Anda di halaman 1dari 16

Krisis Ekonomi Global

Krisis ekonomi global merujuk kepada keadaan yang berlaku


atas satu sebab, aktiviti ekonomi bagi sesebuah negara
merosot hingga beberapa bulan.
Ia berkait rapat dengan masalah lain dalam mikroekonomi
iaitu pengurangan dan juga inflasi;
Kejatuhan dalam pasaran saham dan matawang; pelabur
asing hilang keyakinan mereka terhadap sesebuah negara.
Andrew Crockett (1997) mentakrifkan ketidakstabilan
kewangan atau krisis kewangan sebagai keadaan yang prestasi
ekonomi boleh dilemahkan oleh turun naik harga asal
kewangan atau kemampuan pengantara kewangan untuk
memenuhi obligasi berkontrak.
DEFINISI EKONOMI MALAYSIA &
KEWANGAN GLOBAL
Sejak tahun 1997, Ekonomi Malaysia telah
mengalami pasang surut beberapa kali
disebabkan oleh pelbagai faktor yang
sebahagian besarnya berpunca daripada faktor
luaran memandangkan Malaysia mengamalkan
konsep ekonomi terbuka.
Faktor-faktor terjadinya krisis ekonomi
Peranan spekulator mata wang.
Pada amnya, semua orang bersetuju bahawa krisis kewangan
di rantau ini adalah disebabkan mainan spekulator mata
wang. Ini dibuktikan dengan pengaliran keluar kira-kira
AS$115 bilion dari lima negara utama yang mengalami krisis
(Korea, Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia) sejak
bermula krisis sehingga September 1998.
George Soros merupakan spekulator mata wang yang
dikaitkan dengan faktor ini. Perdana menteri Malaysia telah
menyebut beliau sebagai antara penyangak mata wang dunia
yang berniat jahat untuk memporak-perandakan ekonomi
negara-negara miskin dan sedang membangun khususnya
Asean.
Faktor-faktor terjadinya krisis ekonomi
Krisis keyakinan dan kesan penularan.

Faktor teknikal yang juga perlu diambil kira walaupun sukar untuk dikuantitikan tetapi
mempunyai kesan yang besar terhadap permintaan dan penawaran sesuatu mata
wang. Faktor teknikal yang dianggap penting dan memerlukan huraian ialah keyakinan
oleh pihak pedagang mata wang dan pelabur terhadap sesuatu mata wang yang
diniagakan. Faktor keyakinan ini selalunya dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan
politik sesuatu negara yang mata wangnya terlibat.

Sekiranya keadaan ekonomi dan politik sesebuah negara itu kurang meyakinkan, para
pelabur, pedagang ataupun spekulator akan menjual mata wang negara tersebut di
pasaran. Ini adalah realiti apa yang telah berlaku ke atas negara-negara di Asia.
Disebabkan dasar-dasar ekonomi dan politik yang tidak disenangi ini membuatkan
para pelabur hilang keyakinan terhadap mata wang negara-negara tersebut. Oleh
sebab itu, mereka bertindak tidak akan memegang mata wang tersebut, sebaliknya
akan menjualnya. Jadi soal keyakinan terhadap faktor-faktor politik dan ekonomi boleh
mempengaruhi perdagangan pasaran terutamanya kepada pedagang, pelabur dan
spekulator terhadap aliran kadar pertukaran sesuatu mata wang
Faktor-faktor terjadinya krisis ekonomi
Integrasi dalam pasaran sejagat.

Perkembangan pesat teknologi maklumat mutakhir ini mendekatkan


sesebuah negara dengan negara lain. Era globalisasi atau dikaitkan
dengan dunia tanpa sempadan turut menjadi penyumbang kepada
krisis ini. Ia bagaikan satu kemestian arus dunia menuntut semua
negara berintegrasi dalam sistem ekonomi global. Lantas tanpa
persediaan yang rapi negara-negara sedang membangun termasuk di
Asia ini terpaksa mengikut arus ini.
Pasaran mata wang global dalam sistem tersebut hampir RM 10 trilion
sehari dagangannya dengan berbilion-bilion lagi menyerapi pasaran
saham dan pasaran bon.
Andai kata tiba-tiba pelabur berebut-rebut lari keluar, maka negara-
negara besar dan kecil yang telah mengintegrasikan diri kepada sistem
global itu akan menanggung kesannya yang amat parah.
Faktor-faktor terjadinya krisis ekonomi
Kelemahan polisi ekonomi dalaman.
Menyalahkan orang lain semata-mata tanpa melihat
kelemahan diri sendiri merupakan satu tindakan
yang kurang tepat. Para pemimpin negara yang
menjadi mangsa krisis lebih suka menuding jari
kepada spekulator semata-mata kononnya
meruntuhkan sistem ekonomi yang mereka bina
selama ini. Walhal para pedagang mata wang ini
merupakan golongan yang oportunis terhadap
peluang-peluang pelaburan yang dapat memberi
keuntungan lumayan kepada mereka.
GARIS MASA KRISIS EKONOMI DI
MALAYSIA
TAHUN 1997
Bermula pada Julai 1997 di Thailand, dan mempengaruhi mata wang,
bursa saham dan harga aset yang lain di beberapa negara Asia.
Pakar ekonomi telah berpendapat bahawa negeri China merupakan
penyumbang krisis.
Krisis ini telah mempengaruhi mata wang, pasaran saham dan harga
aset beberapa ekonomi Asia Tenggara.

TAHUN 2008
Krisis ini terjadi dan beberapa peristiwa yang berlaku telah membawa
kepada kegawatan ekonomi di seluruh dunia.
Hal ini telah menyebabkan harga minyak tinggi dan sekali gus harga
makanan tinggi.
Pada awal tahun 2008, ramai pemerhati percaya bahawa kemelesetan
sudah melanda Amerika Syarikat.
GARIS MASA KRISIS EKONOMI DI
MALAYSIA
Sejak bulan Julai 1997, nilai ringgit telah jatuh dengan
ketaranya. Dari RM2.50 kepada satu dolar AS, ringgit turun
nilai kepada RM4.16 (8 Julai 1998) kepada satu dolar AS.
Sebaliknya dolar AS mengukuh sebanyak 66 peratus
berbanding dengan ringgit. Kejatuhan dalam mata wang
adalah berkait rapat dengan kejatuhan di bursa saham. Indek
Komposit Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) umpamanya
menjunam daripada paras tertinggi 1271 pada 25 Februari
1997 kepada 262.7 mata pada 1 September 1998. Nilai
pasaran ini merosot melebihi dua pertiga daripada mata
tertinggi tersebut, iaitu daripada RM917 bilion kepada
RM181.5 bilion pada tempoh yang sama menyebabkan
kerugian melebihi RM700 bilion dalam pasaran sahamnya.
GARIS MASA KRISIS EKONOMI DI
MALAYSIA
Setelah rantau Asia dilanda krisis kewangan dengan
teruknya, pelbagai langkah pemulihan telah dilaksanakan
untuk merangsang semula aktiviti ekonomi negara
masing-masing.
Menurut Prof. Fabrizio Onida, salah seorang pakar ahli
ekonomi antarabangsa, Malaysia bersama-sama dengan
Korea Selatan dan Negara Thai merupakan antara negara
yang paling cepat keluar dari perangkap krisis ekonomi.
Antara sebab yang menyebabkan ekonomi Malaysia pulih
dengan cepat ialah terdapatnya bahan asas yang
mencukupi untuk menampung pertumbuhan ekonomi.
GARIS MASA KRISIS EKONOMI DI
MALAYSIA
Bahan asas ini termasuk :
1) Kadar tabungan yang tinggi
2) Usaha kerajaan dalam menyediakan satu suasana yang
sesuai untuk pelaburan dan pertumbuhan perniagaan
baru, contohnya pembangunan kemudahan infrastruktur
dan cutting of bureaucratic red tape.
3) Guna tenaga yang berkualiti tinggi yang telah
membuka jalan kepada penyesuian yang cepat terhadap
sebarang perubahan isu dan teknologi semasa.
4) Tingkatnya integrasi di rantau Asia yang membawa
kepada pembaikan dari segi perdagangan dan pelaburan
intra kawasan.
PUNCA KRISIS EKONOMI AMERIKA
SYARIKAT
• Lambakan hutang tidak berbayar sehingga
menjejaskan kecairan tunai institusi kewangan
di negara Amerika Syarikat.
• Krisis harga makanan dunia.
• Kecairan mata wang yang ketat.
Kesan Krisis Ekonomi Global terhadap
Malaysia
Kesan Krisis Ekonomi Global terhadap
Malaysia
Kesan Krisis Ekonomi Global terhadap
Malaysia
Kesan Krisis Ekonomi Global terhadap
Malaysia