Anda di halaman 1dari 9

BAHASA MALAYSIA TAHUN 2K

SEMUT DAN BURUNG MERPATI


Pada suatu hari, seekor semut sedang minum air di tebing
sungai. Tiba-tiba, angin bertiup kencang. Semut itu terjatuh ke
dalam sungai. Semut yang malang itu terkapai-kapai di dalam air.
Dia rasa tentunya akan mati lemas.
Seekor burung merpati berehat di pokok berdekatan dan
ternampak apa yang berlaku. Dengan pantas, dia memetik sehelai
daun dan menjatuhkannya ke permukaan air berhampiran semut.
Semut memanjat ke atas daun itu.
Akhirnya, dia hanyut ke tebing sungai dengan selamat. Semut
berkata, “Terima kasih, sahabatku. Saya akan menolongmu suatu
hari nanti."
SEMUT DAN BURUNG MERPATI
Beberapa hari kemudian, seorang pemburu datang ke tempat itu
untuk memburu burung. Dia ternampak merpati itu berehat di atas
pokok. Dia mengeluarkan busur dan anak panahnya. Pemburu
mengarahkan busur dan anak panahnya ke arah burung merpati itu.
Semut ternampak segalanya. Dia teringat burung merpati itu
pernah menolongnya. Dengan pantas, semut mengigit kaki pemburu.
Pemburu itu melompat kesakitan dan anak panahnya terlepas sasaran.
Apabila terdengar jeritan kesakitan pemburu itu, burung merpati
pun terbang pergi. "Terima kasih, semut. Kali ini, kamu telah menolong
saya " kata burung merpati itu.
KERJA KUMPULAN
Seekor semut sedang minum air di tebing sungai. 1
Semut itu terjatuh ke dalam sungai. Seekor burung merpati
menyelamatkan semut itu dengan berjaya. 2
Beberapa hari kemudian, seorang pemburu hendak
mengeluarkan busur dan anak panah untuk memburu 3
burung merpati itu.
Semut ternampak segalanya dan mengigit kaki pemburu. 4
Pemburu melompat kesakitan dan anak panahnya terlepas
sasaran.
Burung merpati berjaya diselamatkan dan berterima kasih
kepada semut itu. 5
PETA ALIR
-REFLEKSI-