Anda di halaman 1dari 20

9.

1 Aktiviti Matahari Yang Memberi Kesan


Kepada Bumi
Matahari
o Bebola gas yang membara
o Hampir keseluruhannya terdiri daripada gas hidrogen dan gas helium

ZON PEROLAKAN

KROMOSFERA ZON RADIASI


Atmosfera
KORONA
Matahari TERAS
FOTOSFERA

Struktur Matahari
Granul

Angin
Suria Tompok
Matahari

Fenomena
Yang
Berlaku Di
Lentingan Semarak
Permukaan
Jisim Suria
Matahari
Korona (prominen)

Nyalaan Kitaran
Suria Suria
Granul, Tompok Matahari Dan Kitaran Suria

Granul

Fotosfera dalam atmosfera Matahari yang kelihatan berbutir.


Bahagian atas zon perolakan bagi plasma yang sangat paans dengan suhu setinggi
5 800 0C.
Diameter purata lebih kurang 1 000 kilometer.

Tompok Matahari

Kawasan gelap kelihatan pada permukaan Matahari kerana suhunya lebih rendah
daripada kawasan sekitarnya
Merupakan lokasi letusan yang amat besar di fotosfera.
fenomena ini mungkin berlarutan lebih daripada seminggu.
Fenomena tompok Matahari selalunya wujud secara berpasangan atau
berkumpulan.

Kitaran Suria

Aktiviti tompok Matahari kelihatan wujud dan lenyap mengikut pusingan 11 tahun.
Semarak Suria (Prominen)

Berbentuk gelungan yang sangat besar atau lajur melengkung terdiri


daripada gas menyala di sebelah atas tompok Matahari.
Mencapai ketinggian beratus-ratus ribu kilometer dan mungkin kekal
selama beberapa hari atau beberapa bulan.
Semarak suria yang sangat kuat boleh melemparkan jasad dari
Mathari ke angkasa lepas pada kelajuan antara 600 km s-1 sehingga
melebihi 1 000 km s-1 .
Nyalaan Suria

 Berbentuk lajur yang terdiri daripada gas bercas yang banyak


meletus daripada Matahari .
 Kerap berlaku berdekatan dengan tompok matahari.
 Nyalaan suria ialah letusan gas yang kuat dan hebat.
 Nyalaan suria mencapai tahap kecerahan maksimum nya dalam masa
beberapa saat atau beberapa minit dan malap selepas beberapa minit
atau beberapa jam.
 Menyemburkan zarah gas yang bercas keluar pada kelajuan tinngi pada
angkasa lepas.
 Cahaya daripada nyalaan suria yang berkelajuan cahaya mengambil
masa lapan minit untuk sampai ke Bumi.
 Zarah gas yang bercas pula mengambil masa berpuluh-puluh minit.
 Zarah gas yang bercas sering bertindak balas dengan atom dan
molekul dalam atmosfera Bumi lalu menghasilkan peragaan cahaya yang
mempesonakan di langit (aurora) yang secara uniknya hanya berlaku
di ruang udara sekitar kutub bumi.
Lentingan Jisim Korona

 Letusan zarah gas yang bermagnet.


 Berbentuk awan besar dan terdiri daripada plasma yang meletus daripada
Matahari .
 Kerap berlaku bersama dengan nyalaan suria yang besar dan kuat.
 Menyemburkan zarah yang bermagnet keluar pada kelajuan tinggi ke angkasa
lepas dan kelihatan sebagai sebuah awan yang mengembang.
 Zarah bermagnet mengambil masa tiga hari untuk sampai ke Bumi.
 Bertindak balas dengan atom dan molekul dalam atmosfera Bumi lalu
menghasilkan aurora.
Angin Suria

Bumi
Angin Suria

o Zarah dalam plasma seperti elektron, proton dan zarah alfa yang meletus dari Matahari yang
bergerak bersama-sama dengan kelajuan yang tinggi.
o Membawa medan magnet antara planet (interplanetary magnetic field) bersama-sama
dengannya.
o Kelajuannya adalah supersonik dengan nilai antara 250 km s-1 hingga 750 km s-1.
o Kelajuan, suhu dan ketumpatan angin suria berubah-ubah dalam perlintasan gerakannya.
Magnetosfera Bumi Dan Kepentingannya

Medan magnet Bumi Magnetosfera Bumi

Definisi Magnetosfera Bumi Pembentukan Magnetosfera Bumi

Suatu ruang dalam angkasa lepas Terbentuk daripada interaksi antara


yang meliputi Bumi di mana medan medan magnet yang dibawa oleh angin
magnet dalam magnetosfera Bumi suria dengan medan magnet Bumi.
ialah gabungan antara medan oleh sebab bilangan dan tenaga dalam
magnet Bumi (sebagai medan zarah yang dibawa oleh angin suria
magnet utama) dengan medan berubah-ubah, bentuk magnetosfera
magnet dalam ruang di angkasa turut berubah-ubah.
lepas.
Kepentingan Magnetosfera Bumi

Untuk melindungi Bumi daripada kesan buruk yang diseabkan oleh zarah yang
berbahaya daripada Matahari atau jasad lain dalam Alam Semesta.
Berfungsi sebagai sekatan biologi yang melindungi hidupan di Bumi daripada kesan
buruk yang disebabkan oleh angin suria.
Menghalang zarah bercas seperti elektron, proton dan zarah alfa dalam angin suria
untuk sampai ke Bumi.Bilangan zarah bercas ini yang berlebihan dalam atmosfera
Bumi akan mengganggu telekomunikasi, sistem navigasi dan talian kuasa elektrik.
Mengurangkan tekanan yang dikenakan oleh fenomena angin suria terhadap
atmosfera Bumi.
9.2 Cuaca Angkasa
Cuaca Angkasa Lepas Dan Kesannya Terhadap Bumi

Definisi cuaca Angkasa Lepas:


• Fenomena yang berlaku di permukaan Matahari seperti nyalaan
suria, semarak suria (prominen), tompok Matahari dan
lentingan jisim korona.
• Fenomena yang berlaku di angkasa lepas seperti angin suria,
ribut pancaran suria dan ribut geomagnet.

Interpretasi Data Cuaca Angkasa Lepas

Data cuaca angkasa lepas digunakan atau dianalisis:

•Untuk meramal bila berlakunya lentingan jisim korona di


Matahari.
•Untuk menentukan sebab berlakunya nyalaan suria dan
lentingan jisim korona di permukaan Matahari.
10.1 Perkembangan Dalam Astronomi
Sejarah Model Sistem Suria

Ptolemy Copernicus Kepler


990-168 selepas Masihi (1473-1543) (1571-1630)

o Ahli astronomi,
o Ahli astronomi, o Ahli astronomi, matematik dan
astrologi dan matematik, ekonomi astrologi Jerman.
geografi Yunani. dan doktor Poland. o Mengubah suai model
o Membina model o Membina model heliosentrik dengan
geosentrik dengan heliosentrik dengan Matahari pada titik
Bumi pada pusat dan Matahari pada pusat fokus sepunya pada
orbit yang membulat. dan orbit yang orbit elips planet
membulat. mengikut Hukum
Kepler.
Model Model ModeL Heliosentrik
Heliosentrik yang dikemaskinikan
Geosentrik dengan Hukum Kepler

o ‘Geo’ bermaksud o ‘Helio’ bermaksud


Bumi. Matahari.
o ‘Sentrik’ bermaksud o‘Sentrik’ bermaksud
berpusat.
berpusat.
o Bumi berada pada
pusat Sistem Suria. oMatahari berada pada
o Bumi berkeadaan pusat Sistem Suria.
pegun dan semua oBumi berputar pada
objek seperti paksinya dan beredar
Matahari dan planet mengelilingi Matahari
yang lain mengorbit
mengelilingi Bumi dalam orbit yang
dalam orbit yang membulat
membulat.
10.2 Perkembangan Dan Teknologi Dalam Penerokaan
Angkasa Lepas

ABAD KE-11: China 1609: Teleskop pertama


mencipta serbuk digunakan dalam bidang
letupan dan
menggunakan astronomi oleh Galileo
roket primitif Galilei
dalam
pertempuran
1957: Satelit pertama-
USSR Sputnik
1969: Manusia
pertama 1961: Manusia
menjejakkan pertama di orbit
kaki di Bulan -Yuri Gagarin,
-Neil dalam USSR Vostok
Amstrong,US 1
Apollo 11

1973: 1981-
Penerbangan Penerbangan
pertama ke pertama kapal
MusytarY angkasa
-US Pioneer 10 ulang-alik
US-Columbia
1990- US
melancarkan
1988:
Teleskop Angkasa
Penerbanagan
Lepas Hubble dari
pertama ke
kapal angkasa
Neptun-US
ulang-alik
Voyager 2
Discovery

2000: 1996- Satelit


Mikrosatelit Malaysia MEASAT
Malaysia yang 1 dan 2
pertama, dilancarkan.
TiungSAT-1
dilancarkan

2002: Agensi 2011: Stesen Angkasa


Angkasa Negara Antarabangsa (ISS)
(ANGKASA) telah siap dibina
ditubuhkan dengan lengkap
Aplikasi Teknologi Dalam Penerokaan Angkasa
Lepas Dan Kepentingannya

TELESKOP ANGKASA LEPAS

Sekstan astronomi Teleskop Galileo


digunakan untuk menjadi alat
mengukur altitud astronomi yang
bintang paling banyak
digunakan

Teleskop angkasa
Hubble diletakkan
dalam ruang orbit 500
km dari permukaan Bumi

Teleskop angkasa Selain teleskop


Spitzer mengesan daripada jenis optik,
aktiviti dalam teleskop radio juga
angkasa lepas yang digunakan untuk
sangat jauh. mengesan gelombang
radio dari angkasa
lepas.
ROKET

 Roket digunakan secara meluas dalam penerokaan


angkasa lepas.
 Apabila bahan api di dalam roket terbakar, gas
yang panas dibebaskan pada kelajuan yang tinggi
melalui bawah roket tersebut.
 Pembebasan gas ini menghasilkan daya yang menolak
roket ke atas.
SATELIT

Satelit pertama,
Sputnik 1 dihantar
ke angkasa lepas
pada tahun 1957.

KUAR ANGKASA

Kuar angkasa atau prob


angkasa ialah kapal angkasa
yang mengumpulkan maklumat dan
menghantarnya kembali ke Bumi.
Tidak mengorbit mengelilingi
Bumi seperti satelit tetapi
bergerak jauh di dalam dan di
luar Sistem Suria.
Membawa kamera dan peralatan
penderiaan jauh serta pemancar
dan penerima radio untuk tujuan
berkomunikasi dengan ahli sains
di Bumi
PENDERIAAN JAUH (REMOTE SENSING)

 Kaedah mengumpul dan merekodkan maklumat dari jarak jauh.


 TiungSAT-1 menerima atau mengesan cahaya nampak, sinar ultraungu dan
sinar inframerah yang dihasilkan oleh objek di permukaan atau di bawah
permukaan Bumi.
 Data yang dikumpul dihantar ke dua buah stesen penerima data di Stesen
Planetarium Negara, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan dan Stesen Misi
Kawalan (MCGS), Bangi, Selangor.
 Teknologi penderiaan jauh digunakan dalam pelbagai bidang dalam
kehidupan seharian seperti:
o PERTANIAN – Untuk mengesan kawasan pembangunan pertanian yang
bersesuaian.
o GEOLOGI – Untuk mengesan lokasi seperti sumber mineral, susutan jisim
dan susutan darat.
o PENGURUSAN BENCANA – Untuk mengenal pasti pencemaran dan pembakaran
hutan.
o PERTAHANAN – Untuk mengesan pencerobohan kapal, pesawat udara dan
kenderaan musuh.

Anda mungkin juga menyukai