Anda di halaman 1dari 33

KOMUNIKASI DAN INTERAKSI

DI DALAM BILIK DARJAH


PDPLI KDC AMBILAN NOVEMBER 2017
PENSYARAH : EN AWANG RAZALI HJ AWG KARIM
Konsep Komunikasi dan Model
Komunikasi
• Komunikasi merujuk kepada pertukaran dan pengaliran maklumat
daripada seseorang kepada orang yang lain.
• Proses penghantaran mesej daripada penghantar kepada penerima
dikenali sebagai komunikasi.
• Komunikasi berkesan hanya akan berlaku apabila penerima
memahami mesej yang dihantar dengan tepat.
• Terdapat dua jenis komunikasi iaitu komunikasi lisan dan komunikasi
bukan lisan.
• Komunikasi lisan melibatkan proses pemindahan idea dan ditutur
menggunakan bahasa yang difahami.
Konsep Komunikasi dan Model
Komunikasi
• Manakala komunikasi bukan lisan ialah penyampaian idea yang
melibatkan pergerakan anggota badan seperti menganggukkan kepala
tanda setuju.
• Seorang guru perlu menguasai kemahiran berkomunikasi agar proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan berkesan serta
mencapai objektifnya.
Model-Model Komunikasi
Terdapat Empat jenis Model Komunikasi iaitu:

1. Model Claude Shannon dan Warren Weaver


2. Model Wilbur Schramm I
3. Model Wilbur Schramm II
4. Model Wilbur Schramm III
Model Claude Shannon dan Warren
Weaver
Model Claude Shannon dan Warren
Weaver
• Komunikasi bermula dari sumber maklumat yang disimpan dalam
ingatan akan menghasilkan mesej melalui alat pemancar seperti
suara, kemudian melalui saluran dan sampai ke alat penerima atau
telinga setelah diproses oleh otak.
• keberkesanan penyampaian dan penerimaan sesuatu maklumat
bergantung kepada sumber-sumber gangguan yang menjadi
penghalang.
• Gangguan seperti kebisingan dan suara guru yang tidak jelas akan
menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan gagal.
2. Model Wilbur Schramm I
2. Model Wilbur Schramm I
• Dalam Model Schramm I, proses komunikasi bermula dengan
rangsangan sebagai sumber, kemudian dienkod untuk ditafsir
dan diikuti dengan menghantar mesej dalam bentuk isyarat.
Selepas mesej diterima untuk didekod dengan serta merta dan
disalurkan ke destinasinya.
• Model ini menekankan proses menghantar dan menerima 111 mesej
semasa proses komunikasi dan keberkesanan komunikasi di dalam
bilik darjah banyak bergantung kepada tepatnya sumber dienkod oleh
guru dan didekod oleh murid-muridnya.
3. Model Wilbur Schramm II
3. Model Wilbur Schramm II
• Model Schramm II pula adalah lanjutan daripada Model
Schramm I. Dalam Model Schramm II, elemen yang penting
ialah pengalaman penghantar dan penerima.
• Mesej akan diterima dengan jelas sekiranya penghantar dan
penerima mempunyai pengalaman yang bertindih.Ini kerana
rangsangan yang dikod dan mesej yang didekod dipecahkan
kodnya berdasarkan kepada pengalaman yang bertindih
pada kedua-dua pihak.
4. Model Wilbur Schramm III
4. Model Wilbur Schramm III
• Dalam model ini, mereka yang terlibat dalam proses
komunikasi ini akan bertukar- tukar peranan mereka
daripada pengenkod (penyampai), pengdekod(penerima)
dan pentafsir.
• Ini bermakna model ini amat mementingkan aktiviti
perbincangan dan soal jawab untuk mengintepretasi dan
mentafsir mesej daripada pelbagai sumber.
• Ini bermakna komunikasi jenis ini melibatkan interaksi dua
hala.
Pola Interaksi Dalam Bilik Darjah
• Interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala.
• Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-
individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran dengan
tujuan mempengaruhi satu sama lain.
• Di dalam bilik darjah terdapat 3 jenis pola interaksi iaitu:
1. Interaksi sehala -interaksi sehala daripada guru kepada murid.
2. Interaksi dua hala -interaksi dua hala antara guru dengan murid atau murid
dengan murid
3. Interaksi pelbagai hala -interaksi antara guru dengan murid,murid dengan murid
dan murid dengan guru.
Jenis Interaksi Ciri-ciri interaksi Pendekatan dan strategi
pengajaran

1. Interaksi Sehala:

 berpusatkan guru
 tiada interaksi antara murid
 aktiviti pembelajaran pasif

Pengajaran berpusatkan
Guru:
 memberi arahan
 kaedah kelas
 kaedah ekspositori
 demonstrasi/tunjuk cara
 aktiviti bercerita
2. Interaksi dua hala antara guru dengan murid:

 hubungan yang mesra antara guru dan murid


 penglibatan murid digalakkan
 aktiviti pembelajaran aktif
 kaedah perbincangan
 aktiviti soal jawab
 kaedah individu
3. Interaksi dua hala murid dengan murid:

 hubungan yang mesra antara murid dengan murid


 interaksi guru dan murid sehala iaitu melalui bimbingan atau
arahan sahaja atau sebagai fasilitator
 pembelajaran berpusatkan murid
 murid lebih kreatif
 hubungan antara murid lebih erat
 aktiviti pembelajaran aktif wujud semangat kerjasama dan saling
menolong
 pengajaran berpusatkan murid
 kaedah berkumpulan
 kaedah projek
 aktiviti bermain
 aktiviti lakonan
 akitiviti sumbangsaran
4. Interaksi pelbagai hala:

 aktivitipengajaran dan pembelajaran sangat aktif


 perhubungan antara guru dengan murid dan murid
dengan murid lebih erat dan mesra
 penglibatan guru dan murid sangat aktif
 kaedah berkumpulan
 kaedah projek
 aktiviti bermain
 aktiviti lakonan
 akitiviti sumbangsaran
 aktiviti pemulihan
 aktiviti pengayaan
Kepentingan Komunikasi dan Interaksi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
• Mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang aman dan
harmonis
• Membolehkan guru memotivasikan murid-muridnya supaya berminat
dalam pembelajarannya.
• Mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan murid,murid dan
murid supaya pembelajaran lebih menyeronokkan
• Penglibatan murid yang lebih aktif dan berkesan
STRATEGI MEMBINA HUBUNGAN POSITIF G-M

• Ingat nama dan panggil murid dengan nama masing-masing


• Menanam semangat cintakan bilik darjah
• Agihkan tanggungjawab bersama
• Tetap kan jangkaan yang realistik
• Tunjukkan keprihatinan
• Unsur kecindan dalam komunikasi
STRATEGI MEMBINA HUBUNGAN POSITIF G-M

• Bertindak selaku ketua pegawai eksekutif (CEO)


• Menerima keindividualan murid
• Wujudkan komuniti di dalam bilik darjah
• Beri peluang kepada murid untuk mengenali diri guru
• Ingat nama kesemua murid dalam kelas dalam tempoh 48 jam
• Perhatikan dan perbaiki elemen komunikasi bukan lisan
• Layan semua murid dengan hormat sepanjang waktu
Komunikasi Berkesan dan Interaksi di dalam
Bilik Darjah.
• Elakkan mengkritik atau melabel murid-murid dengan memberi nama
yang boleh menimbulkan rasa malu murid yang berkenaan.
• Perasaan rendah diri menyebabkan murid mengasingkan diri dan
enggan melibatkan diri dalam aktiviti.
• Guru sebagai model sentiasa menunjukkan sifat penyayang dan
mengambil tahu latar belakang murid-muridnya.
• Gunakan gaya kepimpinan demokratik dengan melayan idea dan
cadangan murid secara terbuka.
• Interaksi dua hala akan mewujudkan hubungan yang mesra
menyebabkan murid akan memberi perhatian kepada pengajarannya.
Komunikasi Berkesan di dalam Bilik Darjah Yang
Mesra Budaya
• Elakkan amalan kepimpinan autokratik yang hanya suka memberi arahan
yang mesti dipatuhi tanpa tolak ansur.
• Rancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan
gunakan teknik perbincangan dan penyoalan serta strategi berpusatkan
murid
• Bahan bantu belajar yang kreatif dan inovatif boleh menimbulkan minat
murid untuk belajar dengan melibatkan diri secara aktif.
• Pengajaran guru akan lebih berkesan malah interaksi antara murid akan
terbentuk.
• Contoh-contoh pengajaran ambil kira budaya setempat misalnya perayaan
tertentu dalam masyarakat Malaysia
DINAMIKA BILIK DARJAH - DINAMIKA KUMPULAN

• Dinamika= Kuasa yang menyebabkan pergerakan


• Kumpulan= kelompok individu dalam sesuatu unit social yang
mempunyai ciri dan nilai sama
• Dinamika kumpulan= kuasa yang terdapat dalam kumpulan yang
boleh mendorong ahli-ahli kumpulan nya untuk melakukan sesuatu
perubahan
• Perubahan= satu kemajuan atau peningkatan secara fizikal, social
atau emosi.
• Melibatkan kumpulan kecil yang mempunyai ciri, nilai, tingkahlaku
atau minat yang sama.
DINAMIKA BILIK DARJAH - DINAMIKA KUMPULAN

• Kumpulan rakan sebaya yang berkongsi minat yang sama


• Dinamika Kumpulan boleh dikenalpasti melalui kajian sosiometri –
mengesan pola interkasi dan persahabatan di dalam bilik darjah.
• Antara soalan sosiometri untuk mengesan pola interaksi/kumpulan di
dalam bilik darjah
• -Siapakah kawan baik anda di dalam kelas ini
• -Jawapan murid dirahsiakan
• Dalam Dinamika Kump ada ciri atau tingkahlaku individu yang kerap
ditiru oleh individu lain. Mempunyai pengaruh yang kuat terhadap
ahli kumpulan
•p
DINAMIKA BILIK DARJAH - DINAMIKA KUMPULAN

• Dinamika Kumpulan – Mempunyai ciri-ciri, sifat tertentu yang diikuti


oleh setiap ahli kumpulan.
• Penyesuaian akan timbul sekiranya ciri-ciri atau tingkahlaku yang
melambangkan kumpulan tersebut di ikuti dan dipatuhi oleh ahli.
• Ahli yg mematuhi ciri-ciri ini akan diterima sebagai ahli kumpulan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBENTUK DINAMIKA
KUMPULAN

• Jantina
• Agama/bangsa
• Status Sosio ekonomi
• Selain factor di atas ada juga Dinamika Kumpulan yang dibentuk
berasaskan pencapaian akademik, gaya pembelajaran atau personaliti
(introvert, ekstrovert)
Peranan Guru dalam Dinamika Kumpulan

• Mengenalpasti bentuk dinamika kumpulan di dalam bilik darjah


• Memberi tumpuan kepada kumpulan murid yang disingkir atau tidak
disukai
• Kuasa penularan boleh digunakan oleh guru untuk menjadi model
kepada tingkahlaku yang diingini
• Membantu Dinamika Kumpulan membentuk ciri-ciri yang boleh
diterima dan membawa kebaikan kepada ahli
• Bertindak sebagai ketua kumpulan Dinamika Kumpulan bilik
darjahnya.
Cara meningkatkan dinamika bilik darjah

• Pnp berorientasikanmurid
• Kepelbagaian kaedah dan teknik.... Menggalak berfikir, seronok dan
mencabar minda.
• Pembelajaran koperatif, kolaboratif, berasaskan aktiviti
• Bahan bantu belajar yang mendorong murid membuat eksplorasi
maklumat mengikut kadar kendiri.
• Buku tambahan utk pengayaan, ICT meningkatkan motivasi tinggi
• Tingkatkan budaya berpengetahuan dan berkemahiran
•p
Cara meningkatkan dinamika bilik darjah

• Adil dan saksama tanpa memencilkan murid lambat (slow learner),


pemalu, pilih kasih, kepemimpinan demokratik - Libatkan semua
murid
• Peranan fasilitator mendorong membimbing murid bermasalah
pembelajaran, malu, masalah kesihatan, berkeperluan khas
Halangan dan Gangguan Komunikasi dan Interaksi
Berkesan di dalam Bilik Darjah
• Suasana kelas yang bising. Kebisingan di dalam bilik darjah adalah faktor
utama mengurangkan keberkesanan proses komunikasi seperti bercakap
dengan kuat dan menjerit-jerit.
• Guru yang kurang berpengalaman. Guru yang kurang berpengalaman
mungkin akan dipandang rendah oleh murid-muridnya. Malah murid-murid
tidak berkeyakinan dengan kebolehan guru apatah lagi jika guru itu
mengajar menggunakan kaedah yang lama dan sama sepanjang
pengajarannya.
• Kepimpinan guru yang autokratik. Guru yang bersifat autokratik
menentukan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid hanya
mengikut arahan dan tidak diberi peluang menyuarakan pendapat dan tidak
digalakkan bercakap atau berbincang sesama sendiri.
Halangan dan Gangguan Komunikasi dan Interaksi
Berkesan di dalam Bilik Darjah (Sbgn..)
• Bilangan murid yang terlalu ramai.Bilangan murid yang terlalu ramai
akan menyebabkan kelas menjadi sempit dan tidak selesa. Murid-
murid sukar bergerak untuk melakukan aktiviti pembelajaran.
• Banyak aktiviti sukar dilaksanakan dan hubungan yang mesra juga
sukar diwujudkan kerana kelas yang tidak kondusif
JELASKAN KONSEP KOMUNIKASI YANG TELAH
ANDA PELAJARI. BINCANGKAN KEPENTINGAN
KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN GURU DENGAN MERUJUK MODEL-
MODEL KOMUNIKASI YANG SESUAI BAGI
MEMASTIKAN ANDA MEMAHAMI PENGGUNAAN
MODEL TERSEBUT.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENDENGAR

Anda mungkin juga menyukai