Anda di halaman 1dari 21

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

PKBK3123

MINGGU 9

5. Asas Pengurusan OKU di Pusat Pemulihan


Dalam Komuniti
 Kemahiran-kemahiran

 Teknik Asas Pengurusan OKU


Kemahiran-kemahiran yang dipraktikkan di PDK,
antaranya :
 Pengurusan Diri/Aktiviti Rutin Harian
 Komunikasi
 Akademik Asas
 Sosialisasi Keluarga dan Masyarakat
 Permainan/Rekreasi
 Pengurusan Diri / Aktiviti Rutin Harian

Penekanan kepada aspek penjagaan diri pelatih bagi mengelakkan


daripada penyakit.

Amalan harian – membantu pelatih lebih berdikari dan mampu untuk


melakukan aktiviti tanpa dibantu orang lain.
Antara aktiviti latihan urus diri ialah:
 Menyikat rambut
 Melipat baju
 Memberus gigi
 Mencuci tangan
 Cara penggunaan tandas
 Cara makan dengan betul
Objektif aktiviti Pengurusan Diri:

 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran serta


dapat berdikari dalam kehidupan seharian
 Mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan
diri dengan sempurna.
 Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian.
 Mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna.
 Komunikasi
Komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna
daripada satu pihak (pengantar) kepada pihak yang lain
(penerima)(Guffey & Almonte)

Proses komunikasi akan melibatkan lima langkah,iaitu:


 Pengirim membentuk idea
 Pengirim mengekodkan idea tersebut dalam satu mesej
 Mesej akan melalui saluran komunikasi
 Penerima mendekodkan mesej tersebut
 Maklum balas dihantar kepada pengirim

Beberapa pendekatan boleh digunapakai bagi membantu


pelatih dalam kemahiran berkomunikasi.
a. PENDEKATAN ANALISIS TUGASAN
• Pendekatan Analisis Tugasan melibatkan proses
pembahagian kemahiran kepada beberapa komponen
atau langkah mudah yang dapat dikuasai dan dipelajari
oleh pelatih.
• Kaedah analisis tugasan membantu petugas menyusun
atur kemahiran yang hendak diajar, memberi latihan
yang konsisten dan nilai tahap pencapaian pelatih.
Penyediaan analisis tugasan dapat dilaksanakan dengan langkah-
langkah berikut:
 Memastikan kemahiran yang sesuai diajar pada pelatih
mengikut tahap keupayaan
 Huraikan secara ringkas kemahiran yang terpilih
 Kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada langkah-langkah
kecil
 Buat penyesuaian langkah-langkah pembelajaran mengikut
kelemahan dan kebolehan pelatih
 Petugas menjalankan analisis tugasan
 Peetugas membuat pemerhatian dan penilaian apabila pelatih
telah menguasai kemahiaran yang diajar
 Membuat penambahan dan perubahan di mana perlu sehingga
pelatih dapat menguasai kemahiran yang hendak diajar
b. PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN
 Pendekatan Belajar Melalui Bermain ditekankan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana bermain merupakan
keperluan individu.
 Melalui aktiviti ini mereka melakukan penerokaan, penemuan
dan pembinaan berdasarkan pengalaman dengan rasa gembira
dan seronok.
 Selain menyeronokkan, pendekatan ini boleh meningkatkan
keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan
psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi
c. PENDEKATAN PENGAJARAN BERTEMA
 Pendekatan Pengajaran Bertema digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran pelatih
 Pemilihan topik atau tema mestilah yang bersesuaian
dengan persekitaran pelatih.

d. PENDEKATAN PEMBELAJARAN PENGALAMIAN


 Adalah berdasarkan kesediaan dan keupayaan individu
 Pendekatan ini meningkatkan arah kendiri individu di
mana pelatih diberi peluang menilai keupayaan diri
sendiri
Rang Undang-Undang OKU 2008
 Bahagian IV – Penggalakan dan Pembangunan Kualiti Hidup
dan Kesejahteraan OKU – Bab 1 Kebolehaksesan

Akses kepada Pendidikan – 28 (1), (2) & (3)


28.(1): OKU tidak boleh dikecualikan daripada sistem
pendidikan umum atas asas ketidakupayaan, dan kanak-
kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada
pendidikan pra-sekolah, rendah, menengah dan tinggi,
atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak
upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran
sepanjang hayat
Akses kepada Pendidikan 28 (2)
 Kerajaan & penyedia pendidikan swasta hendaklah, bagi
membolehkan orang & kanak-kanak kurang upaya
melanjutkan pelajaran, menyediakan penyesuaian
munasabah yang sesuai dengan keperluan orang & kanak-
kanak kurang upaya dari segi, antara lain, prasarana,
kelengkapan & bahan pengajaran, kaedah pengajaran,
kurikulum & bentuk sokongan lain
 Akademik Asas
 Kemahiran yang diajar kepada pelatih kepada kemahiran asas
seperti pratulisan, pranombor dan prabacaan.
 Dapat membantu pengetahuan asas pelatih
 Dapat mengenal simbol-simbol tertentu bagi tujuan
berkomunikasi
Keperluan Khas Kurikulum/BahanPengajaran/Teknik Pengajaran

 Kurikulum Alternatif
 Bahan Pengajaran – Buku Teks & Buku Latihan perlu dicetak dalam
huruf besar
 Teknik Membaca & Menulis menggunakan kaedah phonetik /e-Extra
 Bahan Pengajaran yang sesuai untuk visual learners umpama Alat
Bantu Mengajar, Softwares, Picture Enhance Communication
System.
 Teknik Pengajaran yang kreatif & Cross-Curricular
 Menggalakkan penampilan idea-idea kreatif & inovatif dalam
perlaksanaan pembelajaran dari kalangan penyelia dan petugas melalui
forum atau simposium berkala
 Sosialisasi Keluarga dan Masyarakat
 Pengertian sosialisasi banyak disampaikan oleh para
ahli antara lain iaitu Nasution (1999:126) menyatakan
bahwa proses sosialisasi adalah proses membimbing
individu ke dalam dunia sosial.
 Menurut pandangan Kimball Young (Gunawan, 2000:33),
sosialisasi ialah hubungan interaktif yang dengannya
seseorang mempelajari keperluan-keperluan sosial dan
kultural yang menjadikan seseorang sebagai anggota
masyarakat.
 Pendapat dua ahli tersebut sama-sama menyatakan
bahwa sosialisasi merupakan proses individu menjadi
anggota masyarakat
Kemahiran sosial yang dipraktikkan di PDK :

 Ibu bapa dijemput bersama dalam aktiviti yang berkaitan dengan


program PDK
 Penglibatan secara langsung dengan ahli pelbagai disiplin
bersama ibu bapa seperti pakar terapi, dll
 Membantu ibu bapa lebih berkeyakinan dan menerima seadanya
anak yang dilahirkan cacat
 Ibu bapa lebih bermotivasi dalam mengurus dan mengendalikan
anak istimewa
 Dapat berbincang dan bertukar pendapat mengenai penjagaan
dan asuhan anak istimewa
Keperluan Khas Keluarga
 Menerima Hakikat & Reda dengan Kurniaan Tuhan
 Sabar
 Sokongan padu sesama ahli keluarga, keluarga terdekat &
masyarakat
 Mendapat maklumat bagi membesarkan anak istimewa
 Menjadi Ahli Persatuan
 Permainan / Rekreasi
 Aktiviti dalam dan luar
 Sukaneka

Tujuannya :
- Untuk rekreasi
- Bersosialisasi
- Sebagai terapi
- Keyakinan diri
Teknik Asas Pengurusan OKU mengikut kategori :

 Bermasalah Tingkah Laku


 Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan
oleh seseorang individu.
 Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh
diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang
dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar
atau separa sedar.
 Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang
dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar
atau separa sedar.
 Bermasalah Penglihatan
 Kaedah pengajaran dan penmbelajaran bagi kanak-kanak
bermasalah penglihatan agak berbeza dengan kanak-kanak
bermasalah pendengaran
 Perbezaan ini dapat dilihat dari segi penyampaian sesebuah
mata pelajaran dan kaedah yang dipilih oleh petugas dalam
program PDK.
 Kaedah–kaedah yang dipilih adalah seperti berikut:
 Kemahiran mendengar dan menggunakan deria lain
 Bermasalah Komunikasi
Kegagalan berkomunikasi disebabkan masalah
anggota/rongga mulut.
Antaranya :
- pelat
- sumbing
- lidah pendek
 Bermasalah pendengaran
Kurang Upaya Pendengaran (Termasuk pekak dan bisu):
a) Minima (Mild) - (20 - < 30 db)
b) Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 db)
c) Teruk (Severe) - (60 - < 90 db)
d) Profound - (> 90 db)

Intervensi ;