Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN

 Kecerdasan pelbagai diperkenalkan


oleh Dr. Howard Gardner
 Dilahirkan di Seranton pada 1943
 Berketurunan Jerman
 Pengarang 18 buah buku dan ratusan
artikel
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
Gardner mengatakan kecerdasan bukanlah
semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua
ibubapa dikategorikan sebagai bodoh
mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-
anak mereka juga bodoh, begitu juga
sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak
istimewa mendapati ada diantara murid-
murid yang lemah daya ingatannya adalah
dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-
duanya adalah profesional.
KONSEP KECERDASAN
Definisi konsep kecerdasan pelbagai
 Kemahiran menyelesaikan masalah
sebenar dalam kehidupan
 Kebolehan mencipta
barang/perkhidmatan yang bernilai
 Berpotensi mencari/mencipta masalah
untuk memperolehi pengetahuan baru
TANGGAPAN MENGENAI TEORI
KECERDASAN
1) Tanggapan salah
 Kecerdasan adalah tetap
 Setiap individu hanya mempunyai satu
jenis kecerdasan sahaja
2) Fakta sebenar
 Kecerdasan boleh dipelajari dan
sentiasa berubah
 Sekurang-kurangnya, individu
mempunyai 9 jenis kecerdasan
Kecerdasan Verbal - Linguistik

Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan

sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk -

keboleban memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan

pengucapan dengan baik dan sempurna.

Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata,

ucapan formal, penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari,

puisi, jenaka dan bercerita.


Kecerdasan Logik - Matematik

Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal

pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik).

Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran

secara heuristik induktif dan deduktif, membuat

inferens, mengkategori, generalisasi, perhitungan dan

pengujian hipotesis.

Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus,

penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan


Kecerdasan Fizikal - Kinestatik

Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal

seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan

badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan

idea dan perasaan.

Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan,

aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni

pertahanan diri.
Kecerdasan Visual - Spatial

Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati

dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis,

rentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara

spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.

Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis

rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental,

imaginasi aktif, peta minda.


Kecerdasan Muzikal-Ritma

Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan

meluahkan perasaan melalui muzik. Kecenderungan ini

termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau

kelangsingan suatu hasil muzik.

Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi

instrumental, nyanyian dan drama lagu.


Kecerdasan Intrapersonal

Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk

menilai diri sendiri. Mempunyai gambaran yang tepat

tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman,

kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan

kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati diri.

Contoh aktiviti: Teknik metakognisi (kesedaran tentang

apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui).


Kecerdasan Interpersonal

Kemampuan untuk mendiskriminasi antara pelbagai

petanda interpersonal dan kebolehan untuk

berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik

terhadap petanda tersebut.

Contoh aktiviti: komunikasi antara individu, latihan

empati, latihan kolaboratif, memberi maklum balas,

strategi dan pembelajaran kooperatif.


Kecerdasan Naturalis

 Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai

jenis flora dan fauna.

 Sensitif terhadap alam sekitar.

 Contoh aktiviti : lawatan, kerja lapangan, dan membaca,

mengkaji serta mengkategorikan flora dan fauna

Anda mungkin juga menyukai