Susah itu tak ada gunanya Buat apa susah, buat apa susah Susah itu tak ada gunanya
Ingat, ingat itu “ remember ”
Jangan lupa itu “ don’t forget” Saya sayang kamu “ I love you ” Hanya engkau “ only you ” JENIS-JENIS ISTIADAT DALAM PENGAKAP 1. Istiadat Laung Agung. 2. lstiadat Bendera. 3. lstiadat Pemeriksaan Pagi. 4. lstiadat Melantik Pengakap Kanak-kanak. 5. Istiadat Meningkat Naik. 6. lstiadat Menyampaikan Lencana Kemajuan/ Kepandaian (PKK) 7. lstiadat Penyampaian Manik Kayu. ISTIADAT MELANTIK PKK a. PEK berada dalam bulatan. Akela berdiri di tengah. Penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang tiang bendera. PEK berdiri dalam keadaan sedia.
b. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil
masuk ke dalam bulatan. c. Ketua sekawan berkenaan membawa ahli baru itu berdiri di hadapan Akela, Ketua Sekawan balik ke tempatnya.
d. Serentak dengan itu Penolong Pemimpin masuk
ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian. e. Akela akan bertanya :
Akela : “Adakah kamu ingin menjadi
seorang Pengakap Kanak-Kanak ?”
PKK baru : “ Ya Akela ”
Akela : “ Adakah kamu bersedia untuk
melafazkan Persetiaan Pengakap”
PPK baru : “ Ya Akela ”
f. Akela melafazkan persetiaan Pengakap dan diikuti oleh PKK baru itu :
Bahawa dengan sesungguhnya,
saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan :
Taat kepada Tuhan, Raja, dan Negara;
Menolong orang pada setiap masa; Menurut Undang-undang Pengakap. g. Akela berjabat tangan dengan Pengakap Kanak- Kanak yang baru & berkata:
“ Saya percaya kamu akan buat sehabis
baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu sekarang adalah seorang Pengakap Kanak-Kanak dan seorang ahli dalam persaudaraan Pengakap Sedunia.” h. Akela menyemat lencana Keahlian, menyarung skaf dan memakaikan topi kepada pengakap Kanak-Kanak itu.
i. Pengakap Kanak-Kanak memberi tabik hormat
kepada Akela. Kemudian PKK berpusing dan memberi hormat kepada PEK. PEK membalas hormat sebagai tanda mengalu- alukan PKK (adik baru ) ke dalam pek. j. Ketua sekawan berkenaan membawa PKK baru itu dan memperkenalkan kepada sekawan itu.
k. Istiadat ini diakhiri dengan Laung Agung yang
disertai buat pertama kali oleh PKK baru.
l. Sekiranya semua sekawan adalah ahli baru, maka
istiadat pelantikan diadakan dalam dua peringkat. Ketua Sekawan dilantik terlebih dahulu dan ahli lain dilantik kemudian. AMALIKAN ISTIADAT MELANTIK SELEPAS INI …