Anda di halaman 1dari 42

ALAT BERBANTU DAN TEKNOLOGI

DALAM PEDAGOGI INKLUSIF


Apa itu teknologi?
Bray, Brown dan Green (2004) mendefinisikan teknologi sebagai teknologi content-free
yang tidak berkaitan dengan kurikulum secara langsung.
Dengan teknologi, murid-murid akan lebih selesa dalam pdp.
DUA JENIS ALAT INPUT KOMPUTER
1. Tackball mouse
2. Alternate keyboard dan extra large keys
1. Sejenis peralatan elektronik yang
berfungsi sebagai tetikus.

2. Badanya tidak boleh digerak tetapi


boleh menggerakkan petunjuk dengan
bantuan bebola yang terdapat di atas.

3. Terdapat dua butang padabelah kiri


dan kanan yang sama fungsinya
dengan tetikus.
1. Sejenis papan kekunci yang boleh
dipasang secara ouput.

2. Abjadnya besar dan mudah untuk


ditaip oleh murid-murid berkaperluan
khas.
RANCANGAN
PENDIDIKAN
INDIVIDU (RPI)
PENGENALAN
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu program yang berkaitan dengan
pendidikan khas dan perkhidmatan yang dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan
pembelajaran murid dengan keperluan khas. Program ini dibentuk dalam beberapa
siri mesyuarat dan hasil perbincangan dinyatakan secara bertulis dalam bentuk
rancangan pendidikan bagi setiap murid.
DEFINISI DAN KONSEP
“RPI merupakan satu perjanjian bertulis di antara ibu bapa dan pihak sekolah
tentang keperluan kanak-kanak dan cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut
boleh dipenuhi. Dari segi perlaksanaan, RPI adalah sebuah kontrak tentang
perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang murid tersebut”

(Hallahan D.P dan Kauffman, J.M.,1978)


DEFINISI DAN KONSEP
“RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan
dibina untuk memenuhi keperluan-keperluan individu murid kurang upaya”

(Bender W.N (1995)


MATLAMAT
Matlamat jangka panjang di dalam RPI merupakan satu kenyataan berkaitan
apa yang diharapkan dicapai oleh seseorang murid dengan keperluan khas
dalam bidang tertentu. Ia ditulis bagi menegaskan tentang kelemahan yang
dikenalpasti dalam pencapaian semasa seseorang murid itu. Matlamat yang
dinyatakan menggambarkan pengetahuan berkaitan fungsi semasa murid itu
dalam kemahiran , kemahiran seterusnya dan anggaran bagi kadar
pembelajaran murid itu. Matlamat ini dinyatakan dalam bentuk yang dapat
diukur, tingkah laku yang dapat diperhatikan dan melibatkan
ketidakupayaan utama yang dikenalpasti dalam pencapaian pembelajaran
murid.
CONTOH MATLAMAT JANGKA PANJANG

Mengenal dan menulis angka-angka 0-100


dengan 95% ketepatan sebagai ukuran
oleh guru untuk membuat ujian.
OBJEKTIF
Objektif jangka pendek melibatkan beberapa langkah dalam urutan bagi
mencapai matlamat jangka panjang. Objektif ini tidak spesifik seperti
rancangan pengajaran tetapi menyatakan langkah-langkah antara
pencapaian semasa seseorang murid dengan matlamat jangka panjang.
Objektif ini perlu dinyatakan dalam bentuk tingkah laku, dapat diukur dan
mencatatkan apa yang dicapai oleh murid. Objektif ini haruslah
menggambarkan kaedah-kaedah atau langkah-langkah untuk mencapai
matlamat jangka panjang. Ia juga dapat membentuk konsep dan memajukan
seperti labih khusus menunjukkan kemahiran yang dipelajari.
CONTOH OBJEKTIF JANGKA PENDEK

Langkah 1 – mengenali angka 0–100 dengan 95% ketepatan


Langkah 2 – menulis dan menyebut dalam urutan angka dari 0–100 dengan 95%
ketepatan
Langkah 3 – menulis dan menyebut dalam pengasingan angka-angka dari 0–100
dengan 95% ketepatan
Langkah 4 – menulis daripada daya ingatan terhadap angka dari 0–100 dengan
95% ketepatan
TUJUAN RPI
1. PEMBELAJARAN
2. PERKHIDMATAN
3. MATLAMAT DAN KEMAHIRAN
4. KOMUNIKASI
5. KERJASAMA
1. PEMBELAJARAN
Membolehkan murid mengikuti program yang dirancangkan secara berkesan.
Menetapkan matlamat pembelajaran kepada murid-murid berkeperluan khas.
2. PERKHIDMATAN
Memastikan setiap perkhidmatan yang disediakan adalah mencukupi
bagi mencapai matlamat jangka panjang dan matlamat jangka
pendek.
MATLAMAT JANGKA PANJANG.
 Terdiri daripada tempoh masa beberapa minggu atau beberapa bulan tertentu.

MATLAMAT JANGKA PENDEK.


 Matlamat ini dapat dilihat,diukur dan dicapai dalam waktu yang dikhaskan.
 Matlamat ini perlu tepat dan spesifik bagi menilai perkembangan murid-murid
tersebut.
3. MATLAMAT DAN KEMAHIRAN
Memastikan matlamat dan perkhidmatan yang disediakan bergantung
pada analisis murid mengikut bidang masing-masing.
BIDANG PENGURUSAN – cara makan, cara memakai pakaian, cara
membeli belah
BIDANG KEMAHIRAN MOTOR
motor halus – sprt pergerakan jari dalam
memegang sesuatu objek
motor kasar – sprt tindakan menendang bola
SAMBUNGAN:
BIDANG AKADEMIK – menulis, membaca, mengira
BIDANG KEMAHIRAN EMOSI DAN SOAIAL – sosial, senyum, mencuba sesuatu yang
baru
KEMAHIRAN PRA-VOKASIONAL DAN VOKASIONAL – mematuhi arahan, menyiapkan
tugasan, berdikari
4. KOMUNIKASI
Menggalakkan perhubungan komunikasi antara
ibu bapa dan profesional lain berkaitan murid
berkeperluan khas.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam
menentukan objektif yang di perlukan oleh
anak-anak mereka kerana mereka mempunyai
maklumat mengenai latar belakang termasuk
aspek kesihatan dan perkembangan murid
tersebut.
5. KERJASAMA
RPI ingin memastikan semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam
menyediakan pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas.Ini termasuklah ibu
bapa dan pihak sekolah.
Bagi memastikan setiap keperluan kanak-kanak dan cara melaksanakan setiap
program tersebut dapat mencapai matlamat dalam bidang yang di tetapkan.
CIRI-CIRI RPI
1. KOMPREHENSIF
2. SPESIFIK
3. MENGIKUT URUTAN
4. REALISTIK DAN BERSESUAIAN
5. MUDAH DIFAHAMI
6. DIGUBAL BERSAMA
1. KOMPREHENSIF
RPI merangkumi semua aspek ketidakupayaan murid. Ia termasuk dalam aspek
komunikasi, tingkah laku, social, pengurusan diri, akademik, kemahiran motor kasar
dan koordinasi motor tangan, kemahiran vokasional dan transisi, perkhidmatan yang
berkaitan dan penempatan yang diperlukan oleh murid tersebut sama ada di
program biasa, vokasional ataupun pendidikan khas.
2. SPESIFIK
Matlamat & objektif RPI prlu ditulis dlm bentuk
kemahiran tingkah laku yang dapat diperhatikan &
boleh diukur. Cnthnya memerhatikan aktiviti murid
sprti membaca, melompat & menari. Cacatan guru
perlu mengandungi sasaran, tingkah laku,
parameter, keadaan, penilaian ukuran
Contoh : Ali blh mbaca perkataan bola, buku, siku
dgn bantuan guru dalam masa 3 minit
Setiap objektif yg dibuat memenuhi krateria yang
ditetapkan iaitu kursus, boleh diukur, boleh
dicapai,berhubungkait, menepati masa.
3. MENGIKUT URUTAN
RPI dibentuk berasaskan urutan perkembangan kemahiran dan urutan fungsi
kemahiran
4. REALISTIK DAN BERSESUAIAN

Matlamat dan objektif yang dinyatakan di dalam RPI perlu sesuai dengan tahap
fungsi dan kadar perkembangan sedia ada setiap murid.
5. MUDAH DIFAHAMI
RPI direkodkan dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh para
professional dan juga ibu bapa serta dapat menjelaskan apa yang perlu diketahui.
Ia nya perlu ringkas dan tidak menggunakan ayat yang berbeli-belit.
6. DIGUBAL BERSAMA
RPI merupakan satu rancangan kerja yang telah dipersetujui bersama
sepenuhnya oleh murid, ibu bapa, guru, golongan professional, dan
kumpulan pelbagai displin yang berkenaan. Semua pihak terbabit
perlu bekerjasama sebagai satu pasukan untuk melaksanakan RPI.
Mesyuarat RPI perlu diadakan dalam lingkungan 30 hari kalander
untuk menentukan kesesuaian dalam program pendidikan khas. Setiap
individu membawa peranan yang penting dalam melaksanankan RPI.
Mereka akan bekongsi maklumat bersama untuk menulis RPI. Setiap
maklumat tambahan yang diberikan membantu semua pihak memahami
dan memutuskan perkhidmatan yang diperlukan oleh murid.
ELEMEN RPI
1 KERJASAMA
2 BERKONGSI MAKLUMAT
3 KEPUTUSAN BERSAMA
4 KEBOLEHPERCAYAAN
5 DOKUMENTASI
6 PROSES DAN HASIL
KERJASAMA
Memerlukan kerjasama semua pihak agar perjalanan dalam menjayakan rancangan
ini berjalan lancar tanpa ada pertikaian dan dapat dijayakan dengan berkesan
BERKONGSI MAKLUMAT
Maklumat-maklumat yang dikumpul perlu dikongsi bersama dan menjadi asas
kepada keputusan untuk membina perancangan pendidikan yang akan dibuat.
KEPUTUSAN BERSAMA
Untuk menyediakan RPI,ibu bapa dan golongan profesional perlu
bekerjasama. Mereka perlu membuat keputusan bersama bagi menentukan
apa yang diperlukan oleh murid berkenaan dalam proses pembelajarannya
dan mencari kata putus bagaimana RPI dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan dari semasa ke semasa.
KEBOLEHPERCAYAAN
Objektif pengajaran dan prosedur penilaian perlu diterangkan dalam RPI agar
tiada percanggahan atau pertikaian apabila rancangan dimulakan.
Ini juga memudahkan sesuatu rancangan dijalankan.
Semakan,pemantauan dan penilaian RPI juga perlu dibuat dari semasa ke semasa
agar objektif dan apa yang dirancang tidak bercanggah daripada rancangan.
DOKUMENTASI

RPI perlu didokumentasikan bagi tujuan rujukan dan panduan semua pihak
terutamanya ibu bapa.
Dengan adanya dokumentasi ini,ibu bapa
dapat melihat perkembangan anak mereka dari semasa ke semasa sepanjang
rancangan ini dijalankan
PROSES DAN HASIL
RPI merupakan proses yang meliputi pelbagai aktiviti bagi
memastikan program pengajaran dan pembelajaran (P&P)
yang sesuai dan berkesan untuk murid berkenaan

Proses-proses RPI seperti mengumpul maklumat, mengadakan


mesyuarat, membina rancangan secara bertulis,menjalankan
apa yang dirancang dan menilai pembelajaran yang telah
dirancangkan. Dengan adanya proses yang berkesan,barulah
dapat menghasilkan hasil yang baik
KEPENTINGAN RPI rekod jenis modifikasi dan adaptasi yang
1 Dapat menyimpan
dibuat ke atas kurikulum asal.

2 Dapat menyimpan rekod tentang perkara yang perlu


dipelajari oleh setiap individu murid kurang upaya.

3 Dapat merekod jenis strategi dan teknik pengajaran yang


perlu digunakan untuk mengajar individu kurang upaya.

4 Dapat merekod penilaian pencapaian kemahiran setiap


individu murid kurang upaya.
1 Dapat menyimpan rekod jenis modifikasi dan adaptasi yang dibuat ke atas
kurikulum asal.
2 Dapat menyimpan rekod tentang perkara yang perlu dipelajari
oleh setiap individu murid kurang upaya. Ini termasuklah aspek
komunikasi, tingkah laku, social, pengurusan diri, akademik,
kemahiran motor kasar dan koordinasi motor-tangan, kemahiran
vokasional dan transisi, perkhidmatan yang berkaitan dan
penempatan yang diperlukan sama ada di program biasa,
vokasional ataupun pendidikan khas.
3 Dapat merekod jenis strategi dan teknik pengajaran yang perlu digunakan
untuk mengajar individu kurang upaya. Ini bagi memastikan program
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk murid
berkenaan untuk mendapatkan hasil yang baik. Program berasaskan penilaian
pelbagai disiplin direka bagi memenuhi keperluan-keperluan individu murid
kurang upaya.
4 Dapat merekod penilaian pencapaian kemahiran setiap individu
murid kurang upaya. Pencapaian murid dapat menerangkan
berkenaan kekuatan, kelemahan dan stail pembelajaran murid
dalam bidang akademik, vokasional, social, tingkah laku, persepsi,
fizikal, komunikasi dan kemahiran mengurus diri. Maklumat ini
mestilah disokong dengan data yang releven daripada penilaian
formal dan informal serta pemerhatian. Semua data perlu disertai
dengan penerangan yang menjelaskan tahap fungsi murid.
SAMBUNGAN
Penilaian juga dapat mengesan tahap pencapaian yang
diperlukan bagi objektif yang diberi. Ini dapat dinyatakan dalam
bentuk peratus pencapaian, dan bilangan. Frenkuansi penilaian
adalah jadual bagi menilai murid itu untuk menjelaskan
kekerapan murid itu dinilai bagi satu-satu objektif yang
ditentukan. Objektif yang dinilai sama ada setiap hari, setiap
minggu, setiap bulan ataupun pada tarikh tertentu. Penilaian
bergantung pada sifat dan bentuk objektif itu, tahap
perkembangan murid dan kadar perkembangan murid. Penilaian
dapat dijalankan melalui ujian yang spesifik, ujian yang
dihasilkan oleh guru, bahan kurikulum, temu bual, rekod anekdot,
pemerhatian dan portfolio murid.

Anda mungkin juga menyukai