Anda di halaman 1dari 16

SEJARAH KONFLIK ASIA BARAT SELEPAS PERANG DUNIA II

KRITIS SIGNIFIKASI
IDEOLOGI SOSIALIS DALAM
PERANG SUEZ 1956
PENGENALAN
• Tugasan ini akan mengupas salah satu
daripada tiga perang besar (1956, 1967
dan 1973) yang terjadi antara Israel
dengan negara-negara Arab pasca
gencatan senjata 1949 iaitu Perang Suez
1956 dan signifikasi ideologi sosialis dalam
perang tersebut.
LATAR BELAKANG KONFLIK
ASIA BARAT
• Kemuncak konflik Asia Barat bermula dengan
deklarasi negara haram Israel pada tahun
1948 pasca Perang Dunia Kedua.
• Konflik ini berterusan sehingga membawa
kepada siri peperangan besar antara bangsa
Arab dengan Israel serta sekutunya.
• Kemarahan dan kesedaran untuk mengusir
penjajahan Barat merupakan titik tolak
kebangkitan bangsa Arab bagi
mendapatkan kebebasan daripada
cengkaman pihak imperialisme Barat.
PERANG SUEZ 1956
• Krisis Suez berpunca daripada tindakan Mesir
menasionalisasikan laluan perkapalan
antarabangsa di Terusan Suez pada 26 Julai
1956.
• Mesir menyedari bahawa mereka mempunyai
hak mengawal semua aktiviti di Terusan Suez
dan mengambil alih penguasaan terusan
tersebut daripada Britain dan Perancis.
• Penutupan Terusan Suez juga bertujuan untuk
menghalang kapal menuju ke Israel dan cara
halus bagi mengusir penguasaan Imperialisme
Barat di Terusan Suez.
SIGNIFIKASI IDEOLOGI SOSIALIS
DALAM PERANG SUEZ 1956
• Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia,
signifikasi bermaksud proses pemahaman
yang menggunakan tanda-tanda atau
bukti yang mudah dilihat.
• Ideologi Sosialis dalam Perang Suez 1956
dapat dibuktikan melalui sokongan
Kesatuan Soviet terhadap Mesir dan
peranan Gamal Abdul Nasir sebagai
Presiden Mesir ketika krisis Terusan Suez
berlaku.
IDEOLOGI SOSIALIS
• Sosialisme merupakan falsafah komunisme
yang bertunjangkan kepada kesatuan dan
keteguhan masyarakat sebagai satu komuniti.
• Dapat diringkaskan dan difahami bahawa
ideologi Sosialisme menentang fahaman
kapitalisme, imperialisme dan feudalisme.
• Ideologi Sosialisme berkembang aktif dalam
arena kemasyarakatan dan ekonomi
sehingga bernuansa ekonomi-politik.
IDEOLOGI SOSIALIS ARAB
• Namun, terdapat perbezaan ketara di antara
ideologi sosialis Kesatuan Soviet dan ideologi
Sosialis Arab iaitu dalam hal agama.
• Sosialisme Arab menghubungkan sosialisme
dengan Islam dalam tradisi Arab kerana Islam
merupakan sebahagian daripada kesedaran
Arab, revolusi besar dan asas masyarakat
sosialis yang sebenar.
• Parti Ba’ats yang ditubuhkan di Syria
merupakan bukti kukuh bahawa ideologi
sosialis memiliki ikatan istimewa dengan
bangsa Arab.
• Di Mesir, Gamal Abdul Nasir merupakan
penggerak utama ideologi sosialis yang
memperjuangkan gagasan politik-ekonomi
untuk menandingi dominasi politik-ekonomi
dunia iaitu politik-ekonomi berideologi
kapitalis Barat dan berideologi komunis
Timur.
• Namun, Nasir juga mengkritik dan menolak
pemikiran komunisme yang mewajibkan
pemilikan komuniti dan meniadakan
pemilikan peribadi.
• Dalam isu Perang Suez, kedua-dua
pembawa ideologi Sosialis ini berkerjasama
untuk memperjuangkan nasib masyarakat
yang ditindas oleh pihak yang
berkepentingan, atas falsafah sosialis.
SOKONGAN KESATUAN SOVIET KEPADA
MESIR DALAM ISU PERANG SUEZ 1956
• Disebabkan beberapa faktor iaitu:
• Kesatuan Soviet melihat posisi Mesir yang
strategik sebagai pusat nasionalisme Arab
pada masa itu untuk membangun hegemoni
di Timur Tengah.
• Persamaan falsafah sosialisme yang dibawa
oleh Gamal Abdul Nasir dengan ideologi
Kesatuan Soviet telah menjadi batu loncatan
Kesatuan Soviet untuk menghalang pengaruh
imperialisme Barat di Timur Tengah.
• Faktor komitmen bersama antara Kesatuan
Soviet dan negara-negara nasionalis Arab
untuk melawan status quo pihak yang
berkepentingan di Timur Tengah.
• Kesatuan Soviet merasakan betapa pentingnya
membantu ketenteraan Mesir dari segi
persenjataan berikutan posisi strategik Mesir di
Timur Tengah khususnya sebagai penyeimbang
kekuatan negara-negara Arab pro-Barat.
• Kejatuhan Mesir menandakan sempurnalah
dominasi Barat di Timur Tengah dan pincanglah
kekuatan Kesatuan Soviet di Timur Tengah. Jika
Mesir musnah bersama pakatannya pada
Perang Suez 1956, maka Israel akan muncul
sebagai kekuatan dominan yang sangat agresif
kerana Israel mendapat kekuatan ketenteraan
daripada Perancis dan kekuatan politik daripada
Amerika Syarikat.
• Kesatuan Soviet yang sememangnya
berideologi Sosialis tampil memainkan
peranannya menyokong Mesir dari aspek:

1. Persenjataan dengan membekalkan


penjualan senjata kepada Mesir sebelum
tercetusnya Perang Suez.
2. Bantuan percaturan politik antarbangsa
ketika berlakunya Perang Suez 1956 iaitu
dengan memberikan ancaman dan
amaran kepada pihak PBB, British,
Perancis dan Israel.
3. Bantuan dari aspek kewangan untuk
pembinaan empangan Aswan selepas
berlakunya Perang Suez.
HUBUNGAN MESIR DAN
KESATUAN SOVIET
• Mesir harus menjalinkan hubungan dengan negara
lebih kuat yang diharapkan mampu memperkuatkan
Mesir di kala terjadi konflik dengan Britain dan sekutu-
sekutunya di Timur Tengah.
• Kesatuan Soviet dipilih sebagai kuasa besar yang akan
menyokong Mesir disebabkan beberapa faktor iaitu:
- Adanya simbiosis mutualisme (hubungan saling
memerlukan antara kedua belah pihak).
- Sejarah Kesatuan Soviet yang tidak pernah menjajah
di Timur Tengah.
- Persamaan ideologi negara-negara Arab radikal dan
ideologi Kesatuan Soviet iaitu Sosialisme dan anti-
Barat.
• Mesir menempatkan agenda diplomasinya
yang paling utama adalah mengenai
masalah persenjataan. Jesse Ferris (2008)
menjelaskan betapa pentingnya kekuatan
senjata sebagai kekuatan politik bagi Mesir
dan Gamal Abdul Nasir.

• Nasir muncul dengan membawa idea


Nasionalisme Arabnya ke seluruh penjuru Timur
Tengah dan menggunakan kekuatan
ketenteraan yang didukung oleh Kesatuan
Soviet hanya untuk meningkatkan
kewibawaannya dan percaturan politik Mesir
di kawasan Timur Tengah.
RUMUSAN
• Perang Suez walaupun berlaku hanya 9 hari,
namun kesan yang dirasai sangat luar biasa.
Penglibatan gerakan berideologi sosialis
dalam krisis Perang Suez 1956 telah memberi
banyak kesan terhadap Gamal Abdul Nasir
dan negara Mesir antaranya:

1. Mesir kalah dalam peperangan, tetapi


Gamal Abdul Nasir menerima banyak
sokongan daripada pelbagai pihak
antarabangsa dengan julukan hero bangsa
Arab.
2. Nasir mampu menunjukkan betapa
pentingnya posisi Mesir dan dunia Arab
dalam peta perpolitikan antarabangsa.
3. Mesir menjadi inspirasi kepada Negara-
Negara Arab khususnya Afrika Utara untuk
menuntut kemerdekaan dari Barat.
4. Terusan Suez dapat dikawal sepenuhnya oleh
Mesir terutamanya dari aspek ekonomi.
5. Kesatuan Soviet bersetuju membiayai
pembinaan empangan Aswan yang
merupakan simbol kejayaan pemerintah
baharu Mesir dan bakal memberi
keuntungan kepada sektor ekonomi,
pertanian dan pembangunan sumber
tenaga elektrik di Mesir.
6. Mesir berjaya menasionalisasikan lebih
banyak aset-aset negara bagi mengawal
simpanan dan penggunaan harta.
KESIMPULAN
• Hubungan diplomasi antara Gamal Abdul
Nasir dengan Kesatuan Soviet yang
berpegang kepada perjuangan ideologi
Sosialis dalam peristiwa Perang Suez 1956
telah berjaya membangun perimbangan
kekuatan di Timur Tengah dan mengelak
daripada penguasaan penuh imperialisme
Barat ke atas negara-negara Arab di Timur
Tengah.
• Maka, dapat dipastikan bahawa Ideologi
Sosialis terbukti signifikan dalam Perang Suez
1956.