Anda di halaman 1dari 27

KULIAH 1

PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK
Pengenalan
• Pertumbuhan dan perkembangan manusia atau
penyuburan adalah fokus kajian Psikologi
Perkembangan.
• Sharifah A. Alsagoff (1987) – Psikologi
Perkembangan ialah kajian terhadap TL manusia,
perubahan kebolehan, personaliti, motivasi, ciri-ciri
sosial manusia.
• Ahli psikologi perkembangan mengkaji aspek
pertumbuhan dan perkembangan manusia dan cuba
melihat kaitannya dengan baka dan persekitarannya.
sambungan
Pertumbuhan manusia bermaksud perubahan yang boleh
dinilai dan diukur secara kuantitatif dari satu peringkat
perkembangan yang lain (Atan Long, 1978).
Pertumbuhan juga merupakan struktur dan fisiologi yang
berlaku dalam diri individu.
Aspek-aspek pertumbuhan seseorang akan mencapai had
tertinggi bila mencapai kematangan di sekitar umur 20.
Ciri-Ciri Pertumbuhan
• Pertumbuhan manusia dapat dilihat serta diukur melalui edaran masa
dan bersifat kuantitatif.
• Kadar kecepatan pertumbuhan berbeza-beza antara seorang individu
dengan yang lain.
• Anggota yang berlainan mengalami kadar pertumbuhan yang berbeza-
beza.
• Peringkat tian (fetus), tangan merupakan puntung yang bulat
terbentuk lebih dahulu. Kemudian ia akan tumbuh menjadi lebih
panjang dan akhirnya jari-jari pula terbentuk.
• Selepas lahir, organ di bahagian kepala akan lebih dahulu tumbuh,
diikuti oleh bahagian tengah dan seterusnya kaki.
• Pertumbuhan merupakan satu proses perubahan yang berlaku dalam
pelbagai sifat seperti saiz, tinggi dan struktur.
• Individu akan mengalami pertambahan tinggi yang mendadak, dikenali
‘lonjakan pertumbuhan’
Ciri-ciri Pertumbuhan (Sambung)
• Di kalangan lelaki dan perempuan, lonjakan
pertumbuhan ini mengambil masa dalam 4 ½ tahun.

• Biasanya di kalangan remaja perempuan lonjakan


tinggi bermula umur 11 tahun dan lelaki umur 13
tahun.

• Lonjakan pertumbuhan ini akan berakhir bila


individu berumur di antara 15 hingga 17 tahun.
Ciri-Ciri Pertumbuhan
(Sambung)
• Pertumbuhan manusia juga ditentukan oleh baka.
• Kajian membuktikan individu akan mewarisi sebahagian sifat
daripada ibu dan sebahagian sifat daripada bapa.
• Pertumbuhan juga bergantung pada kematangan.
• Pertumbuhan individu akan berlaku dengan pesat apabila dia
mencapai peringkat akil baligh.
• Biasanya kanak-kanak perempuan akan mengalami
pertumbuhan yang lebih cepat dua tahun daripada kanak-kanak
lelaki yang sama umur dengannya sebelum akil baligh (Conger
J.J. & Galambos, 1997, hal.57)
Ciri-Ciri Pertumbuhan
(Sambung)
• Selepas akil baligh pula kanak-kanak lelaki akan
mengalami perubahan fisiologi yang pesat dan akan
mencapai aras pertumbuhan yang hampir sama
dengan rakan perempuan yang sama umur.
• Aspek tumbesaran seseorang akan berhenti bila
mencapai kematangan, terutamanya yang
melibatkan pertumbuhan fizikal seperti tinggi, berat,
tumbesaran otak, sistem saraf dan sistem endokrina.
Ciri-Ciri Pertumbuhan (Sambung)
• Arah pertumbuhan adalah berbeza-beza.
• Pertumbuhan bermula daripada;
a) kepala ke kaki (cephalocaudal)
b) tengah ke tepi (proximodistal)
c) umum ke khusus
• Pertumbuhan manusia sama ada pralahir atau
selepas lahir bermula daripada kepala ke kaki
(cephalocaudal), contohnya apabila sel anak
terbentuk, bahagian kepala akan mula terbentuk,
diikuti badan dan kaki.
Ciri-Ciri Pertumbuhan (Sambung)
• Pertumbuhan bermula daripada tengah ke tepi
(proximodistal) bermaksud bahagian dada lebih
dahulu tumbuh daripada kedua tangan atau
bahagian abdomen akan dahulu tumbuh daripada
kedua kaki.
• Pertumbuhan bermula daripada umum kepada
khusus bermaksud anggota dan otot badan kanak-
kanak pada mulanya hanya bahagian yang kasar,
kemudian berkembang menjadi lebih kemas dan
halus.
• Contohnya, otak manusia pada mulanya hanya
bahagian kasar atau luar terbentuk, lepas itu barulah
berkembang menjadi fakulti atau bahagian-bahagian.
Pengertian Perkembangan Manusia

• Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang


bersifat kualitatif.
• Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas
berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang
lebih awal (Atan Long, 1980). Contoh, perubahan
warna rambut.
• Paul Eggan & Don Kauchak (1997) berpendapat
perkembangan adalah perubahan yang berurutan
dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada
kematangan, pembelajaran dan pengalaman.
Pengertian Perkembangan Manusia

• Slavin (1997) berpendapat perkembangan adalah berkaitan


dengan mengapa dan bagaimana individu tumbuh dan
membesar, menyesuai diri kepada persekitaran dan berubah
melalui peredaran masa. (“…Orderly and lasting growth,
adaptation and change over the course of a lifetime”)
• Slavin menyimpulkan, individu akan mengalami perkembangan
sepanjang hayat mereka iaitu perkembangan fizikal,
personaliti, sosioemosi, kognitif dan bahasa dan lain-lain.
• Kesimpulannya, perkembangan ialah aspek perubahan yang
dialami oleh individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur
tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa.
Ciri-Ciri Perkembangan
• Perkembangan merupakan satu bidang yang
multidimensi dan pelbagai.
• Perkembangan manusia boleh dibahagikan kepada
empat dimensi utama, iaitu perkembangan biologi,
kognitif, emosi dan sosial.
• Perkembangan adalah perubahan dari segi
kemahiran atau kebolehan. Contohnya, kemahiran
menggunakan anggota badan oleh kanak-kanak 2
tahun untuk mengayuh basikal.
Ciri-Ciri Perkembangan
• Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan
persekitarannya.
• Baka menentukan had perkembangan manakala
persekitaran akan membantu individu mencapai
tahap perkembangan yang maksimum.
• Perkembangan adalah bersifat kumulatif terutama
perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
• Perkembangan yang dialami oleh individu adalah
berbeza-beza dari individu yang lain.
Ciri-ciri Pertumbuhan (Sambung)
• Tahap-tahap Perkembangan Manusia
• Jangka Masa Hidup Umur/Masa
• Pralahir Mengandung hingga lahir
• Bayi (Infancy) 2 tahun pertama
• Awal Kanak-kanak (Toddlerhood) 2-3 tahun
• Pra sekolah (Awal persekolahan) 4-6 tahun
• Kanak-kanak Pertengahan 6-11 tahun
• Remaja awal 12-14 tahun
• Remaja Pertengahan dan Akhir 15-22 tahun
• Dewasa Awal 22-34 tahun
• Dewasa Pertengahan 34-59 tahun
• Dewasa Akhir 60-75 tahun
• Tua dan lanjut umur 75 tahun ke atas
Tujuan dan kepentingan Psikologi
Perkembangan kepada GURU
• 1. Memahami perkembangan fizikal, mental dan emosi murid –
menyesuaikan RP&P dengan keupayaan murid
• 2. Kajian berkaitan perkembangan kognitif murid membolehkan
guru menggunakan kaedah mengajar yg sesuai dgn.
Kebolehan murid.
• 3. Kajian tentang perbezaan murid membantu guru
membahagikan murid dalam kumpulan yg sesuai utk
menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.
• 4. Kajian perubahan TL murid memberi panduan kpd guru utk
mengawal disiplin murid dgn berkesan.
• 5. Guru dapat memahami perubahan personaliti dan konsep
kendiri muridnya demi meningkatkan keberkesanan dalam
aktiviti P&P.
Teori-Teori Pertumbuhan dan
Perkembangan
Teori Perkembangan Arnold Gesell

• Ahli psikologi mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap


perkembangan seseorang individu.
• Beliau percaya kematangan fizikal merupakan faktor utama dalam menentukan
proses pembelajaran.
• Kebolehan kanak-kanak akan muncul apabila kanak-kanak muncul ke titik dan
peringkat kematangan tertentu.
• Semua perkembangan tingkah laku kanak-kanak boleh diramalkan. Misalnya,
semasa berumur 4 bulan, Ali telah boleh merangkak. Tingkah laku seterusnya
ialah duduk dan mula belajar berdiri.
• Gesell menghasilkan jadual perkembangan turutan tingkah laku
(perkembangan motor).
Teori-Teori Pertumbuhan dan
Perkembangan
• Teori Tugas Perkembangan Havighurst

• Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan


masyarakat tentang tingkah laku yang sepatutnya dikuasai oleh
seseorang individu pada peringkat umur tertentu (Atan Long,
1980).
• Havighurst menekankan perkembangan seseorang kanak-
kanak amat dipengaruhi alam sekitarnya.
• Dalam kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa dan
seterusnya tua, harus memenuhi atau mencapai tugas-tugas
perkembangan yang ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di
mana individu tersebut tinggal.
Peringkat-Peringkat Dalam Teori Tugas Perkembangan
Havighurst

a) Peringkat Bayi-Awal kanak-Kanak (0-2 tahun)


b) Peringkat Pertengahan Kanak-kanak/ ‘Toddlerhood’ (2-3 tahun)
c) Peringkat Prasekolah (4-6 tahun)
d) Peringkat Sekolah Rendah (6-12 tahun)
e) Awal Remaja (12-18 tahun)
f) Akhir Remaja (18-22 tahun)
g) Awal Dewasa (22-34 tahun)
h) Pertengahan Dewasa (34-60 tahun)
i) Akhir Dewasa (60-75 tahun)
j) Tua (75 hingga meninggal dunia)
Pertumbuhan dan Perkembangan
Manusia
- Pertumbuhan dan perkembangan manusia bermula dari saat
persenyawaan percantuman benih, iaitu sperma dan ovum)
- Gen adalah sebahagian kecil daripada kromosom yang bahan kimianya
terdiri daripada deoxyribonucleic acid (DNA).
- Ia mengawal atau mempengaruhi karateristik-karakteristik baka
seseorang manusia.
- Satu gen mempunyai beribu-ribu lingkaran DNA.
- Antara fungsi DNA ialah mencipta kod-kod arahan tentang warna mata
seseorang, warna rambut, pembentukan otak dan sistem saraf yang
kemudiannya mempengaruhi kecerdasan seseorang.
- Kajian terbaru mendapati bahawa pasangan gen tertentu akan berfungsi
pada masa tertentu sahaja. (Scarr & Kidd, 1983)
- Misalnya, gen yang bertugas untuk memberi arahan warna kulit hanya
akan berfungsi pada masa pralahir manakala gen untuk menggerakkan
proses kematangan seksual mula berfungsi semasa remaja (Jas Laile
Suzana Jaafar, 2000).
Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia
(Sambung)

• Gen bertanggungjawab terhadap jenis trait persamaan yang


biasa pada manusia.
• Gen membawa dua peranan besar, iaitu membentuk manusia
menjadi individu yang unik dan pada masa yang sama satu
spesis homo sapien yang berlainan daripada spesis hidupan
lain.
• Satu kehidupan baru bermula daripada satu sel tunggal yang
halus yang dipanggil zigot.
• Zigot terhasil daripada proses persenyawaan. Sel zigot yang
terhasil mempunyai satu nukleus dan di nukleus zigot inilah
terbentuk segala maklumat genetik organisma baru itu sama
ada dari segi psikologi atau biologi.
• Sekumpulan gen akan disimpan dalam bentuk struktur dan
dikenali sebagai kromosom. Krpmosom adalah satu rangkaian
DNA yang kompleks dan panjang.
Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia
(Sambung)

• Manusia mempunyai lebih kurang 100,000 gen yang disebarkan


mengikut fungsi-fungsi spesifiknya kepada 46 kromosom.
• Baka organisma ibu dan bapa dapat diturunkan kerana 23
kromosom itu adalah daripada ovum dan 23 lagi daripada
sperma.
• Kromosom-kromosom ini muncul secara berpasangan. Setiap
kromosom yang berpadanan dalam pasangan dipanggil
homologos kromosom.
• Bagaimana gen ibu bapa mempengaruhi trait anak?
• Johann Gregor Mendel (abad ke 19) berpendapat terdapat dua
jenis trait, iaitu trait dominan dan trait resesif dalam manusia
dan juga tumbuh-tumbuhan.
• Trait dominan lebih kuat daripada trait resesif. (Contoh gulung
lidah) / (rambut hitam/kuning)
Konsep Asas Pertumbuhan dan Perkembangan
Perbandingan antara Pertumbuhan dan Perkembangan

Aspek Jasmani
-Pertumbuhan – saiz, berat ,gigi organ deria anggota badan.
-Perkembangan – kemahiran fizikal – berjalan, meniti, berlari melihat, mendengar
dll.

Aspek Mental
-Pertumbuhan – keupayaan berfikir
-Perkembangan – kemahiran berfikir, mengingat, menaakul, menilai, menganalisis,
andaian, ramalan

Aspek Emosi
- Pertumbuhan – perasaan gembira, sedih, marah, bimbang dll.
- Perkembangan – kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu,
mengadaptasi dan mengasimilasi.

Aspek Sosial
- Pertumbuhan – meluaskan perhubungan, komunikasi, pergaulan dgn org lain.
- Pekembangan – disiplin diri, penyesuaian dlm pergaulan dan perhubungan dgn
org lain.
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan
Perkembangan Manusia

Baka (Nature)

• Sel Pembiakan Lelaki dan Wanita


• Kromosom Daripada Ibu bapa

Pengaruh Baka Ke Atas Pertumbuhan dan Perkembangan


a) Penentuan Jantina
b) Ciri-ciri fizikal
c) Kecacatan Mental
d) Sahsiah
e) Kecerdasan
Persekitaran (Nurture)

1. Faktor Persekitaran Pralahir

a) Pemakanan
b) Kesihatan Ibu
c) Penyalahgunaan Dadah
d) Faktor Rh Darah
e) Kesan X- Ray
f) Emosi Ibu
g) Umur Ibu
h) Agen-agen Teratogenik dan Penyakit Ibu
2. Faktor Persekitaran Selepas Lahir

a) Pemakanan
b) Keluarga
c) Rakan sebaya
d) Sekolah
e) Tempat Tinggal
f) Media Elektronik
g) Pusat Ibadat
h) Persekitaran Dunia
Implikasi Pengetahuan Pertumbuhan
dan Perkembangan Kepada Guru
• Guru adalah lebih prihatin kepada individu yang lambat
pembelajarannya dan akan lebih sabar dalam membimbing kanak-
kanak itu dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka menyedari
aspek kecerdasan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

• Guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang


sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan murid.

• Murid yang lambat perkembangannya boleh diberi aktiviti pemulihan.


Manakala murid yang cepat pembelajarannya boleh diberi aktiviti
pengayaan.

• Guru boleh merancang strategi pengajaran untuk mengatasi masalah


pembelajaran murid.
Implikasi Pengetahuan Pertumbuhan dan
Perkembangan Kepada Guru (Sambung)
• Guru juga boleh menyemak tahap kemajuan dengan memahami
aspek perkembangan fizikal, sosial dan emosi melalui ujian dan
peperiksaan.

• Guru boleh berbincang dengan ibu bapa tentang masalah dan


cara mengatasinya.

• Guru boleh mengenal pasti jenis aktiviti pengajaran yang


khusus kepada murid tertentu untuk menangani permasalahan
dalam menimba ilmu pengetahuan, psikomotor dan afektif.

Anda mungkin juga menyukai