Anda di halaman 1dari 23

LUPAAN DAN

INGATAN

KUMPULAN 5:
NUR FARHANA BTE A.RAZAK
NURAIN BTE NAJERI
AZATUL BTE ISMAIL
IZZAH BTE SANURI
LUPAAN
• DEFINISI

Lupaan adalah keterbalikan daripada ingatan. Ia dikatakan


sebagai kegagalan untuk mengingat kembali sesuatu yang telah
dialami atau dipelajari, sama ada untuk sementara waktu
mahupun untuk selama-lamanya.

Terdapat tiga jenis lupaan iaitu

• lupaan gangguan,

• lupaan keusangan atau pengaburan

• lupaan desakan emosi.


i) Lupaan Gangguan
• Mengikut teori ini, lupaan adalah disebabkan oleh
gangguan pengalaman atau maklumat yang baru
diterima memberi kesan kepada ingatan kekal.
• Contohnya seperti pembelajaran perkara baru
mungkin akan mengganggu pembelajaran lama
Kandungan perkara-perkara yang dipelajari telah
bercampur menyebabkan lupaan berlaku terhadap
pembelajaran lama.
ii) Lupaan Keusangan atau pengaburan

•Lupaan ini disebabkan oleh maklumat-maklumat

pengalaman yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang

menjadi kabur dan susah diingat kembali. Ia

disebabkankerana maklumat pengalaman yang tersimpan

itu telah lama tidak digunakan menyebabkan ia menjadi

kabur. Sesuatu pengetahuan yang diperolehi tetapi tidak

sudah lama tidak lebih berkemungkinan akan

menyebabkan ia menjadi kabur dalam ingatan.


• Misalnya, seseorang yang mempelajari bahasa kedua dan

mahir. Disebabkan sudah lama tidak menggunakan bahasa

samada dalam pertuturan ataupun penulisan, dia

mendapati susah hendak mengingat kembali bahasa ini.

Walau bagaimanapun, kemahiran menggunakan bahasa ini

dapat dipulihkan dengan cara mempelajari semula bahasa

tersebut. Pembelajaran kali kedua ini lebih cepat

membawa kepada kemahiran daripada pembelajaran kali

pertama.
iii) Lupaan Desakan emosi

• Lupaan jenis ini disebabkan oleh gangguan ke atas emosi orang yang

hendak mengingat, hingga mendesak ia untuk melupakan maklumat-

maklumat pengalaman yang tersimpan dalam ingatan jangka

panjangnya. Dalam hidup manusia, mungkin terdapat pengalaman-

pengalaman yang menyakitkan emosi atau menyedihkan. Ada di

antara pengalaman-pengalaman ini tersimpan dalam ingatan jangka

panjang tetapi individu berkenaan sengaja ingin melupakan

pengalaman tersebut untuk megelakkan kesedihan.


FAKTOR-FAKTOR
YANG
MENYEBABKAN
LUPAAN
1) Minat

• Perkara yg tidak diminati oleh pelajar akan mudah


dilupai oleh mereka kerana mereka tidak memberi
penumpuan 100% semasa guru mengajar.

• Mereka juga kurang berminat untuk melihat


perkaitan bahan yg telah dipelajari dan ini boleh
menyebabkan mereka lupa dengan mudah.
2) Perasaan takut dan bimbang
• Pelajar yg berperasaan takut dan
bimbang amat sukar utk mengingat
kembali fakta yg diajar oleh guru.
• Guru yg garang dan tidak peramah juga
akan menyebabkan keupayaan pelajar
utk berfikir dan mengingati pelajaran
terjejas.
3) Peredaran masa
• Makin lama jarak di antara masa sesuatu bahan
yg dipelajari dan diingat kembali, semakin kabur
maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka
panjang pelajar.
• Kesan ingatan (memory trace) beransur lemah,
pengaburan berlaku dengan peredaran masa yg
lama, maklumat tersebut akan hilang dari ingatan.
4) Terlalu banyak maklumat yg perlu diingati.
• Pelajar akan menghadapi kesukaran untuk
mengingat jika terlalu banyak maklumat yg
perlu diingati.Ini biasa berlaku semasa musim
peperiksaan apabila terlalu banyak fakta/ isi
pembelajaran yg perlu diingati.Fikiran akan
buntu dan tertekan dan akan menyebabkan
lupaan.
5) Masa yg tidak cukup untuk mengingat
• Jika guru meminta jawapan dengan segera,
maka pelajar tidak dapat menjawab soalan
dengan betul.
• Ini kerana pelajar berasa tertekan dan otak
memerlukan masa yg cukup ingat kembali
sesuatu fakta.
6) Pengalaman yang pahit.

• Individu mengelakkan pengalaman yg pahit dengan


menolak pengalaman pahit secara sengaja kepada
bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu
mengingatinya lagi.

• Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak


timbul ke paras otak sedar manusia.

• Ini merupakan satu cara helah bela diri manusia untuk


menyesuaikan diri kepada persekitarannya.
INGATAN
• DEFINISI INGATAN

Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah


dipelajari, dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi
yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran selanjutnya.

Mengikut Atan Along (1968), ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang
dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk
disimpan dalam otaknya.

Fein (1978) mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima


dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya.

Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat


yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa depan.

Kesimpulannya, ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima


maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya
ketika diperlukan.
STRATEGI
MENINGKATKAN
DAYA INGATAN
• Minat terhadap apa yang dipelajari.          

  Kita tidak boleh memaksa otak untuk


mengingat sesuatu yang tidak diminati. 
Proses mengingat akan lebih licin jika
anda memang meminati apa-apa yang
telah dipelajari.
• Belajar dengan tujuan untuk mengingat.           
  Belajar dengan tujuan mengingat lebih baik daripada

belajar sekadar untuk faham.  Oleh itu, apabila kita belajar,

dari awal-awal lagi anda sudah bersedia untuk mengingati

apa yang dipelajari.  Dengan ini, kita akan mengingat secara

spontan.  Sebaik sahaja sesuatu maklumat diterima oleh

deria kita dan kemudian disalurkan ke otak, secara

automatik kita akan dapat mengingati kerana tujuan dan

matlamat kita begitu jelas.


• Berikan tumpuan sepenuhnya semasa belajar.   
         

Sama ada kita sedang mendengar guru mengajar atau kita sedang

membaca, tumpuan yang tidak berbelah bahagi adalah amat

penting.  Daya ingatan berkait rapat dengan daya tumpuan. 

Semakin banyak tumpuan diberikan, semakin kuat daya ingatan

anda.  Ingatan mesti disengajakan dengan cara memberi tumpuan

sepenuhnya kepada apa yang diajar atau disampaikan oleh guru.

 
• Fahami dahulu sebelum mengingat.            

Kita perlu faham maklumat atau fakta yang akan diingati


untuk memudahkan maklumat tersebut di simpan dalam
ingatan.

• Menyusun ingatan secara logik.            

Lebih mudah untuk mengingat sesuatu fakta, maklumat atau


perkara jika dinyatakan dalam satu rumpun dan berkait rapat
antara satu sama lain.  Ingatan menjadi lebih mudah kika satu-
satu fakta itu dapat dikaitkan dengan satu fakta yang lain.
 
•Latih tubi dan ulang berkali-kali.           
  Ingatan anda menjadi kukuh jika maklumat yang ingin diingati
selalu diulang-ulang.  Latih tubi dan ulangan akan
mempercepatkan lagi proses ingatan.

•Menilai kembali apa yang dipelajari.          


Anda perlu menguji kembali ingatan dan ke-fahaman anda
terhadap maklumat yang dipelajari.  Cara yang berkesan ialah
dengan menggunakan kaedah perbandingan dan perbezaan. 
Anda perlu membezakan maklumat yang betul dengan yang
salah.  Anda boleh menggunakan soalan-soalan seperti soalan
objektif untuk menguji ketajaman ingatan anda.

 
• Mengguna dan mencuba apa yang dipelajari.

Anda akan lebih mudah mengingat pelajaran sekiranya anda sendiri

mengamalkan apa yang dipe-lajari. Oleh itu, anda perlulah :

a) Hubungkan pelajaran dengan perkara yang sudah diketahui.

Contohnya, mengingatkan nombor telefon yang diberi dengan mengaitkan

dengan fakta yang diketahui.

Nombor telefon : 5776242

Boleh dipecahkan kepada : 57-76-242

Boleh diingat sebagai : Tahun kemerdekaan Malaysia (57)

Umur nenek (76)

Nombor rumah (242)


b) Kaedah-kaedah lain  :
  i.  Mnemonik (menyusun semula apa yang dipelajari dalam bentuk

mudah diingat dengan menggunakan kreativiti tersendiri. 

Contohnya untuk menghafal nama-nama bandar seperti  : Kuala

Lumpur, Bangkok, Jakarta, Manila, Singapura.

Boleh diingat dengan mencipta ayat seperti berikut :  Kalau Basi

Jangan Makan, Sakit!

ii.  Akronim (membuat kependekan kepada suatu senarai maklumat yang

perlu diingati.  Kependekan seperti nama jabatan kerajaan seperti

INTAN, KEJORA dan sebagainya.


TERIMA KASIH
KERANA MENDENGAR

Anda mungkin juga menyukai