Anda di halaman 1dari 7

Tajuk 3: Isu-isu Kepedulian

berdasarkan Teori
Keperihatinan

Disediakan oleh:
Goh Geok Ruo
Koh Chun Jing
Lee Kwen Yau
Pengenalan
• Teori Keperihatinan (Fuller (1969):
• Peringkat Keperihatinan Dir
• Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas
• Peringkat Impak

• Definisi Kepedulian:
• Kepedulian merupakan kuasa yang akan menggerakkan suatu proses
perubahan (Havelock, 1995)
• Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru
terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya
Isi 1: Keperihatinan dari segi
penyempurnaan diri
• Selaras dengan peringkat keperihatinan diri dalam Teori Keperihatinan
Fuller (1969), seseorang guru harus mempunyai kepedulian dari segi
penyempurnaan diri.
• Hal ini bermaksud guru perlu mengurus kehidupan sehariannya dengan
baik supaya tidak berlaku masalah yang boleh mengganggu tugas di
sekolah.
• Sebagai contoh, walaupun saya menghadapi pelbagai masalah seperti
masalah pengangkutan, masalah kekurangan wang serta terbeban
dengan banyak kerja kursus. Namun begitu, saya tetap mengharungi
masalah-masalah tersebut melalui pengurusan masa dengan bijak.
• Dengan itu, saya dapat memberikan komitmen yang tinggi kepada tugas-
tugas yang diamanahkan di sekolah.
Isi 2: Keperihatinan terhadap tugas pengajaran
• Dari aspek peringkat keprihatinan terhadap tugas, seseorang guru harus
mempunyai kepedulian terhadap tugas pengajaran.
• Perkara ini bermaksud guru perlulah mengambil peduli tentang bahan,
kaedah dan beban pengajaran dan pembelajaran.
• Contohnya, saya telah mendapati murid yang lemah dan tidak dapat
mencapai objektif pembelajaran semasa menjalani praktikum di sekolah
rendah, Kuchai Lama.
• Dengan itu, saya telah mengambil berat terhadap keperluan murid dengan
membuat penambahbaikan dan menghasilkan bahan bantu mengajar
yang sesuai dengan minat murid tersebut.
• Lantaran itu, murid telah dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan
oleh guru seterusnya mengembangkan potensi diri secara optimum.
• Secara ringkasnya, kepedulian yang saya hadapi semasa praktikum di
sekolah telah dapat meningkatkan pengajaran saya selaras dengan Teori
Keperihatinan (Fuller, 1969).
Isi 3: Kepedulian terhadap impak
pengajaran
• Berdasarkan Teori Keprihatinan (Fuller 1969), seseorang guru harus yakin
terhadap kebolehan murid.
• Hal ini penting supaya guru akan sentiasa menjalankan tugas dengan
penuh dedikasi dan yakin.
• Dalam hal ini, saya telah mendapati bahawa terdapat guru sekolah yang
mempunyai sikap diskriminasi terhadap murid yang lemah semasa
praktikum di sekolah kebangsaan, Kuchai Lama.
• Hal ini secara langsung telah merendahkan keyakinan murid.
• Dengan itu, saya telah memberi dorongan dan motivasi serta keyakinan
kepada murid yang lemah melalui program motivasi seperti kem motivasi
supaya mereka mempunyai keyakinan diri terhadap kebolehan dan
potensi mereka.
• Hal ini telah memberi impak kepada saya bahawa kepedulian terhadap
murid semasa pengajaran penting untuk membentuk murid yang
berketerampilan.
• Pendek kata, kepedulian terhadap impak pengajaran merupakan isu yang
saya hadapi semasa praktikum di sekolah.
Isi 4: Kepedulian terhadap pihak sekolah
• Bertitik tolak daripada itu, seseorang guru harus sentiasa
menyedari atas perubahan yang telah berlaku di sekolah
berdasarkan Teori Keperihatinan (Fuller, 1969).
• Sebagai contohnya, saya telah sentiasa prihatin terhadap segala
sistem program dan aktiviti yang telah dilaksanakan di sekolah.
• Dalam hal ini, saya telah bekerjasama dengan rakan sejawat untuk
menjalankan Sukan Tahunan Sekolah agar sukan tersebut dapat
dijalankan dengan sempurna dan lancar serta memberi kesan baik
kepada seluruh warga sekolah.
• Secara ringkasnya, kepedulian terhadap pihak sekolah semasa
menjalankan praktikum di sekolah rendah penting untuk memberi
sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan negara.
Penutup
• Kesimpulannya, kepedulian yang saya hadapi semasa
menjalani praktikum sekolah telah memberi impak kepada saya
bahawa seseorang guru harus sentiasa mempunyai
keperihatinan terhadap semua pihak.
• Dalam konteks ini, guru telah mempunyai keprihatinan diri,
impak dan tugas supaya proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dijalankan dengan lancar seterusnya membentuk bakal
pemimpin yang berketerampilan untuk menerajui negara di
persada dunia.