Anda di halaman 1dari 30

JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

IPG KAMPUS DARUL AMAN


INTERAKSI 7
Tajuk:Terapi Seni

 Konsep terapi seni


 Prinsip terapi seni
 Prosedur pelaksanaan
PENGENALAN
 Pendekatan terapi seni menggunakan
pelbagai bahantara seni dalam
menghasilkan imej kesan daripada proses
kreatif serta menghormati gerak balas
klien yang menghasilkan produk seni
sebagai refleksi kepada perkembangan,
kemahiran sosial, menyelesaikan masalah,
mereda dan mengurangkan kebimbangan,
membantu menghadapi realiti serta dapat
meningkatkan harga diri
PENGENALAN
 Terapi seni bukan medan melahirkan
pelukis profesional
 Bukan bertujuan untuk mencari keindahan
atau nilai estetika bagi setiap kerja seni
klien.
 Satu aspek yang sangat penting menerusi
penggunaan pendekatan terapi seni adalah
aspek keseronokan.
SEJARAH
 Bidang terapi seni adalah kaedah rawatan
psikologikal dan fizikal yang telah digunakan
dengan meluas dalam banyak budaya
terutamanya dalam kalangan masyarakat
purba

 Di Mesir, tulisan dan lukisan hieroglifik yang


memaparkan lukisan dalam bentuk objek
yang melibatkan visual imej binatang, alam
cakerawala, kisah-kisah kehidupan manusia di
zaman silam
SEJARAH
 Penggunaan bahan lukisan dalam bidang
perubatan psikiatri moden telah mula
digunakan pada tahun 1872 oleh Ambroise
Tardieu seorang pakar psikiatri Perancis
yang memaparkan gambaran keadaan status
mental dalam kalangan pesakit-pesakit
mental

 Pada tahun 1876 & 1888, Paul Max Simon


seorang doktor pakar psikiatri telah
menghimpun dan menerbitkan lukisan2 yang
dihasilkan oleh pesakit-pesakit mental
SEJARAH
 Kemunculan dan perkembangan terapi seni
hanya bermula pada akhir kurun ke-20 yang
dipelopori oleh Freud dan Jung

 Freud mengutarakan hubungkait antara


gangguan mental dengan mekanisme helah bela
diri, mimpi dan simbol dalam terapi seni

 Jung mengutarakan gagasan imaginasi aktif dan


hubungannya dengan mimpi dan simbolism
pada dekat 1920an
SEJARAH
 Margaret Naumberg meneruskan legasi Freud

 Naumberg melihat ekspresi visual atau luahan


melalui bahantara seni sebagai satu cara untuk
menzahirkan pengalaman-pengalaman bawah
sedar seperti mimpi dan bayangan minda

 Bagi Naumberg luahan ekspresi melalui seni


adalah suatu bentuk ekspresi semulajadi yang
dilihat sebagai satu bentuk komunikasi
simbolik
SEJARAH
 Naumberg percaya bahawa dengan mencipta seni, ia
adalah sebahagian daripada proses terapeutik di mana
maksud simbolik kesan daripada menghasilkan imej seni
dapat difahami

 Gagasan Naumberg amat berkaitan dengan teori


psikoanalisa di mana rawatan bergantung kepada
perkembangan perhubungan transference dan usaha
berterusan untuk mendapatkan interpretasi pesakit
terhadap unsur atau aspek simbolik melalui seni yang
dihasilkan

 Imej yang dihasilkan adalah suatu bentuk komunikasi di


antara pesakit dan terapis dan ia merupakan pertuturan
simbolik
Margaret Naumberg
Definisi
 Terapi seni adalah suatu profesion
kesihatan mental yang menggunakan
proses kreatif dalam lukisan untuk
menambahbaik dan menyempurnakan
fizikal, mental dan emosi di bawah semua
peringkat umur.
(American Art Therapy Association)
Definisi
 Terapi seni sebagai satu kaedah psikoterapi yang
membolehkan ekspresi emosi dan rawatan berlaku
melalui kaedah tanpa lisan. (Canadian Art Therapy
Association )

 Karkou dan Sanderson (2006)mendefinisikan terapi


seni sebagai penggunaan bahantara untuk ekspresi
kendiri dan refleksi klien bersama terapis. Matlamat
utama terapis adalah untuk membolehkan perubahan
berlaku pada diri klien dan klien tumbuh secara
personal melalui penggunaan bahantara seni dalam
keadaan yang selamat.
KONSEP
 Terapi + Seni = ?
 Terapi seni adalah gabungan terapi dan
seni, dan seni dan psikologi.
 Terapi seni adalah berasaskan kepercayaan
atas proses kreatif yang melibatkan
ekspresi kendiri secara artistik dapat
menolong orang untuk menyelesaikan
konflik dan masalah, meningkatkan
penghargaan kendiri, kesedaran diri serta
persepsi dalaman.
KONSEP
 Terapi seni mengintegrasikan bidang
perkembangan manusia, seni visual dan
proses kreatif dengan model-model
kaunseling dan psikoterapi.

 Suatu bentuk terapi ekspresif yang


menggunakan media warna, kapur, pensel
dan marker, gambar
KONSEP
 Kaunselor menggunakan lukisan dan proses
seni untuk mendiagnosis dan merawat klien
yang menghadapi gangguan mental, kognitif,
fizikal dan perkembangan potensi.

 Integrasi terapi seni dengan


psikoterapi,melukis boleh menjadi proses
pemulihan dan produk seni dihasilkan yang
memberi komunikasi maklumat yang relevan
untuk terapi adalah penting.
KONSEP
 Pendekatan art therapy telah digunakan
dengan meluas dalam bidang bantuan
menolong, kesihatan, psikologi dan
kaunseling sebagai medium luahan
penterjemahan minda bawah sedar.
PRINSIP
 Pendekatan art therapy merupakan satu
pendekatan untuk membantu individu
berhubung dengan konflik emosional agar
mereka sedar tentang apa yang mereka
rasai dan seterusnya dapat berhubung
dengan masalah dalam dan luaran diri
mereka (Sharf, 2008)
PRINSIP
 Art therapy memberi peluang kepada individu
untuk menggambarkan imej yang berada dalam
minda bawah sedar mereka yang tidak boleh
digambarkan secara verbal.

 Malchiodi (1998) menjelaskan bahawa art


therapy digunakan untuk meneroka inner
experience iaitu perasaan, pandangan dan
imaginasi. Penekanan adalah kepada luahan
imej yang datang dari dalam diri individu
berbanding dengan apa yang individu lihat pada
dunia luar.
PRINSIP
 Art therapy merupakan gabungan dua
disiplin iaitu art dan psikologi. Aspek
visual art, proses kreatif, perkembangan
manusia, tingkah laku, personaliti dan
kesihatan mental merupakan perkara
penting dalam ruang lingkup definisi art
therapy (Malchiodi, 1998).
PRINSIP
 Aktiviti melakar, melukis, dan mewarna
isu-isu psikososial secara visual mampu
merawat kesihatan mental klien. Selain
itu, aktiviti tersebut dapat meningkatkan
proses pemulihan dengan meredakan
tekanan dan membolehkan klien
membentuk kemahiran-kemahiran daya
tindak dengan tekanan yang dialami (Mohd
Makzan Musa, 2009).
PRINSIP
 Imej dapat memberi maklumat,
membentuk kefahaman, meluahkan
ekspresi dan memindahkan pemikiran,
perasaan dan tindakan (Horowitz, 1983
dalam Tripp, 2007)
PRINSIP
 Malchiodi (2007) mentakrifkan art therapy
kepada dua kategori. Kategori pertama
ialah kepercayaan terhadap inherent healing
power yang berlaku semasa proses kreatif
dalam art making. Proses kreatif ini adalah
satu proses terapeutik yang menjadi
pengalaman untuk meningkatkan kesihatan
ke arah perkembangan diri.
PRINSIP
 Kategori kedua ialah art therapy sebagai
satu proses komunikasi simbolik. Proses
ini merujuk kepada art psychotherapy yang
menitikberatkan proses melakar, melukis
dan ekspresi lain sebagai usaha membantu
membincangkan isu, emosi dan konflik.
PRINSIP
 Imej art yang terhasil penting untuk
mencapai celik akal. Justeru, proses art
making berperanan sebagai proses
penyembuhan (healing) dan juga berupaya
menyampaikan maklumat serta
meningkatkan komunikasi dalam sesi
terapi.
MATLAMAT
 Membantu klien menambah kefahaman
terhadap diri sendiri
 Membantu kaunselor dan klien mengenal
pasti keadaan-keadaan yang menimbulkan
kesukaran dan tekanan yang dihadapi
 Membawa kepada perubahan positif yang
dapat bertahan lama terhadap diri klien
menerusi perhubungan profesional yang
dijalinkan untuk meningkatkan kualiti
kehidupan
MATLAMAT
 Menggalakkan klien untuk berkongsi dan
meneroka kesukaran emosi, meredakan
konflik interpersonal melalui penciptaan
imej
 Membolehkan klien meluahkan perasaan-
perasaan yang tidak dapat dizahirkan
sebelum ini
PROSEDUR PELAKSANAAN
 Dilaksanakan berdasarkan matlamat
rawatan
 Kekerapan dan masa perjumpaan
 Media yang hendak digunakan
 Aktiviti yang dilaksanakan
 Cara rujukan
 Keputusan untuk penamatan
BAHANTARA TERAPI SENI
 White drawing paper
 Felt markers
 Oil pastels
 Chalk pastels
 Gunting
 Gam
 Masking tape
 Collage material – magazine,picture, glitter,
sequins, color paper, bits of cloth
BAHANTARA TERAPI SENI
 Watercolors
 Acrylic paints
 Palettes
 Air ( jug atau baldi kecil)
 Berus
 Clay
 Sketchbook
 Notebook