Anda di halaman 1dari 20

Seandainya ada agama lain yang ditekan

dan ditentang sebagaimana Islam


ditekan dan ditentang, tentunya agama
itu akan hilang tanpa kesan sejarah
 Banyak tanda-tanda yang menunjukkan bahawa
Islamlah calon tunggal untuk menyelamatkan
manusia dari segala bencana yang menimpa
manusia.
 Bencana yang telah menjauhkan manusia dari
kemanusiaan itu sendiri.
 Bencana yang telah menghancurkan masyarakat,
rumatangga sehingga tidak ada lagi kebahagian
berkeluarga dan bermasyarakat. Kerana kedua-
duanya merupakan suatu yang asing dalam dunia
hari ini;
› Dunia yang meletakkan kekayaan dan keseronokan
sebagai matlamat.
› Dunia yang tidak mengenali erti kematian dan kehidupan
selepasnya.
› Dunia kebendaan
 Mereka yang tajam mata hatinya sudah
mulai gelisah dan ngeri dengan akibat yang
bakal menimpa umat manusia.
 Mereka mulai sedar bahawa hanya Islam
satu-satunya Deen yang akan
menyelamatkan manusia di Dunia dan
Akhirat;
› sebagaimana Islam telah menyelamatkan
manusia sewaktu jahiliyyah dahulu.
› Sebagaimana Islam telah membimbing umat
pertama daripada perhambaan kepada sesama
manusia kepada perhambaan semata-mata
kepada Allah; daripada kesempitan hidup
jahiliyyah kepada keluasan hidup di bawah
naungan Islam.
 Hanya Islam sahaja yang akan dapat
menyelamatkan manusia kerana;
› Islam adalah satu-satunya Deen yang sesuai dan
serasi dengan fitrah manusia.
› Semakin terlihat kecenderungan runtuhnya
peradaban kebendaan barat.
› Banyaknya berita gembira yang dikhabarkan
Allah SWT yang dapat dilihat dalam nash-nash Al
Quran dan Hadith Asy Syarif; iaitu manusia mula
kembali kepada Allah SWT.
 Secara zahirnya manusia sama seperti kehidupan-
kehidun lain. Namun dengan kelebihan aqal
manusia keluar dari status kehaiwanan.
› Manusia mencatat pengalaman hidupnya, berkongsi ilmu
dan pengalaman dan seterusnya membangunkan suatu
tamadun dengan memanfaatkan sumber alam dan
menundukkan kehidupan-kehidupan lain yang kadang-
kadang jauh lebih besar dan perkasa dari manusia itu
sendiri.
 Namun ini bukanlah kebahagiaan yang
sebenarnya. Dengan bimbingan wahyu manusia
mengenali erti kecukupan dan kesyukuran, merasai
kebahagian dan keluasan hidup, membezakan
kebenaran dan kebathilan, mencintai ma’aruf dan
membenci kemungkaran seterusnya mengenali
ukhuwah dan kasih sayang.
“Allah berfirman: “Turunlah kamu berdua dari
syurga bersama-sama, sebahagian kamu
menjadi musuh bagi sebahagian yang lain.
Maka jika datang kepadamu petunjuk
daripada-Ku, lalu barangsiapa yang
mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat
dan tidak akan celaka. Dan barangsiapa
berpaling dari peringatan-Ku, maka
sesungguhnya baginya kehidupan yang
sempit, dan Kami akan menghimpunkannya
pada hari qiamat dalam keadaan buta”
(Thaha :123-124)
 Sudah menjadi rahsia umum, sesiapa yang
menghasilkan satu produk atau benda maka ia yang
lebih mengetahui mengenai hasil tangannya.
 Oleh itu jika Allahlah yang menjadikan manusia dan
alam sekeliannya maka Dialah yang paling tahu dan
layak untuk memberi panduan untuk kehidupan
manusia yang diciptakannya.
 Allahlah yang paling mengetahui hajat-hajat dan
kecenderungan kita, kelemahan dan kekuatan kita
seterusnya apa yang baik dan buruk bagi kita.
 Oleh itu hanya Islam yang sesuai dengan fitrah kejadian
manusia dan hanya Islam yang boleh menjanjikan
kebaikan dan kebahagiaan untuk umat manusia.
 Manusia dengan kekuatan aqal yang terbatas hanya
mampu mencatat dan mengambil ‘iktibar dari sejarah
hidupnya untuk merancang masa depannya.
 Peradaban Barat sudah mulai menampakkan
keruntuhannya, kerana ia ingin “terbang”
hanya dengan sebelah sayap, iaitu “sayap
materialis”.
 Tidak setakat itu sahaja bahkan Barat cuba
membuta tulikan dirinya terhadap
perwatakan manusia dan ternyata
keangkuhannya itu telah membuatnya rapuh
dan tidak mampu berdiri.
 Kita tahu bahawa kejayaan Barat dibina di
atas keruntuhan gereja yang meninggalkan
kesan hitam dalam sejarah mereka. Ini
menyebabkan mereka terus melangkah
tanpa mempedulikan lagi apa-apapun yang
berbau agama.
 Ketidakpedulian mereka sudah sampai
ketaraf tidak mau percaya dengan apapun
juga yang dapat mengurangi kebebasan
dan kemerdekaan gerak dan aqalnya.
 Kata ahli falsafahnya;
“Tuhan telah mati, dan kami telah membunuh-
Nya. Kini manusia sedang mengantarkan-
Nya dengan upacara pengkebumian yang
meriah. Iman kepada Tuhan menandakan
jiwa yang lemah dan akibat dari
ketidakberdayaan manusia. Keimanan
kepada tuhan membuat manusia ragu,
kerana sesungguhnya manusia itu memiliki
kemampuan dalam dirinya.”
 Akan tetapi rohaninya yang kelaparan tidak
diberi makan menyebabkan jiwa mereka
begitu menderita walaupun diselimuti
dengan berbagai kemewahan dunia. Mereka
kini sedang menuju kehancuran senada
dengan keruntuhan jiwa dan akhlak mereka.
 Seorang ahli falsafah bernama Lamony
berkata;
“Sesungguhnya sekarang ini seluruh manusia
sedang berjalan cepat menuju kehancuran.
Kini manusia sedang berada dalam sakarat
terakhirnya, sehingga sangat sulit untuk
mengharapkan mereka sembuh kembali. Ini
semua kerana kesalahan besar peradaban
kita yang telah menyeret manusia tenggelam
ke dasar kegelapan.”
 Betrand Russel juga berkata tentang
kesengsaran yang melanda umat
manusia;
“Haiwan-haiwan yang ada di sekitar
kita lebih berbahagia daripada kita
manusia. Padahal seharusnya
kebahagian itu juga dapat dinikmati
oleh manusia. Tetapi kenyataannya,
di alam moden ini manusia tidak
dapat menikmati hidup, dan kini
semakin jelas, betapa mustahil dapat
meneguk kebahagiaan.”
Benarlah firman Allah swt;
“…Barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak
ada seorangpun baginya yang akan memberi
petunjuk. Bagi mereka azab dalam kehidupan
dunia, dan sesungguhnya azab Akhirat adalah
lebih keras dan tidak ada bagi mereka seorang
pelindung pun dari (azab) Allah.”
(Ar Ra’du: 33-34)

 Namun raungan ahli-ahli falsafah ini tidak


membawa mereka kemana-mana, kerana
ianya hanyalah tindakbalas dari kekejaman
sistem hidup mereka sendiri. Namun mereka
tidak ada satu panduan atau manhaj yang
boleh menyelamatkan mereka dari keruntuhan
dan penghinaan tersebut.
UMMAT YANG BERTUAH
 Kita adalah ummat bertuah; kerana di tangan
kita ada panduan (Al Qur’an) dari Rabb yang
telah menjadikan kita dan ‘alam. Yang Maha
Mengetahui apa-apa saja bisikan hati kita,
hajat-hajat dan keinginan kita. Yang Maha
Mengetahui apa yang baik dan apa yang
buruk bagi kita. Yang menundukkan apa saja
di daratan dan di lautan untuk kemudahan
kita.
 Bersama kita juga ada sirah Rasul yang
harum untuk kita ikuti. Hadith-hadithnya yang
terpelihara. Contoh praktikal dalam segenap
aspek kehidupan; Contoh yang mendapat
peng’iktirafan Allah, Rabb yang menjadikan
kita dan alam sekeliannya.
 Peristiwa demi peristiwa yang berlaku hari ini
telah menarik perhatian seluruh umat
manusia untuk melihat dan mengkaji Islam.
› 11 sept
› Kezaliman demi kezaliman ke atas umat Islam
 Semua ini sudah tentu akan memperlihatkan
kepada umat manusia penawar-penawar
bagi masalah-masalah yang selama ini
mengongkong dan menghimpit kehidupan
mereka selama ini. Dengan itu manusia akan
berduyun-duyun menuju kepada Islam.