Anda di halaman 1dari 16

ASAS KEPEMIMPINAN DAN

PEMBANGUNAN
PROFESIONALISME GURU
(EDUP3083)
Konsep Mengajar Sebagai Satu Profesion

 Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang


melaksanakan fungsi sosial yang penting. Untuk mencapai
fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu
pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori
yang dipegang oleh seseorang individu diperlukan.

• Profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri


seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas
yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh
masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan,
mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai
tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai
organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang
berkaitan dengan pendidikan (Lieberman,1956).
 Rumusannya - Profesion ialah suatu bidang pekerjaan
khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan
serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.
(Contohnya: perundangan, perubatan, perguruan dan
lain-lain.)

 Konsep profesionalisme pula merujuk kepada ciri-ciri


yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu
profesion. Mengikut Ornstein dan Levine (1993),
terdapat empat ciri dalam suatu profesionalisme, iaitu
ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang
mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang
tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah
laku ahli-ahli serta kebenaran/persetujuan diberi
kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk
beroperasi.
 Seorang profesional perlu menguasai pengetahuan
yang mendalam seperti mana guru melalui pendidikan
formal hingga ke tahap sarjanamuda, sarjana dan
doktor falsafah. Satu standard yang ditetapkan untuk
seseorang guru memperoleh latihan keguruan dalam
subjek pengkhususan sebelum diiktiraf sebagai
seorang profesional.

 Rumusannya Profesionalisme menurut Hoyle (1980)


menghuraikan profesionalisme sebagai sikap dan
tindakanyang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan
dengan pekerjaan seperti hal-haltentang syarat-syarat
kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain
yangberkaitan dengannya. Semuanya ialah hal-hal
yang selalu dihubungkaitkan denganperjuangan
kesatuan sekerja.
 PROFESION KEGURUAN merupakan profesion yang tertua di dunia
dan kini memasuki satu lagi era baharu. Peranan guru pada masa
dahulu hanya bertumpu sebagai penyampai ilmu. Berbanding
sistem pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan sebagai
pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan
peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi-situasi
pembelajaran secara cekap dan berkesan.

 Selaras dengan perubahan peranan pendidik, guru harus lebih


inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa
memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan
mereka dengan kehendak pelajar sebagai'knowledge worker' dalam
era revolusi maklumat abad ke-21. Guru dalam alaf baharu
seharusnya profesional dan profesionalismenya ialah kunci kepada
peningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001). Kualiti yang dimaksudkan
merujuk kepada kualiti proses dan yang lebih penting lagi ialah
kualiti produk (output).
 Aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila
guru memperoleh pengetahuan atau kemahiran melalui
latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang,
meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan
mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan.

 'ADAKAH GURU SEORANG PROFESIONAL‘


 Anggapan umum bahawa guru adalah profesional
termasuklah latihan perguruan telah membekalkan mereka
dengan pengetahuan yang mendalam tentang subjek,
pedagogi dan pelajar serta kedudukan mereka sebagai guru
memberikan suatu autonomi kepada mereka.

 Guru dikatakan mempunyai pengetahuan tentang :


(a) Mata pelajaran yang diajar. Sebelum seseorang menjadi
guru yang bertauliah, beliau perlu menerima
latihankeguruan dari segi pengetahuan mendalam tentang
mata pelajaran, pengetahuan kandungan pedagogi, kaedah
dan teknik penyampaian pelajaran serta mempunyaisahsiah
yang baik hasil daripada latihan untuk membolehkannya
melaksanakan pengajaran dengan berkesan. Mengikut
Shulman (1987), pengetahuan yang perlu dikuasai
termasuk:
- Pengetahuan isi kandungan mata pelajaran. Pengetahuan
mengenai pedagogi asas seperti prinsip dan strategi
pengurusan bilik darjah. Pengetahuan mengenai kurikulum,
iaitu sukatan pelajaran, buku teks,panduan pembelajaran
dan bahan pengajaran untuk mata pelajaran.
Memperoleh pengetahuan kandungan pedagogi
(pedagogical content knowledge), iaitu gabungan pengetahuan
kandungan mata pelajaran dan pengetahuan tentang pedagogi
asas pengajaran bagi satu-satu mata pelajaran.
Di samping itu juga, pengetahuan ini membolehkan guru
mengajarkan topik yang spesifik dengan tujuan menggalakkan
pemahaman konseptual pelajar. Pengetahuan ini dikatakan unik
bagi profesion keguruan dan merupakan satu
kefahaman yang profesional (Lilia & Abdullah, 1999).
Pengetahuan mengenai pentadbiran sekolah, budaya sekolah
dan cara bekerja sebagai satu pasukan dalam organisasi.
Pengetahuan mengenai tujuan, nilai, falsafah dan sejarah
pendidikan.
(b) Pengetahuan mengenai pelajar
 Pengajaran yang efektif memerlukan guru mempunyai
pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak dan remaja
dari perspektif kognitif, sosial, fizikal dan emosi. Pemahaman
tentang kepelbagaian kecerdasan pelajar, perbezaan individudari
segi kognitif, budaya dan emosi dapat membantu guru
memperkembang potensi pelajar ke peringkat optimum.

 Di samping itu juga, guru perlu mempunyai pengetahuan tentang


cara pelajar belajar dan keperluan pelajar agar guru dapat
memberikan pendekatan pengajaran dan tugasan yang sesuai
serta cara memotivasikan pelajar setelah mengenai pasti
kekuatan dan kelemahan pelajar. Dalam proses menilai pelajar,
guru harus berkebolehan menganalisis dan membuat keputusan
yang terbaik untuk pelajar. Guru perlu menilai pemahaman
pelajar, membuat refleksi amalan pengajaran serta
menambahbaik perancangan dan prosespengajaran.
(c ) Peningkatan profesionalisme guru
• Sebagai guru yang profesional, kemahiran dan pengetahuan
mengenai kaedah danteknik pengajaran perlu diperkemas dari
semasa ke semasa. Guru perlumelengkapkan diri dengan
pembaharuan dan perubahan kurikulum agar tidakketinggalan
terhadap perkembangan pesat yang berlaku dalam dunia
pendidikan.Maka profesion keguruan diharapkan dapat membuat
anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan
pemikiran (Rohani Abdul Hamid,1998). Disamping itu juga, guru
harus berupaya membuat keputusan dalam hal- hal bilikdarjah
dalam profesion keguruan.

• Profesion keguruan sememangnya bidang kerjayay ang bukan sahaja


mengajar atau mendidik anak bangsa, malah pentadbir dan guru
harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan
sesuatu tindakandan menilai semula hasil sesuatu perkara yang
dijalankan.
• Kini pentadbir bersama dengan guru telah
berupaya membuat keputusan secara kritis dan
kreatif di dalamdan di luar bilik darjah demi
meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dalam
pengurusan sekolah
Ciri-ciri Guru sebagai seorang Profesional
 Guru yang profesional perlu berilmu,
berkemahiran dan berketerampilan dalam
pengetahuan pedagogi serta pengetahuan
kandungan pedagogi dalam pengajaran &
pembelajaran. Di samping itu, guru yang
profesional perlumempunyai sahsiah yang baik
dan boleh diteladani pelajar.

 Mengikut Mohamad Sani (1998), guru yang


profesional mempunyai ciri seperti mana sebagai
guru yang berwibawa
Selaras dengan guru yang profesional, ciri-ciri guru yang
berkesan seperti mana berikut:
 Bersikap profesional.
 Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
 Kaya dengan ilmu.
 Bertindak atas landasan etika dan tatasusila kerja.
 Bermoral teguh.
 Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
 Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
 Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-
murid.
 Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan
tuntutan semasa.
 Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan
berwawasan sebagaipendidik unggul pada setiap masa.
 Memastikan situasi 'guru mengajar murid belajar' wujud di
dalam kelas.
 Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya
pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan
serba boleh.
 Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang
akademik.
 Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai
keteguhan nilai diri(bermoral, berakhlakmulia,
berketerampilan dan pandai menyesuaikan diri
dengansituasi tertentu).
 Taat dan setia terhadap perkhidmatannya serta
mempertahankan martabatprofesionnya.
 Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian
dan tidak berbelah bahagi.
Sekian Terima Kasih