Anda di halaman 1dari 18

KESUKARELAWANAN, KERJA SOSIAL,

KERJA KOMUNITI DAN KERJA


KEMANUSIAAN
PENGENALAN
• Kesukarelawanan berkaitan dengan kerja sukarela
(volunteer work) atau khidmat sukarela(volunteer
service)
• Kerja sukarela ialah kegiatan yang dilakukan
dengan rela hati, ikhlas, tanpa paksaan daripada
mana-mana pihak, tanpa mengharapkan ganjaran
atau balasan material, dan dapat memberi
manfaat kepada golongan/ kumpulan sasar
(Azizan, 2009)
• Mempunyai kaitan dengan kerja sosial, kerja
komuniti dan kerja kemanusiaan
• Sukarelawan perlu memahami pendekatan dan
cara kerja dalam profesion kerja sosial
KERJA SOSIAL
• Pendekatan mengatasi masalah sosial
• berasal dari negara-negara industri barat
pada akhir abad ke sembilan belas
• Kerja sosial ialah satu pendekatan formal
yang berasaskan kepada kepercayaan
bahawa masalah sosial paling baik
diselesaikan melalui intervensi kakitangan
profesional yang mempunyai latihan,
pengetahuan dan kemahiran yang
bersesuaian
Samb..
• Kerja sosial adalah seni dan sains dalam
membantu manusia
• Kerja sosial merupakan kerja praktikal dalam
melindungi manusia dan mengubah
kehidupannya.
• Kerja sosial memberi tumpuan terhadap aspek
perubahan sosial pada diri individu, kumpulan
dan komuniti.
• Oleh itu pekerja sosial memerlukan pengetahuan,
pemahaman, imiginasi, kreativiti tentang sesuatu
isu yang berlaku.
Samb..
• Secara umumnya kerja sosial adalah berfungsi untuk
membantu individu/manusia untuk membantu diri
mereka sendiri agar mampu untuk:
a. Meningkatkan kefahaman ttg diri sendiri dan situasi
b. Membuat keputusan sendiri
c. Mendapat kepastian terhadap keputusan yang dibuat
d. Mendapat sokongan terhadap keputusan yang dibuat
e. Mengubah situasi
f. Mengubahsuai situasi yang tidak mampu diubah
g. Menyenaraikan pilihan dan membuat pilihan yang
terbaik
h. Meluahkan perasaan
Pengertian Kerja Sosial
• Definisi kerja sosial yang diguna pakai oleh
International Federation of Social Workers (IFSW) dan
International Association of Schools of Social Work
(IASSW) (Montreal, Canada, Julai 2000) adalah:

“The social work profession promotes social change, problem


solving in human relationships and the empowerment and
liberation of people to enhance well-being. Utilising
theories of human behaviour and social systems, social
work intervenes at the points where people interact with
their environments. Principles of human rights and social
justice are fundamental to social work.”
Samb..
• Mengikut Morales dan Sheafor (1998) NASW
akhirnya telah menbentuk satu definisi yang
diterima dengan meluasnya sehingga sekarang,
iaitu;
• “Kerja sosial adalah satu aktiviti profesional yang
membantu individu, kelompok dan masyarakat
untuk meningkat atau membaiki kapasiti mereka
bagi memenuhi keperluan sosial dan mewujudkan
satu keadaan yang kondusif bagi mencapai
tujuan tersebut”.
Samb..
• Secara keseluruhannya pengertian-pengertian kerja sosial
yang diberikan mempunyai idea yang hampir sama, iaitu:
• Tumpuan kerja sosial lebih kepada cara di mana individu
cuba memenuhi keperluan dalam persekitarannya dan
bagaimana persekitaran memberikan tindak balas kepada
individu tersebut.
• Peranan pekerja sosial terhadap hubungan antara individu
dan persekitarannya dapat dipenuhi dengan pelbagai cara
seperti:
– mengurang atau menyelesaikan masalah yang lahir dari
kepincangan hubungan individu dan persekitarannya.
– mencegah dari wujudnya kepincangan dalam hubungan individu
dan persekitarannya.
– memperkukuhkan potensi yang dimiliki oleh individu bagi
mencapai kreativiti dan kepuasan hidup dalam persekitarannya.
KAEDAH KERJA SOSIAL
• Secara umumnya terdapat 3 kaedah/ praktis
utama dalam kerja sosial:
i. Kerja kes sosial/ kerja sosial dengan individu
dan keluarga
ii. Kerja sosial kelompok/ kerja sosial kumpulan
iii. Kerja sosial komuniti/ pembangunan
komuniti
KERJA KES SOSIAL/ KERJA SOSIAL
DENGAN INDIVIDU DAN KLEUARGA
• Skidmore mendefinisikan kerja kes sosial
sebagai satu kaedah menolong manusia
berdasarkan pengetahuan, pemahaman dan
aplikasi penggunaan teknik kemahiran untuk
membantu manusia menyelesaikan masalah
sama ada masalah psikososial, sosioekonomi
atau masalah persekitaraan melalui hubungan
bersemuka
Samb….
• Satu seni di mana ilmu pengetahuan
hubungan manusia dan kemahiran
perhubungan digunakan untuk
memobilisasikan keupayaan yang terdapat
pada individu dan sumber-sumber yang
terdapat dalam masyarakat demi
membolehkan individu menyesuaikan diri
dengan persekitaraanya
Samb…
• Kerja kes melibatkan proses mengembangkan
personaliti individu dengan cara mengubah
tahap kesedaran individu yg terlibat terhadap
individu lain dan persekitaran sosial mereka
• Pekerja sosial menghubungkan individu
dengan sumber-sumber yg ada
dipersekitaraan mereka untuk membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi
Samb..
• Praktis kerja kes sosial diperlukan dalam
masyarakat hari ini kerana kesibukan
masyarakat mengejar kehidupan memberi
kesan kepada persekitaran sosial mereka
• Keluarga merupakan persekitaraan terdekat
dengan individu
• Persekitaran keluarga menerima kesan yang
ketara
Samb..
• Antara kesan yang dialami oleh individu dan
keluarga ialah:
i. Tekanan ditempat kerja
ii. Masa interaksi yang terhad dlm keluarga
iii. Anak yg kurang kasih sayang
iv. Krisis peranan ibu bekerja
• Masalah yang dialami memerlukan
penyelesaian bagi mengelak kegagalan
institusi keluarga
Samb..
• Apabila individu dlm keluarga tidak mampu
menyelesaikan masalah yang berlaku maka
bantuan profesional diperlukan utk
membantu spt pekerja sosial
• Praktis kerja sosial dengan individu dan
keluarga merupakan kaedah kerja sosial tertua
yang lebih dikenali sebagai kerja kes sosial
Samb..
• Akibat tekanan dan persekitaraan hidup keluarga
yang berubah maka wujud pelbagai bentuk
struktur keluarga sekarang ini
• Pembentukan bentuk keluarga baru ini berlaku
dalam era perindustrian dengan taraf pendidikan
wanita yang tinggi telah mengubah senario
keluarga tradisional kepada beberapa bentuk
keluarga baru.
• Setiap bentuk keluarga yg wujud adalah unik dan
tersendiri
Samb…
• Kini terdapat pelbagai bentuk keluarga baru:
i. Keluarga induk tunggal
ii. Keluarga dengan ibu berkerjaya
iii. Keluarga dengan ibu tanpa anak
iv. Keluarga tidak berkahwin
v. Keluarga komuter
vi. Keluarga adik beradik
vii. Keluarga sandwich
viii. Keluarga berlainan bangsa
Bentuk Krisis Dalam Keluarga
• Umumnya terdapat 4 bentuk krisis dalam
keluarga:
i. The bolt from the blue
ii. Development crisis
iii. Strictural crisis
iv. Caretaker crisis