – 45
= 20 cm 3
V = l3
Ku bus

B. Tin penyesaran

Un tuk mengukur isi padu objek yang besar

bikar
tin penyesaran
air
blok kayu
V = πr 2 h
Silinder

a. Air yang berlebihan mengalir keluar ke dalam bi

silinder penyuk at yang koso ng


objek berbentuk tidak sekata

V = lbh
Kuboid b. Ob jek dimasukkan ke dalam tin penyesaran
Fenomena Ketumpatan dalam Kehidupan seharian
• Fenomena yang berkaitan dengan perbezaan ketumpatan dalam
kehidupan harian ditunjukkan dalam rajah di bawah.

• Belon udara panas terapung
Sebab: Udara panas kurang tumpat daripada udara sejuk.
• Aisberg, ikan pausdan kapal selam terapung
Sebab: objek ini kurang tumpat daripada air laut.
• Bayu darat dan bayu laut
Sebab: Udara panas yang kurang tumpat terapung and naik ke atas.
• Sauh,ikan paus dan kapal selam tenggelam
Sebab: objek ini lebih tumpat daripada air laut.
▲ Contoh-contoh fenomena yang berkaitan
dengan perbezaan ketumpatan dalam
kehidupan harian
• Kapal selam, boya dan belon udara panas menggunakan
konsep ketumpatan untuk terapung atau tenggelam dalam
laut atau udara

• Apabila kapal selam, boya dan belon udara panas kurang


tumpat daripada kawasan persekitaran, maka kapal selam, boya dan
belon udara panas tersebut akan terapung.
• Sebaliknya, apabila kapal selam, boya dan belon udara panas lebih
tumpat daripada kawasan persekitaran, maka kapal selam, boya dan
belon udara panas tersebut akan tenggelam.
Inovasi Objek, Makanan atau Minuman dengan
Menggunakan Konsep Ketumpatan

• Contoh-contoh inovasi minuman, makanan dan objek yang


menggunakan konsep ketumpatanditunjukkan dalam rajah di bawah.

• Ketumpatan digunakan dalam inovasi
• Minuman
• Belon udara panas
• Susu getah
• Boya
• Makanan
• Objek
• Susu
• Sirup jagung
• Minyak sawit
• Kapal selam
• Minyak zaitun
• Ketulenan atau mutu bagi minuman
seperti susu dan sirup agung, makanan
seperti minyak sawit dan minyak zaitun, dan bahan
seperti susu getah dan petrol adalah
dihubungkaitkan dengan ketumpatannya.
• Contoh inovasi makanan dan minuman

• Pegawai kawalan mutu di dalam kilang-kilang


minuman seperti minuman susu, memeriksa
ketumpatan susu untuk mengawal mutu atau
menentukan kesegaran minuman susu tersebut.
• Dalam industri getah, ketulenan susu
getah dikawal dengan cara mengukur
ketumpatannya. Jika ketumpatan susu getah tidak
menepati nilai ketumpatan piawai, susu getah itu
dianggap tidak tulen.
• Kapal selam, boya dan belon udara
panas menggunakan ketumpatannya untuk terapu
ng atau tenggelam dalam laut atau udara.
• Contoh inovasi objek
• Apabila kapal selam, boya dan belon udara panas kurang
tumpat daripada kawasan persekitaran mereka, maka kapal selam,
boya dan belon udara panas tersebut akan terapung.
• Di sebaliknya, apabila kapal selam, boya dan belon udara panas lebih
tumpat daripada kawasan persekitaran mereka, maka kapal selam,
boya dan belon udara panas tersebut akan tenggelam.
1.06 Langkah dalam Penyiasatan Saintifik
Kemahiran Proses Sains
• Kemahiran proses sains adalah seperti yang berikut:

• Membuat inferens
• Mengawal pemboleh ubah
• Meramal
• KEMAHIRAN PROSES SAINS
• Mendefinisi secara operasi
• Memerhati
• Mengeksperimen
• Mengelas
• Membuat hipotesis
• Mengukur dan menggunakan nombor
• Berkomunikasi
• Menggunakan perhubungan ruang dan masa
• Mentafsir data
Memerhati

• Memerhati merupakan proses yang menggunakan


deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau,
dan alat pengukur untuk mengumpulkan maklumat
(data) tentang objek dan fenomena.

• Proses pemerhatian membolehkan kita ...


• Menghuraikan ciri-ciri objek dan fenomena
• Menghuraikan perubahan dalam objek dan fenomena
• Menghuraikan pola atau hubungan antara objek dengan fenomena
Mengelas

• Mengelas merupakan proses mengumpulkan objek


atau fenomena mengikut ciri atau kriteria yang
sepunya.
Mengukur dan Menggunakan Nombor

• Mengukur dan menggunakan nombor merupakan proses membuat


pemerhatian secara kuantitatiflebih jitu dengan menggunakan alat
pengukur yang sesuai.
• Pengukuran kuantiti dengan menggunakan alat pengukur yang jitu
dan persis menjadikan pemerhatian secara kuantitatif lebih jitu.
Membuat Inferens

• Membuat inferens merupakan


proses menyimpulkan atau menerangkan sesuatu fenomena
berdasarkan maklumat (pemerhatian atau ukuran) yang diperoleh
dengan menggunakan data yang boleh dipercayai dan pengalaman
yang lalu.
• Inferens ialah suatu pernyataan yang kita simpulkan atau terangkan
sesuatu fenomena berdasarkan maklumat yang diperoleh.
Meramal

• Meramal merupakan proses membuat jangkaan tentang sesuatu


peristiwa yang akan berlaku pada masa depan berdasarkan
pemerhatian dengan menggunakan data yang boleh dipercayai atau
pengalaman yang lalu.
Berkomunikasi

• Berkomunikasi merupakan proses menggunakan audio dan visual


untuk mencatat, menghantar dan menerima maklumat.
• Seiring dengan perubahan masa, teknologi maklumat dan komunikasi
turut berkembang dengan pesat. Kini audio dan visual dalam bentuk
teks, simbol, jadual, graf, rajah 3D, model dan grafik dapat dihantar
ke jarak jauh melalui Internet dengan kelajuan cahaya.
Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

• Menggunakan perhubungan ruang dan masa merupakan proses


memperihalkan perubahan parameter dengan masa.
Mentafsir Data

• Mentafsir data merupakan proses memberi penerangan yang rasional


tentang objek, fenomena atau pola berdasarkan data yang boleh
dipercayai.
Mendefinisi Secara Operasi

• Mendefinisi secara operasi merupakan proses memberi tafsiran


tentang sesuatu konsep dengan menyatakan apa yang perlu
dilakukan atau diperhatikan.
Mengawal Pemboleh Ubah

• Pemboleh ubah ialah faktor yang boleh mempengaruhi


keputusan sesuatu eksperimen.
• Dalam suatu eksperimen, terdapat tiga jenis pemboleh
ubah.
• Pemboleh ubah dimanipulasikan
Pemboleh ubah yang sengaja diubah secara sistematik untuk menyiasat
kesannya.
• Pemboleh ubah bergerak balas
Pemboleh ubah yang terhasil sebagai gerak balas akibat perubahan yang
sengaja dibuat kepada pemboleh ubah yang dimanipulasikan.
• Pemboleh ubah yang dimalarkan
Pemboleh ubah yang ditetapkan nilainya atau keadaannya sepanjang
eksperimen.
Membuat Hipotesis

• Membuat hipotesis merupakan proses membuat suatu tekaan yang


bijak tentang hubungan antara pemboleh ubah yang dimanipulasikan
dan pemboleh ubah yang bergerak balas untuk menerangkan sesuatu
fenomena atau pemerhatian.
Mengeksperimen

• Mengeksperimen merupakan proses merancang dan menjalankan


aktiviti untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data,
mentafsirkan data sehingga menyimpulkan sama ada hipotesis
diterima atau ditolak.
• Jika hipotesis ditolak, satu hipotesis yang baharu dibuat dan diuji
dalam eksperimen untuk membuktikan kesahihannya.
Kaedah Saintifik

• Kaedah saintifik ialah kaedah sistematik yang digunakan bagi menyelesaikan


masalah dalam sains.
• Langkah-langkah dalam kaedah saintifik ditunjukkan dalam rajah di bawah.

• Menganalisis dan mentafsirkan data
• Mengumpul data
• Membina hipotesis
• Membuat kesimpulan
• Mengawal pemboleh ubah
• Mengenal pasti masalah
• Menjalankan eksperimen
• Menulis laporan
• Merancang eksperimen
Mengenal pasti masalah

• Sebelum sesuatu penyiasatan dilakukan, kita perlulah terlebih dahulu


mencari masalah yang perlu diselesaikan.
• Masalah biasanya dinyatakan dalam bentuk soalan.
• Masalah yang dikenal pasti haruslah boleh diuji melalui penyiasatan.
Membina hipotesis

• Hipotesis yang dibuat merupakan penerangan awal pemerhatian atau


fenomena yang sedang dikaji.
• Penerangan itu belum dibuktikan lagi sama ada betul atau salah.
• Hipotesis yang dibuat perlu diuji kesahihannya dengan menjalankan
penyiasatan atau eksperimen.
Mengawal pemboleh ubah

• Mengawal pemboleh ubah merupakan proses mengenal pasti


pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan
pemboleh ubah yang dimalarkan dalam suatu penyiasatan saintifik.
• Pemboleh ubah dimanipulasikan ialah pemboleh ubah yang sengaja
diubah secara sistematik untuk menyiasat kesannya.
• Pemboleh ubah bergerak balas ialah gerak balas atau kesan yang
terhasil akibat perubahan yang sengaja dibuat kepada pemboleh
ubah yang dimanipulasikan.
• Pemboleh ubah dimalarkan ialah pemboleh ubah yang ditetapkan
nilainya atau keadaannya di sepanjang penyiasatan saintifik atau
eksperimen.
Merancang eksperimen

• Dalam mereka bentuk sesuatu eksperimen, kita perlu merancang


dengan teliti prosedur untuk menguji hipotesis.
• Merancang eksperimen juga melibatkan pemilihan bahan-bahan dan
radas yang sesuai untuk menjalankan eksperimen.
Menjalankan eksperimen

• Prosedur yang betul dan teratur perlu dilakukan semasa menjalankan


eksperimen.
• Langkah berjaga-jaga juga perlu diamalkan pada setiap masa bagi
mendapatkan data yang tepat.
• Langkah keselamatan perlu diambil perhatian jika melibatkan
ekperimen yang tertentu bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.
Mengumpul data

• Pengumpulan dan perekodan data perlu dilakukan secara berhati-hati


dengan menggunakan alat yang sesuai.
• Keputusan atau pemerhatian eksperimen perlu direkodkan dengan
jujur dan tepat.
• Ukuran juga perlu direkodkan sekurang-kurangnya tiga kali bagi
mendapatkan nilai yang lebih tepat dan jitu.
• Perekodan data biasanya dilakukan dalam bentuk jadual.
Menganalisis dan mentafsirkan data

• Analisis data perlu dilakukan secara sistematik, objektif dan jujur.


• Biasanya, graf dan jadual dibina bagi membantu kita mentafsirkan
data dengan lebih mudah.
Membuat kesimpulan

• Membuat kesimpulan ialah membuat pernyataan umum yang


menyokong keputusan eksperimen.
• Kesimpulan yang dibuat adalah berdasarkan hasil analisis data
eksperimen, sama ada menerima atau menolak hipotesis yang telah
dikemukakan.
• Jika kesimpulan menyokong hipotesis, hipotesis itu diterima dan teori
saintifi k dibentuk.
• Jika kesimpulan tidak menyokong hipotesis, hipotesis itu ditolak dan
hipotesis baharu perlu dibentuk serta eksperimen perlu dilakukan
semula.
Menulis laporan

• Laporan lengkap sesuatu penyiasatan atau eksperimen perlu


mengandungi kesemua data dan maklumat penting seperti yang
berikut:
– Tujuan
– Pernyataan masalah
– Hipotesis
– Pemboleh ubah
– Bahan dan radas
– Prosedur
– Pemerhatian/Kesimpulan
– Analisis dan tafsiran data
– Kesimpulan
• Dalam laporan yang dibuat, prosedur perlulah ditulis dalam bentuk
ayat pasif.
Contoh Laporan Lengkap Eksperimen

• Eksperimen 1.1 Penyiasatan saintifik ke atas ayunan buaian berspring


yang tergantung
1.07 Sikap Saintifik dan Nilai Murni dalam
Menjalankan Penyiasatan Saintifik
Sikap Saintifik dan Nilai Murni

• Sikap saintifik dan nilai murni yang harus diamalkan dan dipraktikkan
semasa menjalankan penyiasatan saintifik adalah seperti yang
berikut.

• Luwes dan berfikiran terbuka


• Mensyukuri nikmat alam semula jadi kurnian Tuhan
• Bekerjasama
• CONTOH SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI
• Menghargai sumbangan sains dan teknologi
• Menghargai keseimbangan dalam alam semula jadi
• Menyedari bahawa pengetahuan sains merupakan satu cara untuk
memahami alam
• Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling
• Menghargai dan mengamalkan cara hidup yang bersih dan sihat
• Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data
• Bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan rakan serta
terhadap alam sekitar
• Berhemah tinggi dan hormat- menghormati
• Sistematik, yakin dan beretika
• Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara
Minat dan Sifat Ingin Tahu Tentang Alam Sekitar

• Bertanya kepada guru, rakan atau orang lain


• Baca sendiri atau berkumpulan
• Kaji sendiri atau berkumpulan
• Kumpul bahan atau spesimen bagi tujuan kajian
Jujur dan Tepat dalam Merekod dan Mengesahkan
Data

• Perihal dan merekod apa yang sebenarnya dan apa jua diperhatikan
• Tidak merekod maklumat yang dipengaruhi oleh perasaan atau
khayalan.
• Jelaskan pemerhatian secara rasional
• Catat semua sumber maklumat yang digunakan
Luwes dan Berfikiran Terbuka

• Terima pendapat orang lain


• Boleh mengubah pendirian kerana bukti yang meyakinkan
• Tidak prejudis.
Rajin dan Tabah dalam Menjalankan atau
Menceburi Sesuatu Perkara

• Tidak berputus asa


• Sedia mengulangi eksperimen
• Sedia menerima kritik dan cabaran
• Berusaha mengatasi masalah dan cabaran
Sistematik, Yakin dan Beretika

• Jalankan aktiviti dengan teratur, tertib serta mengikut masa yang


sesuai.
• Susun alat dan bahan dengan teratur
• Yakin dengan semua aktiviti yang dilakukan
• Berani dan bersedia mencuba sesuatu
• Berani mempertahankan sesuatu perkara yang dilakukan
Bekerjasama

Bantu rakan, guru dan orang lain


Jalankan aktiviti dan eksperimen secara berkumpulan
Tidak mementingkan diri sendiri
Adil dan saksama
Bertanggungjawab ke atas Keselamatan Diri dan
Rakan-rakan serta Alam Sekitar

• Jaga keselamatan diri, rakan-rakan dan orang lain


• Sentiasa memelihara dan memulihara alam sekitar
Berhemah Tinggi dan Hormat-menghormati

• Menghormati sesama insan dan benda hidup yang lain


Mensyukuri Nikmat yang Dikurniakan Tuhan

• Sentiasa berpuas hati dengan apa yang diberi Tuhan


• Gunakan pemberian Tuhan dengan sebaik-baiknya
• Sentiasa bersyukur kepada Tuhan
Menghargai Sumbangan Sains dan Teknologi

• Gunakan hasil ciptaan sains dan teknologi dengan baik


• Gunakan kemudahan awam hasil ciptaan sains dan teknologi dengan
bertanggungjawab
Menghargai dan Mengamalkan Kehidupan yang
Bersih dan Sihat

• Jaga kebersihan dan kesihatan diri


• Sentiasa peka kepada kebersihan
Menyedari bahawa Sains Merupakan Salah Satu
Cara untuk Memahami Alam

• Nyatakan cara bagaimana sains digunakan untuk menyelesaikan


masalah
• Nyatakan implikasi menggunakan sains untuk menyelesaikan sesuatu
masalah atau isu
• Berkomunikasi menggunakan bahasa saintifik yang betul
Menghargai Keseimbangan Alam dalam Alam
Semula Jadi

• Bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar


• Tidak terlibat dalam kegiatan yang boleh menjejaskan alam sekitar
• Membuat laporan kepada pihak berkuasa jika keseimbangan alam
sekitar terancam