Anda di halaman 1dari 8

SENARAI SEMAK

MASALAH
PELAJAR
(MOONEY)
- Nur Syahirah Abd Razak -
BUKAN SATU UJIAN
SENARAI SEMAK MASALAH PELAJAR

❄ Dibina bagi mengenal pasti masalah pelajar, pelajar universiti


mahupun orang dewasa.
❄ Suatu senarai masalah-masalah yang sering dialami oleh para
pelajar dan remaja.
❄ Masalah-masalah yang disenaraikan ialah masalah fizikal dan
kesihatan, kewangan, sosial dan hiburan, pergaulan dan seks,
sosial psikologikal, psikologikal, moral dan agama, keluarga,
akademik dan kerjaya, penyesuaian serta kurikulum dan
pengajaran.
SENARAI SEMAK MASALAH PELAJAR

❄ Alat ukuran ini juga amat sesuai digunakan sebagai pra sesi
kaunseling individu dan juga dalam pembentukan kelompok.
❄ Ianya bertujuan untuk mengenalpasti masalah utama yang
dihadapi oleh para pelajar bagi menyedarkan mereka akan
kepentingan berbincang mengenai masalah yang dihadapi
bersama dengan kaunselor.
❄ Para guru dan kaunselor juga boleh menggunakan senarai
semak ini bagi memahami masalah-masalah para pelajar
mereka dalam usaha untuk membantu klien.
TUJUAN MPCL (Mooney Problem Check List)
❄ Membantu kaunselor menjalankan sesi kaunseling dengan
klien setelah melihat senarai masalah itu dan memberi
perhatian yang wajar terhadap masalah-masalah yang hendak
dibincang.
❄ Untuk memudahkan wawancara kaunseling dengan
memberikan pelajar peluang untuk meninjau dan meringkaskan
masalah mereka sendiri.
❄ Untuk kajian pada rancangan tindakan individu, sehingga
termasuk masalah yang paling biasa dinyatakan oleh pelajar
sebagai asas untuk pembangunan baru dan semakan,
kurikulum, dan program bimbingan sekolah.
TUJUAN MPCL
❄ Untuk meningkatkan pemahaman guru dalam mengajar
kelas biasa dan menyarankan pendekatan di mana mereka
dapat membina hubungan yang lebih mendalam terhadap
murid-muridnya.
❄ Untuk melakukan kajian atas masalah pelajar,
membincangkan masalah yang berkaitan dengan umur, latar
belakang sosial, dan kemampuan sekolah.
❄ Memahami masalah klien dan mengenal pasti klien yang
memerlukan kaunseling dan tujuan perkembangan kurikulum
program kerjaya.
Langkah Dan Teknik Menguruskan Senarai Semak Dalam Soal Selidik

❄ Tentukan objektif soal selidik.


❄ Tentukan responden yang akan diambil dalam kajian.
❄ Sediakan inventori dan alat soal selidik.
❄ Edarkan senarai semak kepada responden diikuti dengan
taklimat menjawabnya.
❄ Kumpulkan semula senarai semak untuk membuat tafsiran.
❄ Menyediakan laporan dengan cadangan mengatasi masalah
kepada pihak yang berkenaan.
❄ Tindakan susulan.
UJIAN SENARAI
SEMAK
MASALAH
PELAJAR
(MOONEY)

Anda mungkin juga menyukai