Aspek Sosial Dalam Masyarakat Jahiliah

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 15

ASPEK SOSIAL DALAM

MASYARAKAT JAHILIAH
Muhd Aminuddin Bin Asmad
Asyraaf Bin Yusuf
Amelia Anak Depa
Pengertian

■ Berasal daripada bahasa Arab iaitu jahala


yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui
atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
■ Digunakan oleh orang Islam untuk
menggambarkan perubahan yang dibawa
Islam dalam corak kehidupan dan pemikiran
masyarakatnya.
Maksud Jahiliah

Tidak
Tidak Tidak ada
Jahil Mundur ada
berakhlak kitab suci
nabi

Runtunya Empangan Maarib pada tahun


300 Masihi
■ Masyarakat Arab Jahiliah hidup di Semenajung
Tanah Arab.
■ Dianggap jahil kerana tidak menerima kebenaran
dan tidak mengikuti ajaran para nabi dan rasul
sebelumnya.
■ Berakhir setelah turunnya al-Quran pada tahun
610 Masihi.
■ Kebanyakan mereka menyembah berhala
dan mempercayai animisme.
■ Mempunyai akhlak yang rendah seperti
kejam, angkuh dan degil.
Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah
■ Dibahagi kepada kategori iaitu
– Masyarakat Badwi
■ Tinggal di kawasan gurun dan pedalaman-
bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab.
– Masyarakat Hadari
■ Tinggal menetap di kawasan pesisir pantai
Semenanjung Tanah Arab
■ Kehidupan kedua-dua masyarakat
tersebut berbeza kerana kawasan
tempat tinggal yang berbeza.
ZAMAN JAHILIAH

Tarikh 300 Masihi 570 Masihi 610 Masihi


Peristiwa Pecahnya Kelahiran Turunya
empangan Nabi wahyu
Maarib Muhammad kepada
s.a.w Nabi
Muhammad
s.a.w dan
bermulanya
zaman
Jangka masa Zaman Jahiliah Islam
ASPEK SOSIAL

Struktur Sosial

Sistem Berkabilah

Semangat Assabiyyah

Nilai Moral Yang Rendah

Taraf Wanita
STRUKTUR SOSIAL
■ Terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba.
■ Golongan bangsawan wujud di bandar.
■ Mereka berpuak-puak berdasarkan pertalian darah
dan semangat assabiyyah yang tebal.
■ Setiap puak melantik seorang sheikh dalam
kalangan mereka dan menjadi ketua bagi kabilah
tersebut.
■ Suku Badwi hidup berpuak-puak dan ketua puak
dipilih daripada kalangan anggota yang
berpengaruh.
SISTEM BERKABILAH
■ Sistem berkabilah ini bermula dari satu keluarga
kecil dan kemudiannya bergabung menjadi keluarga
besar disebut sebagai bani.
■ Tidak wujud bani dalam suku Badwi kerana
kehidupan mereka yang sering berpindah-randah
dan mereka percaya semakin kecil sesuatu
kelompok semakin kuat masyarakatnya.
SEMANGAT ASSABIYYAH
■ Mereka bertindak kasar terhadap puak lain.
■ Peperangan mudah berlaku walaupun disebabkan
oleh perkara-perkara kecil.
■ Peperangan dilakukan untuk menguji kekuatan dan
mengejar nama.
■ Pernah berlaku peperangan dimana ia berlangsung
dalam waktu yang lama dan pihak yang kalah
ditawan dan dijadikan hamba abdi.
NILAI MORAL YANG RENDAH
■ Mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral
seperti berjudi, meminum arak dan berzina.
■ Mereka beranggapan bahawa lelaki yang meminum
arak sehingga mabuk telah menunjukkan
kesempurnaan mereka sebagai seorang lelaki.
TARAF WANITA
■ Taraf wanita dalam masyarakat adalah rendah
sehingga mereka tidak boleh mewarisi harta
pusaka.
■ Masyarakat Jahiliyyah memandang rendah kepada
kaum wanita yang hanya dianggap sebagai pelepas
nafsu lelaki sahaja.
■ Mereka juga sanggup membunuh anak perempuan
mereka sendiri bagi menjaga maruah mereka
dengan menanam mereka secara hidup-hidup.
■ Dalam hal-hal perkahwinan pula, tiada peraturan
yang boleh dijadikan sebagai panduan. Kaum lelaki
boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita
sekaligus atau dengan sesiapa sahaja yang
disukainya.

Anda mungkin juga menyukai