Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Bahagian I
• Muzafar memberitahu ibunya tentang tugasnya yang perlu melatih dan mengiring
peserta cacat penglihatan berkayak di Tasik Permai selama empat hari tiga malam.
Ibunya melarang hasrat tersebut kerana merasakan bahawa Muzafar tidak
berkemampuan untuk menjalankan tugas tersebut, selain bimbang akan
keselamatan anaknya itu. Muzafar meyakinkan ibunya bahawa bot polis dan bot
penyelamat daripada Permai Resort ada bersama-sama sepanjang aktiviti
dijalankan.
• Muzafar memberitahu Azizi tentang larangan ibunya. Azizi berasa hairan kerana
ibu Muzafar yang merupakan pemimpin yang disegani sangat berfikiran terbuka
dan berpandangan jauh. Azizi berpendapat bahawa ibu Muzafar mungkin bimbang
akan keselamatan Muzafar kerana sayang akan anak tunggalnya itu. Namun begitu,
Muzafar merasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh ibunya.
• Ketika peserta ekspedisi tiba, Haris memaklumkan bahawa terdapat enam orang
peserta yang normal daripada 36 orang peserta. Daripada jumlah yang buta itu,
ada yang sekadar rabun dan ditugaskan sebagai jurumudi.
Bahagian II
• Azizi menegur Muzamir yang mengambil angin di beranda kerana tidak dapat
tidur. Muzamir memberitahu Azizi bahawa persatuan mereka sering
mengikuti aktiviti rekreasi dan dibawa untuk menikmati keindahan alam.
Mereka tidak dapat melihat, tetapi keindahan alam dihayati melalui hati.
Menurut Azizi, Muzamir dan rakan-rakannya merupakan peserta cacat
penglihatan pertama yang berkayak di Tasik Permai. Seterusnya, Azizi
memberitahu bahawa melihatkan kesungguhan peserta, dia seakan-akan
lupa bahawa mereka tidak dapat melihat.
• Pada waktu yang lain, Nurul menyatakan perasaan kasihannya terhadap Azizi
kerana perlu mengawal rapi para peserta ekspedisi pada kali ini. Azizi
memaklumkan bahawa kehadiran Nurul dan ahli-hali bersekutu yang lain
bukan sahaja meringankan bebannya dan Muzafar, malahan mengajar
mereka cara memimpin orang cacat penglihatan dan erti kesabaran.
Bahagian IV
• Muzafar disambut oleh ibunya semasa tiba di rumah. Muzafar memohon maaf daripada
ibunya kerana tidak sempat menelefon disebabkan leka berbual-bual dengan peserta
ekspedisi hingga larut malam. Kemudian, Muzafar mengajak ibunya pergi ke pusat
peranginan tempat dia bekerja untuk menonton rakaman video ekspedisi yang disertai
oleh orang cacat penglihatan. Ibunya bersetuju untuk mengikutnya ke sana. Semasa
sedang menonton video, ibunya sangat terkejut apabila melihat muka Muzamir yang seiras
dengan muka anaknya. Ibunya tidak mahu melihat video hingga tamat tayangan lalu
beredar dari situ.
• Azizi berasa hairan akan sikap ibu Muzafar. Muzafar memberitahu Azizi bahawa pelbagai
persoalan timbul dalam fikirannya setelah bertemu dengan Muzamir. Muzafar merasakan
bahawa ibunya menyimpan suatu rahsia berdasarkan reaksinya setelah mendapat tahu
bahawa dia terlibat dengan ekspedisi ini dan melihat rakaman video itu. Muzafar
merasakan bahawa dia bukan anak tunggal. Muzafar turut menjelaskan bahawa
perasaannya amat berlainan ketika membantu Muzamir semasa kayaknya terbalik. Dia juga
berasa sangat sayu sehingga menitiskan air mata ketika bersalam dan berpelukan dengan
Muzamir sebelum berangkat pulang. Muzafar tertanya-tanya tentang hubungannya
dengan Muzamir.
Pemikiran
• Pemikiran drama ini ialah pertemuan dua beradik yang terpisah setelah
melakukan aktiviti yang sama. Setelah beberapa hari menjalani ekspedisi
berkayak, Muzafar merasakan Muzamir ada hubungan darah dengannya
kerana raut muka, warna kulit, dan bentuk badan yang sama. Akhirnya,
Muzafar memperoleh jawapan apabila ibunya sendiri tidak sanggup
melihat kesudahan video detik-detik Muzamir berkayak di Tasik Permai
bersama-sama Muzafar.
Watak dan Perwatakan
Muzafar (watak utama)
• Kasih sayang – Hayati amat sayang akan keluarganya dan demi tidak mahu
membebankan keluarganya dengan masalah kewangan, dia sudi pulang ke rumah
dan berhenti daripada belajar di sekolahnya yang dahulu.
• Ketabahan – Fauziah dan keluarganya tabah menghadapi cabaran hidup walaupun
suaminya telah meninggal dunia.
• Amanah – Encik Musa amanah dalam melaksanakan tugasnya. Dia menyampaikan
cek yang berjumlah sepuluh ribu ringgit kepada keluarga Fauziah sebagai
penghargaan atas jasa suami Fauziah, iaitu Sarjan Akhbar.
• Bekerjasama – Datuk Penghulu mencuba untuk membantu Pak Mail dalam
menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga Fauziah.
• Kesopanan – Hayati bertanyakan khabar dan bersalaman dengan ibu dan datuknya
semasa tiba di rumah.
• Kejujuran – Hayati berterus terang dengan pengetua sekolahnya tentang
kesempitan hidup keluarganya.
PENGAJARAN