Anda di halaman 1dari 5

PENTAKSIRAN

SEKOLAH
• Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS ialah satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu
menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
kurikulum kebangsaan Malaysia. Pentaksiran ini merupakan sesuatu yang agak baharu dalam pendidikan di
Malaysia, yang selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ia memainkan
peranan penting bagi tujuan melahirkan murid-murid yang seimbang dalam pelbagai aspek.[1]
• Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai
perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru
menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
• Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan peperiksaan.
Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.
• PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik
melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual,
pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi
seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan
Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.
• PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di
peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-
murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun
2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.
• Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh
guru sekolah yang berkenaan.
• Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan
pembelajaran(P&P). Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran
kerja,pemerhatian,kuiz,senarai semak,laporan tugasan,tugasan rumahdan ujian.
• Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulan
dan tahun.
• PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)dan
pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).
• Pentaksiran Pusat
• Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkoddi peringkat sekolaholeh guru
berdasarkanperaturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis
panduan, peraturan penskoran dan penggredan dikeluarkan oleh LP dalam
tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.Pelaporan dikeluarkan LP.

Anda mungkin juga menyukai