Anda di halaman 1dari 99

KURSUS ASAS

PEGAWAI TEKNIK
OLAHRAGA
KEJOHANAN SUKAN
MAHASISWA BORNEO
KALI-1, 2009
KEPEGAWAIAN TEKNIKAL OLAHRAGA
KEPERLUAN PEGAWAI
• 3-7 Juri rayuan • 1 Ketua Penjaga Masa ( + 20 penjaga masa )
• 1 Pengarah Kejohanan • 2 Pencatat Masa Rasmi
• 1 Pengurus Kejohanan ( + 2 penolong • 1-2 Pelepas
) • 1-2 Pemanggil Balik
• 1 Setiausaha ( + 1-2 penolong ) • 2-4 Penolong Pelepas
• 1 Pengurus Teknik ( + 4-5 penolong ) • 1 Ketua Pencatat Pusingan ( + 4 penolong )
• 1 Pengurus Bilik Panggilan ( + 6 • 2-3 Pengawas Arena
penolong ) • Lompat Jauh 1 ketua ( + 3 Hakim )
• 1 Referi Balapan • Lompat Kijang 1 ketua ( + 3 Hakim )
• 1 Referi Jalan Kaki • Lompat Tinggi 1 ketua ( + 7 Hakim )
• 1 Referi Padang ( @ 2 orang : • Lempar Cakera 1 ketua ( + 3 Hakim )
Balingan dan Lompatan ) • Lontar Peluru 1 ketua ( + 3 Hakim )
• 1 Referi Campuran • Merejam Lembing 1 Ketua ( + 3 Hakim )
• 1 Ketua Hakim Balapan ( + 16 hakim
balapan )
• 2-3 Juru hebah
• 1 Ketua Pengadil ( + 16 pengadil )
• 2 Statistik
• 1 Ketua Hakim Jalan Kaki ( + 5-6
• 3 Penyelia Keputusan
hakim ) • 4-6 Pengurus Hadiah
• 2-3 Juru Taip
Pegawai Teknik Balapan & Padang yang Baik.

• Tanggungjawab asas setiap pegawai adalah untuk memberi


seseorang atlit peluang mencapai percubaan mereka yang
terbaik, dalam satu pertandingan yang adil, tanpa sesiapa pun
memperolehi sebarang keuntungan atau mengalami sebarang
kerugian..
Isi-Isi Penting
a) Atlit-atlit yang dipentingkan / diutamakan,
mereka yang bertanding.
b) Pastikan pertandingan berjalan dengan adil,
jangan semata-mata ‘menangkap’ peserta
(mencari kesalahan peserta).
c) Layan semua peserta dengan saksama,
jangan berat sebelah.
d) Jangan bersikap bengis atau garang. Sikap sebegini akan
mengganggu ketenteraman para atlit.
e) Pastikan acara berjalan mengikut jadual.
KUALITI
1. Berbudi bicara dan bersopan,
2. Mempunyai konsentrasi yang tinggi,
3. Bertindakbalas dengan cepat,
4. Membuat keputusan dengan cepat,
ringkas dan tepat.
5. Berpengetahuan.
6. Memahami keperluan seseorang atlit.
7. Sabar.
REFERI BALAPAN
Referi Balapan merupakan salah seorang pegawai
kanan yang bertanggungjawab atas kejayaan
sesuatu kejohanan. Selain daripada mengetahui
fungsinya, beliau juga harus mengenali pegawai
teknik yang lain dan juga saluran-saluran
perhubungan yang ada dalam kejohanan itu.
TUGAS-TUGAS
1. Menetapkan tugas-tugas hakim-hakim dan
pengadil-pengadil.
2. Mengurus semua acara balapan.
3. Menentukan kedudukan peserta-peserta diakhir perlumbaan
jika hakim balapan tidak dapat memutuskan dan/atau terdapat
pertelingkahan keputusan.
4. Setelah tamat sesuatu acara, kad-kad keputusan disemak dan
ditandatangani oleh Referi.
5. Mengesan dan tandatangan sebarang pembatalan.
6. Memutuskan sebarang bantahan terhadap cara
pertandingan dijalankan.
7. Memberi amaran atau menyingkirkan seseorang peserta
daripada pertandingan jika didapati ianya tidak sopan atau
tidak beretika.
NASIHAT
a) Mendapatkan senarai nama pegawai teknik yang bertugas
sebelum pertandingan bermula, meneliti senarai itu dan
menyediakan satu jadual tugas.
b) Tiba sekurang-kurangnya satu setengah jam sebelum
pertandingan bermula. Memeriksa balapan, tanda-tanda dan
alat yang diatur.
c) Menemui pegawai kanan yang lain tentang pelbagai aspek
keputusan, isyarat, perhubungan dan lain-lain.
d) Pastikan acara dijalankan mengikut jadual. Selesaikan
sebarang masalah dengan segera tanpa sebarang kelewatan.
e) Selalu membawa kad kuning dan kad merah.
f) Awasi pasukan pegawai-pegawai yang lain.
KUALITI PENTING SESEORANG PELEPAS

a) Cergas serta mempunyai tindakbalas yang segera dan


penglihatan yang baik.
b) Suara yang baik dan jelas.
c) Memiliki keyakinan yang tinggi, menyelesaikan sebarang
masalah tanpa panik.[Pelepas kawal peserta dan bukan
dikawal oleh peserta ]
d) Adil dalam membuat sebarang keputusan.
e) Mengetahui perintah pelepasan yang betul.
f) Mengetahui semua takat permulaan (stagger) dan
tempat permulaan.
PERINTAH -PERINTAH
Semua acara dalam lorong kecuali 800m
• Ke garisan
• Sedia
• Tembakan pistol
Permulaan beramai-ramai (1500m ke atas)
• Ke garisan
• Tembakan pistol
POSISI PELEPAS
• Jauh daripada atlit-atlit
tetapi didengar dengan
jelas oleh semua atlit.
• Dapat melihat semua
atlit dengan jelas.
• Dapat melihat dan
dilihat oleh petugas
penjaga masa
HAKIM BALAPAN

1) Mempunyai konsentrasi yang tinggi .…tidak


mengendahkan gangguan luar.
2) Mempunyai "mata penghakiman".
3) Mempunyai ingatan visual yang baik untuk beberapa
kedudukan.
1. Berada di satu tempat yang sama sebelah (dalam)
balapan di garisan penamat
2. Ditempatkan sekurang-kurangnya 5m dari dan
bertentangan dengan garisan penamat.
3. Berada di atas aras bumi. Duduk di sebuah tangga
bertingkat.
CARA PENGHAKIMAN
Kedudukan peserta akan dikira apabila
bahagian badan peserta iaitu TORSO
sampai ke garisan penamat ( Torso : tidak
termasuk kepala, leher, tangan,lengan dan
kaki )
Tugas lain :
Hakim Balapan boleh juga membantu sebagai
Pengadil atau Pencatat Pusingan .
PENJAGA MASA

1. Pencatat masa akan ditempatkan sebaris dengan garisan


penamat dan 5m di luar balapan. Tempat duduk
bertingkat disediakan untuk memudahkan mereka
melihat dengan jelas.
2. Mereka ditempatkan bertentangan dengan Hakim
Balapan.
3. Mempunyai kualiti seperti para Hakim Balapan.
4. Ketua Penjaga Masa diwajibkan mengambil kedudukan
pertama.
MENGENDALIKAN JAM RANDIK
1. Memegang jam randik dalam tapak tangan.
2. Letakkan jari telunjuk pada butang permulaan jam
randik.
3. Gunakan tekanan pertama pada perintah “sedia” atau apabila
pistol dinaikkan.
4. Gunakan tekanan kedua untuk memulakan jam randik bila
asap atau api dilihat,
5. Gunakan tekanan pertama apabila peserta berada
lebih kurang 30 meter dan garisan penamat.
6. Hentikan jam randik bila "torso' peserta sampai garisan
penamat.
NASIHAT
a) Jangan hentakkan jam randik.
b) Mulakan jam randik bila asap atau api dilihat, bukan bila
mendengar bunyi pistol.
c) Memperhatikan dengan teliti :
• Pandangan mata pada Pelepas dari perintah ‘Ke Garisan’
hingga ternampaknya asap pada pistol.
• Bilangan pusingan yang telah dicapai oleh peserta yang
mendahului, khasnya dalam acara jarak jauh.
• Memperhatikan garisan penamat apabila peserta-peserta
berada lebih kurang 15 meter daripadanya.
CARA MENCATAT JAM RANDIK

• Semua catatan masa dengan Ambilan Tangan


(manual), masa dibaca kepada persepuluh saat yang
lebih. Contoh :
12.03 = 12.1
12.08 = 12.1
6:05.01 = 6:05.1
6:05.09 = 6:05.1
Mencatatkan Masa Rasmi
• Sekiranya 2 jam digunakan : masa adalah berlainan maka
masa yang lebih adalah masa rasmi.

Jam 1 Jam 2 Jam 3 Masa Rasmi


12.58 12.44 -

12.6s
• Sekiranya 2 jam daripada 3 jam mencatatkan masa yang
sama, masa tersebut adalah masa rasmi.

Jam 1 Jam 2 Jam 3 Masa Rasmi


12.21 12.79 12.21
11.17 11.20 11.17

12.3s
11.2s
• Jika ketiga-tiga jam mencatatkan masa berlainan, maka
jam yang mencatatkan masa tengah adalah masa rasmi.

Jam 1 Jam 2 Jam 3 Masa Rasmi


12.22 12.79 12.44
12.67 12.56 12.6s

12.5s
12.6s
NASIHAT
• Jangan gunakan hanya 2 jam untuk mana-mana
kedudukan.
• Sesuatu pencapaian yang mengatasi rekod,
masanya harus dicatat oleh 3 orang penjaga
masa dan perlu diperlihatkan kepada Referi
Balapan sebelum disetkan kepada angka
kosong.
PENGADIL
TUGAS-TUGAS
Pengadil-pengadil adalah pembantu Referi tanpa kuasa
untuk membuat keputusan. Adalah menjadi
tanggungjawab Pengadil berada di sesuatu tempat yang
ditetapkan oleh Referi untuk meneliti keadaan
pertandingan. Jika ada kesalahan atau pelanggaran
peraturan dilakukan oleh peserta, maka perkara tersebut
hendaklah dilaporkan kepada Referi dengan segera.
Referi akan memutuskan adakah keadaan yang
dilaporkan itu dillakukan dengan sengaja atau sesuatu
yang terjadi dengan tidak sengaja. Faktor untung rugi
semasa pelanggaran peraturan berlaku perlu
dipertimbangkan dan diambil perhatian.
a) Contoh Tugas :
i) Perhatikan pelari-pelari di selekoh.... untuk
melihat adakah peserta berlari di luar
lorongnya,menghalang peserta yang lain
atau memijak garisan lorong sebelah dalam.
ii) Perhatikan peserta-peserta melepasi pagar
mereka dengan cara yang betul.
iii) Awasi zon pertukaran baton dalam acara lari
berganti-ganti.
b)Jika berlakunya kesalahan atau pelanggaran
peraturan :
i) Catatkan nombor dan lorong peserta yang
melakukan kesalahan / pelanggaran
peraturan,
ii) Tandakan tempat kesalahan / pelanggaran
peraturan itu berlaku,
iii) Menunjukkan bendera kuning kepada
Referi.
iv) Catatkan kesalahan tersebut untuk
keputusan Referi.
ACARA LARI BERPAGAR
1. Semua perlumbaan dijalankan dalam lorong dan
peserta dimestikan mengikuti lorong masing-masing.
2. Seseorang peserta akan dibatalkan, sekiranya pada
pendapat Referi, dia dengan sengaja menjatuhkan
pagar dengan tangan atau kakinya. (adalah mustahak
untuk memastikan samada kelakuan itu adalah
sengaja atau tidak).
3. Seseorang peserta akan dibatalkan sekiranya
meleretkan kakinya di luar atau di bawah paras pagar.
4 x 100 M LARI BERGANTI-GANTI

1. Semua perlumbaan akan berlari dalam


lorong-lorong masing-masing sehingga ke garisan penamat.
2. Baton mestilah ditukarkan di dalam zon pertukaran baton.
Pertukaran baton bermula apabila ianya menyentuh tangan
pelari penerima dan ia berakhir apabila baton berada di dalam
tangan pelari tersebut.
3. Jika baton terjatuh, ianya mestilah diambil kembali oleh peserta
yang menjatuhkannya.
4. Bilangan pengadil bertugas di setiap zon
pertukaran baton adalah di antara dua
hingga enam belas orang.
(berada di permulaan zon pertukaran dan di hujung zon
pertukaran)
NASIHAT
a) Menempatkan peserta-peserta dalam lorong yang betul.
b) Tunjukkan kepada peserta 'zon kelajuan' serta permulaan dan
akhirnya zon pertukaran baton.
c) Memberitahu kepada Referi / Ketua Pengadil dengan
menggunakan isyarat (bendera putih) bahawa semua peserta di
zon pertukaran baton sudah bersedia.
d) Selain memerhatikan pertukaran baton, perhatikan juga
gangguan dan halangan yang berlaku. i) selepas pertukaran. ii)
bila seseorang peserta mengambil kembali baton yang terjatuh
itu.
e) Memberitahu kepada Referi / Ketua Pengadil dengan
menggunakan isyarat, selepas pertukaran, bahawa semuanya
dijalankan dengan betul (bendera putih) atau tidak (bendera
kuning).
4 X 400 M LARI-BERGANTI-GANTI

• PELARI PERTAMA

a) Hendaklah berlari mengikut lorongnya.


b) Takat-takat permulaan biasanya dalam warna putih-
hijau-putih atau putih-biru-putih.
(bukan takat-takal untuk acara 400 meter)
• PELARI KEDUA
a) Untuk kejohanan tempatan, peserta biasanya
ditempatkan di dalam zon pertukaran baton dalam
lorong masing- masing. Peserta tidak boleh membuat
larian di luar zon kelajuan. Pertukaran mestilah
dilakukan dalam 20 meter zon pertukaran baton
sahaja.
b) Pelari akan berlari di dalam lorongnya sehingga
berakhir selekon pertama.
• PELARI KETIGA
a) Semua peserta ditempatkan sepanjang garisan yang
bertanda 10 meter sebelum garisan penamat. (mengikut
kedudukan pasukan pada jarak 200 m )
b) Zon pertukaran baton adalah 10 meter sebelum dan 10
meter selepas garisan penamat
c) Adalah penting para pengadil mengawasi posisi
pertukaran dan menasihatkan semua peserta supaya
mengelak dari menghalang lain-lain peserta. (peserta
harus masuk ke lorong pertama dari lorong yang luar.)
SEPARUH AKHIR
• 4 Separuh Akhir :
Pemenang setiap separuh akhir & 4 pencatat masa
terpantas akan layak ke peringkat akhir.
• 3 Separuh Akhir :
2 peserta pemenang dan 2 peserta yang mencatat
masa yang terbaik bagi ketiga-tiga separuh akhir layak
ke peringkat akhir.
• 2 Separuh Akhir :
3 peserta pemenang dari setiap separuh akhir & 2 lagi
peserta yang mencatatkan masa terbaik daripada
kedua-dua separuh akhir layak ke peringkat akhir.
• Jika terdapat bilangan peserta yang
mencatatkan masa terbaik lebih daripada
bilangan yang dihadkan, maka penentuan
kelayakan akan bergantung kepada
kedudukan peserta.

• Jika berlaku kedudukan yang sama,


cabutan undi akan dilakukan oleh pihak
juri.
PEGAWAI-PEGAWAI KEJOHANAN
1. Bilangan pasukan / pegawai
a) Setiap pasukan adakan seorang ketua
b) Bilangan hakim dan pembantu dalam sesuatu bergantung
kepada peringkat pertandingan.

2. Alatan yang diperlukan


- Referi Padang akan bekerjasama dengan Pengurus Teknik
untuk semua keperluan.
3. Pertukaran program atau tempat pertandingan :

- Referi akan berbincang dengan Pengurus Kejohanan


jika beliau ingin mencadangkan sesuatu pertukaran.

- Pertukaran tempat hanya akan dilakukan selepas satu


pusingan tamat.
PERTANDINGAN
Untuk Lompat Jauh, Lompat Kijang & Acara Lontaran
sahaja.
1. Menentukan kedudukan :
a) Pencapaian terbaik dan semua 6 percubaan.
b) Jika seri berlaku, percubaan terbaik yang kedua
akan dikira untuk memutuskan seri, jika masih
terdapat seri, percubaan terbaik yang ketiga dan
seterusnya akan dikira untuk memutuskan seri.
(peraturan 146.3)
2. Bilangan percubaan :

a) Sekiranya terdapat hanya 8 peserta atau kurang daripada 8


peserta bertanding, setiap peserta dibenarkan 6 percubaan.

b) Di mana lebih daripada 8 peserta mengambil bahagian,


tiap-tiap peserta dibenarkan membuat 3 percubaan dan 8
orang peserta yang terbaik di antara kesemuanya akan
dibenarkan pula
untuk membuat 3 percubaan tambahan dengan giliran
songsang (reversed order), berdasarkan kedudukan selepas 3
percubaan pertama (peserta yang terbaik akan mendapat
penggiliran yang terakhir dalam melakukan percubaan).
Tempoh Masa Untuk Percubaan
Acara >3orang peserta *2 atau 3 orang 1 orang
    peserta peserta
LompatTinggt 1 minit 1.5
  minit 3  minit
       
Acara Campuran 1 minit 1.5 minit 2 minit
       
Lain acara padang 1 minit 1 minit 1 minit
       
Pengukuran

Semua acara Lompatan & Lontaran ( termasuk Cakera,


Lembing,Peluru & Tukul Besi ) diukur dalam unit angka 0.01m
pada jarak yang paling hampir kepada cm di bawah jarak
pencapaian : contoh
4m 23cm 08mm = 4.23m
4m 15cm 01mm = 4.15m
23m 46cm 09mm = 23.46m
23m 47cm 08mm = 23.47m
TUGAS-TUGAS REFERI PADANG
1. Menguruskan semua acara padang.
2. Memberi tugas kepada Hakim-hakim Padang.
3. Membuat keputusan, jika terdapat pertelingkahan
keputusan.
4. Pastikan Hakim-hakim memberi maklumat dan
arahan yang sesuai.
5. Memutuskan perkara teknikal yang tidak
disebutkan dalam peraturan-peraturan.
6. Memutuskan sebarang bantahan atau
bangkangan.
7. Memberi amaran atau menyingkirkan
seseorang peserta daripada pertandingan, jika
di dapati peserta itu tidak beretika.
8. Menjalankan acara-acara mengikut masa yang
ditetapkan.
9. Awasi pengukuran sesuatu pencapaian.
10. Memeriksa pengukuran dan alatan-alatan jika
pemecahan rekod berlaku.
11. Semak dan menandatangani keputusan akhir.
NASIHAT
Referi Padang harus :
a) Membiasakan diri dengan kemudahan yang ada di
dalam stadium.
b) Memeriksa semua alatan (disukat dan ditimbang) dan
kawasan pertandingan sekurang-kurangnya 48 jam
sebelum pertandingan.
c) Pastikan semua kemudahan telah sedia digunakan
sekurang-kurangnya 1 jam setengah sebelum
pertandingan.
d) Mengetahui kebolehan para Hakim Padang.
e) Sentiasa memeriksa pegawai -pegawai menjalankan
tugas mereka dengan betul.
f) Mudah dihubungi oleh pegawai-pegawai untuk
nasihat atau menyemak pencapaian pemecahan rekod.
g) Membawa kad merah dan kad kuning.
HAKIM-HAKIM PADANG
• TANGGUNGJAWAB KETUA HAKIM
• 1 ½ jam sebelum pertandingan -
Memeriksa kawasan pertandingan dan semua alatan yang
diperlukan.
• 45 minit sebelum pertandingan - Memberi tugas kepada
Hakim-
hakim.
• 30 minit sebelum pertandingan – Pastikan
a) pasukannya berada di kawasan
pertandingan untuk para atlit memulakan percubaan
penyesuaian.
b) acara bermula tepat pada masa yang
dijadualkan.
• Semasa pertandingan – Pastikan ;
a) Para pegawai menjalankan tugas mereka
dengan betul.
b) Tidak ada kelewatan masa.
c) Semua pengukuran dibuat dengan tepat.
d) Alatan-alatan tidak dibiarkan di sekeliling
kawasan (semasa dan selepas).
e) Semua orang berada di zon selamat semasa
sesuatu percubaan dijalankan.
f) Referi dihubungi untuk semua pencapaian
pemecahan rekod.
• Selepas acara
a) Semak dan menandatangani keputusan pertandingan.

b) Pastikan semua alatan dikembalikan.


TUGAS-TUGAS HAKIM PADANG
• Hakim-hakim padang terlibat dengan rapat bersama
peserta-peserta semasa menjalankan sesuatu acara,
Mereka mestilah pandai menguruskan diri supaya tidak
mengganggu ketenteraman peserta.
• Harus menumpukan penuh perhatian semasa menjalanakan
tugas, bukan melihat perjalanan acara lain bila satu percubaan
sedang dijalankan.

• Melaporkan diri 45 minit sebelum pertandingan untuk


mendapatkan tugas-tugas yang akan dijalankan.
Tanggungjawab:

a) Membawa semua alatan dan memeriksa


kawasan pertandingan.
b) Semak nama & nombor peserta. Memberi
maklumat dan arahan sesuai.
c) Menjalankan percubaan penyesuaian
(sekurang-kurangnya 20 minit sebelum acara).
d) Mulakan acara tepat pada masanya.
e) Mengukur setiap percubaan yang sah.
f) Pastikan kawasan mendarat adalah sedia untuk
peserta berikutnya.
g) Minta kehadiran Referi untuk setiap pencapaian
pemecahan rekod.
h) Sediakan keputusan (akhir). Kembalikan semua
alatan selepas acara itu telah selesai.
LOMPAT TINGGI
Kayu Palang dan Cagak-Cagak
1. Cagak-cagak menghadap ke tiang-tiang
bertentangan.
2. Jarak di antara penghujung palang dan tiang-
tiang itu sekurang-kurangnya 10mm.
3. Pastikan muka depan dapat dipastikan dan
dikekalkan.
4. Tinggi tiang-tiang melebihi maksimum
ketinggian palang boleh dinaikkan dengan
sekurang-kurangnya 10cm.
5. Panjang palang ialah 4.00m
CARA PENGUKURAN
1. Semua ukuran hendaklah dibuat tegak dari
bumi sehingga ke bahagian atas palang.
2. Pastikan ketinggian di kedua-dua hujung
palang adalah sama tinggi, sebelum
mengukur bahagian atas palang yang paling
rendah.
MAKLUMAT UNTUK PESERTA-
PESERTA.
• Semua peserta akan diberitahu tentang :
1. Ketinggian untuk lompatan percubaan.
2. Ketinggian lompatan permulaan.
3. Ketinggian yang akan dinaikkan setiap kali berakhirnya
satu-satu pusingan.
• Selepas semua yang tersebut di atas, berunding
dengan setiap peserta tentang ketinggian lompatan
permulaannya
BILA MEMBUAT PENGUKURAN
(Lompat tinggi & Lompat bergalah)

1. Pengukuran tinggi hendaklah dibuat sebelum


pertandingan dimulakan.
2. Setiap kali ketinggian ditambah kenaikannya.
3. Untuk percubaan pemecahan rekod :
a) Sebelum percubaan dijalankan.
b) Selepas melepasi rekod. (pengukuran
hendaklah disahkan oleh Referi)
PERATURAN-PERATURAN ASAS
• Percubaan seseorang peserta gagal jika :
1. Setelah melompat, palang tidak berada di atas cagak-
cagak pengalasnya kerana aksi peserta tersebut
ketika melompat.
2. Menyentuh bumi termasuk ke kawasan mendarat
melepasi darat tegak (vertical plane) dengan
sebarang bahagian badannya tanpa melompat
melepasi palang dahulu......termasuk datar tegak
yang dilanjutkan ke kedua-dua belah tiang
penyokong.
1. Tidak melonjak dengan sebelah kaki. Seseorang peserta
boleh mula melompat setinggi mana yang disukainya.
Peserta yang melakukan tiga kali gagal yang berturut-
turut pada mana-mana ketinggian akan disingkir
daripada pertandingan.
Ketinggian diumumkan oleh Ketua Hakim sebelum pertandingan
175m,1.80m,1.84m,1.88m,1.91m,1.97m,1.99m…

KETINGGIAN GAGA
LOMPATAN
L

PESERTA KED
1.75 1.80 1.84 1.88 1.9 1.9 1.97 1.94 1.92 1.94
1 4

A 0 X0 0 X0 X– X 2 X 0 X 2
X
B - X0 - X0 - XX 2 X 0 0 1
- X
C - 0 X0 X0 - 2 X X 3
XX
D - X0 X0 X0 XX X 3 4
X

0= Lepas X = Gagal - = Tidak Lompat


Sekiranya ianya melibatkan kedudukan lain,peserta tersebut akan
diberikan kedudukan yang sama.
Lihat contoh dibawah
1.78 1.82 1.85 1.88 1.90 1.92 1.94 Gagal KED

A - X0 0 X0 - XX0 XXX
4 2=
B 0 0 0 X– X0 XX0 XXX
C 0 0 X– 0 XX0 XX0 XXX 4 2=
D 0 - - XX0 XX0 X0 XXX 5 4
5 1

A,B,C, dan D, semuanya melepasi ketinggian 1.92m tetapi gagal pada 1.94m

Peraturan mengenai seri kini kena digunakan dan oleh kerana ‘D’ melapasi ketinggian 1.92m
pada percubaan kedua,yang lain-lainnya tiga kali,dia diistiharkan pemenang.

Tiga yang lain nampaknya seri dan hakim kenalah menjumlahkan berapa kali mereka gagal,
sehingga dan termasuk pada ketinggian terakhir dilepasi,iaitu 1.92m. ‘C’ mempunyai lebih
kegagalan berbanding ‘A’ dan ‘B’ maka diberi tempat Keempat. ‘A’ dan ‘B’ masih seri dan
oleh kerana ia tidak melibatkan tempat pertama Kedua-duanya berkongsi tempat kedua.
MELOMPAT UNTUK JARAK
• Nasihat
1. Permukaan kawasan mendarat mestilah rata dan separas
dengan papan melonjak. Pegawai-pegawai teknik harus :-
a) menggembur pasir sebelum pertandingan dimulakan.
b) merenjis air jika pasir itu terlalu kering.
c) meratakannya sebelum setiap lompatan.
2. Seseorang peserta mesti melonjak dari bahagian belakang
papan lonjakan (bahagian yang jauh dari kawasan mendarat.)
3. Jarak lompatan diukur dari kesan di kawasan mendarat yang
paling hampir dengan papan lonjakan.
Nota
a) Kesan mendarat boleh dibuat oleh sebarang anggota
badan, termasuklah tangan.
b) Bahagian pita yang bertanda 0 harus berada di kesan
lompatan di kawasan mendarat dan bacaan jarak diambil
kira ke tanda garisan di papan lonjakan
c) Jika peserta itu menyentuh bumi di luar kawasan
mendarat lebih dekat ke papan lonjak daripada kesan
lompatan, maka akan dikira sebagai lompatan tidak sah.
d) Jika peserta lari di luar garisan putih landasan lari, ia
bukan satu kesalahan .
e) Jika kesan mendarat berada di sebelah tepi kawasan
mendarat, perlulah kita melanjutkan tanda garisan ke
tepi dengan menggunakan papan pencatat.
4. Papan penanda plastisin harus digunakan untuk
membantu para hakim ditanda garisan. Jika tidak
ada papan penanda plastisin, pasir yang lembab
boleh digunakan.
Kesalahan
1. Menyentuh bahagian papan lonjak berhampiran
dengan kawasan mendarat atau meninggalkan
satu kesan di atas plastisin.
2. Selepas mendarat, berjalan mengarah ke
belakang melalui kawasan mendarat.
3. Semasa mendarat, menyentuh bumi di luar
kawasan mendarat yang lebih dekat dengan
papan melonjak.
4. Perturutan langkahan dan lompatan kijang yang
salah.
5. Melambat-lambatkan membuat sesuatu
percubaan.
Perturutan Langkahan Lompat Kijang
1. HOP…Kaki lonjakan dan kaki mendarat adalah
yang sama.
2. STEP… Diikuti dengan kaki yang melangkah
dan mendarat pada kaki yang sebelah lagi.
3. JUMP…Seperti acara Lompat Jauh
• Contoh : Kiri…Kiri…Kanan
: Kanan…Kanan…Kiri
ACARA LONTARAN DARI BULATAN
PERATURAN ASAS
Selain daripada peraturan-peraturan yang dinyatakan
di BAB 14,
1. Seseorang peserta tidak dibenarkan menyembur atau
menyapu sebarang bahan di dalam bulatan atau ke
atas kasutnya.
2. Sesuatu balingan hendaklah dibuat dari dalam
bulatan. Seseorang peserta mestilah berada dalam
keadaan tidak bergerak sebelum memulakan sesuatu
balingan.
3. Balingan dikira batal atau tidak sah jika peserta sesudah
memasuki bulatan dan memulakan balingannya,
a) sebarang anggota badan tersentuh tanah di luar bulatan,
b) tersentuh bahagian atas gelung besi atau lengkungan
bulatan,
c) tersentuh bahagian atas papan penahan.
4. Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum alat
balingan itu menyentuh bumi. Dia mesti tinggalkan
bulatan dari separuh bulatan belakang yang akan
ditandakan dengan garisan lurus yang terlukis dari luar
melalui bahagian tengah bulatan dan berakhir di
luarnya.
Lontar Peluru
• Spesifikasi
a) Ukuran bulatan garis pusat 2.135m
b) Sudut Sektor 34.92°
c) Berat Peluru :

Lelaki = 7.260kg
Perempuan = 4.00kg
• Hakim no.1
a) Awasi tangan dan kaki di bahagian bulatannya.
b) Panggil peserta.
c) Membuat catatan jarak pencapaian.

• Hakim no.2
a) Awasi kesalahan kaki di atas relung bulatan dan
papan penahan.
b) Menyatakan percubaan itu sah atau tidak.

• Hakim no.3
a) Mencacakkan tempat pendaratan
Melempar Cakera
• Seorang peserta boleh mengamalkan sebarang
kedudukan atau membuat beberapa pusingan asalkan
ianya tidak melanggar peraturan-peraturan
pertandingan.
• Untuk keselamatan, pegawai harus berada di luar
kurungan.
• Tiga orang hakim perlu berada di kawasan mendarat,
kerana :
• Cakera tidak membuat satu bekas yang jelas seperti lontar
peluru.
• Adalah baik jika hakim bergerak ke tempat mendarat untuk
memastikan tempat mendarat dengan tepat.
• Spesifikasi

a) Ukuran bulatan garis pusat 2.50m


b) Sudut Sektor 34.92°
c) Berat Cakera :

Lelaki = 2.00kg
Perempuan = 1.00kg
MEREJAM LEMBING
• Rejaman yang sah
a) Seorang peserta harus memulakan rejaman di landasan
lari dan dibelakang lengkungan garis tanda.
b) Lembing mesti dipegang digenggamannya dan direjam
melalui atas bahu, atas bahagian lengan dan bukan
dilempar atau dihayun.
c) Peserta tidak boleh meninggalkan landasan lari sebelum
lembing menyentuh tanah, kemudian dari keadaan
berdiri meninggalkan landasan lari daripada belakang
garisan lengkungan itu.
d) Rejaman dikira sah jika hujung logam kepala lembing
menyentuh tanah sebelum lain-lain bahagian lembing.
• Spesifikasi

a) Jarak landas lari tidak kurang 30m tidak lebih


36.3m. Lebarnya 4m.
b) Sudut Sektor 29°
c) Berat Lembing :
Lelaki = 800g
Perempuan = 600g
SEKIAN DAN TERIMA
KASIH

TAMAT