Anda di halaman 1dari 56

Sijil Pengajian Ugama Al-Zuhri

TAMADUN ISLAM

Pemerintahan dan Pentadbiran Islam


Sesi Kelima dan Ke-Enam

1
Topik Perbincangan:

 Syubhat sekitar konsep pentadbiran dan


pemerintahan Islam
 Proses kelahiran negara Islam; dasar-dasar dan
tujuannya
 Pemerintahan dan pentadbiran Islam zaman Nabi
Muhammad s.a.w.
 Pemerintahan dan pentadbiran Islam zaman
Khulafa’ al-Rasyidin

2
Antara syubhah yang ditimbulkan segolongan
orientalis dan penjajah:
“Dalam perundangan Islam tidak ada pemerintahan
dan tidak ada institusi pemerintah, andainya ada
hukum-hukum syara` tertentu maka ia masih
memerlukan kepada sesuatu yang lain yang boleh
menjamin perlaksanaannya dan seterusnya Islam
hanyalah agama dan tidak lebih dari itu”.

(Ayatullah Khomeini, Pemerintahan Islam, m.s. 15)

3
Syubhah seperti itu sengaja ditimbulkan dengan
tujuan menjauhkan umat Islam daripada memikirkan
soal politik, undang-undang dan pentadbiran

Sekiranya dakwaan dalam syubhah tersebut tidak


betul, apakah bukti wujudnya atau perlunya
diwujudkan sistem pentadbiran dan politik Islam?

4
Sistem pentadbiran (politik) Islam
harus wujud atas dasar tiga dalil:

• Dalil `Aqli (akal)

• Dalil Naqli (Shar`i)

• Dalil Tarikhi (sejarah)

5
Dalil `Aqli:
• Fitrah kejadian manusia sebagai makhluk sosial yang
memerlukan kepada yang lain
• Perlunya pemimpin bagi mengatur hubungan sosial
manusia
• Agama Islam yang selalu mendahulukan kepentingan
masyarakat atas kepentingan pribadi
• Hidup bermasyarakat bukan hanya untuk tujuan
kelanjutan hidup ummat manusia, tapi juga sebagai
pengertian kekuasaan – kerana “masyarakat tidak
akan dapat hidup tanpa kekuasaan…”

(Majid Khadduri, War and Peace in the Law of Islam,


m.s. 3-5)

6
Dalil Naqli (Syar`i):

Perintah Allah agar Rasulullah s.a.w. membiasakan diri dengan


urusan kengaraan:

“Allah berjanji akan mengangkat mu’min yang berbakti menjadi


pemimpin dunia, sebagaimana telah terjadi terhadap orang-
orang sebelum mereka, dan agama mereka yang diredai Tuhan
akan menjadi kukuh, di mana ketakutan berganti keamanan,
sehingga dengan tenteram mereka mengabdikan diri kepada-Ku
dan tidak bercabang kepercayaan kepada yang lain, sedangkan
orang-orang yang membangkang setelah itu adalah kaum
durjana” (al-Nur: 55)

7
Objektif intisari ayat di atas tidak akan dapat dicapai tanpa
wujudnya negara dan pemerintahan – dalam ayat lain Allah
berfirman:

“Dengan kurnia Allah engkau (hai Muhammad) bersikap


lunak terhadap mereka, dan andaikata engkau keras
kepala dan keras hati, pasti mereka akan menjauhi
engkau. Berilah mereka maaf dan ajaklah mereka
bermusyawarah dalam urusan (pemerintahan)” (Ali
Imran: 159)

“Kami telah menyampaikan kepada engkau (hai


Muhammad) Kitab yang mengandungi kebenaran, supaya
dengan petunjuk Allah itu engkau cekap memerintah
manusia” (al-Nisa’: 105) 8
Dalam nas-nas lain:

 Hukum qisas (al-Baqarah: 178)


 Peperangan (al-Baqarah: 190)
 Amanah dan perintah dengan adil (al-Nisa: 58)
 Ta`at kepada ulil amri (al-Nisa: 59)
 Had sariqah (mencuri) (al-Maidah: 38)
 Persiapan pertahanan (al-Anfal: 60)
 Perjanjian damai dengan golongan musyrik yang
bersedia untuk tidak mengancam keselamatan
kaum Muslimin (al-Taubah: 4)
9
Dalil Tarikhi (Sejarah):

Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis


yang membicarakan tentang adanya “Negara” dan
Pemerintahan pada zaman-zaman sebelum Islam:
• Pemerintahan-pemerintahan yang tersebut dalam kisah-
kisah para anbiya’ dan rasul Allah sebelum Nabi
Muhammad s.a.w. sperti: kisah Nabi Yusuf, Fir`aun
dalam zaman Nabi Musa, Ratu Balqis dalam zaman Nabi
Sulaiman dan lain-lain
• Mandat Allah kepada sebahagian manusia: “Allah yang
telah menjadikan kamu (hai manusia) sebagai penguasa
bumi (khalifah), dan darjat sebahagian kamu
ditingkatkan atas sebahagian yang lain, di mana Allah
akan menguji kecekapanmu dalam mengurus alam…”
(al-An`am: 165)
• “Di antara mereka, ada yang telah Kami jadikan
pemimpin kerana ketabahannya, mereka akan
membimbing (ummat) dengan perintah Kami, dan
mereka yakin akan ayat-ayat (kebenaran) Kami” (al-
Sajadah: 24)
10
Pembentukan Daulah
Islamiah

11
Proses Pembentukan Daulah Islamiah:

 Daulah Islamiah mula berkembang daripada


konsepnya yang sederhana kepada yang lebih
kompleks

 Wahyu yang diturunkan kepada Nabi s.a.w. sejak


awal lagi menjurus kepada persediaan
pembentukan sebuah Daulah

 Wahyu yang diturunkan meletakkan dasar-dasar


dan garis-garis kasar mengenai asas-asas sebuah
pemerintahan yang ideal dan adil
12
Asas-asas Daulah Islamiah:

 Tauhid (Mengesakan Allah)


 Ukhuwwah Islamiah
 Keadilan Sejagat
 Keistimewaan Bani Adam
 Wala’ Kepada Pemimpin
 Syura

13
Ukhuwwah Islamiah:
• “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah
bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua
saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu
mendapat” (al-Hujurat: 10)
• “Seorang mukmin adalah saudara mukmin yang lain,
mereka saling memperkukuh antara satu sama lain”
(Hadis)

Keadilan Sejagat:
• “Dan apabila kamu menghukum manusia, maka
hendaklah kamu berlaku adil”
(al-Nisa: 58)
• “Dan janganlah sesekali kebencianmu terhadap suatu
kaum mendorong kamu berlaku tidak adil, berlaku adil
itu lebih dekat kepada takwa” (al-Ma’idah: 8)
14
Kemuliaan Bani Adam:

 “Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak-anak Adam,


Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri
mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan
mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan
makhluk yang telah Kami ciptakan” (al-Isra’: 70)

 “Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum


memperolok-olokkan suatu kaum yang lain (kerana) boleh
jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada
mereka (yang memperolok-olokkan)…” (al-Hujurat: 11)

15
Wala’ Kepada Pemimpin:

 “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kepada


Allah, taatilah kepada rasul dan kepada
pemerintah-pemerintah daripada kalangan kamu”
(al-Nisa: 59)

 “Hendaklah kamu patuh dan taat, walaupun kamu


diperintah oleh seorang hamba yang hitam, selagi
dia menegakkan hukum-hukum Allah di kalangan
kamu” (Hadis)

16
Syura:

• “Dan urusan mereka diputuskan


dengan mesyuarat antara mereka”
(al-Syura: 38)

• “Dan mesyuaratlah kamu dengan


mereka dalam urusan itu”
(Ali `Imran: 59)

17
Pemerintahan dan
Pentadbiran Islam Zaman
Rasulullah s.a.w.

18
Sistem pentadbiran zaman Rasul s.a.w.:
 Rasulullah s.a.w. telah meletakkan asas-asas
sebuah negara Islam selepas hijrah baginda ke
Madinah
 Sistem pentadbiran pada masa itu agak sederhana
(simple) sesuai dengan keperluan masa itu
 Baginda s.a.w. mengorak langkah dengan
menyediakan suasana yang sesuai bagi mendirikan
daulah Islamiah
 Baginda s.a.w. berjaya meletakkan asas sebuah
negara yang ideal dan adil walau pun baginda
tidak menetukan sistem pemerintahan tertentu
dan tidak melantik penggantinya
19
Sebagai langkah pertama, Rasul s.a.w. telah membentuk
empat perkara dasar:

i. Menghapuskan `ashabiyyah dan digantikan


dengan semangat `aqidah

ii. Islam sebagai landasan peraturan masyarakat

iii. Syura (antara pemerintah dengan rakyat)


sebagai kaedah paling berkesan dalam
pentadbiran yang harmonis

iv. Peraturan bertulis (Piagam Madinah) sebagai


panduan pentadbiran menjaga kepentingan
negara dan rakyat 20
Piagam Madinah (Medinan Charter):

 Dokumen politik yang sangat penting


 Berperanan sebagai dokumen perjanjian antara
kaum Muslimin dengan kaum Yahudi di satu pihak
dan dengan kaum Musyrikin Madinah di pihak
yang lain
 Menggariskan dasar-dasar kehidupan sosial,
ekonomi pertahanan

21
Prinsip Umum Piagam Madinah:
i. Wahyu sebagai sumber utama undang-undang negara
ii. Masyarakat berbilang kaum dan agama Madinah adalah
sebuah masyarakat (ummah) bertanggungjawab terhadap
negara Islam Madinah
iii. Nabi Muhammad s.a.w. adalah pemimpin masyarakat dan
ketua negara
iv. Semuja anggota piagam mempunyai hak dan kebebasan
beragam
v. Setiap anggota piagam mestilah menjalin hubungan yang
erat sesama mereka tidak kira agama dan keturunan
vi. Piagam berfungsi menegakkan keadilan dan membanteras
kezaliman
vii. Memberi jaminan keselamatan kepada semua yang
mematuhi peraturan-peraturan piagam

22
Kepimpinan
Rasulullah s.a.w.

23
Nabi dan Rasul:

Menentukan bidang ibadah,


muamalat, hukum kekeluargaan,
jenayah, tatanegara dan hubungan
antarabangsa

24
Pemimpin masyarakat:

 Disegani sejak sebelum menjadi Rasul


 Berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang
agama dan kaum Madinah yang telah berpecah
sekian lama
 Dengan penyatuan (dalam bentuk ummah) ini
baginda telah membina yang lebih kukuh dari segi
politik dan ekonomi

25
Pemimpin politik:
 Terserlah sejak muda lagi semasa di Kota Makkah
menyelesaikan masalah pemindahan Hajar al-
Aswad
 Tidak menyimpan perasaan dendam terhadap
mereka yang pernah menganiaya baginda dan
pengikutnya
 Terserlah juga di peringkat antarabangsa melalui
penghantaran perwakilan ke Habsyah, Mesir,
Byzantine dan Parsi
 Berjaya memperkenalkan sistem syura. Bahkan
syura adalah teras kepimpinan baginda. Sistem ini
dikembangkan lagi oleh Khalifah Umar ibn al-
Khattab
26
Perancang Ekonomi:

 Memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi


menggantikan dasar ekonomi Jahiliyyah
 Menggalakkan kerja keras dan bergiat aktif dalam
perniagaan
 Mensyariatkan zakat, jizyah, dan `usyur
 Membangun ekonomi dengan mengusahakan
semula tanah yang terbiar dan menebus semula
tanah yang telah tergadai kepada kaum Yahudi
 Mempertingkat usaha menyekat kegiatan
monopoli kaum Quraisy di Makkah, Madinah dan
Syam
27
Pemimpin Tentera:

 Memimpin setiap ekspedisi ketenteraan dengan efektif


dan kualiti kepimpinan yang tinggi
 Segala tindakan ketenteraan mengiktu batas-batas yang
ditetapkan syara’
 Model kepimpinan yang unggul, seperti; di Hunayn dan
Ta’if dengan memulangkan semula harta benda yang di
tawan kepada pihak musuh
 Adil kepada kawan dan lawan
 Ahli strategi dan taktik dalam ketenteraan

28
Pemerintahan dan Pentadbiran
Islam Zaman Khulafa al-
Rasyidin

29
Masalah di sekitar pemilihan Khalifah
Pertama
 Rasulullah s.a.w. tidak pernah mencalonkan
penggantinya
 Hal pemilihan khalifah diserahkan kepada
kebijaksanaan para sahabat baginda
 Namun, baginda ada memberi isyarat umum
mengenai pemilihan daripada kaum Quraisy
 Pengaruh Quraisy dan kekuatannya memang diakui
oleh majoriti masyarakat Arab pada zaman itu, di
samping terdapat beberapa tokoh yang sangat
menonjol dari kalangan sahabat
 Ini telah menimbulkan persoalan di kalangan
masyarakat Islam tentang siapa yang patut
menjawat jawatan khalifah 30
Mula perbalahan…

 Walaupun Rasulullah s.a.w. pernah memberi isyarat


yang bermaksud: “Imam-imam khalifah mestilah di
kalangan kaum Quraish”, timbul persoalan siapakah
tokoh yang paling sesuai untuk jawatan ini; Ali ibn Abi
Talib dari Bani Hasyim?, Abu Bakar al-Siddiq dari
Bani Taym?, `Umar ibn al-Khattab dari Bani `Adi?
Atau `Uthman ibn `Affan dari Bani Umayyah?
 Golongan Ansar pula mendakwa bahawa Rasulullah
s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud:
“…sesungguhnya para nabi diutus tanpa menurut
susur galur keturunan”. Tokoh Ansar yang paling
menonjol pada ketika itu ialah Sa`d ibn `Ubadah.

31
Tiga aliran pemikiran telah lahir daripada
dua hadis tersebut di atas:

i. Para penyokong `Ali daripada Bani Hasyim yang


kemudian dikenali sebagai golongan Syi`ah
ii. Suku-suku Quraish yang bukan daripada Bani
Hasyim
iii. Puak Ansar yang bukan daripada kaum Quraisy

32
Kaum Syiah berpendapat bahawa `Ali r.a. paling berhak
menjawat jawatan khalifah selepas Rasul s.a.w
berdasarkan dua riwayat:
Riwayat pertama dari Ibn Ishaq (yang dikaitkan dengan
peristiwa Ghadir Khum): Menurut Ibn Ishaq, Rasulullah
s.a.w. suatu hari memberitahu para sahabat bahawa: “Dia
(Ali) adalah imam, saudaraku, pengganti dan khalifahku.
Maka hendaklah kamu sekalian dengar dan patuh
kepadanya”

Riwayat kedua pula adalah dari al-Zuhri, di mana ketika


Nabi s.a.w. sedang uzur, `Abbas ibn `Abd al-Mutalib telah
menemui `Ali r.a. menyuruhnya menanyakan baginda
tentang bakal pengganti (khalifahnya). Tetapi `Ali enggan
kerana bimbang Rasulullah s.a.w. tidak akan melayaninya
dan akibatnya nanti umat Islam tidak akan melantik sesiapa
dari kalangan keluarga baginda. 33
Ramai ulama yang meragui riwayat Ibn Ishaq atas beberapa
sebab:

 Sebahagian berpendapat bahawa ianya adalah rekaan


puak Syi`ah semata-mata (Ibn Ishaq ialah pengikut
Syi`ah)
 Masyarakat Arab Madinah tidak pernah mendengar
riwayat tersebut
 Sekiranya ia benar, para sahabat, terutama Abu Bakar
dan Umar pasti tidak akan mengabaikannya
 Riwayat tersebut tidak terdapat dalam Sahih al-Bukhari
dan Muslim serta Sunan Abu Daud atau Ibn Majah
 Lebih mengelirukan dengan riwayat al-Zuhri, kerana
dalam riwayat tersebut jelas `Ali r.a. tidak mengetahui
mengenai wasiat tersebut

34
Cara Pemilihan Khalifah:

i. Perundingan dan persetujuan tanpa pencalonan, seperti


pemilihan Abu Bakar al-Siddiq r.a.
ii. Pencalonan kepada seorang calon oleh khalifah terdahulu
seperti pemilihan Umar ibn al-Khattab r.a.
iii. Pencalonan kepada beberapa orang calon oleh khalifah
terdahulu atau kumpulan masyarakat yang berada di
Madinah untuk dipilih seorang yang paling layak, seperti
pemilihan `Uthman ibn `Affan r.a. Walau pun pemilihan
`Ali ibn Abi Talib r.a. tidak disetujui oleh Mu`awiyah dan
penyokongnya, tiada seorang pun dari kalangan penduduk
ibu kota Madinah dan Majlis Syura (termasuk Talha dan al-
Zubayr) yang menentang sewaktu pemilihan dibuat

35
Ucapan penentu dasar dan gaya pemerintahan:

“Wahai manusia! Aku telah dilantik untuk mengendalikan


urusanmu, padahal aku bukanlah orang yang terbaik di
antaramu. Maka jika aku menjalankan tugasku dengan baik,
ikutlah, tetapi jika aku berbuat salah, maka betulkanlah!
Orang yang kamu pandang kuat, aku pandang lemah, hingga
aku dapat mengambil hak orang daripadanya, sedang orang
yang kamu pandang lemah, aku pandang kuat, hingga aku
dapat mengembalikan haknya kepadanya. Hendaklah kamu
taat kepadaku selama aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya,
tetapi bilamana aku tiada mentaati Allah dan Rasul-Nya, tak
perlu kamu mentaatiku”.

36
Pemilihan Abu Bakar r.a. sebagai Khalifah (di Saqifah
Bani Sa‘idah:
 Golongan Ansar mahu khalifah dipilih dari kalangan
mereka
 Golongan Muhajirin pula merasakan khalifah lebih layak
dilantik dari kalangan mereka (yang datang dari Kaum
Quraish)
 Apabila ‘Umar r.a. membai‘at Abu Bakar r.a., hampir semua
bersetuju atas kedudukannya yang sering menjadi rujukan
nasihat oleh Rasulullah s.a.w. dalam urusan pentadbiran
dam kepercayaan baginda terhadap beliau untuk
mengendalikan urusan haji dan mengimamkan salat ketika
baginda tidak sihat
 Walaupun kerabat ‘Ali berpandangan bahaw ‘Ali lebih layak
menjawat khalifah, terdapat riwayat bahawa ‘Ali juga
kemudiannya membai‘at Abu Bakar. Tidak ada bukti
bahawa beliau menentang perlantikan Abu Bakar
37
Sumbangan Abu Bakar r.a.

 Menyelesaikan masalah riddah


 Beberapa individu yang mengaku menjadi nabi (antarnya
Musailamah al-Kazzab)
 Menghadapi ancaman Parsi dan Byzantine (ekspedisi yang dihantar
oleh Abu Bakar dilengkapkan dalam zaman ‘Umar sehingga jatuhnya
Parsi dan Rum)
 Pembentukan sebelas pasukan tentera yang kuat dipimpin oleh
beberapa panglima yang handal, antaranya: Khalid ibn al-Walid, ‘Amr
ibn al-‘As, ‘Iqramah ibn Abu Jahal, Syurahbil ibn Bakar

38
Pemerintahan dan Pentadbiran
Islam Zaman ‘Umar ibn al-
Khattab

39
Pemilihan ‘Umar sebagai khalifah..
 Sebelum kewafatannya, Abu Bakar r.a. telah mencalonkan
`Umar r.a. sebagai penggantinya (hasil dari perbincangannya
dengan beberapa orang sahabat)
 Tiada yang membantah, bahkan, bersetuju dengan
pencalonannya disebabkan kemampuan kepimpinan,
kepintaran dan kewibawaan `Umar yang tidak dipertikaikan
 Pencalonan juga tiada kena-mengena dengan hubungan
peribadi antara kedua-dua pemimpin
 Situasi pada masa itu (peperangan sengit antara Muslimin
dengan Parsi dan Byzantine) memerlukan kesinambungan
kepimpinan yang sesuai
 Abu Bakar perlu melakukannya demi menghindari
perselisihan yang mungkin timbul yang telah beliau
jangkakan

40
Sistem Pentadbiran `Umar:
• Syura: Pembentukan Majlis Syura yang dianggotai oleh
individu yang memiliki ciri-ciri tertentu yang dikenali sebagai
ahl al-Hal wa al-`Aqd

• Pentadbiran Wilayah: Pembahagian wilayah-wilayah kepada


beberapa bahagian (Kufah, Basrah, Syam, Jazirah
(Mesopotamia) Mausil, Yaman dan Bahrain) dan menugaskan
wali (gabenor) bagi setiap wilayah

• Jabatan-jabatan: Melantik setiausaha yang dibantu oleh


beberapa pegawai bagi setiap jabatan; Setiausha Tentera
(Khatib al-Diwan), Jabatan Percukaian (Sahib al-Kharaj),
Pegawai Polis (Sahib al-Syurtah), Pegawai Perbendaharaan
Negara (Sahib Bait al-Mal)

41
Sistem Pentadbiran `Umar:
• Surat Perlantikan: Setiap pegawai diberi surat
perlantikan dan kenyataan bidang tugas, di
samping pemberitahuan masyarakat

• Pentadbiran Tanah: Pembahagian tanah yang


dikuasai kepada dua jenis; tanah dhimmah
(ditadbir pemilik-pemilik asal) dan tanah sawafi
(ditadbir oleh pemegang-pemegang amanah yang
disebut ahl al-fay`

42
Perluasan zaman `Umar:

 Peperangan al-Jasr
 Peperangan Mahran atau al-Nakhilah
 Peperangan al-Qadisiyah
 Peperangan Mada’in, Jalula, Nahawand
 Di Rum: Pertempuran-pertempuran Ajnadain,
Damsyiq, Yarmuk, Mesir, Babilion, Iskandariyah,

43
Pemerintahan dan Pentadbiran
Islam Zaman `Uthman ibn
`Affan

44
Perlantikan `Uthman sebagai Khalifah
 `Umar telah menyenaraikan beberapa nama calon
bagi jawatan penggantinya sebelum beliau wafat.
Antara mereka ialah: `Uthman ibn `Affan, `Ali ibn
Abi Talib, Sa`d ibn Abi Waqqas, Zubayr ibn
`Awwam, `Abd al-Rahman ibn `Auf dan Talhah ibn
`Ubaidillah
 Selepas perbincangan tiga daripada mereka tarik
diri dan seorang (Talhah) tida hadir –
meninggalkan `Ali dan `Uthman (`Abdullah ibn
`Umar sebagai saksi)
 `Uthman ibn `Affan kemudian dilantik melalui
koordinasi oleh `Abd al-Rahman ibn `Auf
45
Perluasan Islam zaman `Uthman:

i. Menumpaskan penderhakaan dan


pemberontakan yang terjadi di
beberapa negeri yang telah masuk di
bawah kuasa Islam di zaman `Umar
ii. Melanjutkan perluasan Islam ke
daerah-daerah yang terhenti dalam
zaman `Umar

46
Dasar Pemerintahan `Uthman:

• Walau pun `Uthman pernah berjanji untuk menyambung


dasar pemerintahan Rasul s.a.w. dan dua khalifah
sebelumnya, namun, beliau terpaksa menukar dasar atas
sebab-sebab tertentu
• Memecat sebahagian gabenor yang telah dilantik oleh
`Umar natijah dari berlakunya beberapa rusuhan
menentang gabenor-gabenor tersebut
• Campurtangan dalam urusan pentadbiran tanah (sawafi)
yang terbengkalai di Iraq bersebab daripada masalah sosial
dan ekonomi akibat dari kegagalan Gabenornya, Sa`id ibn
al-`As

47
Penentangan Terhadap `Uthman:

 Campurtangan dalam urusan tanah sawafi tersebut telah


menyebabkan Sa`id ibn al-`As disingkirkan dan penentangan terhadap
dasar `Uthman
 Dalam pengendalian harta benda negara pula, `Uthman dituduh telah
membelanjakan banyak harta negara untuk kepentingan keluarganya
 Beliau juga dituduh membelanjakan 1/5 rampasan perang untuk para
pegawainya
 Beliau juga dituduh dengan nepotisme kerana secara kebetulan
sebahagian gabenor adalah daripada kaum kerabatnya
 Dituduh sebagai boros dan mengambil harta Bait al-Mal untuk
kegunaan peribadi
 Dituduh membenarkan sahabat memiliki tanah di Iraq
 Dituduh memihak kepada kaum Quraisy dan bekas golongan Murtad
 Dituduh mencemarkan kesucian al-Quran kerana tindakannya
membakar naskhah-naskhah al-Quran

48
Pembunuhan `Uthman ibn `Affan:

• Pemberontakan di Kufah pimpinan al-Asytar telah


membawa kepada pembunuhan `Uthman
• Walaupun Sa`id telah disingkirkan pemberontak masih
tidak puas hati
• Para pemberontak memberi kata dua kepada `Uthman
sama ada menukar polisinya mengenai tanah di Iraq atau
beliau akan dipecat dengan kekerasan
• `Uthman berkeras dengan pendiriannya dan akhiranya
beliau dibunuh

49
Pemerintahan dan Pentadbiran
Islam Zaman `Ali ibn Abi Talib
r.a.

50
Perlantikan `Ali sebagai Khalifah
 Dengan kematian `Uthman, masyarakat Islam
Madinah telah membai`at `Ali sebagai Khalifah
 `Ali akhirnya menerima walaupun pada mulanya
menolak disebabkan calon seperti Talhah dan al-
Zubayr menolak
 Talhah dan al-Zubayr pada mulanya membai`at
`Ali, tetapi kemudiannya mengubah sikap apabila
mendapati puak pemberontak pimpinan al-Asytar
menyokong perlantikan `Ali

51
Siasah membawa kepada fitnah..
• Siasah `Ali banyak dipengaruhi oleh keadaan
semasa beliau dilantik sebagai Khalifah

• Untuk menjernihkah kekeruhan suasana masa itu,


beliau telah memecat gabenor-gabenor yang
dilantik oleh `Uthman termasuk Mu`awiyah dan
menggantikan mereka dengan gabenor daripada
kalangan Ansar dan puak pemberontak

• Tindakan `Ali ini mendapat tentangan kuat


terutama daripada Mu`awiyah ibn Abu Sufyan

52
Siasah membawa kepada fitnah..
• Sebagai membela kematian `Uthman, Talhah dan
al-Zubayr pula memimpin tentera dari Makkah
untuk memerangi Ali dan penyokongnya dalam
peperangan Jamal. Talhah dan al-Zubayr
disoskong oleh `Aisyah r.a. Talhah dan al-Zubayr
gugur dan `Aisyah ditawan dan dihantar pulang ke
Makkah

• Kegagalan berdamai dengan Mu`awiyah pula telah


membawa kepada Perang Siffin

53
Peristiwa Tahkim
 Menyedari bahawa tentera Syam pimpinan Mu`awiyah
hampir kalah, `Amr ibn al-`As mencadangkan agar
Mu`awiyah mengajak `Ali berunding dengan kembali
kepada al-Quran
 Seruan itu berkesan dan berlakulah peristiwa Tahkim –
dengan `Ali mewakilkan Abu Musa al-`Asyari dan
Mu`awiyah mewakilkan `Amr ibn al-`As
 Keputusan untuk mengadakan Tahkim tidak disetujui oleh
sebahagian pengikut `Ali yang kemudian membentuk puak
Khawarij (walau pun pada mulanya mereka yang beriya
meminta `Ali menerimanya)
 Majlis Tahkim gagal disebabkan kelicikan politik `Amr ibn
al-`As
54
Pembunuhan `Ali r.a.

 `Ali dibunuh oleh Abd al-Rahman ibn Muljam (pengikut


Khawarij) yang membalas dendam terhadap serangan `Ali
terhadap puak Khawarij yang enggan menyerahkan
pembunuh `Abdullah ibn Khabbab ibn al-Aratt
 Dengan kematian `Ali maka berakhirlah zaman
pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin dan bermulanya
pemerintahan Bani Umayyah yang diasaskan oleh
Mu`awiyah
 Kemenangan Mu`awiyah adalah hasil kesempatan yang ia
dapat daripada penaklukan beberapa kawasan disebabkan
kesibukan `Ali memerangi puak Khawarij

55
Antara rujukan:
 Sejarah dan Kebudayaan Islam, oleh Prof Dr Ahmad Shalabi
 War and Peace in the Law of Islam, Majid Khadduri
 Al-Khilafah, Muhammad Rasyid Ridha
 Muhammad Rasulullah, Muhammad Rasyid Ridha
 The Principle of State and Government in Islam, Muhammad Asad
 Al-Khulafa’ al-Rasyidun, Abd al-Wahhab al-Najjar
 Fajr al-Islam, Ahmad Amin
 Dhuha Islam, Ahmad Amin
 Zahr al-Islam, Ahmad Amin
 Muqaddimah Ibn Khaldun, Ibn Khaldun
 Al-Ahkam al-Sultaniyah, al-Mawardi
 Al-Islam al-Muftara Alaihi, Muhammad al-Bahy
 Pemerintahan Islam, Ayatullah Khomeini

56

Anda mungkin juga menyukai