Anda di halaman 1dari 11

Kuih bakul limau mandarin

Tema
Nilai keluargaan. Dalam cerpen ini, lim pooi amat menyayangi anaknya, lim
foong. Kasih sayang keluarga yang kembali terjalin.
Buktinya Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng berkumpul semula sebagai
sebuah keluarga setelah mereka melupakan konflik yang melanda mereka.

Persoalan
(a) Kasih sayang seorang ayah kepada anak secara melulu.
(b) Perasaan dendam seorang ayah terhadap anak yang tidak bersalah.
(c) Ibu yang berani menentang suami yang berpendirian salah.
(d) Keinsafan bapa atas kesilapannya yang membenci anaknya yang
tidak bersalah.
(e) Kemaafan seorang anak terhadap ayahnya yang bersalah.
(f) Kemeriahan sambutan perayaan apabila semua anggota keluarga
berkumpul.
Plot – Binaan Plot, Teknik Plot

Binaan Plot
(a) Permulaan – Sim Pau mendapat tahu bahawa Lim Meng akan pulang pada Tahun Baharu Cina. Sim
Pau berasa amat gembira kerana kerinduannya mula terungkai.
(b) Perkembangan – Lim Pooi memberitahu isterinya bahawa dia tidak membenarkan Lim Meng pulang.
Kebenciannya terhadap Lim Meng terlalu mendalam. Sejak Lim Meng lahir, perniagaannya rugi, berlaku
kecurian, dan kedainya terbakar. Bagi Lim Pooi, Lim Meng jugalah yang menyebabkan Lim Foong
meninggal dunia.
(c) Konflik – Sim Pau yang sopan santun terhadap suaminya terpaksa berkeras dan menentang Lim Pooi.
Sim Pau menjelaskan sifat sebenar anaknya, Lim Foong serta punca perniagaan Lim Pooi rugi dan
kedainya terbakar.
(d) Klimaks – Lim Pooi terdiam mendengar segala penjelasan daripada isterinya, Sim Pau. Akhirnya, dia
sedar akan kesilapannya. Dia menanti kepulangan Lim Meng dan berusaha mencari Lim Meng. Dalam
masa menunggu Lim Meng itu, Lim Pooi jatuh sakit. Dia mengatakan bahawa hanya Lim Meng yang boleh
mengubatinya.
(e) Peleraian – Lim Meng pulang ke rumahnya dan dia berpelukan dengan ibunya, Sim Pau. Lim Pooi
datang dan berada di belakangnya. Lim Meng ingin pergi tetapi bapanya telah memanggil Lim Meng dan
memohon kemaafan. Lim Meng meluru ke arah bapanya dan berpelukan. Akhirnya, mereka bersama-sama
mencari kuih bakul dan limau mandarin untuk sambutan Tahun Baharu Cina.
Teknik plot
a) Dialog
Contoh : Perbualan antara Sim Pau, Lim Meng dengan Lim Pooi tentang barang-barang yang hendak
dibeli untuk menyambut perayaan.

b) Pemerian
Contoh : Memerihalkan jiran-jiran Lim Pooi dan Sim Pau yang sudah membuat persiapan untuk
menyambut perayaan sedangkan mereka tidak membuat sebarang persiapan.
GAYA BAHASA

Diksi
a) Bahasa Jawa. Contohnya, Air mukanya tidak sesekali menggambarkan kata-katanya itu sebagai lelucon yang
boleh ditertawakan.
b) Bahasa Cina. Contohnya, Tak ada onglah.

Hiperbola
Contohnya,
 Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan terungkai setelah menjawab panggilan
telefon yang baru sahaja diletakkan gagangnya.
 Dia tidak mudah tersentuh dengan hidangan air mata yang melimpah-ruah.
 Air matanya mula membanjiri pipinya.

Peribahasa
Contoh : Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tapi dia mahu menyedarkan Lim Pooi yang terlalu mengikut perasan.

Metafora
Contoh : Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan.
Personifikasi
Contoh : Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan terungkai setelah
menjawab telefon yang baru sahaja diletakkan gagangnya.
Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira
yang baru berputik di hati Sim Pau.
Simile
Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang
baru berputik di hati Sim Pau.

Sinkope
Contoh : “Aku tak benarkan dia jejak kaki lagi di rumah ini.”
Contoh : “Anak aku dah mati.”
Latar Masa
(a) Ambang Tahun Baharu Cina.
(b) Waktu petang.
.
Latar Tempat
(a) Di sungai.
(b) Di stor.
(c) Di dapur.
(d) Di bahagian hadapan rumah.
.
Latar Masyarakat
(a) Masyarakat yang mempunyai keegoan yang tinggi.
(b) Masyarakat yang berani menentang suaminya yang garang.
(c) Masyarakat Cina yang hidup dengan berniaga.
(d) Masyarakat yang berperangai buruk.
(e) Masyarakat yang bersifat pemaaf.
(f) Masyarakat majmuk yang berbangsa Melayu dan Cina.
Watak dan Perwatakan

Lim Pooi
(a) Bapa kepada dua orang anak.
(b) Peniaga yang tidak jujur dan tidak berhati perut.
(c) Amat menyayangi anaknya, Lim Foong berbanding dengan Lim Meng.
(d) Bersikap terburu-buru.
(e) Bersikap garang apabila mengamuk dan merotan Lim Meng seperti orang gila.
(f) Sedar akan kesilapannya terhadap Lim Meng dan meminta maaf akhirnya.
(g) Seorang yang ego.

Sim Pau
(a) Isteri kepada Lim Pooi.
(b) Saksama dalam menyayangi dua anaknya.
(c) Seorang yang lemah lembut.
(d) Seorang yang garang dan berani menentang suaminya, Lim Pooi.
(e) Amat merindui anaknya yang dihalau dari rumah oleh suaminya.
Lim Meng
(a) Anak yang baik.
(b) Berani apabila berusaha menyelamatkan Lim Foong yang lemas.
(c) Bersikap pemaaf
(d) Lim Meng amat merindui ibunya, Sim Pau dan merindui papanya, Lim Pooi.
Lim Foong
(a) Mencuri duit perniagaan papanya.
(b) Seorang kaki judi.
(c) Tidak pandai berenang dan akhirnya lemas dalam sungai.
NILAI
i. Nilai keberanian
Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran bahawa Lim Meng tidak bersalah atas kematian Lim Foong.
ii. Nilai keikhlasan
Contoh : Sudin ikhlas membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas.
iii. Nilai kasih sayang.
Contoh : Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong yang lemas atas dasar kasih sayang sesama keluarga.

PENGAJARAN
i. Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa.
Contoh : Lim Pooi berprasangka buruk terhadap Lim Meng yang menurutnya menjadi penyebab kematian Lim Foong.
ii. Kita mestilah bersikap jujur.
Lim Meng bersikap jujur apabila memberitahu Lim Pooi tentang kecurian wang di kedai yang dilakukan oleh Lim
Foong.
iii. Kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak bermoral.
Contoh : Lim Foong berjudi yang menyebabkan dia dikejar oleh orang yang menagih hutang.
Soalannnnnnnnn
Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai