Anda di halaman 1dari 40

Perundangan Berkaitan

Guru dan Pendidikan

Ahli Kumpulan:
Leo Miranda A/L Daniees
Gan Jia Jing
Pengenalan
• Selain menyebar ilmu segala tingkah laku guru
akan menjadi contoh teladan kepada pelajar selain
mereka dapat membina masyarakat yang
mempunyai budaya yang bertamadun tinggi.

• Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai


sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai
berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri
dan mempunyai sifat kepimpinan (Mok Soon Sang,
1988
Konsep Etika

• Etika ialah satu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu


kumpulan manusia atau organisasi yang meliputi aspek-
aspek tertentu.

• Contoh yang dimaksudkan ialah aspek-aspek moral yang baik


dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah, dengan
tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.

• Masyarakat pula menggunakan etika itu untuk menganalisis,


menilai dan menentukan sama ada tingkah laku manusia
telah mengikut peraturan yang ditetapkan.
Kod Etika Profesion
• Merupakan peraturan untuk membantu guru
yang profesional dalam mematuhi prinsip-
prinsip yang termaktub supaya menjaga
imej baik profesionnya.

• Oleh hal yang demikian, para guru tidak akan


melakukan sesuatu yang diingini serta
mencermarkan imej profesion keguruan.

• Terdapat 3 aspek yang merupakan fungsi


utama kod etika profesion
a) Memberikan pedoman bagi setiap ahli dalam
profesion tentang prinsip profesionalisme yang
dirangkakan. Hal ini bermakna, setiap ahli dalam
profesion sedia maklum tentang perkara yang
boleh dilakukan dan perkara yang tidak boleh
dilakukan.

b) Merupakan kawalan sosial untuk masyarakat


atas profesion yang berkaitan. Hal ini bermaksud
etika profesion dapat menyediakan pengetahuan
kepada masyarakat supaya mereka lebih
memahami kepentingan suatu profesion
sehingga memungkinkan kawalan mereka
terhadap para profesional dalam bidang kerjaya.

c) Membantu para profesioanal mencegah campur


tangan pihak di luar organisasi profesion tentang
hubungan etika dalam keanggotaan profesion.
KOD ETIKA KEGURUAN
MALAYSIA
Tatasusila Profesion Keguruan : Ikrar
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa
tujuan utama pendidikan ialah berusaha
menuju ke arah pembentukan warganegara
yang berilmu, yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan, yang
menyedari betapa pentingnya usaha menuju
ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian
hasrat yang gemilang, dan yang percaya
kepada demokrasi, kebebasan perseorangan
dan prinsip-prinsip Rukun Negara.
• Melalui pendidkan, masyarakat dapat
membantu anak mudanya memahami
kebudayaan mereka, memperoleh
pengetahuan yang telah terkumpul sejak
zaman-berzaman dan menyediakan mereka
untuk cabaran pada masa hadapan. Dengan
menyedari betapa besarnya tanggungjawab
membimbing anak muda untuk mencapai
kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan
ini kami menerima tatasusila berikut sebagai
panduan untuk membolehkan kami
menyempurnakan profesion kami ke taraf
kesusilaan yang setinggi-tingginya.
Tanggungjawab Tanggungjawab
terhadap murid terhadap ibu bapa

Etika
perguruan

Tanggungjawab Tanggungjawab

terhadap masyarakat terhadap rakan

dan negara sejawat & profesion


keguruan
Tanggungjawab terhadap pelajar
• Lebih mengutamakan kebajikan dan
keselamatan pelajar kami daripada hal-hal
lain.

• Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar


tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan
atau agama.

• Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit


mengenai pelajar kecuali kepada mereka
yang berhak mengetahuinya.
• Membimbing atau mengajar seseorang
pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata
pelajaran lain yang diajar di bilik darjah tanpa
sebarang bayaran.

• Menunjukkan suatu cara berpakaian,


pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada
pelajar.

• Memelihara dan membaiki kecekapan


ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan,
lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas,
persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran kami mencapai mutu yang
setinggi-tingginya.
Tanggungjawab terhadap ibu bapa
• Menghormati tanggungiawab utama ibu bapa
terhadap anak-anak mereka.
• Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan
kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan
dengan rumah tangga
• Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh
ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau
mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak
akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali
kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
• Memberikan maklumat kepada ibu bapa
demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat vang diterima
daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

• Mengelakkan diri daripada menggunakan


atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.

• Mengelakkan diri daripada mengeluarkan


kata-kata atau melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan kepercayaan pelajar
terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
Tanggungiawab terhadap masyarakat
dan negara
• Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu
ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,
masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan
dengan Rukun Negara.

• Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar


yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk
menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungiawab dan berguna, menghormati orang-
orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama.

• Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat


dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai
seorang warganegara dan sentiasa sanggup
mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan
masyarakat.
• Menggalakkan kerjasama dan
persefahaman di antara guru dengan ibu
bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

• Memberi sumbangan cergas untuk


meninggikan kehidupan moral, kebudayaan
dan kecendekiawanan masyarakat.

• Berpegang kepada tingkah laku yang sopan


yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
Tanggungjawab terhadap rakan
sejawat dan profesion keguruan
• Mengelakkan diri daripada membuat sebarang
kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan
nama baik seseorang guru di hadapan pelajar
atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan maruah seseorang guru.

• Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh


menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.

• Berusaha dengan sepenuh-penuhnya


menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin
dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya
sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
• Sentiasa bersedia membantu rakan
sejawat kami terutamanya mereka yang
baru menceburkan diri dalam profesion
perguruan.

• Sentiasa mengawasi diri kami supaya


tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.

• Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan


guru.
Peraturan Tatakelakuan dan
Tatatertib Penjawat Awam
Peraturan Kelakuan dan Tatatertib

• Sebagai penjawat awam, guru mesti mematuhi


peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan
tatatertib) 1993 (Pindaan 2002).

• Guru mesti mengamalkan nilai dan etika dalam


perkhidmatan awam.

• Kawalan tatatertib ini merupakan satu alat


pengurusan untuk mewujudkan pentadbiran yang
cekap dalam melaksanakan segala fungsi serta
tanggungjawab ke arah pencapaian matlamat dan
objektif sesebuah jabatan.
Matlamat Tatatertib
• Melaksanakan tugas dengan cekap,
beramanah dan bertanggungjawab.

• Supaya pegawai awam menjaga imej


perkhidmatan awam.

• Meletakkan kepentingan awam lebih


daripada kepentingan mereka sendiri.

• Menghukum pegawai yang melakukan


kesalahan atau melanggar peraturan.
Peraturan-peraturan Kelakuan
dan Tatatertib secara Umum
• Antara peraturan tersebut (Warta Kerajaan
P.U. (A)395 Pindaan 2002) adalah:

Peraturan 4 (1)
• Seseorang penjawat awam guru
hendaklah sentiasa memberikan kesetiaan
kepada Yang di-Pertuan Agong, negara
dan kerajaan
Peraturan 4 (2)
a) Tidak boleh membelakangkan tugasnya demi
kepentingan peribadi.
b) Tidak melakukan percanggahan kepentingan
peribadi dan kepentingan awam.
c) Tidak boleh berkelakuan dengan apa-apa cara
yang mungkin menyebabkan syak yang
munasabah.
d) Tidak memburukkan atau mencemarkan nama
baik perkhidmatan awam.
e) Tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha.
f) Tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah.
g) Tidak boleh tidak bertanggungjawab.
h) Tidak boleh membawa atau cuba membawa apa-
apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk
menyokong atau memajukan tuntutan berhubung
dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan
itu adalah tuntutannya sendiri atau anggota
perkhidmatan yang lain.
i) Tidak cuai dalam dalam melaksanakan
tugasnya.
ii) Tidak boleh ingkar perintah atau berkelakuan
dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan
dengan musnabah sebagai ingkar perintah.
Peraturan 4A (Gangguan Seksual)

• Tidak boleh melakukan gangguan seksual


terhadap orang lain.
• Secara umumnya gangguan seksual adalah:
- Mengambil kira segala keadaan yang akan
menyebabkan seseorang yang waras tersinggung,
terhina atau terugut.
- Gangguan seksual ini tidak hanya terhad kepada
perlakuan di tempat kerja atau dalam waktu kerja.
• Gangguan seksual termasuk perbuatan
dalam menyatakan sesuatu pernyataan
yang bersifat seksual kepada atau di
hadapan orang lain.
• Gangguan seksual tidak kira sama ada
dilakukan secara lisan,bertulis atau apa
jua perbuatan yang bersifat seksual
kepada oranglain.
Peraturan 5 (Pekerjaan Luar)
• Tidak boleh mengambil bahagian dalam apa
jua urusan berkaitan dengan kerja-kerja luar.

• Walau bagaimanapun, seseorang pegawai itu


dibolehkan untuk menjalankan mana-mana
aktiviti atau melaksanakan mana-mana
perkhidmatan dengan kebenaran ketua
jabatan.
• Ketua jabatan akan memastikan bahawa
aktiviti atau perkhidmatan itu tidak dilakukan :

- Dalam waktu pejabat dan semasa


menjalankan tugas rasmi.

- Tidak menjejaskan kebergunaannya sebagai


penjawat awam.

- Tidak bercanggah dengan kepentingan


penjawat awam.
Peraturan 23
(Ketidakhadiran Tanpa Cuti)
• ketidakhadiran tanpa cuti bermaksud
seseorang pegawai tidak hadir untuk apa-apa
tempoh masa dan di tempat sepatutnya beliau
hadir untuk tugas rasmi.

• ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau


terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada
ketua jabatan atau tanpa sebab yang
munasabah boleh dikenakan tindakan
tatatertib.
Peraturan 23
(Peraturan-peraturan Lain yang
Tidak Berkaitan)
• Perlu mematuhi etika berpakaian.

• Dilarang menggunakan apa jua jenis dadah kecuali


yang dipreskripsikan oleh pengamal perubatan.

• Tidak boleh menerima apa-apa hadiah daripada


individu atau kumpulan yang mempunyai
kepentingan peribadi.
Tindakan Tatatertib
• Perlanggaran mana-mana peruntukan yang
termaktub dalam Peraturan Tatakelakuan dan
Tatatertib Penjawat Awam boleh dikenakan
tindakan tatatertib.
• Tindakan tatatertib yang dikenakan akan
mengikut prosedur-prosedur yang tertentu
mengikut jenis-jenis salah laku.
• Tidak boleh terlibat dengan perhutangan
kewangan yang serius.

• Tidak boleh meminjamkan wang dengan


faedah, sama ada dengan atau tanpa
cagaran.

• Tidak boleh mengadakan atau


mengelolakan atau mengambil bahagian
dalam apa-apa cabutan bertuah atau loteri
selain tujuan kebajikan.
Amaran
Buang kerja Denda

Hukuman-
Lucut hak
Turun pangkat
hukuman emolumen

Tangguh
Turun gaji pergerakan
gaji
Amaran
• Pengetua atau guru besar boleh memberikan
teguran atau amaran kepada guru yang cuai
atau didapati tidak bertanggungjawab untuk
diberikan kesedaran.
• Amaran tersebut boleh direkodkan dalam
rekod perkhidmatan.
• Hukuman seperti ini boleh menjejaskan
urusan kenaikan pangkat guru tersebut.
Denda
• Hukuman denda yang dikenakan terhadap
guru yang dapati bersalah atau melanggar
peraturan seperti tidak hadir bertugas.
• Mengikut peraturan, apa-apa denda yang
dikenakan pada satu-satu masa tidak boleh
melebihi amaun yang sama banyak dengan
emolumen (gaji) bagi tujuh hari pengawai
yang berkenanan.
Lucut hak emolumen
• Jika guru tidak hadir untuk bertugas tanpa
cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab
yang munasabah, hukuman pelucutan
emolumen boleh dikenakan kepada guru
tidak melebihi amaun yang sama banyak
dengan 45% daripada emolumen
bulanannya.
Tangguh Pergerakan Gaji
• Hukuman tangguh pergerakan gaji boleh
dikenakan ke atas guru-guru yang ingkar
perintah, tidak bertanggungjawab atau
terlibat dalam gejala rasuah oleh
Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan.

• Tangguh pergerakan gaji boleh


dilaksanakan bagi tempoh 3 bulan, 6
bulan, 9 bulan atau 12 bulan.
Turun Gaji
• Sekiranya guru didapati bersalah bagi kes seperti menyalahgunakan
kuasa, pecah amanah, Jawatankuasa Tatatertib boleh mengenakan
hukuman turun gaji ke atas guru tersebut.

• Gaji boleh diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama.

• Penurunan gaji itu tidak boleh melebihi tiga pergerakan gaji.

• Tempoh hukuman tidak kurang daripada 12 bulan tetapi tidak boleh


melebihi 36 bulan pada mana-mana satu masa.

• Perlu ambil maklum bahawa hukuman tatatertib seperti ini boleh


menjejaskan urusan kenaikan pangkat semasa dalam perkhidmatan
pegawai tersebut.
Turun Pangkat
• Menurunkan gred guru itu ke gred yang lebih
rendah dalam skim perkhidmatan yang sama.
• Menentukan bahawa gaji baharu pengawai itu
hendaklah pada suatu mata gaji dalam jadual gaji
bagi gred yang dikurangkan itu supaya gaji itu
lebih rendah, tetapi paling hampir dengan gaji
akhir yang diterima oleh pengawai itu sebelum
hukuman itu dikenakan ke atasnya.
Buang kerja
• Profesion keguruan memerlukan individu yang
mempunyai tatakelakuan yang boleh diteladani oleh
masyarakat.

• Oleh itu, sebelum dilantik ke perkhidmatan, guru


seperti pengawai awam lain perlu memenuhi syarat,
misalnya tidak pernah disabitkan jenayah.

• Semasa dalam perkhidmatan, jika ada guru yang


disabitkan kesalahan jenayah oleh mahkamah, atau
guru tersebut atas sebab-sebab demi kepentingan
awam boleh dibuang kerja.