Anda di halaman 1dari 11

Disediakan oleh: Marhainnie EzzatiBinti Mohd Taupik ( BA18110195)

Siti Nursyafika Binti Omar ( BA18110931)

MENGAPAKAH PROSES PENYUNTINGAN


SANGAT PENTING DALAM SESEBUAH
KARYA PENULISAN AKADEMIK ? APAKAH
ASPEK YANG DITEKANKAN DALAM PROSES
PENYUNTINGAN TERSEBUT
PENGENALAN

PENYUNTINGAN
• Dalam penulisan ilmiah, proses penyuntingan adalah sangat penting bagi menjamin
kualiti buku yang dihasilkan.
• Penyuntingan merupakan aktiviti menyiapkan naskhah dan sebagainya sebelum
diedarkan dan diterbitkan dalam bentuk cetakan yang sempurna.
• Penyuntingan akan dilakukan oleh editor naskhah, editor akan menangani manuskrip
pengarang dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh penerbit seperti penggunaan
ejaan, tanda baca, penggunaan tajuk besar, penomboran, pembahagian bab dan
sebagainya.
• Menurut Einsohn (2000), editor bertugas untuk menjaga empat C, iaitu Clarity
(Kejelasan), Coherency (hubungan), Consistency (ketekalan) dan Correctness
(ketepatan).
• Istilah penyuntingan ini meliputi kerja-kerja seperti menilai, menyusun semula,
membuang, meminda, menapis, menyusun, membetulkan, mengurangkan,
memudahkan dan menjelaskan.
FAKTOR PENTINGNYA
PENYUNTINGAN • Menghasilkan teks atau dokumen
yang betul, konsisten, tepat dan
lengkap.
• Penyuntingan penting bagi
menjamin kualiti Naskhah yang
dihasilkan.
• Mengelakkan kekaburan dan
ketidakjelasan yang timbul dalam
bahasa dan memeriksa sumber-
sumber untuk mendapatkan
kepastian.

penyuntingan naskhah menjadi jambatan yang


menghubungkan penulisan dengan penerbit.
CIRI-CIRI EDITOR

Setiap manuskrip yang


dihasilkan mengandungi
Editor perlu memberi pelbagai masalah samaada
komitmen dan sentiasa peka besar atau kecil, editor
untuk mencapai kualiti yang bertanggungjawab
iltizam sabar
tinggi dalam memperbaiki membetulkan masalah agar
penulisan ilmiah yang penulisan ilmiah yang
dihasilkan oleh pengarang ciri-ciri dihasilkan sempurna.
editor
naskhah
Dalam proses suntingan, yang baik
adalah lebih baik sesuatu itu Editor seharusnya tidak
salah asalkan dalam keadaan ketekalan kesilapan beranggapan pengarang
yang konsisten. sempurna dan tidak
melakukan kesilapan .
pengarang manusia biasa
dan akan melakukan
kesilapan dalam
penulisannya.
Menyunting Suntingan
bahagian yang Bahasa dalam
berhubung Naskhah
Aspek Proses
Penyuntingan
yang
ditekankan

Suntingan Menyunting
dalam kandungan
mekanikal Naskhah
Proses Penyuntingan

Menyunting bahagian yang berhubung

• Mengesahkan ketepatan semua rujukan silang yang terdapat


dalam manuskrip
• memeriksa penomboran nota kaki, nota hujung, jadual dan
ilustrasi
• menetapkan letak jadual dan ilustrasi
• memeriksa kandungan ilustrasi berbanding kapsyen dan teks
• menyemak senarai ilustrasi berbanding yang sebenar dan
kapsyen
• menyemak senarai kandungan
• menyemak nota kaki berbanding bibliografi
Proses Penyuntingan

Suntingan bahasa dalam Naskhah


• editor perlu teliti menggunakan bahasa agar tidak mengubah gaya bahasa penulis
• menyunting kesalahan bahasa dari segi ejaan, tanda baca, pemilihan kata dan
struktur ayat.
• menyesuaikan laras bahasa penulis
• memastikan gaya bahasa penulis sesuai dengan peringkat pembaca
• memastikan keselarasan dalam penggunaan bahasa
• memastikan penaakulan yang tepat
Proses Penyuntingan

Menyunting kandungan Naskhah


• Memastikan kesesuaian daftar kandungan dengan susunan manuskrip
• Memastikan halaman dan pembahagian bab tersusun dengan tepat
• Pemeriksaan tahap judul bab, subjudul, sub-subjudul(penomborannya) dari segi gaya
penulisannya.
• Memeriksa konsistensi dan keseimbangan subjudul
Proses Penyuntingan

Suntingan dalam Mekanikal


• melibatkan piawaian penulisan yang ditetapkan oleh penerbit
• misalnya, penggunaan sistem ejaan yang ditetapkan seperti Chicago Manual of Style, Gaya
Dewan, Words into Type, The Associated Press Stylebook dan Publication Manual of the
American Psychological Association.
• penggunaan HURUF BESAR, italik, bold, garis
• penggunaan tanda baca
• penggunaan penomboran
• penggunaan petikan
• singkatan dan Akronim
• Elemen khas seperti jadual, carta, graf, senarai, penjudulan
• format nota kaki, nota hujung
• format rujukan dan bibliografi
KESIMPULAN

• Penyuntingan sangat penting dalam penghasilan karya sebelum karya tersebut diterbitkan
dipasaran.
• Hal ini, kerana penyuntingan dilakukan adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang
kesilapan yang berlaku dalam penulisan.
• Justeru itu, buku atau karya yang telah diterbitkan tidak perlu dipertikaikan kesahihannya
lagi kerana karya atau manuskrip tersebut telah mengalami penyuntingan yang bersistem dan
berperingkat.
RUJUKAN

Wahyu Wibowo. 2007. “Menjadi Penulis & Penyunting Sukses”. Jakarta, Indonesia: PT.
Bumi Aksara.
Bisri Mustofa& Tin Tisnawati. 2009. ”Teknik Menulis Karya Ilmiah Menghadapi
Sertifikasi”. Semarang, Malaysia: Ghyyas Putra.
Mukayyat D. Broto Widjoyo. 1991. ”Metodologi Penelitian dan Penulisan Karangan
Ilmiah”.Yogyakarta, Indonesia: Liberti.
Etty Indriati. 2002. ”Menulis Karya Ilmiah”. Jakarta, Indonesia: PT. Gramedia Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai