Anda di halaman 1dari 51

PN SALMAH BT OTHMAN

MASTER OF SCIENCE KAUNSELING


AMBILAN FEB 2008 ‘UUM
1.0. PSIKOLOGI SOSIAL:
Pengenalan

 Satu bidang psikologi yang mengkaji apa yang manusia


fikirkan dan perasaan manusia mengenai dunia sosial
mereka.

 Ia termasuk juga bagaimana manusia berinteraksi dan


mempengaruhi antara satu sama lain.
1.1. SIKAP

 Sikap adalah kesukaan dan kebencian, iaitu


penilaian terhadap, dan reaksi ke atas,
sesuatu objek, manusia, situasi atau aspek
lain, termasuk idea abstrak dan polisi sosial.

 Meliputi tiga (3) bahagian :-

 Kognitif
 Afektif
 Psikomotor (Prilaku)
Satu kajian tentang sikap negatif
terhadap sesuatu kumpulan

 Ahli psikologi mendapati ketiga-tiga


komponen tersebut memainkan
peranan dalam membentuk sikap
manusia, seperti :-

 Stereotaip negatif
 Prejudis
 Diskriminasi
(a) Stereotaip negatif
 Kepercayaan dan persepsi negatif
mengenai sesuatu kumpulan –
Komponen kognitif.
(b)prejudis
 Perasaan negatif terhadap kumpulan
tersebut – Komponen Afektif.
(c) diskriminasi
 Tindakan negatif ke atas ahli-ahli
kumpulan tersebut – Komponen
tingkah laku.
1.2. TEORI KONSISTENSI
KOGNITIF

 Teori Konsistensi Kognitif menyatakan bahawa


manusia sedaya upayanya cuba mencapai
keselarasan, atau ketekalan, dari segi
kepercayaan, sikap dan tingkah laku.
1.3. FUNGSI SIKAP

(a) Fungsi Instrumental

(b) Fungsi Knowledge

(c) Fungsi Value-Expressive

(d) Fungsi Ego-Defensive

(e) Fungsi Social Adjustment


(a) Fungsi Instrumental

 Ia menyatakan bahawa manusia


mempunyai sikap yang inginkan
ganjaran, ataupun faedah, dan
mengelak dari dendaan.
(b) Fungsi Knowledge (Ilmu
Pengetahuan)

 Ia membantu manusia untuk


memahami dunia sekitarnya.

 Manusia cuba menguruskan pelbagai


maklumat yang diterima untuk proses
“asimilasi” ke dalam kehidupan
mereka setiap hari.

 Supaya manusia boleh memproses


dan menyusun maklumat dengan
cekap.
(c) Fungsi Value-Expressive

 Sikap yang mengekspresikan nilai


manusia, atau menggambarkan
konsep kendiri manusia.

 Contohnya, seorang individu mungkin


mempunyai sikap positif terhadap
individu lesbian kerana berpegang
kepada nilai hak asasi, toleransi dan
kebebasan individu.
(d) Fungsi Ego-Defensive

 Sikap yang menyelamatkan manusia


daripada perasaan kerisauan yang
melampau (anxiety), atau daripada
sebarang gangguan ke atas
penghargaan-kendiri manusia.
(e) Fungsi Social Adjustment
(Penyesuaian Sosial)

 Membantu individu agar dapat merasa


bahawa mereka adalah sebahagian daripada
komuniti sosial.

 Misalnya, terlibat dalam organisasi


kemasyarakatan.

 Sikap hanya berfungsi sebagai “agen


penyesuaian sosial” dan kemungkinan ia
akan berubah sekiranya berlaku perubahan
dalam norma sosial.
1.4. SIKAP DAN TINGKAH LAKU

 Sikap yang kuat dan konsisten


 Sikap berkait rapat dengan tingkah laku
 Sikap berdasarkan kepada pengalaman
langsung
 Kesedaran
(a) Sikap Yang Kuat Dan Konsisten

 Sikap yang kuat dan konsisten boleh


memberi jangkaan mengenai sesuatu
tingkah laku berbanding dengan sikap
yang lemah ataupun yang tidak pasti.

 Apabila komponen kognitif dan afektif


tidak konsisten, ia akan menyukarkan
jangkaan dilakukan ke atas tingkah
laku yang akan diambil oleh individu
tersebut.
(b) Sikap Berkait Rapat Dengan
Tingkah Laku

 Sikap yang spesifik terhadap sesuatu


perkara akan memberikan jangkaan yang
lebih tepat daripada sikap yang umum.

 Sebagai contoh, sikap yang benci terhadap


perang nuklear dan penggunaan senjata
nuklear akan mmemberi jangkaan ke atas
tingkah laku aktivis, seperti menulis artikel
dalam akhbar, melibatkan diri dalam
demonstrasi, dan seumpamanya.
(c) Sikap Berdasarkan Kepada
Pengalaman Langsung

 Sikap berdasarkan kepada


pengalaman yang pernah dilalui akan
memberi jangkaan yang lebih tepat ke
atas tingkah laku individu berbanding
dengan sikap yang dibina
berdasarkan krpada pembacaan,
ataupun pengalaman orang lain.
(d) Kesedaran

 Individu yang sedar, ataupun prihatin,


akan sikapnya sendiri akan
mempunyai tingkah laku yang selari,
atau konsisten, dengan sikap
tersebut.
2.0. PENGARUH SOSIAL

1. Pujukan
2. Tarikan Fizikal
3. Jarak (Proximity)
4. Kebiasaan
5. Persamaan
2.1. PUJUKAN
 Pujukan merupakan pengaruh sosial yang
bertujuan untuk merubah tingkah laku,
ataupun sikap, orang lain.
 Empat (4) faktor penting yang boleh
mempengaruhi pujukan ialah :-
 Sumber
 Maklumat
 Laluan
 Penonton
2.2. TARIKAN FIZIKAL

 Dapatan daripada satu kajian, yang


dibuat ke atas pelajar-pelajar yang
dipasangkan lelaki dan perempuan di
dalam satu majlis universiti, telah
menunjukkan bahawa ‘tarikan fizikal’
memainkan peranan utama dalam
menentukan sama ada individu
tertentu disukai oleh pasangannya
ataupun tidak.
2.3. JARAK (PROXIMITY)

 Jarak (Proximity) memainkan peranan


dalam hubungan individu.

 Kajian menunjukkan bahawa jarak


tempat tinggal memainkan peranan
dalam menentukan sama ada dua
individu akan berkawan ataupun
bagaimana.
2.4. KEBIASAAN

 Kebiasaan terhadap sesuatu perkara


juga akan meningkatkan rasa suka.

 Contohnya, seekor tikus yang


didedahkan secara berulang kali
dengan muzik Mozart akan menyukai
muzik tersebut akhirnya.
2.5. PERSAMAAN

 Persamaan di antara individu juga


akan menimbulkan sikap suka.

 Pasangan yang mempunyai


persamaan, biasanya, akan tinggal
dan hidup bersama.
3.0. TINGKAH LAKU SOSIAL
POSITIF
DAN NEGATIF

1. Perubahan sikap secara paksa


(Brainwashing)
2. Konsep utama “brainwashing”

(a) Unfreezing
(b) Perubahan
(c) Freezing
3.1. PERUBAHAN SIKAP SECARA
PAKSA (BRAINWASHING)

 Ia dilakukan ke atas orang yang


berada di bawah genggaman, atau
tahanan.

 Seseorang yang menggunakan teknik


ini mempunyai kuasa mutlak ke atas
persekitarannya, dan secara
psikologinya memanipulasikan orang
lain.
TIGA (3) TEKNIK YANG DIGUNAKAN

 Mengikut James McConnell, tiga (3)


teknik tersebut yang digunakan dalam
“brainwashing” ialah :-
(i) Teknik Pertama

Orang yang menjadi sasaran akan


diasingkan daripada orang lain yang
memberi sokongan ke atas tingkah
lakunya yang asal.
(ii) Teknik Kedua

Sasaran tersebut dijadikan agar dia


akan bergantung penuh (fully
dependant) ke atas ketuanya dalam
memenuhi keperluan hidup.
(iii) Teknik Ketiga

Ketua, atau agen, yang melakukan


“brainwashing” berada di dalam posisi
di mana beliau boleh memberikan
ganjaran untuk sebarang perubahan
tingkah laku, ataupun sikap, sasaran.
3.2. KONSEP UTAMA “BRAINWASHING”

 “Brainwashing”, biasanya, bermula


dengan menjadikan sasaran lemah
dan rasa rendah diri.

 Terdapat tiga (3) konsep utama, iaitu


:-

 Unfreezing
 Perubahan
 Freezing
(a) Unfreezing

 Ia adalah merupakan proses


‘menghilangkan’ ataupun
‘membuang’ nilai dan kepercayaan
lama sasaran melalui deraan secara :-

 Fizikal
 Psikologikal
(b) Perubahan

 Apabila keletihan serta mengalami


tekanan dan ketakutan, ia akan
menyebabkan sasaran tadi mencapai
satu tahap di mana mereka tidak lagi
mampu berpegang kepada nilai dan
kepercayaan lama.

 Ini akan membawa kepada perubahan


sikap dan tingkah laku sasaran tadi.
(c) Freezing

 Ia merupakan proses memberi


ganjaran untuk menguatkan, atau
meneguhkan, lagi sikap baru sasaran.
4.0. PREJUDIS

 Sikap ‘prejudis’ meliputi perasaan buruk


sangka, takut dan benci.

 Ahli psikologi menyatakan bahawa prejudis


merupakan satu format menyalahkan
individu atau kumpulan lain kerana tindakan
orang lain, atau keadaan, yang berlaku
bukan disebabkan oleh mereka.

 Personaliti ‘Autoritarian’ amat cenderung


untuk bersikap prejudis.
JENIS-JENIS PREJUDIS

1. Racism
2. Sexism
3. Ageism
4. Heterosexism
5. Ethnocentrism
6. Stereotaip Sosial
4.1. RACISM

 Prejudis terhadap bangsa yang


terdapat di dalam sesebuah institusi
secara langsung, ataupun tidak
langsung, dan disokong pula oleh
struktur kuasa sosial yang
memerintah ( misalnya di dalam
kerajaan, sekolah, dan sebagainya ).
4.2. SEXISM

 Prejudis ke atas ahli-ahli kumpulan


berdasarkan kepada jantina, ataupun
gender.
4.3. AGEISM

 Diskriminasi ke atas umur.

 Prejudis berdasarkan kepada faktor


umur.
4.4. HETEROSEXISM

 Kepercayaan bahawa heteroseksualiti


adalah lebih baik, atau natural,
berbanding dengan homoseksualiti.
4.5. ETHNOCENTRISM

 Meletakkan kumpulan, ataupun


bangsa, sendiri di tengah.

 Ia bermaksud menolak semua


kumpulan identiti lain kecuali identiti
sendiri.
4.6. STEREOTAIP SOSIAL

 Imej, atau pandangan, yang


memperlekehkan, ataupun
mengambil ringan, ciri-ciri individu
yang tergolong di dalam sesuatu
perkumpulan sosial.

 Contohnya, orang selalu menganggap


bahawa orang berkulit putih sebagai
bijak, atau cantik.
5.0. TINGKAH LAKU PROSOSIAL

1. Peristiwa Kitty Genovesse

(a) Senario “Bystander Apathy”

2. Model Latane’ dan Darcy

(a) Menunjukkan langkah yang diambil


oleh individu sebelum membuat
sesuatu komitmen untuk
membantu.
5.1. BYSTANDER APATHY:
(Peristiwa Kitty Genovese)

 Penduduk sebuah pangsapuri di Queens,


New York, hanya menyaksi dan mendengar
jeritan Kitty yang dibunuh di luar bangunan
mereka.

 Tidak seorang pun individu, yang telah


menyaksi dan mendengar Kitty menjerit
meminta tolong, mengambil inisiatif untuk
memanggil polis sehinggalah serangan ke
atas Kitty itu selesai yang mengakibatkan
Kitty mati dibunuh..
5.2. MODEL LATANE’ AND DARCY

 Model ini menunjukkan langkah-


langkah yang akan diambil oleh
seseorang individu itu sebelum dia
membuat sesuatu komitmen, ataupun
pengakuan, untuk memberi sesuatu
bantuan kepada pihak tertentu yang
meminta bantuan daripadanya.
Tidak Tidak
Perasan Membantu

Peristiwa
Berlaku

Bukan Tiada
Kecemasan Bantuan

Perasan Bukan Tiada


Tanggungjawab Bantuan
Kecemasan
Akan Beri
Tanggungjawab
Bantuan
6.0. TINGKAH LAKU LANGSANG

1. Tingkah laku fizikal dan psikologikal


yang bertujuan untuk menyakiti
seseorang, ataupun untuk
memusnahkan harta benda.

2. Ia didefinisikan sebagai keinginan


untuk menyakiti, atau mencederakan,
seseorang, ataupun bertindak ganas
terhadap seseorang.
6.1. DUA JENIS TINGKAH LAKU
LANGSANG :-

(a) Ancaman (Threat)

(b) Instrumental
(a) ANCAMAN (THREAT)

 Ia berlaku apabila seseorang itu


marah.

 Matlamatnya ialah untuk menyakiti


sasarannya (iaitu individu yang
dimarahinya).
(b) INSTRUMENTAL

 Ia dilakukan untuk mencapai sesuatu


matlamat, atau cita-cita.

 Contohnya, pencuri mungkin menikam


mangsa kerana ingin merampas sesuatu
yang dimiliki mangsa.

 Tindakan pencuri tadi bukan disebabkan dia


marah terhadap mangsa, tetapi tingkah laku
tersebut adalah bertujuan untuk mencapai
cita-citanya, iaitu memiliki barang
kepunyaan si mangsa.
HIPOTESIS FRUSTRATION - AGGRESSION

1. Frustration, atau geram, atau


dihadang daripada mencapai matlamat
merupakan punca tingkah laku langsang.

2. Kehadiran perasaan marah juga


merupakan penyebab, atau pencetus,
kepada timbulnya tingkah laku
langsang.
Kalau ada pohon yang rendang
Dapat kita berteduh nanti,
Kalau ada umur yang panjang,
Dapat kita berjumpa lagi.

Pabila belajar selalu terlelap


Untuk berjaya tabahkan hati,
Jika ada salah dan silap,
Harap dapatlah maafi….