Anda di halaman 1dari 7

SELAMAT DATANG KE

SK CONVENT KOTA
MASA PERSEKOLAHAN

 Waktu persekolahan :
Isnin – Khamis : 1:00 petang– 5.50 petang
Jumaat : 2.30 petang – 6.20 petang
Murid dikehendaki sampai ke sekolah untuk perhimpunan
Isnin – Khamis : 12.30 tengah hari
Jumaat : 2.00 petang
KELAS TASMIK
Bagi murid Islam wajib hadir untuk kelas Tasmik sekali seminggu.

Model Tasmik Khatam al-Quran ialah satu program membimbing dan


merekod perkembangan Iqra’ dan bacaan al-Quran murid secara
individu berdasarkan program yang diatur bagi membolehkan murid
khatam al-Quran semasa berada di Sekolah Kebangsaan dan
dilaksanakan di luar jadual waktu.

Masa : 12.00 – 1.00 petang.


KEHADIRAN KE SEKOLAH
Mohon kerjasama ibu bapa memastikan kehadiran anak-anak ke
sekolah setiap hari.
Jika murid tidak hadir ke sekolah, ibu bapa pastikan ada surat cuti
sakit dibekalkan kepada anak-anak dan maklumkan kepada guru
kelas masing-masing.
Ketidakhadiran anak-anak ke sekolah akan menyebabkan anak-
anak tertinggal dalam kemahiran yang diajar.
Sekiranya anak tidak sihat sila hantar ke klinik atau hospital. Jangan
hantar ke sekolah.
Jika anak dijangkiti penyakit berjangkit seperti HFMD, demam
campak dan sakit mata jangan hantar anak ke sekolah. Maklumkan
kepada pihak sekolah.
PAKAIAN SEKOLAH
 Uniform sekolah mestilah lengkap
 Baju kurung, lencana dan tanda nama
Pinafour sekolah rendah, lencana dan tanda nama
Murid yang bertudung mesti memakai anak tudung berwarna putih
sahaja.
Murid-murid juga hendaklah memakai seluar pendek(Short)/panjang
di dalam yang berwarna biru tua dan hitam sahaja.
Kasut dan stoking berwarna hitam
RAMBUT
Murid yang berambut panjang dikehendaki bersanggul
dan memakai sangkar berwarna hitam sahaja.
Rambut pendek hanya dibenarkan pada paras dibawah
telinga sahaja.
Rambut hanya boleh diikat dengan pengikat rambut
berwarna hitam sahaja.
WAKTU REHAT
Sebaik sahaja anak-anak masuk ke sekolah, ibu bapa tidak dibenarkan
menunggu anak-anak di tepi bilik darjah.
Jika ingin menunggu hanya dibenarkan diluar pagar sekolah.
 Latih anak-anak berdikari dengan membiarkan anak-anak rehat sendiri
pada waktu rehat. Ibu bapa tidak dibenarkan duduk di bangku kantin yang
dikhaskan untuk anak-anak. Pantau anak dari luar pagar.
 Pada bulan pertama ini anak-anak akan beri seorang kakak angkat tahun
3 yang akan membantu anak-anak membeli makanan di kantin.