Anda di halaman 1dari 15

Teori Personaliti Humanistik

(Abraham Maslow)

Disediakan oleh: Lim Jia Ying, Jessica Lee Zhuan


Mun, Vivian Low Kah Yee, Chew Yong Xiang
Maslow
 Pelopor yang mengetengahkan konsep penyempurnaan kendiri
dalam kajian psikologi.
 Penyempurnaan kendiri didefinisikan sebagai keinginan untuk menjadi
insan yang berfungsi.
 Menurut beliau, elemen sempurna kendiri bukan sekadar keupayaan
manusia, ia merupakan keperluan manusia.
 Manusia pada asasnya adalah baik serta mempunyai potensi yang
belum dioptimumkan.
 Apabila potensi seseorang mencapai kemuncaknya, kesempurnaan
kendiri berlaku.
Maslow

 Beliau turut mengaitkan perkembangan personaliti dengan


motivasi untuk memenuhi keperluan.
 Setiap manusia mempunyai keperluan yang menjadi penggerak
serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu.
 Keperluan-keperluan adalah mengikut hierarki, iaitu keperluan asas
perlu dipenuhi sebelum keperluan yang lebih tinggi dapat dicapai.
 Dalam erti kata lain, keperluan di tahap kedua tidak akan wujud
jika keperluan pada tahap pertama belum dipenuhi.
Tahap 1: Keperluan Fisiologi

Keperluan manusia yang paling asas adalah


untuk hidup. Manusia perlukan udara, air,
makanan dan tempat tinggal bagi
memenuhkan kehendak pertama dan
utama ini. Pada masa ini, keperluan lain
tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi
kehendak asas ini dipenuhi.
Tahap 2: Keperluan Keselamatan

Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan


mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja,
jagaan masyarakat, undang – undang serta
membebaskan diri daripada ancaman luaran
mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat
diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup.
Tahap 3: Keperluan Kasih Sayang dan
Kepunyaan

Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang


pula, manusia perlukan hubungan dengan insan
lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang
bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada
orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya
tidak boleh wujud bersendirian.
Tahap 4: Keperluan Penghargaan Kendiri

Tahap seterusnya adalah kehendak untuk


penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa,
sekurang – kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada
masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan,
kebolehan, kepakaran serta kebebasan.
Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi
dan kehendak status dalam hidup.
Tahap 5: Keperluan Kognitif

Keperluan untuk mengetahui, mencari dan


memiliki pengetahuan serta kefahaman
Tahap 6: Keperluan Estetik

Menghargai kecantikan diri dan juga orang


lain
Juga meliputi aspek kebaikan, kebenaran dan
keadilan
Tahap 7: Keperluan Kesempurnaan
Kendiri

Pengalaman kemuncak keinginan untuk menjadi


insan yang berfungsi dengan sepenuhnya. (tidak
dimotivasikan untuk memenuhi keperluan
penghargaan, kasih sayang atau keselamatan)
Potensi manusia mencapai kemuncak dengan
rasa kepuasan diri dan tindakan mereka adalah
untuk kebaikan sejagat.
Hierarki Keperluan Maslow

 Keperluan-keperluan dalam empat tahap pertama hierarki ini


merupakan keperluan kekurangan menghasilkan motivasi untuk
mengisi kehendak asas ini.
 Sebagai contoh, seseorang yang lapar mesti mendapatkan
makanan, seorang yang kurang kasih sayang daripada ibu akan
mendapatkannya daripada orang lain.
 Begitu juga seorang pekerja yang berasa usahanya tidak diberi
pengiktirafan akan berusaha memenuhinya dengan cara seperti
bertukar pekerjaan lain atau menyertai perhimpunan mogok kerja.
Hierarki Keperluan Maslow

Tahap kelima hingga ketujuh merupakan


keperluan perkembangan yang
menggerakkan tingkah laku menuju
perkembangan potensi dirinya yang
optimum dari segi intelek, penghayatan
keindahan, nilai afektif dan kesempurnaan
kendiri.
Ciri – Ciri Individu Yang Telah Mencapai
Kesempurnaan Kendiri

 Mengutamakan kebajikan orang lain, kurang berfokus kepada diri.


 Sedia memberi sumbangan bakat/kepakarannya untuk kebaikan
manusia sejagat, bukan untuk pengiktirafan diri.
 Komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan.
 Mempunyai prinsip hidup yang kukuh.
 Tidak rasa terancam walaupun tidak mengejar sesuatu yang
popular, fesyen semasa atau trend terkini.
 Bersikap objektif.
Sekian, Terima Kasih! 😁😁😁