PERTUMBUHAN, KEMATANGAN,
PRESTASI DAN AKTIVITI.
AKTIVITI FIZIKAL
• Aktiviti fizikal adalah suatu tingkah laku yang berlaku dalam pelbagai bentuk dan konteks,
termasuk mainan bebas, kerja seharian, senaman, pendidikan jasmani sekolah, dan sukan yang
diuruskan.
• Aktiviti fizikal merupakan faktor terpenting dalam mengawal berat badan dan mengekalkan
keseimbangan yang sihat di antara komponen tisu kanak-kanak yang berkembang.
• Melakukan aktiviti fizikal secara konsisten akan meningkatkan prestasi dalam sukan, stamina
(daya tahan jantung, paru-paru dan peredaran darah) dan proses tumbesaran tulang dalam
kalangan kanak-kanak dan remaja
• Individu yang melakukan jenis latihan fizikal yang berlainan akan mengembangkan bentuk badan
yang berbeza.
• Semasa melakukan aktiviti fizikal kanak-kanak berasa bebas, riang dan puas hati. Fikiran mereka
menjadi lebih tenang dan dapat melakukan aktiviti dengan lebih baik.
• Mereka belajar dan meneroka persekitaran melalui aktiviti fizikal kerana imaginasi mereka yang
tinggi Aktiviti fizikal penting untuk perkembangan kanak-kanak sebab ia menyumbang kepada
perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan kesihatan emosi mereka.
KEADAAN SOSIAL
• Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan
kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir.
• Pengalaman sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan
ibu, gaya hidup ibu, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan
emosi ibu.
• Faktor-faktor selepas kelahiran pula adalah dipengaruhi oleh cara
pemakanan, sosioekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan-rakan,
sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia.
Semua perkara ini akan mempengaruhi perkembangan seseorang.
VARIASI KAUM DAN ETNIK
• BERLAKU DOMINASI TERHADAP BEBERAPA JENIS SUKAN BAGI KAUM-
KAUM TERTENTU.
• STEREOTYPE SEPERTI INI MENYEBABKAN LIMITATION TERHADAP
PENYERTAAN KAUM TERTENTU DALAM SESUATU SUKAN.
• CONTOHNYA, BOLA UNTUK MELAYU, BOLA KERANJANG UNTUK CINA
DAN OLAHRAGA UNTUK INDIA.
• SESEORANG TIDAK DAPAT PELUANG UNTUK MENGAMBIL
PENGALAMAN DAN MEMAJUKAN DIRI UNTUK MENGUASAI
KEMAHIRAN DALAM SUKAN SUKAN TERSEBUT SEKIRANYA TERLALU
TERIKUT DENGAN STEREOTYPE INI
PEMAKANAN DAN PENYAKIT KANAK-KANAK
• individu yang berasal daripada keturunan yang berpenyakit. Individu tersebut
besar kemungkinan akan mewarisi penyakit, seperti lelah dan kencing
manismelalui baka. Jadi, kanak-kanak tersebut sukar menyertai aktiviti sosial dan
menyebabkanperkembangan sosialnya terganggu. Justeru, hubungan kanak-
kanak tersebut dengan rakan-rakan menjadi berkurangan. Kemudian, dia akan
merasa sedih dan sunyi. Impaknya, proses perkembangan sahsiahnya menjadi
tidak sihat kerana perkembangan sosial dan emosi terjejas.
• Pemakanan kanak-kanak boleh memberi kesan kepada berat badan. Kanak-kanak
yang mempunyai saiz badan yang agak besar akan berasa malu untuk bersosial
dengan orang lain kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukannya adalah
terbatas. Saiz badan akan menentukan sama ada individu sesuai melakukan suatu
aktiviti ataupun tidak. Kebolehan melakukan suatu aktiviti akan meningkatkan
nilai prestij yang tinggi untuk dirinya. Hal inimenyebabkan individu tersebut akan
diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan harga dirinya
sekaligus akan membentuk sahsiah sihat.