Anda di halaman 1dari 44

PENGURUSAN AKAUN

PANJAR WANG RUNCIT


OLEH:
UNIT PENGURUSAN PANJAR
SEKSYEN PERAKAUNAN AMANAH
BAHAGIAN PERKHIDMATAN OPERASI PUSAT DAN AGENSI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
KANDUNGAN:

 DEFINISI PANJAR WANG RUNCIT

 HAD PWR

 PERMOHONAN MEWUJUD/MENAMBAH PWR

 PENYELENGGARAAN PWR

 DOKUMEN DAN REKOD PWR

 PERMOHONAN MENGURANG/MENUTUP PWR

 PENUTUPAN AKHIR TAHUN PWR


DEFINISI PWR

AP 3
i. Sejumlah wang yang diberi kepada pegawai
perakaunan untuk membolehkannya membuat
pembayaran kecil yang segera dan perbelanjaan runcit
tanpa mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada
sesuatu maksud perbelanjaan. Hanya pembayaran
yang sebenar dari panjar itu dipertanggungkan.

ii. Ia boleh juga digunakan bagi memberi pendahuluan


wang tunai segera kepada pegawai-pegawai yang
memerlukan wang untuk membayar belanja perjalanan
KECUALI untuk membayar tuntutan perjalanan.

3
DEFINISI PWR

 “Sejumlah wang yang diberi kepada pegawai


perakaunan…”

- Pegangan wang tunai di pejabat jabatan yang


didahulukan daripada KWDS (Akaun Amanah 251010
/ 01101).

- Had pegangan wang tunai yang diberikan adalah


berdasarkan kepada keperluan semasa.
DEFINISI PWR

Amaun apungan Panjar sebanyak RM1,000.00:

Dt Akaun Panjar (01101) 1,000.00


Kt Bank-JANM 1,000.00

JANM PTJ

PENDAHULUA
N
DEFINISI PWR

 “..membolehkannya membuat pembayaran kecil yang


segera..”

- Amaun bayaran yang kecil adalah merujuk kepada


AP97(d) : Tidak melebihi RM500.00 bagi setiap resit/bil.

- Perbelanjaan kecil yang tidak dirancang/tidak berkala


iaitu perbelanjaan tidak berulang-ulang setiap bulan.

- Sekiranya perbelanjaan telah diambil kira dalam Bajet


Tahunan Jabatan, maka barangan/perkhidmatan
hendaklah dibeli melalui kaedah Pesanan Tempatan (PT)
KECUALI bagi kes segera atau kecemasan sahaja.
DEFINISI PWR

 “..dan perbelanjaan runcit..”

- Pembelian barang-barang yang dibenarkan dalam


kuantiti kecil dan tidak praktikal untuk diperoleh
dengan menggunakan Pesanan Tempatan.

- Contoh barang-barang runcit merupakan antara


barang-barang yang boleh didapati di kedai runcit.
DEFINISI PWR

 “..tanpa mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada


sesuatu maksud perbelanjaan dan hanya pembayaran yang
sebenar dari Panjar itu dipertanggungkan. ”

- Belian secara tunai dibuat terus daripada wang panjar

- Setelah itu, barulah pembelian tersebut dicajkan ke kod


Perbelanjaan (vot) dengan menyediakan baucar bayaran
rekupmen.

- INGAT!! Bayaran atau perbelanjaan PWR adalah di bawah


Objek Am 20000 sahaja.
DEFINISI PWR

Rekupmen semula panjar sebanyak RM1,000.00:

Dt Vot Perbelanjaan 1,000.00


Kt Bank-JANM 1,000.00

PTJ
JANM PTJ

BAUCAR REKUPA
BAYARA N
N
DEFINISI PWR

 “..pendahuluan wang tunai segera untuk


membayar belanja perjalanan..”

- Belanja perjalanan yang tidak melibatkan Borang


Tuntutan Perjalanan seperti bayaran tol dan parkir
pemandu Jabatan yang membawa kereta Jabatan.

 “..KECUALI untuk membayar tuntutan perjalanan.”

- Perbelanjaan yang melibatkan kaedah tuntutan melalui


Borang Tuntutan Perjalanan tidak boleh dibayar melalui
PWR.
DEFINISI PWR

Pulangan wang panjar sebanyak RM1,000.00:


(tutup panjar)

Dt Bank-JANM 1,000.00
Kt Akaun Panjar (01101) 1,000.00

PTJ JANM

PULANG
BALIK
HAD PWR
Peringkat PTJ PENJELASAN HAD APUNGAN
KEMENTERIAN PTJ yang terletak di RM5,000.00
Kementerian. Contoh
Bahagian Kewangan KPM.
IBU PEJABAT PTJ yang terletak di Ibu RM3,000.00
JABATAN Pejabat Jabatan. Contoh
Bahagian Kewangan JIM.
NEGERI PTJ yang terletak di Ibu RM2,000.00
Negeri / Daerah dan
melapor terus kepada
Kementerian atau Ibu
Pejabat. Contoh IPK
Sabah.
DAERAH PTJ yang terletak di RM1,000.00
12
PERMOHONAN WUJUD/TAMBAH PWR:

1. SURAT PERMOHONAN - AP 112(a)


Pemohon mestilah PTJ dan dikemukakan bersama surat
sokongan dari Kementerian/JMS/Ibu Pejabat masing-masing.

2. JUSTIFIKASI KEPERLUAN - AP 112(b)

3. ANGGARAN PERBELANJAAN SEBULAN

4. BORANG GFMAS MAKLUMAT PENERIMA BAYARAN

5. REKUPMEN 6 BULAN TERDAHULU


(Bagi permohonan tambah)

6. PEJABAT PERAKAUNAN DI MANA REKUPMEN DIBUAT


PENYELENGGARAAN PWR:
APUNGAN PANJAR

Kelulusan diterima dari JANM, Pemegang Panjar perlu


menyediakan baucar bayaran apungan panjar
(dapatkan amaun apungan) melalui :

(a) Modul Baucar Bayaran Apungan Panjar di eSPKB


dengan mempertanggungkan kepada kod panjar
01101; atau

(b) Baucar bayaran apungan dengan


mempertanggungkan kepada kod panjar 251010.
PENYELENGGARAAN PWR:

APUNGAN PANJAR

Rekupmen bagi perbelanjaan seterusnya dicaj ke


vot yang berkenaan

Satu salinan baucar bayaran apungan perlu


dikemukakan ke BPOPA, JANM

Setiap Pemegang Panjar adalah dilarang untuk


mengagihkan kepada PTJ lain amaun panjar yang
diluluskan.
PENYELENGGARAAN PWR:
BAYARAN PANJAR

Pembayaran yang boleh dibuat daripada PWR adalah


perbelanjaan rasmi berdasarkan kriteria berikut :

(a) Pembayaran kecil yang segera iaitu perbelanjaan


tidak berkala / dirancang;

(b) Perbelanjaan runcit iaitu pembelian kecil-kecilan


yang tidak praktikal untuk membuat pembelian
melalui pesanan tempatan;

(c) Pembayaran tidak melebihi RM500.00 bagi setiap


resit/bil.
PENYELENGGARAAN PWR:
BAYARAN PANJAR

(d) Pembelian yang tidak dijeniskan sebagai Aset (Harta Modal


dan Inventori di bawah Kod Objek Am 30000);

(e) Pendahuluan wang tunai untuk membayar belanja


perjalanan kepada pegawai yang menggunakan
kenderaan jabatan seperti perbelanjaan minyak kereta,
bayaran tol dan bayaran meletak kereta.

Tuntutan perjalanan pegawai yang


menggunakan kenderaan sendiri adalah
TIDAK DIBENARKAN melalui PWR (AP3)!!
PENYELENGGARAAN PWR:

BAYARAN PANJAR

Pegawai yang ingin membuat pembelian menggunakan


PWR perlu mendapatkan kebenaran daripada Pemegang
Panjar untuk memastikan peruntukan sesuatu maksud
perbelanjaan adalah mencukupi SEBELUM pembelian
dibuat.

Baucar Kecil perlu digunakan untuk tujuan pembayaran


melalui PWR dan disokong dengan resit/dokumen
sokongan. Jika resit/dokumen sokongan tidak disertakan,
perlu tandatangan di ruang tepi kiri baucar kecil serta
perakuan daripada pegawai yang menuntut bayaran.
PENYELENGGARAAN PWR:

AP 113(b)(i)

• Pemegang Panjar hendaklah mendapat baucar


dengan dokumen sokongan untuk semua bayaran
daripada Panjar.

• Jika tiada, satu perakuan hendaklah diminta


daripada pegawai yang menuntut bayaran.
PENYELENGGARAAN PWR:

REKUPMEN PANJAR

Rekupmen PWR boleh dibuat lebih daripada sekali dalam


sebulan.

Pemegang Panjar hendaklah memastikan baki wang tunai


yang ada di tangan mencukupi pada setiap masa bagi
membuat bayaran.

PTJ perlu menyediakan baucar bayaran rekupmen PWR


melalui modul Baucar Bayaran Panjar Wang Runcit di
eSPKB/baucar manual dengan mempertanggungkan
kepada kod objek lanjut yang berkenaan.
PENYELENGGARAAN PWR:

REKUPMEN PANJAR

AP 113(b)(ii):
• Apabila rekupmen panjar diperlukan, baucar
bayaran bersama dengan senarai bayaran
berserta dokumen-dokumen sokongan hendaklah
dihantar kepada Pejabat Perakaunan.
• Dalam persekitaran elektronik, semua dokumen
panjar hendaklah disimpan dengan teratur dan
selamat di jabatan penyedia.
PENYELENGGARAAN PWR:

REKUPMEN PANJAR

Pemegang Panjar akan menerima bayaran rekupmen PWR


melalui Cek/EFT.

 Bagi bayaran melalui cek, Pemegang Panjar hendaklah


menunaikan cek tersebut di bank.

 Hanya pegawai yang diberi kuasa seperti di Borang AK 52 sahaja


yang dibenarkan mengesahkan dan menunaikan cek/EFT PWR.
PENYELENGGARAAN PWR:

PERTUKARAN PEGAWAI-AP 113(e)

Apabila berlaku pertukaran pegawai yang mengendalikan PWR,


satu penyata perlu disediakan bagi menunjukkan kedudukan
PWR pada masa peralihan dan ditandatangani oleh kedua-dua
pegawai yang MENYERAH dan AMBIL ALIH tugas.

Salinan penyata tersebut perlu dihantar kepada Pejabat


Perakaunan dan disalinkan kepada Pegawai Pengawal
[AP113(e)].
PENYELENGGARAAN PWR:

PEMERIKSAAN MENGEJUT-AP 309(a) & (b)

• Ketua Jabatan perlu mengadakan pemeriksaan


mengejut berkala sekurang-kurangnya sekali dalam 6
bulan wang dalam jagaan pegawai di Jabatannya.

• Segala butiran pemeriksaan hendaklah direkodkan


dan di simpan untuk pemeriksaan Lembaga Pemeriksa.
PENYELENGGARAAN PWR:

KEHILANGAN PANJAR-AP 315 & 316

Laporkan kehilangan wang kepada polis dalam tempoh 24


jam kehilangan disedari, jika ada unsur jenayah.

Sediakan Laporan Awal (LAMPIRAN J, AP) dan kemukakan


kepada Pegawai Pengawal, Ketua Setiausaha
Perbendaharaan, Ketua Audit Negara dan Akauntan Negara.

Pegawai Penyiasat dilantik dan sediakan Laporan Akhir


(LAMPIRAN K, AP) dalam tempoh 4 bulan daripada Laporan
Awal.
PENYELENGGARAAN PWR:

KEHILANGAN PANJAR-AP 322

Mohon pendahuluan daripada Kumpulan Wang


Pendahuluan Diri (Kehilangan Wang Awam (53208) untuk
menggantikan wang panjar.

Setelah kelulusan hapuskira, laraskan Pendahuluan Diri


ke kod perbelanjaan Hapuskira Kehilangan (51201)
DOKUMEN DAN REKOD PWR:

KUASA TETAP

Kuasa Tetap kepada pegawai yang mengesahkan dan


menunaikan Cek/EFT PWR di bank diberi oleh Pejabat
Perakaunan kepada Pemegang Panjar melalui Surat Kuasa
Pemungut Tunai (Borang AK 52).

Sekiranya berlaku pertukaran pegawai yang mengesahkan


pungutan tunai atau/dan pegawai yang akan menunaikan
PWR di bank, Pemegang Panjar hendaklah mengisi borang
AK 52 yang baru dan mengemukakan kepada Pejabat
Perakaunan dengan SEGERA.
DOKUMEN DAN REKOD PWR:

BUKU WANG RUNCIT


• AP 113 (d)(i):
• Tiap-tiap pegawai yang menerima panjar mestilah
menyelenggara satu buku tunai mengikut bentuk
seperti di Lampiran “A” dengan menunjukkan semua
amaun yang diterima dan dibayar. Bagi wang runcit,
format seperti dalam bentuk yang disediakan di
Lampiran “A1” hendaklah digunakan. semua baucar
mestilah dinombor dan dicatatkan pada hari ianya
dibayar.
• Buku tunai hendaklah dijumlahkan pada penghujung
hari. Dalam persekitaran elektronik, buku tunai panjar/
buku wang runcit dijana oleh sistem.
DOKUMEN DAN REKOD PWR:

BUKU WANG RUNCIT

• AP 113 (d)(i) (sambungan):

• Bayaran-bayaran dari panjar hendaklah dilaraskan


ke akaun perbelanjaan sebelum akhir tahun.
DOKUMEN DAN REKOD PWR:

BUKU WANG RUNCIT

Buku Wang Runcit perlu diselenggara bagi merekodkan


semua urusniaga terimaan dan bayaran PWR.

Buku Wang Runcit hendaklah dikemaskinikan pada


penghujung hari sekiranya terdapat sebarang transaksi
terimaan atau bayaran.

Ringkasan Penjenisan Perbelanjaan mengikut Objek Lanjut


hendaklah dicatat di Buku Wang Runcit.

Buku Wang Runcit hendaklah disemak dan ditutup pada


setiap hujung bulan.
LAMPIRAN A1
Arahan Perbendaharaan 113(d)
BUKU WANG RUNCIT

TERIMAAN BAYARAN
No.
No. Baucar Kod
Tarikh Baucar Butir-Butir Jumlah Tarikh Wang Butir-butir Perbelanjaan Jumlah
Runcit
RM Sen RM Sen
(Kew 249A)

BUKU WANG RUNCIT

TERIMAAN BAYARAN

Baucar
Baucar
Wang Pos dan Pengangkutan
Tarikh Butir-butir Perbendaharan Jumlah Tarikh Butir-butir dan Perjalanan Lain-lain Jumlah
No. Runcit Telegram
No.

RM Sen RM Sen RM Sen RM Sen RM Sen


DOKUMEN DAN REKOD PWR:

BAUCAR KECIL
Setiap resit/dokumen sokongan asal tidak boleh dipecah
kecilkan amaunnya di dalam membuat tuntutan PWR.
Oleh itu, setiap satu resit/dokumen sokongan asal hanya
boleh dibayar melalui satu Baucar Kecil sahaja.

Satu Baucar Kecil boleh disokong dengan beberapa


resit/dokumen sokongan asal dengan syarat:

(a) Pembayaran dibuat hanya kepada seorang pegawai


yang menuntut PWR; dan

(b) Amaun setiap satu resit/dokumen sokongan tidak


melebihi RM500.00.
DOKUMEN DAN REKOD PWR:

BAUCAR KECIL

Pembayaran PWR melalui satu Baucar Kecil boleh


dipertanggungkan kepada beberapa kod perbelanjaan.
Setiap kod perbelanjaan dan amaun yang hendak
dipertanggungkan hendaklah dicatatkan di Baucar Kecil.

Butir-butir resit/dokumen sokongan seperti tarikh, nombor


rujukan dan amaun perlu dicatat di Baucar Kecil.
PERMOHONAN KURANG/TUTUP PWR:

DOKUMEN KURANG PWR DOKUMEN TUTUP PWR


Surat permohonan ke JANM yang Surat permohonan ke JANM
mengandungi maklumat berikut: yang mengandungi maklumat
berikut:
i. Justifikasi permohonan
mengurangkan PWR/Surat i. Justifikasi permohonan
Arahan Pengurangan PWR; menutup
ii. Kod Jabatan/PTJ; PWR/Surat Arahan Penutupan
iii. Kod Vendor; PWR;
iv. Kod Pejabat Perakaunan; dan ii. Kod Jabatan/PTJ;
iv. Sokongan daripada iii. Kod Vendor
Kementerian/Ibu iii. Kod Pejabat Perakaunan;
Pejabat PTJ yang memohon. dan
iv. Sokongan daripada
Kementerian/Ibu
Pejabat PTJ yang memohon
36
PERMOHONAN KURANG/TUTUP PWR:

 Setelah kelulusan JANM diperolehi, tindakan-tindakan


berikut hendaklah dilakukan:

i. Pastikan semua rekupmen dibuat supaya amaun


apungan PWR bersamaan dengan jumlah PWR yang
diluluskan.
ii. Sediakan Penyata Pemungut berdasarkan amaun
yang hendak dikurangkan /amaun diluluskan dan
diakaunkan ke dalam kod panjar 01101 atau
251010.
iii. Masukkan wang PWR ke dalam Akaun Bank
Terimaan Pejabat Perakaunan di mana rekupmen
dibuat.
37
PERMOHONAN KURANG/TUTUP PWR:

 Setelah amaun PWR dimasukkan ke dalam Akaun Bank


Terimaan Pejabat Perakaunan, Pemegang Panjar
hendaklah mengemukakan JANM dokumen seperti
berikut:

a) Salinan Penyata Pemungut dengan cetakan terimaan


bank dan ditandatangani oleh pegawai Peraku II;

b) Laporan FBL1N yang mempunyai baki terkini selepas


pengurangan PWR dan yang berbaki sifar (0) bagi
penutupan PWR; dan

38
PENUTUPAN AKHIR TAHUN PWR:

AP 113(f):

 Pada penghujung tahun semua pemegang panjar


hendaklah mengemukakan satu Sijil Perakuan Panjar
bersama-sama rekupmen terakhir bagi tahun
tersebut kepada Akauntan Negara Atau Akauntan
Negeri atau Bendahari Negeri dengan satu
salinan kepada Ketua Audit Negara.

 Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit perlu dikemukakan


bersama-sama rekupmen akhir ke Pejabat Perakaunan
di mana rekupmen dibuat dan apungan berada.

39
PENUTUPAN AKHIR TAHUN PWR:

Bayaran-bayaran daripada PWR hendaklah dilaraskan ke akaun


perbelanjaan sebelum akhir tahun kewangan.

Rekupmen bagi perbelanjaan sebelum bulan Disember


hendaklah diselesaikan sebelum tarikh akhir penyerahan baucar
bayaran ke Pejabat Perakaunan. Hanya rekupmen bagi
perbelanjaan bulan Disember sahaja dibenarkan dalam tempoh
AKB.

Walau bagaimanapun, jumlah rekupmen yang dibuat di dalam


tempoh AKB tidak boleh melebihi amaun apungan PWR yang
diluluskan.

Sekiranya melebihi apungan, laporan akan menunjukkan baki


panjar adalah negatif.
PENUTUPAN AKHIR TAHUN PWR:

Rekupmen terakhir yang belum ditunaikan bagi sesuatu


tahun kewangan perlu dicatatkan di Sijil Perakuan Panjar
Wang Runcit.

Buku Wang Runcit mesti ditutup selewat-lewatnya pada 31


Disember pada setiap tahun kewangan.

42
TEGURAN AUDIT:

PWR tidak direkup dalam tahun semasa.

Tuntutan perbelanjaan melebihi had yang dibenarkan oleh


SPP Bil. 2 Tahun 2002

Dokumen sokongan tidak lengkap


- tidak kemukakan sijil perakuan panjar
- tidak ditandatangani

Kehilangan PWR tidak diambil tindakan

Perbelanjaan yang tidak sesuai dibuat melalu PWR

43
Sebarang masalah, sila hubungi:
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
BAHAGIAN PERKHIDMATAN OPERASI PUSAT & AGENSI
SEKSYEN PERAKAUNAN AMANAH
UNIT PENGURUSAN PANJAR
panjar@anm.gov.my
ARAS 3, NO 1, PERSIARAN PERDANA
KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, PRESINT 2
62594 PUTRAJAYA
PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI :
MOHD AFANDI BIN HAMZAH 8882 1496
Ketua Penolong Pengarah
fandi.hamzah@anm.gov.my

AZMALIZA BINTI IDRIS 8882 1564


Penolong Pengarah Kanan
azmaliza@anm.gov.my

FADZLI BIN MAT ARIFIN 8882 1569


Penolong Akauntan
fazli@anm.gov.my

MOHD FAIZUL BIN SOHAR 8882 1550


Pembantu Akauntan
faizul.sohar@anm.gov.my

Anda mungkin juga menyukai