Anda di halaman 1dari 35

Mengenai AADK

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merupakan


sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam
Negeri yang menguruskan hal-hal berkaitan
membanteras penyalahgunaan dadah di Malaysia.

AADK sebagai agensi peneraju dalam membanteras


masalah dadah, sentiasa berusaha gigih dalam memberi
perkhidmatan yang terbaik dari aspek rawatan dan
pemulihan, pencegahan, penguatkuasaan dan
pengawasan. AADK juga memainkan peranan dalam
usaha kerajaan untuk merealisasikan matlamat Malaysia
Bebas Dadah.

Penyalahgunaan dan penagihan dadah menjadi salah


satu masalah utama yang membawa impak negatif
kepada kehidupan manusia di seluruh dunia termasuklah
SUDUT
SEGAR DIRI
MINDA
CERDAS
Ubat kepak a.k.a GHB
Ini satu lagi pil untuk memudahkan lelaki serigala
merogol mangsanya. Serbuk didalam pil ini biasanya
dicampur ke dalam air untuk menghilangkan
kesedaran mangsa. Adakalanya mangsa boleh
pengsan terus apabila terdedah kepada dadah ini
dan adakalanya menjadi separuh sedar justeru
membiarkan lelaki melakukan apa saja kepadanya.
Dadah jenis ini yang biasa dijumpai di Malaysia
biasanya diimport dari negara Thailand berbentuk
seperti pin bowling (memudahkan urusan kepak dan
picit). Namun begitu ianya juga ada didalam bentuk
kapsul pil biasa.
Tahun 90an harganya murah sahaja lebih kurang
RM5 sebiji pil. Sekarang dengar cerita sudah
mencecah RM100 sebiji pil.
Pil erimin 5
Kesan pil erimin 5 pun hampir sama dengan ecstacy.
Cuma pengambilan pil ini boleh menyebabkan halusinasi
yang lebih teruk berbanding ecstacy. Ianya juga popular
dikalangan "party people" kerana ia memberi rasa
seronok pada individu yang mengambil eramin 5 ini.
Ramai wanita tak tahu, pil ini digunakan untuk
memudahkan lelaki serigala merogol mereka di dalam
kelab malam sebab itulah ianya digelar "rape drug".
Banyak kematian melibatkan erimin 5 biasanya
melibatkan alkohol pada masa yang sama. Harganya
lebih kurang sama dengan ecstacy.
SUDUT
BACAAN
1 KHADIJAH
Ubat batuk
Ubat batuk ini asalnya digelar sebagai "kodein". Di
sesetengah kawasan pedalaman ada juga
menggelarkannya sebagai "gayah". 2017 ini sudah jarang
didengari mengenai kes-kes melibatkan ubat batuk.
Mungkin dadah jenis ini sudah ketinggalan zaman dan
tak mengikut trend semasa. Antara kesan pengambilan
ubat batuk mudah dilihat. Mata akan menjadi merah
kekuningan, percakapan melalut-lalut dan bermacam-
macam lagi. Pendek kata, kalau individu itu mengambil
ubat batuk secara berlebihan, dia akan jadi tak ubah
seperti orang gila di jalanan. Percayalah. Harganya
bergantung size botol. Bermula dari RM20 ke ribuan
ringgit.
Pemenang untuk kategori dadah popular
masakini jatuh kepada SYABU. Syabu atau
nama lainnya “Methaphetamine", memang
sangat terkenal dikalangan remaja. Ianya kini
menular ke kawasan-kawasan kampung
pedalaman walaupun harganya sangat mahal.
Pada tahun 90an, dadah ini cuma digunakan
oleh orang bangsawan saja, kini tidak lagi. Anak
kepada petani kecil pun boleh terjebak
dengannya. Di jalanan, orang menggelar syabu
sebagai ice, ais, ataupun batu kerana bentuknya
seperti kristal ais.
Di Malaysia, ramai penagih dadah seperti
penagih pil kuda, kokain, ubat batuk dan
sebagainya kini beralih arah kepada syabu.
Siapa tokan syabu dizaman ini dialah raja dialah
dewa.
Pil metadhone
Pil metadhone ada dijual di farmasi dan klinik-klinik
tertentu asalkan mendapat lesen dari kerajaan.
Bahkan ianya juga boleh didapati dari klinik dan
hospital kerajaan. Pil Methadone digunakan untuk
mengubati dan mengawal pesakit yang ketagihan
dadah jenis opium yang lain. Kesannya tidak seteruk
dadah yang lain namun masih mampu membuatkan
pesakit itu bertindak aggresive apabila kesannya
sudah habis (di jalanan orang panggil situasi ini
sebagai "kong").
SEMANGAT
PATRIOTISME
TINGGI DALAM
DIRI
FUNGSI DAN PERANAN
• Menguatkuasa, menjalankan dan memberi kuatkuasa kepada Perutukan Akta
Dadah Berbahaya 1952 kecuali Seksyen 4,5,7, Subseksyen 9(1)(a), Seksyen
11, Subseksyen 12(1), Seksyen 16 dan 17;
• Menguatkuasa, menjalankan , menunaikan dan melaksanakan kuasa,
kewajipan dan fungsi di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan
Pemulihan) 1983;
• Menguatkuasa, menjalankan, menunaikan dan melaksanakan kuasa,
kewajipan dan fungi di bawah akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah
Pencegahan Khas) 1985;
• Menguatkuasa, mentadbir, menjalankan serta memberi kuatkuasa kepada
peruntukan Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988;
• Mencegah dan menyekat pengedaran dadah secara haram dan
menyalahgunaan dadah;
• Memberi bantuan dalam apa-apa penyalahgunaan dadah atas permintaan
negara asing sebagaimana yang diperuntukan dibawah Akta Bantuan
Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621);
• Mendidik orang ramai untuk menentang penyalahgunaan dadah;
Dadah musuh negara. Mungkin ada diantara anda yang
menganggap pengharaman dadah adalah satu konspirasi untuk
menghalalkan penjualan ubat-ubatan di farmasi (yang juga
mengandungi dadah dengan kuantiti terkawal). Ada juga yang
mengatakan kerajaan mengharamkan dadah seperti ganja dan
ketum kerana dadah-dadah ini tidak memberi pulangan cukai
yang lumayan kepada kerajaan. Sekiranya anda berfikiran
seperti ini, percayalah bahawa otak anda sudah rosak
sebenarnya. Mungkin kerana pengambilan dadah yang
berlebihan ataupun sengaja untuk menghalalkan perbuatan
sendiri.

S ekali lagi diulangi, dadah adalah musuh negara! kerana


dadah banyak keluarga cerai berai, kerana dadah ada nenek
dibunuh dengan kejam, kerana dadah jugalah kadar jenayah
meningkat. Mungkin ada dikalangan pembaca tidak banyak
terdedah mengenai info dadah dan tidak sedar ada diantara
orang terdekat, terjebak dengan pengambilan dadah.
Di larang
tidur di
dalam kelas
Pil kuda ini sudah dikira "rare" di negeri utara Malaysia dan juga Sabah Sarawak. Pil ini mudah didapati di negeri
Kelantan dan Terengganu. Kebanyakan yang terjebak dengan pil kuda biasanya akan terjebak juga dengan dadah
jenis syabu. Kerana kedua-dua dadah ini kononnya memberikan 'extra' energi kepada pengambilnya. Ianya juga
boleh membuatkan individu itu menjadi terlebih berani dan aggresive. Jadi anda mungkin sudah faham kenapa mat
rempit kebanyakannya berani mati. Walaupun begitu, janganlah dituduh semua orang bermotorsikal itu sebagai mat
rempit ya.

Pil kuda ni rupanya kecil macam pil ubat selsema berwarna merah hati. Cara penggunaannya bukan dengan cara
makan. Pil kuda ni perlu dibakar terlebih dahulu. Kemudian asapnya itu akan disedut ke dalam mulut. Kebanyakan
yang mengambil pil kuda ni gigi mereka akan rosak teruk berwarna kehitaman dan boleh menyebabkan gigi pecah.
Harga pil kuda kini mencecah RM120. tahun 90an sebijik cuma RM15 ke RM30.
Ganja a.k.a kanabis
• Ganja adalah dadah yang paling popular di Malaysia. Ianya juga dianggap sebagai dadah 'gateway' kepada
dadah jenis lain yang lebih teruk kesannya. Menurut statistik, kebanyakan penagih dadah jenis lain
bermula dengan dadah jenis ganja terlebih dahulu. Diluar negara, ganja lebih dikenali sebagai marijuana
(dibaca mari-wana bukan mari-jua-na).
• Istilah lain yang popular di Malaysia selain ganja pula adalah "boh", "balut", "daun" dan bahkan ada juga
menggelarkan ganja sebagai "husin" atau "usin". Selain gelaran yang unik untuk susah difahami oleh orang
awam, ada juga gaya pergerakan tangan yang dibuat untuk menunjukkan simbol "ganja" ini. Contohnya
sekiranya individu A mahu bertanya kepada individu B adakah beliau memiliki sedikit ganja untuk dikongsi,
individu A akan menggores-gores telapak tangannya menggunakan ibu jari tangan yang sama (gaya seperti
sedang balut rokok).
• Harga sebata ganja ini lebih kurang RM900 ke RM1500.
Bersih, ceria
dan tersusun
3c + tp
Maahad unggul
cemerlang
Sederap bertekad
mencipta
kecemerlangan
SUDUT
INFORMASI
Pil Ecstacy
Pil ini lebih popular dikalangan individu yang sukakan muzik atau
masuk ke kelab malam. Pil ada didalam bermacam bentuk dan warna.
Ada juga pil ecstacy yang kelihatan seperti gula-gula kanak-kanak
dengan gambar kartun comel. Diantara sebab pil ini popular
dikalangan orang yang suka berparti adalah kerana musik yang kuat
dan berdentum-dentum akan membantu tahap khayalan individu
tersebut. Selain itu, ecstacy juga menyebabkan penambahan nafsu
syahwat untuk melakukan seks. Sebab itulah di luar negara ianya
digelar "love pill". Nama lainnya adalah XTC dan MDMA. Harganya
tidak menentu bergantung kawasan juga. Biasa didengari sebiji RM50
ke atas.

Anda mungkin juga menyukai