Anda di halaman 1dari 8

KELENTURAN

NURHAKIMI AZIZ
NURSYAFIQAH HARRIS
HO SHI YING
JANGKAUAN MELUNJUR
TUJUAN
• UNTUK MENGUKUR FLEKSIBILITI
BAHAGIAN BAWAH BELAKANG BADAN DAN
OTOT HAMSTRING

ALATAN DAN KEMUDAHAN


• ALAT PENGUKUR JANGKAUAN DENGAN
KETINGGIAN 30.5 CM DAN JARAK
MELETAKKAN TELEPAK KAKI ADALAH 23 CM.
• BORANG SEGAK
PENGURUSAN UJIAN
1. Murid perlu memakai pakaian Pendidikan Jasmani
yang bersesuaian tetapi tidak perlu memakai kasut
dan stokin.
2. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
3. Seorang murid melakukan ujian manakala rakannya
membaca dan mencatatkan skor.
4. Alat jangkauan melunjur perlu diletakkan rapat ke
dinding supaya tidak bergerak.
PROSEDUR UJIAN
1. Murid hendaklah bermula dalam keadaan bersedia dengan kedua-dua belah
kaki lurus dan telapak kaki menyentuh papan sepanjang masa ujian.
Pembantu meletakkan tangan di atas lutut pelaku bagi memastikan lutut
tidak difleksi.
2. Telapak tangan dominan ditindih di atas belakang telapak tangan bukan
dominan dalam keadaan kedua-dua hujung jari tengah hendaklah bertindih.
3. Jangkau tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas skala pengukur.
4. Kekalkan jangkauan maksimum selama 3 saat.
5. Murid diberi tiga kali percubaan berturut-turut. Jangkauan terbaik
diambil kira sebagai skor. Skor tidak akan dikira jika lutut difleksi semasa
melakukan jangkauan. Bacaan dikira pada sentimeter terhampir.
VIDEO
Norma ujian JANGKAUAN MELUNJUR perempuan
( 10 tahun - 12 tahun)

5 4 3 2 1

10 tahun > 35 30-34 24-29 18-23 < 17

11 tahun > 36 31-35 25-30 19-24 < 18

12 tahun > 38 32-37 25-31 20-24 < 19

Norma ujian JANGKAUAN MELUNJUR lelaki


( 10 tahun - 12 tahun)
5 4 3 2 1

10 tahun > 37 32-36 25-31 19-24 < 18

11 tahun > 39 32-38 25-31 18-24 < 17

12 tahun > 39 32-38 25-31 19-24 < 18

Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGEK) –


Buku Panduan Segak 2016
RUJUKAN
Ujian ini diambil daripada American Association For
Health, Physical Education, Recreation and Dance
(AAHPERD), 1980.

Sumber:
David K. Miller (2006). Measurement by the physical
educator: Why and how (5th ed).

Anda mungkin juga menyukai