Anda di halaman 1dari 65

KONSEP SENTRIK-MALAYSIA

DAN SENTRIK-EROPAH
• Sejarah Malaysia, khususnya sejak zaman
kedatangan kuasa penjajah Barat kerantau ini,
kebanyakkannya ditulis dengan menggunakan
pendekatan rangka kerjakolonial. Dalam istilah
lain, pendekatan yang tersebut diatas juga
dikenali sebagai"European Centric"
• Pada umumnya, sentrik (centric) bolehlah
diistilahkan sebagai satu kecenderunganatau satu
pandangan atau satu pendekatan yang tertumpu
kepada sesuatu perkara.
• la merupakan satu unsur yang boleh muncul
dalam bentuk pendekatan yangdigunakan atau
tema yang diutamakan di dalam penulisan
sejarah.
• Misalnya, ada penulisan yang boleh dikatakan
sebagai bersentrik subjek (politik,ekonomi, sosial
dan sebagainya) dan terdapat pula penulisan
yang bersentrikkannegeri atau kaum seperti Barat
sentrik, Malaysia sentrik dan sebagainya.
• Sebagai contoh, apabila dikatakan sesebuah penulisan
sejarah Malaysia itubersentrik Malaysia, ia membawa
maksud bahawa sejarah Malaysia yang dihasilkanitu
ditulis dengan memberikan penumpuan kepada
perlakuan orang Malaysia sendiri.
• Pendekatan di atas adalah sama-sekali berlawanan
dengan penulisan sejarahMalaysia yang ditulis
berdasarkan kepada euro-centric kerana pendekatan
euro-centric lebih mengutamakan seseorang tokoh
atau segala kepentingan pihak Barat
• Jika dilihat, konsep penulisan sejarah euro-centric
banyak memaparkan mengenai sumbangan positif
pihak kolonial kepada masyarakat di Tanah Melayu.
Penulisanyang menggunakan falsafah dan prinsip-
prinsip barat ini sering sahaja merendahkanketepatan
sejarah tradisional
• Penulisan yang bersifat euro-centric ini lebih
menumpukan terhadap penulisanmengenai politik dan
ekonomi sesebuah negeri sementara penulisan yang
bersentrik Malaysia pula lebih memusatkan
pandangannya terhadap persoalan-persoalan yang
berkait dengan kemasyarakatan.
• Sejak timbulnya kesedaran mengenai
kepentingan penulisan semula sejarahMalaysia
banyak kritikan di lemparkan terhadap golongan
penulis yang bersifat euro-centric.Misalnya
Profesor Dieter Geyl dari Universiti Utrecht
berpendapat;
• "Bagaimana jujur tujuan seorang penulis sejarah
Barat untuk mengenepikan pandangan Eropah
sentrik, dia tidak akan benar-benar teriepas dari
keadaan diri sendiri, dari warisan
kebudayaannya."
• Walaupun terdapat juga sejarawan barat yang menyeru
agar bahan-bahan tempatandigunakan dalam
penulisan, tapi ia menjadi perbahasan dikalangan
sejarawan yangingin menulis mengenai sejarah
tempatan.
• Salah seorang penulis sejarah yang menggunakan
pendekatan euro-centric ialah Sir Frank Swethenham
melalui karyanya yang berjudul British Malaya (1906).
Judulbuku tersebut sudah memberi gambaran tentang
isi kandungan, idea utama atau temanya yang sudah
pasti tidak lari dari menghuraikan peranan dan
kejayaan pihak imperialis British di Tanah Melayu.
• Mereka sebenarnya cuba mendakyahkan kepada
rakyat tentang kebagusan dan kehebatan sistem
penjajahan.
• Penulisan Sejarah moden bersentrik Malaysia
lebih kepada mengambarkan tentang kesedaran
di kalangan penulis bagi menonjolkan keadaan
masyarakat dengan tidaklagi menjustifikasikan
tentang kedudukan penjajah semata-mata.
• Contohnya Ibrahim Yaakob yang telah berjaya
mengangkat konsep "Melayu Raya" didalam
bukunya Melihat Tanah Air. Dengan tidak segan
silu mengkritik sikap golongan elit Melayu yang
tidak mahu mengikut arus perkembangan
perasaan orang-orang Melayu ketika itu.
• Oleh sebab itulah, maka penulisan sejarah moden
Tanah Melayu mulai mengambilkira aspek-aspek
luar dari kepompong istana dengan
memasukkkan unsur-unsur ekonomi dan sosial
dalam kalangan masyarakat.
• Penulisan euro-centric adalah berdasarkan
kepada sumber mengenai aktiviti-aktivitipihak
barat yang mudah diperolehi sebagai rujukan. la
juga bersifat topikal iaitumenyentuh tempat atau
kawasan-kawasan tertentu yang berkepentingan
kepadakerajaan kolonial.
• Penulisan Malaysia-centric pula menggunakan
sumber tempatan dan tafsirannyadilakukan
menurut kaca mata tempatan dengan
menumpukan kepada perlakuanorang-orang
tempatan berdasarkan fakta-fakta tempatan.
• Ketika penjajahan British di Tanah Melayu,
kebanyakkan hasil tulisan adalah berbentuk
laporan rasmi atau penulisan yang mempunyai
tujuan rasmi. Teks sejarah yang terhasil
biasanya terlalu bias kepada pihak kerajaan
iaitu pihak British.
• Sebagai buktinya segala peristiwa-peristiwa
perjuangan kemerdekaan oleh tokoh-tokoh
tempatan pada zaman itu di gelar sebagai
penderhaka atau pemberontak.
• Contohnya termasuklah penentangan Tok
Janggut di Kelantan yang diangggap sebagai
satu bentuk pemberontakan dan
penderhakaan ke atas Sultan Kelantan setelah
Tok Janggut menabalkan Engku Besar Jeram
sebagai Raja di Pasir Puteh.
• Penulisan sejarah yang bersentrik Malaysia
ditulis oleh para sejarawan tempatandan juga
beberapa sejarawan barat.
• Hal ini membimbangkan pendokong penulis
euro-centric yang takut segala aktiviti barat
akan dilihat negatif. Misalnya, tokoh yang
dulunya dianggap oleh merekasebagai
pemberontak akan dianggap sebagai seorang
wira.
• Hal ini kerana mereka menganggap bahawa
hasil penulisan tempatan sentrik sebenarnya
adalah untuk membangkitkan semangat
nasionalisme kepada rakyat.
• Contohnya, Abd. Hadi Hassan yang terkenal
sebagai seorang pejuang kebangsaan Melayu
telah memainkan peranan dalam menyalakan
perasaan cintakan bangsa dan nusa
dikalangan penuntut Maktab Perguruan Sultan
Idris (MPSI). Hasil tulisannya diterbitkan dan
dijadikan sebagai buku teks di sekolah aliran
Melayu 1950-an.
Faktor-faktor Kemunculan Sentrik
• Kewujudan atau kemunculan sesuatu pendekatan tidak
kira samada pendekatan Barat sentrik atau Malaysia
sentrik adalah didorong oleh beberapa faktor penting.
• Jika ditinjau secara teliti, dapatlah dikatakan bahawa
faktor sebenar yang telah menimbulkan perbahasan
mengenai penulisan semula sejarah Malaysia
adalahdisebabkan oleh:
1. Perbezaan pendekatan yang digunakan;
2. Semangat nasionalisme terhadap negara sendiri;
3. Kesediaan bahan rujukan mengenai sejarah
Malaysia.
• Oleh kerana kebanyakan penulis sejarah Malaysia
adalah terdiri daripada para penulis Barat, maka
wajarlah jika difikirkan bahawa golongan ini adalah
terpengaruhatau dipengaruhi oleh persekitaran atau
pendidikan Barat dan tidak dapat lari dari mempunyai
perasaan bangga terhadap peradaban mereka.
• Menurut Prof. Zainal Abidin Wahid, oleh kerana
mereka adalah orang Barat, merekatelah dididik dan
dibesarkan oleh tradisi, budaya, nilai dan norma-norma
Barat.Warisan kebudayaan inilah yang telah
menghalang mereka daripada menaruhpenghargaan
terhadap sejarah Malaysia.
• Walaupun semakin ramai penulis tempatan
yang menulis mengenai sejarah Malaysia,
namun kebanyakkan mereka turut
dipengaruhi oleh pendekatan euro-centric
kerana teknik, tema dan metodologi penulisan
sejarah yang digunakan olehmereka adalah di
perolehi dari ilmu dan para ilmuan Barat.
• Selain itu, kita harus mengakui bahawa
penulisan sejarah Malaysia secara keseluruhan
dan berterusan sebenarnya masih belum
pernah wujud dalam erti kata yang
sebenarnya.
• Apa yang dimaksudkan di sini ialah penulisan
Sejarah Malaysia adalah bersifat topikal iaitu
hanya menyentuh sesuatu tempoh atau
sesuatu kawasan tertentu sahaja.
• Perkara ini di pengaruhi juga oleh faktor kesediaan
sumber rujukan. Di mana, data-data dan rekod
mengenai aktiviti Barat boleh diistilahkan sebagai
berlambak dan mudah di perolehi untuk dijadikan
sebagai bahan rujukan berbanding sumber tempatan
yang terhad dan dianggap lekeh dari segi nilai
sejarahnya.
• Berbanding dengan sejarah tradisional yang
mementingkan keharmonian dan pelajaran kepada
masyarakat, penulisan sejarah moden adalah muncul
akibat perkembangan rasional dan objektif menurut
pemikiran seseorang sejarawan.
• Sikap kritis yang wujud ini telah menyebabkan
timbulnya keinginan untuk menulis atau mencatatkan
sesuatu perkara atau peristiwa berdasarkan kepada
apa yang sebenarnya berlaku.
• Penulisan pada peringkat pra-Perang Dunia Kedua yang
bersifat euro-centric muncul akibat kedatangan pihak
kolonial untuk meluaskan kawasan tanah jajahan
adalahbertujuan untuk melicinkan serta memudahkan
segala urusan pentadbiran kolonial serta untuk
mendapatkan sokongan rakyat bagi menjamin
kedudukan mereka sebagai penjajah di Tanah Melayu.
• Penulisan pada peringkat pasca perang dunia kedua pula
telah membentuk satu perubahan besar dalam penulisan
sejarah Malaysia.
• Perkembangan politik dan nasionalisme pada ketika itu
telah menyebabkan sejarawan di Asia Tenggara meluaskan
lapangan pemikiran mereka kepada teknik-teknik penulisan
barat dan maju dalam penulisan sejarah berbentuk moden.
• Di antara faktor yang mewujudkan penulisan sejarah
berbentuk tempatan atau Asia sentrik sebenarnya ialah
faktor perubahan masyarakat, ekonomi dan politikseperti
yang berlaku di Malaysia khususnya selepas perang Dunia
yang ke-2.
• Zaman pendudukan Jepun misalnya, telah mengalakkan
perkembangan politik dikalangan penduduk tanah Melayu.
Selepas detik ini, timbul kesedaran nasionalisme yang kuat di
kalangan masyarakat tempatan untuk menentang penjajah.
• Sekiranya dilihat kepada penjelasan di atas, penyuaraan untuk
mewujudkan penulisan yang bersifat Malaysia sentrik
sebenarnya boleh dikaitkan dengan keperluan bagi membina
negara bangsa berikutan kemerdekaan yang baru dicapai.
• Umumnya, penulisan tempatan sentrik adalah lebih
berorientasikan kepada Asia,berwadahkan aktiviti masyarakat
peribumi dan tempatan, melihat apakah yang dilakukan dan
dialami oleh orang-orang tempatan, meneliti apakah tindakan
dan reaksi mereka terhadap kuasa pihak kolonial.
Perkembangan Pensejarahan
Bersentrik
• Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua, telah
berlaku perkembangan-perkembangandi Tanah
Melayu yang dikatakan telah berjaya menarik
perhatian masyarakat diseluruh dunia.
• Oleh itu, muncul pelbagai hasil tulisan melalui
pelbagai jenis majalah dan akhbar yang
menceritakan tentang masyarakat majmuk dan
juga mengenai perubahan yangberlaku di dalam
sistem berperlembagaan di Tanah Melayu.
• Kegiatan penulisan sejarah Malaysia ini kian
diberi perhatian pada tahun 1949 iaitu setelah
penubuhan Universiti Malaya di Singapura yang
telah membentuk sebuah Jabatan Sejarah.
• Walaubagaimanapun, kebayakkan jawatan di
jabatan itu dipegang oleh para sarjana Britain.
Orang pertama yang memegang jawatan ketua di
jabatan ini ialah Profesor N.C. Parkinson. Di
antara pensyarahnya pula terdiri daripada C.D.
Cowan, EricStokes dan lan Macgregor.
• Apa yang ingin ditekankan di sini ialah bukan mengenai
penubuhan dan monopoli orang Barat dalam jabatan
tersebut, tetapi apa yang ingin diberi penekanan di
siniialah mengenai polemik atau perbahasan yang
muncul setelah penubuhan jabatanitu yang dikatakan
sebagai satu detik penting terutamanya dalam
perkembangan penulisan pensejarahan Malaysia.
• Hal ini adalah berikutan pertambahan jumlah
masyarakat tempatan yang telah berani melibatkan diri
dalam penulisan sejarah mengenai Malaysia yang
dahulunya didominasi oleh orang-orang Barat yang
menulis sejarah menurut kaca matamereka.
• Melalui penyeliaan Profesor Parkinson, para pelajar
sejarah waktu itu digalakkan untuk mengkaji, meneliti
dan seterusnya menulis pelbagai aspek sejarah
mengenai Malaysia.
• Mereka turut mempelajari tentang kaedah kajian serta
kaedah menyusun sejarah berdasarkan kepada prinsip
akademik.
• Pusat kegiatan penyelidikan sejarah pada masa itu
dilaksanakan di Raffles Museum.Kegiatan ini diteruskan
selama beberapa tahun dan kajian ilmiah kemudiannya
diwajibkan di peringkat kepujian.
• Dengan ini, pensejarahan Malaysia kian diperkaya kerana
para mahasiswa waktu itutelah menghasilkan penulisan
mengenai sistem pentadbiran, perkembangan ekonomi.
Raja-raja Melayu dan sebagainya.
• Walau bagaimanapun, pada awal 1960 rancangan tersebut
dikatakan telah terhenti.dan tambah malang, kebanyakkan
kajian yang dikatakan berjumlah lebih kurang 150buah
kajian tidak diterbitkan sehingga kini.
• Selain pengkajian dan penulisan sejarah di Universiti
Malaya, minat untuk mengkajidan menyelidik mengenai
Sejarah Malaysia telah wujud di beberapa pusat
pengajiantinggi Barat seperti London School of
Oriental and African Studies.
• Oleh itu tidak hairanlah pada tahun 1960 terdapatnya
beberapa tokoh Barat yang boleh dianggap pakar tentang
Sejarah Malaysia seperti C.D.Cowan, Norman Farmer dan
David Bassett.
• Selain tokoh yang disebut di atas, telah muncul juga
beberapa sarjana terkemuka yang telah memberikan
sumbangan kepada pensejarahan Malaysia. Mereka yang
dimaksudkan ialah K.G Tregonning, Emily Sadka dan David
Mac Intyre.
• Pada 1959 telah berlaku pemisahan di antara Universiti
Malaya di Kuala Lumpur dengan Universiti Malaya di
Singapura. Berikutan itu sebuah jabatan sejarah barutelah
ditubuhkan di Kuala Lumpur.
• Jabatan ini telah diketuai oleh John Bastin yang
kemudiannya diambil alih oleh WangGungwu. Apa
yang menarik di sini ialah, terdapat sedikit kelainan di
sini kerana parapenuntut pra ijazah tidak lagi
diwajibkan untuk menjalankan pengkajian
mengenaiSejarah Malaysia.
• Sebaliknya, kegiatan kajian sejarah hanya digalakkan
diperingkat pasca-ijazah. Diantara para sarjana yang
giat mengkaji mengenai sejarah Malaysia adalah terdiri
daribeberapa siswazah asing seperti J.de Vere Allan,
R.K.Vasil , Margaret Clarke dansebagainya dan siswazah
tempatan seperti J. .Kathirithamby, R.R. Bonney,
GohYoon Fong dan sebagainya.
• Pendek kata, tahun 1950-an sebenarya adalah satu detik yang amat
penting dalam pensejarahan Asia. Pada waktu inilah para sejarawan
telah menunjukkan minat mengenai pendekatan dan pentafsiran
perihal sejarah Asia.
• Pada waktu itu juga, arus perkembangan semangat kebangsaan di
Tanah Melayu sedang mengharungi satu tahap yang memang
menarik dan penulisan sejarah bangsa kita oleh wakil-wakil
penjajah mesti ditolak. Hal mi sesuai dengan pendapat profesor
C.H.Philips: 96 yang menyebut;
"Between the years 1956 and 1958 the School of Oriental and
AfricanStudies, University Of London, held a series of study conferences
to survey and evaluate the coursce and character of historical writing
on the peoples of Asia. The subject is large and to bring it down to
managable parts the method of analysis be region was adopted; and
South Asia , South East Asia, theNear, Middle, and Far East world in
turn examined".
• Pada tahun 1960-an, telah berlaku satu perbahasan
yang hebat di antara dua golongan iaitu golongan yang
menjadi pendokong sejarah yang bersifat Malaysian
Sentrik di bawah Professor K.G. Tregonning di
Singapura dengan golongan pendokong Barat Sentrik
seperti Professor John Bastin di Kuala Lumpur.
• Reaksi dari para pendokong pendekatan Barat Sentrik
atas tuntutan penggunaan pendekatan Malaysia
sentrik dalam penulisan Sejarah Malaysia
menyebabkan berlaku polemik hangat untuk beberapa
tahun.
• Di mana, para pendokong Barat sentrik telah menafikan
tentang penulisan sejarah Malaysia yang setakat ini
dikatakan kurang objektif dan kurang tepat. Bagi
mereka,penulisan yang bersifat Malaysia sentrik jika
dihasilkan juga sudah pasti akan dicemari oleh unsur
nasionalisme yang sempit.
• Polemik yang wujud ini telah memberi kesan yang positif
kepada penulisan SejarahMalaysia.
• Golongan yang menganjurkan agar Sejarah Malaysia ditulis
menurut wadah orang Malaysia, dikatakan tidak berjaya
mengetengahkan kaedah yang konkrit mengenai maksud
mereka. Tetapi jika ditinjau dengan teliti, sebenarnya
perbahasan ini wujudatau berputar di sekeliling soal tema
atau bahan-bahan mengenai sejarah Malaysia.
• Walaupun perbahasan tahun 1950-an dan 1960-
an wujud akibat salah faham dan kekeliruan,
namun tempoh itu merupakan satu zaman
peralihan yang sangat pentingdalam
pensejarahan Malaysia.
• Walaupun penulisan Sejarah Malaysia yang
menonjolkan peranan penjajah masih lagi
diteruskan, tetapi para penulisnya telah mencuba
sedaya mungkin agar penonjolan itu tidak
keterlaluan atau digelar bias kepada Barat.
• Sebenarnya penyuaraan untuk menggunakan Malaysia
Sentrik dalam penulisanSejarah Malaysia adalah
berkait rapat dengan faktor tauladan yang di pamerkan
olehbeberapa penulisan Sejarah Malaysia oleh penulis
Barat yang dianggap tidak terlalubias pada Barat.
• Contohnya termasuklah hasil tulisan Rupert Amerson
(Malaysia: A Study In Direct and Indirect Rule), J.M.
Gullick (Indigenous Political Syistem Of Western
Malaya) dan sebagainya yang disempumakan sebelum
tahun 1960 telah menjadi tauladan atau landasan
untuk mempersoalkan mengenai kesesuaian
penerusan pendekatan Barat Sentrik.
• Rupert Emerson adalah seorang sejarawan Barat yang cuba
menulis tentang sejarah Malaysia dengan lebih objektif dan
saintifik. Akibatnya selepas 1960-an penulisan Sejarah
Malaysia pula mengalami perubahan.
• Di tengah-tengah polemik tentang pendekatan dan
pentafsiran sejarah Malaysia,telah terbit sebuah buku oleh
J.M. Gullick yang bertajuk Indigenous Political Systems of
Western Malaya. la merupakan hasil percantuman antara
bidang Sejarah dengan bidang Antropologi Sosial kerana
tulisan asalnya adalah merupakan sebuah tesisdiploma
dalam jurusan Antropologi Sosial. Selain itu kajian ini juga
adalah ditulis berdasarkan kepada rekod-rekod sejarah.
• Dari segi pensejarahan Malaysia pula, hasil penulisan ini
merupakan satu kejayaan yang sungguh menarik.
Walaupun beliau bukan seorang sejarawan
tempatan,namun hasil penulisannya jika ditinjau tidak
terlalu bersifat Barat Sentrik.
• Sebelumnya boleh dikatakan bahawa tiada ahli sejarah
yang menghasilkan sebuah karya mengenai institusi-
institusi yang wujud dalam masyarakat secara serius.
J.MGullick, pula secara jelas memaparkan bahawa soal
centricism bukanlah mempakan perkara asas dalam
penulisan sejarah.
• Walau bagaimanapun buku Gullick ini, pada tahun 1950-an
tidak memberikan pengaruh yang begitu berkesan kepada
para penuntut sejarah di Universiti Malaya di Singapura.
• Namun terdapat juga penulis Barat seperti J.C. Bottoms yang mengatakan
bahawa; "sejarah bagi orang Melayu bukan satu ilmu atau seni. Apa yang
paling digemari ialah lagenda, fantasi dan omong kosong...".
• Pendapat ini temyatalah tidak diterima oleh para sarjana Indonesia dan
Malaysiayang menegaskan bahawa karya itu dapat digunakan sebagai
bahan sejarah secarakritis. Namun kita boleh memperkatakan bahawa
beliau bukanlah seorang Melayu dan oleh sebab itu, agak sukar baginya
untuk memahami kebudayaan Melayu.
• Persoalannya kini ialah, mengapakah permintaan dan tuntutan seperti ini
ditampilkan seolah-olah segala hasil penulisan sejarah mengenai Tanah
Melayu sebelumnya iaitu di sepanjang zaman kolonial yang
memperkenalkan penulisan yang di hasilkan oleh sejarawan dan pegawai
tadbir seperti Frank Swettenham, K.G.Tregonning, L.A. Mills dan
sebagainya tidak berjaya mewujudkan satu penghasilan sejarah yang
objektif?
• Jawapan bukanlah begitu, kerana pada
hakikatnya, penulisan mereka juga penting
sebagai memperkayakan sumber rujukan bagi
pensejarahan Malaysia.
• Namun, tohmahan yang dilemparkan terhadap
sejarah Melayu yang dikatakan bukan untuk
mencari realiti dan satu usaha untuk mencipta
satu bentuk kekudusan dikalangan kerabat dan
Raja-raja Melaka dengan menggunakan unsur
mitos dan ajaib adalah amat keterlaluan.
• Memanglah benar bahawa pengarang Sejarah Melayu
menyatakan" maka fakir karanglah hikayat ini ....supaya
akan menyukakan Duli Hadhrat Baginda".Tetapi initidak
bermakna pengarang tidak cuba untuk mencari
kebenaran.
• Hal ini kerana terdapat beberapa peristiwa yang
tercatat di dalamnya terbukti kesahihannya apabila
dibandingkan dengan sumber-sumber luar negeri
seperti tulisan Siam, China dan Portugis. Selain itu,
contoh-contoh yang diberi turut memaparkan tentang
kelemahan Sultan dan kerabat DiRaja.
• Buku Sejarah Melayu sebenarnya adalah satu
sumber sejarah yang amat pentingsebagai bahan
rujukan terutamanya dalam mengkaji sejarah
Kesultanan MelayuMelaka.
• Selama ini boleh dikatakan bahawa tidak ada satu
pun sumber sejarah yang lainyang dikatakan
boleh memberi maklumat yang sebegitu banyak
mengenai Melakadalam bahasa Melayu. Tome
Pires melalui bukunyaSuma Oriental juga
turutmenyatakan tentang kepentingan buku
Sejarah Melayu.
• Pentadbir British yang menulis tentang sejarah
Malaysia seperti R.J Wilkinson pula telah
menunjukkan sikap yang begitu subjektif, sinis
dan dikongkong oleh nilai budayanya dalam
menulis dan menafsir beberapa sejarah
tempatan.
• Oleh kerana dia seorang pentadbir yang mewakili
pentadbiran, politik dan kepentingan barat, dia
sebenarnya tidak bermaksud untuk menghasilkan
satu karya yang ilmiah.
• Apa yang nyata ialah beliau sendiri telah memutar belitkan
kenyataan atau laporan yang didapati tentang empayar
Melaka. Sebenarnya para orientalis jahil dalam
menjalankan penyelidikan tentang latar sosial budaya
masyarakat Melayu , tentang pemikiran dan norma-norma
sosial yang berhubung dengan alam sekelilingnya.
• Persoalannya ialah, mengapa penulis-penulis Barat itu
menulis tentang Malaysia mengikut 'lenggang' Barat dan
tidak lenggang Malaysia.
• Tetapi jika kita perhatikan, kebanyakan daripada mereka
sememangnya tidak boleh bertutur dan membaca dalam
bahasa Melayu, malah kebanyakkannya bukan penyelidik
sejarah tetapi terdiri dari para pegawai atau pentadbir dan
sebagainya.
• Oleh itu, kita seharusnya melihat sejarah Melayu dari
konteks fahaman masyarakat Melayu sendiri kerana
hanya kita sahaja yang memahami selok-belok adat
dan kebudayaan Melayu.
• Hakikatnya, sehingga kini pun kebanyakkan ahli sejarah
masih lagi menumpukan perhatian mereka kepada
beberapa peristiwa tertentu sahaja dalam
sejarahMalaysia. Misalnya, mengenai Francis Light
dengan Pulau Pinang, Stamford Reffles dengan
Singapura, Hubungan British dengan Belanda atau Siam
dan sebagainya.
• Oleh itu, seharusnya sejarah Malaysia ditilik dan dikaji
semula dimana peristiwa-peristiwa yang sama akan dikaji
semula dengan lebih mendalam dengan tidak mengabaikan
tentang sikap masyarakat tempatan terhadap orang Barat.
• Percubaan-percubaan untuk menghasilkan sejarah
Malaysia berbentuk baharu tidakakan berjaya hanya
setakat kita melihat kepada peristiwa-peristiwa lama dari
beberapa sudut baru.
• Tambahan pula, jarang kedapatan tajuk-tajuk baru dalam
kajian dan hasil penulisan.Ini bermaksud bahawa lompang-
lompang dalam pensejarahan Malaysia tetap tidakterisi.
• Misalnya, penulis buku-buku teks Sejarah Malaysia
tidak memberikan perhatian wajar kepada sejarah
negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan atau Terengganu
kecuali untuk menghuraikan hubungan British-Belanda
atau Siam.
• Selain itu, perkembangan sistem birokrasi di Johor juga
seakan tidak disedari atau diambil peduli.Seharusnya
perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi. Tregonning
sendiri melalui karyanya'Malayan History' telah
menyatakan pendapatnya mengenaipenulisan sejarah
Malaysia iaitu;
• "....The study of Malayan history is under
going a swift change. For many years it has
been regarded in Europe centric fashion. It has
beenwritten either as the history of the
European in Malaya, or it has been looked at
from outside : or both. Norn it has become
generally accepted that theMalayan
Comminity itself must be the centre of
studies."
• Sesungguhnya perkembangan penulisan sejarah Malaysia pada masa kini
adalahagak memuaskan. Sungguhpun penulisan dalam bentuk buku masih boleh
dipertingkatkan jumlahnya tetapi bilangan makalah agak menggalakkan.
• Selain itu, peranan Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia
dengankerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka sejak awal lagi telah berjaya
menerbitkantujuh buah buku yang diasaskan kepada latihan ilmiah iaitu satu
latihan ilmiah diterbitkan oleh pihak universiti dan satu lagi diterbitkan oleh
pelajar sendiri.
• Apa yang penting dan ingin ditekankan di sini ialah, latihan ilmiah yang
tidakditerbitkan ini telah menjadi sumber rujukan kepada tenaga pengajar dan
pelajar tahun iv di Jabatan Sejarah.
• Projek ini telah dapat mengisi ruang kekosongan yang begitu besar dari segi
sumber rujukan dan penerbitan penulisan dalam bahasa Melayu. Zainal Abidin bin
AbdulWahid (Malaysia : Warisan dan Perkembangan) dalam memperihalkan
tentangsumber rujukan menyatakan;
"....Bilangan buku sejarah Malaysia untuk orang awam, para pelajar dan
pelancong adalah terhad.Yang ada hanyalah yang diulang-cetak dari naskhah yang
diterbitkan bertahun-tahun lalu. Oleh itu, isi kandungan, tahap perkembangan dan
tafsiran tidak banyak berubah daripada penulisansejarawan British.”
Era Selepas Merdeka Penulisan yang
Berorientasikan Malaysia
1. ZAMAN TAWARIKH
• Pada awal abad ke-20, bidang sejarah muncul sebagai
salah satu daripada bidangilmu dan zaman tersebut
turut dikenali sebagai “Zaman Tawarikh”.
• Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, "tawarikh"
menjadi terminologi untuk sejarah. Hal ini bagi
menunjukkan tawarikh sebagai satu bidang ilmu, selain
memisahkan sejarah daripada kesusasteraan (hikayat &
syair).
• Untuk itu, pada tahun 1918, sejarah (istilah "tawarikh")
diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di Maktab
Perguruan Melayu Melaka.
• Sejarah ditulis dalam bentuk prosa tetapi
skop/bidang kajian masih tertumpu
kepadainstitusi perajaan dan riwayat hidup raja
dan pembesar (1920-an).
• Contohnya, muncul penulis-penulis seperti:
i. Muhammad Hassan bin Dato Kerani Muhammad
Arshad yang menulis Al Tarikh Salasilah Negeri
Kedah (1928)
ii. Wan Abdul Karim bin Abdul Hamid yang menulis
Tawarikh Raja-rajadan Adat Istiadat Zaman
Purbakala Negeri Perak Darul Ridzuan(1934);
iii. Haji Nik Mahmud bin Haji Ismail yang menulis
Ringkasan Cetera Kelantan (1934);
• iv. Muhammad bin Haji Alias yang menulis Tawarih
Dato Bentara Luar (1928).
• Pada zaman ini juga munculnya pelbagai rencana
mengenai sejarah dalam majalahdan akhbar. Ini
menunjukkan minat masyarakat terpelajar tentang
sejarah.
• Sejarah "kebangsaan" pertama ditulis oleh Abdul Hadi
Hj. Hasan yang berjudul Sejarah Alam Melayu (1920-
an), yang mengandungi tiga jilid yang berbeza.
• Walaupun minat dalam bidang sejarah
(tawarikh) meningkat ketika ini tetapi
tidakbegitu berkembang menuju keilmiahan
sejarah sebagai matapelajaran. Skopnya masih
kekal kepada hal-hal perajaan, kerajaan dan
tokoh-tokoh (masih ikutpenulisan tradisional.
2. ZAMAN NASIONALISME

• Seterusnya, kesan Perang Dunia Kedua dan


pendudukan Jepun di Asia Tenggaradan Tanah
Melayumenyemarakkan proses perjuangan
untuk merdeka.
• Pada zaman ini sejarah dan pahlawan-
pahlawan zaman penjajahan Britishdigunakan
sebagai penggerak dan peransang semangat
masyarakat menentangpentadbiran British.
• Contohnya muncul penulis sejarah Melayu seperti
Ibrahim Haji Yaakob -Sedjarah dan Perjuangan Melayu
(1948), Yahya Abdullah -Peperangan Tok Janggut
atauBalasan Derhaka (1955), Abdul Talib Haji Ahmad
Sejarah Dato Bahaman Orang Kaya Semantan (1961)
dan Mustafa Tam -Tawarikh Salasilah Kedah (1962).
• Secara umumnya, walaupun penulis masih
memfokuskan kajiannya kepada sejarahtempatan
(kenegerian), dan golongan atasan - raja dan orang
besar, kaedah menulissejarah adalah untuk
menimbulkan perasaan cinta tanahair, bangga
terhadap zamankegemilangan Melayu.
• Para penulis sejarah tempatan telah memulakan
dimensi baharu dalam penulisansejarah yang bercorak
patriotisme termasulah:i. Ibrahim Yaakob yang menulis
Sekitar Malaya Merdeka (1957);
ii. Zainal Abidin Daud yang menulis Sejarah Malaya
Merdeka (1957). Bentuk inidikekalkan oleh sejarawan
tahun 1960-an dan 1970an (penulisan
yangmementingkan skop sejarah politik & biografi
politik).
iii. Anwar Abdullah yang menulis Dato Onn (1971);iv.
Mohd. Yunus Hamidi yang menulis Sejarah Pergerakan
Politik Semananjung (tema sejarah bersifat kebangsaan)
• Zaman "Sejarah Kebangsaan" bagi sejarawan tempatan
bermula lebih kurang pada1957 iaitu setelah
kemerdekaan, apabila sejarah kebangsaan ditekankan
dalamkurikulum sekolah.
• Pada zaman ini muncul perdebatan tentang bagaimana
sejarah Melayu/Malaya patutditulis. Tema perdebatan
ialah sejarah Asia Tenggara (termasuk Tanah
Melayu)mestilah ditulis dari sudut pandangan dan
perkembangan Asia Tenggara [Asia-centric]
• Selain itu, muncul desakan penulisan semula sejarah
Malaysia dengan"Malaysiancentric".
• Selain itu juga, para sejarawan tempatan
mendesak agar pejuang-pejuang padazaman
penjajahan British diangkat sebagai seorang
pahlawan dan bukannyapenderhaka atau
penentang. Hal ini akan meletakkan mereka
sebagai tokoh sejarahyang sama seperti para
pembesar dan raja-raja Melayu.
• Seterusnya, muncul juga desakan agar sejarah
patut ditulis mengikut disiplin ilmusejarah dan
bersifat ilmiah.
• Kesedaran tentang „sejarah sebagai ilmu pengetahuan‟
manusia di Malaysia lahir pada akhir tahun 1960an.
[Keperluan sokongan ilmiah dari bidang sains
sosialterutama antropologi, sosiologi, filologi -
pengaruh perubahan ilmu sejarah yangberkembang di
Amerika Syarikat].
• Peristiwa 13 Mei 1969 menimbulkan keperluan
penyatuan kebangsaan (integrasinasional) untuk
menentukan keharmonian dan kedamaian masyarakat.
Ertinyakeperluan untuk versi sejarah Malaysia yang
berdaya menanamkan kefahaman rasdi antara ras-ras
di Malaysia.
• Hal ini juga bermakna, wujudnya desakan agar sejarah
dijadikan sebagai satumedium untuk menyatukan
bangsa-bangsa di Malaysia.
• Oleh itu tema-tema yang menonjol dalam tulisan
sejarah akademik ialah sejarahmasyarakat berbilang
kaum, sejarah tempatan, sejarah pendidikan, riwayat
orangbesar-besar, sejarah politik dan banyak lagi.
Tujuannya untuk meningkatkankefahaman rakyat
terhadap dirinya dan ras-ras yang ada di Malaysia, dan
mencaritema yang sesuai kepada sejarah kebangsaan.
• Dapat dikatakan penulisan sejarah sejak merdeka dan
terutama setelah 1969menonjolkan sifat
"autonomous" jika dibandingkan dengan karya sarjana
(pegawaipenjajahan sejak abad ke 19 - huraian peranan
positif pentadbirannya dan justifikasikeperluan
"peradaban" kuasa penjajah seperti tulisan Winstedt,
Wilkinson,Swettenham, Low, dll.)
• Walaubagaimanapun kebanyakan karya yang ditulis
pada zaman 1970-an dankemudian diterajui oleh
sarjana luar (bukan Melayu). Justeru itu, fokus
kajiannyamasih mengenai zaman penjajahan Barat.
• Contohnya termasuklah C.M. Turnbull, The SS
1826-67: Indian Presidency to Crown
Colony (1972), E. Thio,British Policy in the Malay
Peninsula 1880-1910 (1969).
• Sejak tahun 1970an, muncul karya-karya bermutu
akademik (oleh sarjana luar dantempatan)
mengenai sejarah Tanah Melayu yang
membincang tentang tema selaindaripada
"conventional/national history" seperti aspek
sosial, ekonomi, masyarakatbawahan,
falsafah/ideologi, budaya.
• Contoh pensejarahan bersifat ilmiah di Malaysia
termasuklah:i. A.C. Milner, Kerajaan: Malay Politic
on the eve of colonial rule (1982),
• ii. Shahril Talib, After Its Own Image: The
Trengganu Experience 1881-1941 (1984),
• iii. Shahrom Ahmat, Kedah: Traditional and
Change in A Malay State - A study of the
economic and political development (1984),
• iv. Carl A. Trocki,Prince of Pirates: the
Temenggong and the Development of Johor and
Singapore 1784-1885 ,
• v. R. Bonney, Kedah 1771-1821: The Search for
Security and Independence (1974),
• vi. Khoo Kay Kim, The Western Malay States
1850-1875: the effects of commercial
development on Malay Politics (1972).,
• vii. Lim Teck Ghee, Peasants and Their
Agricultural Economy in Colonial Day 1874-
1941 (1977).
• era awal pensejarahan bersifat ilmiah di
Malaysia ternyata dipelopori oleh penulisan
yang menggunakan bahasa Inggeris
sehinggalah munculnya penulis sejarah ilmiah
dalam bahasa Melayu seperti Nik Safiah
Karim, Muhammad Yusoff Hashim dll.
• Perbezaan antara sarjana akademik yang
berpengaruh ke atas
perkembanganpensejarahan Malaysia ialah
falsafah sejarahnya (kaedah dan pendekatan
sertaskop).
• Secara kasar, sarjana yang dipelajari di institusi
luar negeri berkecenderungankepada konsep
moden Barat. Manakala sarjana yang dilatih
dalam negeri masihmelihat pentingnya
"conventional history" - ianya detail tetapi
masih berfokuskepada sejarah politik.

Anda mungkin juga menyukai