Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN KEPADA PTV

Menurut Yahya Emat (1993),vokasional berasal dari


perkataanInggeris iaitu ‘vocation’ bermaksud pekerjaan.
Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) ialah
pendidikan dalam sebarang jenis latihan yang berkaitan
dengan kerja dan kemahiran kerja.

Menurut UNESCO (1980), PTV bukan sahaja melatih


seseorang untuk membuat sesuatu pekerjaan dengan
memberinya kemahiran dan pengetahuan, tapi juga
memupuk perkembangan sifat & watak untuk menambah
keupayaan memahami, menilai, melahirkan pendapat dan
menyesuaikan diri dengan persekitaran.

PTV merupakan elemen yang penting untuk melahirkan


golongan mahir dan separa mahir
PTV dapat mendidik generasi baru dalam bidang pembangunan dan
perindustrian.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal Pelan Tindakan


peningkatan pengeluaran Tenaga Manusia dengan menyatakan;

“Pelan tindakan Peningkatan pengeluaran Tenaga Manusia


Teknikal bertujuan meningkatkan pengeluaran juruteknik dan jurutera
menjelang tahun 2020 dengan menggunakan satu strategi terancang yang
radikal bagi menjuruskan pelajar ke bidang teknik semasa di sekolah
menengah lagi. Pelan ini melibatkan penawaran mata pelajaran teknikal di
beberapa buah sekolah menengah atas serta pengembangan sekolah
menengah teknik dan politeknik.”

(Kementerian Pendidikan 1996:45)


“Falsafah boleh didefinisikan sebagai satu
rangka konsep untuk mensintesis dan
menilai satu sistem nilai yang menjadi
asas membuat keputusan bagi
membentuk masa hadapan PTV." (Miller,
1985)
Istilah “falsafah” berasal dari perkataan
Yunani,”phileosophic” .Phileo bermakna
“mencintai” dan sophic bermakna
“hikmah”.
Falsafah Pendidikan Vokasional
• Kita sedar bahawa falsafah adalah
penting terutamanya dalam Pendidikan
Vokasional kerana iaboleh dijadikan
pegangan dan panduan untuk hala tuju,
asas untuk membentuk tujuan,matlamat
dan objektif Pendidikan Vokasional. Di
samping strategi pelaksanaan dalam
DasarPendidikan Kebangsaan dapat
memperkembangkan tenaga pengajar
yang terlatih dan jugamendirikan sekolah-
sekolah selaras dengan pertambahan
kanak-kanak.
Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa
Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputiperkara-
perkara yang dibangkitkan dalam Dasar Pendidikan
Kebangsaan telah ditubuhkanatau diperkuatkan bagi
memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan
ini. Di antaranyatermasuklah penubuhan Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan,
BahagianPelajaran Teknik dan Vokasional,
Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks,
MajlisSukan Sekolah-sekolah Malaysia,
Jawatankuasa Perancangan Pendidikan,
BahagianPerkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan
Pusat Perkembangan Kurikulum.
Dasar Dan Perkembangan PTV
Falsafah Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional


adalah sebahagian daripada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan boleh lihat
sebagaimana di bawah:

“Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional


di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek, berkemahiran dan berketrampilan
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.”
 Falsafah PTV telah berkembang sejak zaman penjajahan Inggeris
di Tanah Melayu.

• Unsur-unsur falsafah dan matlamat PTV digubal bertujuan untuk


melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek
akademik, jasmani, rohani, sosial dan vokasional iaitu penguasaan
kemahiran bekerja.

• Objektif pelaksanaan PTV adalah untuk:

i) Membentuk kemahiran, kebolehan, kefahaman, sikap, tabiat kerja


dan tanggungjawab dalam diri pelajar supaya dapat digunakan
secara berfaedah dan produktif.
ii)Menyumbangkan tenaga yang lebih produktif dalam perindustrian
dan proses pemodenan .
iii) Mengembangkan potensi pelajar dan memperbaiki kualiti
hidupnya dengan cara meluaskan lagi kemahiran dan
pengetahuannya.
iv) Membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran
serta membentuk kecenderungan dalam bidang teknik dan
vokasional bagi memenuhi keperluan tenaga manusia terlatih di
negara ini.

Anda mungkin juga menyukai