Anda di halaman 1dari 35

PJMS3162

PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI SUKAN


TAJUK 1 :
PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI SUKAN

 Definisi Psikologi Sukan


 Peranan Ahli Psikologi Sukan
 Sejarah Psikologi Sukan
 Psikologi Sukan & Sains Sukan
 Etika Psikologi Sukan &
Senaman
Hasil Pembelajaran
CLO1 Menghuraikan teori, Konsep &
Falsafah Psikologi Sukan
DEFINISI PSIKOLOGI SUKAN
• Psikologi sukan - satu bidang yang luas dan terbuka sehingga ia
memudahkan orang awam dan peminat sukan memberi komen
(Cox, 1998).
• Psikologi sukan boleh dijelaskan sebagai proses memilih dan
memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing atas
usaha dan keupayaannya sendiri.
• Psikologi sukan membincangkan tentang karekter individu
(Mohd. Sopian, 2003)
• Semangat kesukanan seringkali dikaitkan dengan tingkah laku
atau sikap individu yang sukar dijelaskan maksudnya (Martens,
1982)
• Shield and Bredemier (1995) menjelaskan bahawa ia melibatkan
nilai moral dlam bidang sukan.
• Psikologi sukan menjurus kepada Psych-out
lawan, proses ini dapat mengurangkan atau
menangani tekanan yang dihadapi oleh atlet
(Shaharuddin Aziz, 2008)
• Psikologi sukan - ditakrifkan sebagai satu
bidang kajian saintifik yang melihat kesan
serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap
perlakuan fizikal, efektif serta kognitif mereka
yang terbabit secara langsung mahupun tidak
langsung dengan aktiviti tersebut.
• Menurut pakar psikologi sukan (Wann, 1997),
bidang ini membabitkan bidang sukan dan
pergerakan
• Cox (1998) menjelaskan bahawa psikologi
sukan merupakan satu bidang sains atau
prinsip-prinsip psikologi diaplikasi dalam
bidang sukan.
• Weinberg dan Gould (1999) merumuskan
bahawa psikologi sukan merupakan satu
bidang kajian saintifik tentang manusia dan
perlakuan mereka dalam konteks sukan dan
pergerakan.
• Weinberg dan Gould (1999) bahawa psikologi
sukan merupakan satu bidang kajian saintifik
tentang manusia dan perlakuan mereka dalam
konteks sukan dan pergerakan.

Takrifan ini meluas kepada skop dalam bidang


psikologi sukan dengan mengambil kira segala
bentuk perubahan yang berlaku kepada atlet,
pegawai serta penonton digelanggang atau
padangpermainan serta melibatkan mereka
yang menyaksikan atau mengikuti
perkembangan aktiviti tersebut dari jauh.
PERANAN AHLI PSIKOLOGI SUKAN
• Satu garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis
Olimpik Amerika Syarikat (USOC) (1983),
menggariskan peranan serta klasifikasi ahli
psikologi sukan.
• Menurut USOC ahli psikologi sukan boleh dibahagi
kepada dua iaitu ahli psikologi sukan gunaan
(applied sport psychology) (Martens, 1987) dan
penyelidik psikologi sukan (experimentel sport
psychologist) (singer, 1984).
 Ahli Psikologi Sukan Gunaan
Terdapat dua kategori ahli psikologi sukan yang ditentukan oleh
USOC iaitu ahli psikologi sukan klinikal dan pendidik psikologi sukan.

(a) Ahli psikologi sukan klinikal


• Golongan yang terlatih dalam bidang psikologi klinikal yang mana
berkelayakan menjadi seorang pakar psikologi.
• Ahli psikologi sukan klinikal yang berkelayakan perlulah mendaftar
sebagai ahli dalam persatuan psikologi yang diiktiraf dan
mempunyai lesen untuk menjalankan perkhidmatan bagi
membantu atlet dalam menangani masalah mereka.
• Tugas ahli psikologi sukan klinikal ini adalah untuk membantu atlet
yang menghadapi masalah personaliti serta mental yang serius
seperti atlet yang mengalami masalah gangguan emosi yang teruk
seperti kemurungan, anoresia, panik, yang memerlukan rawatan
dalam jangka masa yang tertentu.
 Ahli Psikologi Sukan Gunaan
Terdapat dua kategori ahli psikologi sukan yang ditentukan
oleh USOC iaitu ahli psikologi sukan klinikal dan pendidik
psikologi sukan.
• What We Do
• Clinical Sports Psychologists work with athletes and athletic
teams through coaching, counseling and training. They may
find problems within the life of an athlete and work to find
a resolution.
Work Environment
• Works through a private clinic or travels with athletes.
How to Become
• Require a master's degree in psychology, with a focus in
sports and clinical studies. They may need to complete a
doctoral degree and perform clinical training in the field.
(b) Pendidik Psikologi Sukan
• Kebanyakan ahli psikologi sukan yang tergolong dalam kumpulan
ini lazimnya mendapat latihan dalam bidang pendidikan jasmani
dan sains sukan.
• Tugas mereka lebih kepada “jurulatih mental” iaitu membantu
individu yang terbabit dengan sukan tentang cara untuk
mengenali serta memaksimumkan potensi diri masing-masing.
• Mereka berkemahiran serta mempunyai pengetahuan asas
psikologi sukan
• Kebanyakannya bertugas sebagai tenaga pengajar di pusat
pengajian tinggi atau kolej yang terlibat dalam pengajaran kursus
psikologi sukan, memberikan ceramah, memberikan khidmat
rundingcara terhadap atlet, membantu atlet membina
kemahiran psikologi (seperti imageri, strategi daya tahan, daya
tindak), menyedari potensi diri serta kursus kepada jurulatih
yang bertindak sebagai konsultan kepada pasukan dan atlet
tertentu.
• Mereka yang terlibat dalam psikologi sukan,
kelayakan peringkat sarjana dalam bidang
psikologi sukan diutamakan kerana mereka
perlu sentiasa peka terhadap perubahan ilmu
dan teknik terkini yang membabitkan latihan
mental.
 Penyelidik Psikologi Sukan
• Sumbangan ahli psikologi sukan gunaan banyak
bergantung kepada hasil kajian penyelidikan psikologi
sukan
• Kelayakan diperingkat sarjana dan doktor falsafah
diperlukan kedua-dua kelayakan ini bersifat menyelidik
serta mengkaji isu-isu seperti motivasi, konsentrasi,
keagresifan serta isu-isu lain yang berkaitan dengan
psikologi sukan.
• Mereka yang terlibat dalam sesuatu bidang akan
mempengaruhi perkembangan dan kemerosotan sesuatu
cabang ilmu yang mana ia bergantung kepada hasil kajian
yang dijalankan
• Penyelidikan ini juga mestilah menunjukkan bukti
kesarjanaan bidang penyelidikan tentang aktiviti yang
dikaitkan dengan sukan dan latihan.
• Mereka perlu menjalankan kajian seterusnya
menerbitkan hasil kajian serta
mempersembahkan hasil dapatan kajian
dalam konferens profesional.
• Tugas seorang penyelidik psikologi sukan
amatlah penting demi memastikan bidang ini
mampu berdiri dengan sendirinya serta
mendapat perhatian yang wajar di kalangan
ahli akademik dan mampu memberikan
sumbangan kepada mereka yang terlibat
(Anshel, 1997; Wann, 1997).
SEJARAH PSIKOLOGI SUKAN
• Williams dan Straub (1993), bidang psikologi sukan mula
muncul sebagai satu bidang kajian tersendiri sekitar 25
tahun yang lalu.
• Menurut Robert McGowan apabila ditanya tentang
sejarah psikologi sukan oleh Wann (1997), psikologi
sukan ini sama tuanya dengan konsep sukan dan
pertandingan itu sendiri.
• Kenyataan McGowan itu merujuk kepada atlet pertama
yang bertanding dalam kejohanan olympik di Greece.
• Mereka mungkin memahami kepentingan persediaan
mental serta persiapan psikologi yang lain bagi
menghadapi kejohanan sukan yang terulung ini
• Pada penghujung abad ke-19, barulah
perkaitan antara psikologi dan perlakuan atlet
mendapat perhatian para pengkaji.
• Kajian pertama dalam bidang psikologi sukan
telah dilakukan oleh Norman Triplett pada
tahun 1898 (Davis, Huss dan Backer, 1995).
• Dalam kajian tesis sarjana beliau, Triplett mendapati bahawa masa
yang dicatatkan oleh pelumba basikal yang berlumba secara
individu adalah lebih perlahan daripada masa yang dicatatkan oleh
pelumba yang bersaing dengan pelumba yang lain.
• Ini adalah kesan dari segi fasilitasi sosial. Untuk memastikan
kesahihan kesan fasilitasi sosial ini, Triplett menjalankan kajian yang
sama dalam makmal.
• Beliau meminta kanak-kanak yang terlibat dalam kajian mengayuh
basikal selaju yang boleh secara bersendirian serta beramai-ramai
• Hasilnya sama dengan apa yang beliau dapati dengan pelumba
basikal
• Beliau merumuskan bahawa pelumba basikal yang bersaing dengan
pelumba basikal yang lain mencatatkan masa yang lebih pantas
daripada pelumba yang berkayuh secara sendirian disebabkan
kesan dari fasilitasi sosial.
• Peringkat kedua dapat dilihat dalam sejarah perkembangan
bidang psikologi sukan ini adalah pembentukan makmal
kajian sukan pertama di Universiti of Illinois, Amerika
Syarikat pada tahun 1925 oleh Coleman Robert Griffith.
• Griffith sangat berminat mengkaji tentang fenomena
psikologi sukan sejak 1910, sehingga beliau diberikan
gelaran sebagai Bapa Psikologi Sukan Amerika Syarikat (Cox,
1998).
• Kajian yang dilaksanakan oleh Griffith tertumpu kepada tiga
bahagian utama iaitu motor, prestasi serta personaliti.
• Hasil kajian serta idea yang popular tentang psikologi sukan
banyak terdapat dalam dua karya utama beliau iaitu The
Psycholoogy of Coaching dan The Psychology of Athletics.
• Pada persidangan pertama Kongres Antarabangsa Psikologi Sukan
(1965) telah memperlihatkan kewujudan Persatuan Psikologi Sukan
Antarabangsa (International society of Sport Psychology) yang mana
telah menjadi pemangkin kepada penubuhan persatuan psikologi
sukan yang lain.
• Pada tahun 1967 juga lahirnya Persatuan Psikologi Sukan dan
Aktiviti Fizikal Amerika Utara yang mewakili pengkaji psikologi
sukan.
• Persatuan Peningkatan Bidang Psikologi Sukan Gunaan ditubuhkan
pada tahun 1985 bagi memudahkan pertukaran maklumat antara
pengamal psikologi sukan (pendidik serta ahli psikologi sukan
klinikal).
• Bidang psikologi sukan diperkenalkan di negara kita apabila mula
didedahkan kepada pelajar yang mengikuti kursus dalam bidang
Pendidikan Jasmani di Universiti Putra Malaysia (Universiti
Pertanian Malaysia) pada awal 1980-an.
• Punubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) adalah
bertujuan untuk meningkatkan pencapaian
negara dalam bidang sukan telah menbantu
mempopularkan bidang ini di Malaysia.
• MSN juga telah mewujudkan Unit Psikologi Sukan
serta menghantar pegawai MSN ke luar negara
bagi mendalami bidang ini untuk membantu
kepada perkembangan bidang ini di Malaysia.
• Menurut Williams dan Straub (1993), bidang
psikologi sukan mula muncul sebagai bidang
kajian tersendiri sekitar 25 tahun yang lalu
PSIKOLOGI SUKAN DAN SAINS SUKAN
• Psikologi sukan merupakan satu bidang yang luas dan
terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan
peminat sukan memberi komen berkaitan psikologi sukan.
• Psikologi sukan juga merupakan proses memilih dan
memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing
atas usaha dan keupayaannya sendiri.
• Psikologi sukan juga menjurus kepada Psych-out lawan,
proses ini dapat mengurangkan atau menangani tekanan
yang dihadapi oleh atlet.
• Psikologi sukan juga juga dapat mencegah penggunaan
dadah dikalangan atlet serta membina strategi berpasukan
dan menerapkan pembelajaran kemahiran kepada atlet.
ETIKA PSIKOLOGI SUKAN DAN SENAMAN
• Ramai orang telah memperkatakan bahawa teori-teori
serta teknik-teknik psikologi sukan telah menunjukkan
keberkesanannya kerana ramai diantara mereka yang
bergiat dalam sukan mengakuinya kerana ia mampu
membantu mereka meningkatkan prestasi serta
mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan sukan
(Anshel, 1997; Cox, 1998; Wann, 1997).
• Bagi memastikan khidmat yang diberikan
mendatangkan kebaikan kepada mereka yang
memerlukan khidmat tersebut, maka etika psikologi
perlu diwujudkan serta dipraktikkan oleh mereka yang
terlibat.
• Bagaimanapun dengan hanya menamatkan satu kursus
psikologi sukan atau pun menamatkan satu kursus di
peringkat diploma, anda masih belum boleh menganggap
diri anda sebagai seorang ahli psikologi sukan serta
berkelayakan untuk memberikan khidmat nasihat kepada
mereka yang memerlukan kepakaran dalam bidang ini.
• Pakar psikologi sukan bimbang tentang risiko yang mungkin
timbul dari kesilapan penggunaan teori serta teknik
psikologi sukan sekiranya ia dipraktikkan oleh mereka yang
kurang mahir dalam bidang ini (Silva, 1989).
• Perbuatan ini menyalahi etika profesion kerana ia tidak
mempunyai kelayakan minimum untuk melayakkan diri
menjadi ahli psikologi sukan. Kesannya mungkin akan
menyebabkan ramai orang meragui peranan serta
kepentingan dalam bidang ini dan proses penyediaan atlet
atau pasukan sukan.
• Tugas seorang ahli psikologi sukanboleh diklasifikasikan
kepada dua tugas utama. Pertama, tugas yang bersifat
memberikan tunjuk ajar (pendidikan) kepada atlet
serta jurulatih tentang cara melakukan teknik latihan
mental dengan cara lebih berkesan (Cox, 1998).
• Tugas seorang ahli psikologi sukan boleh
diklasifikasikan kepada dua tugas utama. Pertama,
tugas yang bersifat memberikan tunjuk ajar
(pendidikan) kepada atlet serta jurulatih tentang cara
melakukan teknik latihan mental dengan cara lebih
berkesan (Cox, 1998). Dalam konteks ini, guru atau
jurulatih yang benar-benar terlatih dalam bidang ini
boleh melaksanakan tugas ini (Smith, 1992).
• Keduanya, tugas bersifat klinikal dimana seorang ahli
psikologi sukan diminta untuk memberikan bantuan
yang bercorak klinikal seperti memberikan
kaunseling, psikoterapi serta membuat pemeriksaan
psikologi dan mental atet terbabit.
• Oleh itu, adalah penting bagi seseorang ahli psikologi
sukan mempunyai kemahiran serta pengetahuan
berkaitan untuk melaksanakan tugas tersebut.
• Untuk memudahkan kita mendalami lagi isu-isu yang
berkaitan dengan etika, satu garis panduan tentang
kajian dan tugas klinikal dalam bidang psikologi
sukan yang digariskan oleh Persatuan Psikologi Sukan
dan Aktiviti Fizikal Amerika Syarikat (North American
Society for the Psychology of Sport and Physical
Activity). Garis panduan menjelaskan tata cara ahli
psikologi sukan (Wann, 1977)
Bertanggungjawab –
Ahli psikologi sukan bertanggungjawab di atas
segala perlakuan, nasihat serta saranan yang
diberikan dan bertanggungjawab ke atas
kesan dan akibat berkaitan dengan saranan
tersebut serta memastikan tindakan yang
diambil itu bertepatan dengan keadaan.
Berkelayakan
Ahli psikologi sukan memberikan bantuan dan
latihan yang mana ia berkelayakan serta
berpengalaman melakukannya.
Mematuhi moral dan etika
Ahli psikologi sukan tidak membabitkan diri dengan
kegiatan yang berlawanan dengan peraturan, etika
serta moral yang ditetapkan.
Kenyataan umum
Ahli psikologi sukan menyatakan kelayakan ikhtisas
serta penglibatan mereka dengan persatuan
profesional dengan jelas.
Kerahsiaan
Ahli psikologi sukan menghormati serta menjaga
rahsia atau maklumat yang diberikan oleh klien
atau subjek kajian mereka.
Kebajikan klien
Ahli psikologi sukan menjaga kebajikan serta
integriti klien serta kumpulan yang mendapatkan
khidmat mereka.
Hubungan profesional
Ahli psikologi sukan mesti peka terhadap
keperluan serta pendapat rakan-rakan dalam
bidang lain yang berkaitan.
Teknik penilaian
Dalam usaha untuk membentuk, menerbit serta
menggunakan sesuatu alat atau teknik penilaian
atau pengukuran, kebajikan klien perlu
diutamakan.
Kajian yang milibatkan manusia
Dalam melaksanakan kajian psikologi kebajikan
mereka yang terbabit dengan kajian tersebut perlu
diutamakan agar ia selaras dengan peraturan serta
garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak
yang berkuasa diperingkat persekutuan, negeri
serta badan profesional terbabit.
RUMUSAN
• Psikologi sukan adalah satu bidang kajian
saintifik yang boleh melihat kesan serta
pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan
fizikal, kognitif dan efektif dalam penglibatan
secara langsung mahupun tidak langsung.
Justeru itu, peranan ahli psikologi dan
pendidikan psikologi itu sendiri merupakan
aset penting dalam pembangunan sesuatu
sukan itu.