Anda di halaman 1dari 14

KURIKULUM

DAN
PENDIDIKAN

http://www.free-powerpoint-templates-design.com
KONSEP KURIKULUM
a) Kurikulum menjadi dokumentasi khas dan panduan. Kurikulum adalah daripada cadangan-
cadangan berhubung dengan matamat, objekit, ciri-ciri pelajar, pembelajaran pengalaman, isi
kandungan, kaedah, bahan dan cara penilaian.
b) Kurikulum perlu memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian yang lebih menonjol. Ini
membantu pelajar menguasai kemahiran dan isi kandungan dengan berkesan.
c) Kurikulum merupakan program pengajian yang merujuk kepada subjek yang diajar mengkut
aliran atau jurusan yang ditetapkan.
d) Kurikulum membentik pengalaman penbelajaran yang terancang. la bukan hanya
membolehkan pelajar mencari ilmu, tetapi juga mencari dan mendapat pengalaman.
e) Selain itu, ia juga mempunyai konsep tersirat. Semasa pelajar melalui pembelaaran terancang,
pelajar akan memperolehi nilai-niai sampingan memholehkan anak menjadi CTHNYA: interaksi
dan komunikas lebih matang dan dewasa serta belajar nilai dan etika dalam kehidupan
masyarakat.
MAKSUD KURIKULUM
• Secara etimologis istilah kurikulum berasal dari bahasa Yunani yaitu curir yang artinya “pelari”
dan curere yang berarti ”tempat berpacu”. Istilah kurikulum berasal dari dunia olahraga,
terutama dalam bidang atletik pada zaman romawi kuno di Yunani.

• Dalam bahasa prancis istilah kurikulum berasal dari kata courier yang berarti berlari. Kurikulum
berarti suatu jarak yang harus ditempuh oleh seorang pelari dari garis start sampai dengan
garis finish untuk memperoleh medali atau penghargaan. Jarak yang harus ditempuh tersebut
kemudian diubah menjadi program sekolah dan semua orang yang terlibat didalamnya.
Program tersebut berisi mata pelajaran yang harus ditempuh oleh peserta didik selama kurun
waktu tertentu.

• Kurikulum juga dapat diartikan sebagai seperangkat rencana dan pengaturan mengenai tujuan,
kompetensi dasar, materi standar, dan hasil belajar, serta cara yang digunakan sebagai
pedoman penyelenggaraan kegiatan pembelajaran untuk mencapai kompetensi dasar dan
tujuan Pendidikan.
JENIS JENIS KURIKULUM
KURIKULUM
KURIKULUM KURIKULUM
IDEAL RASMI

KURIKULUM KURIKULUM KURIKULUM


FORMAL TERAS OPERASI

KURIKULUM KURIKULUM
INTEGRASI AKTIVITI
KURIKULUM IDEAL
• Kurikulum ideal ialah kurikulum yang digubal dan dibentuk berlandaskan pedagogi, psikologi dan teori
kurikulum.

• Kurikulum Ideal mengandungi unsur – unsur utama yang terdapat dalam falsafah dan matlamat
pendidikan Negara, kehendak dan aspirasi masyarakat.

• Komponen – komponen yang terdapat dalam kurikulum ideal antaranya ialah Matlamat dan Tujuan
Kurikulum, Sukatan Pelajaran dan Huraiannya, Bahan – Bahan Pelajaran termasuk Buku Panduan
Guru, Sistem Pelaksanaan dan Penilaian Kurikulum. Kurikulum idea dibentuk oleh pakar kurikulum
dengan merujuk kepada pandangan – pandangan orang yang terlibat dalam sistem pendidikan
persekolahan termasuk ahli – ahli pendidikan tinggi.

KURIKULUM OPERASI
• Kurikulum operasi adalah merujuk kepada ringkasan mengajar yang disediakan oleh guru,
mengikut jadual waktu sekolah dan sukatan pelajaran yang terkandung dalam kurikulum
rasmi atau kurikulum formal.
KURIKULUM RASMI
• Di Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum adalah bertanggungjawab mengubal
dan membentuk kurikulum rasmi bagi sekolah rendah dan sekolah menengah
seperti KBSR dan KBSM.
• Kurikulum rasmi menjadi panduan asas untuk penulisan buku teks, persediaan
ringkasan mengajar, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta panduan dalam
setiap peringkat persekolahan kebangsaan.

KURIKULUM FORMAL
• Kurikulum formal adalah berlandaskan matlamat pendidikan negara dan mengandungi
segala isi pengajaran dan pembelajaran serta penilaian di dalam bilik darjah, termasuk
aktiviti – aktiviti kokurikulum yang merujuk kepada aktiviti – aktiviti persatuan, kelab,
permainan dan unit beruniform.
• Kurikulum formal merangkumi kurikulum akademik yang dilaksanakan melalui kurikulum
pengajaran dan kurikulum operasi.
• Penggubalan kurikulum ini adalah diuruskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Negara.
KURIKULUM TERAS
• Kurikulum teras dibentuk berlandaskan kurikulum roda yang mula digunakan pada awal abad
ke-20.
• Pembentukan kurikulum ini ialah menggabungjalinkan satu demi satu tema agar menjadi
perhubungan baru di antara mata pelajaran.
• Kurikulum teras mengutamakan perkembangan individu dan keperluan masyarakat. Masa
pengajaran diperuntukkan kira – kira 40% bagi mengajar mata pelajaran teras manakala
masa yang lain adalah digunakan bagi mengajar mata pelajaran pilihan. Oleh itu, setiap
pelajar wajib mengambil pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sains, Pendidikan Islam dan Sejarah.

KURIKULUM INTEGRASI
• Kurikulum Integrasi ialah kurikulum penyerapan atau kurikulum mata pelajaran gabungan.
Kurikulum ini menggabungkan beberapa mata pelajaran yang berkaitan dan menghasilkan
mata pelajaran baru. Contohnya mata pelajaran Kajian Tempatan dalam KBSR adalah
merangkumi unsur – unsur sejarah, geografi dan kewarganegaraan.Mata pelajaran Sains
KBSM pula merangkumi mata pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi.
KURIKULUM AKTIVITI
Kurikulum aktiviti pula dikenali sebagai kurikulum pengalaman atau kurikulum
berpusatan pelajar kerana kurikulum aktiviti adalah dirancang dan dibentuk
berlandaskan minat dan keperluan. Ciri – ciri kurikulum aktiviti ialah:

(a) Aktiviti digunakan sebagai pusat kurikulum. Isi pelajaran dihadkan kepada
pengalaman harian pelajar memerlukan pelajar belajar melalui kaedah praktik iaitu
belajar daripada kehidupan seharian dan pengalaman diri sendiri.

(b) Isi kandungan kurikulum adalah dipilih berdasarkan minat dan keperluan pelajar
serta mengikut perbezaan individu.

(c) Bentuk mata pelajaran diubah dengan menjadi bentuk sintesis sebagai tugasan dan
aktiviti.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KURIKULUM
 DASAR NEGARA

Dasar negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan
KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam dasar negara. Di antara perubahan-
perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua kurikulum tersebut ialah :

1. Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan
keseimbangan.
2. Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni.
3. Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
4. Pendidikan umum diperkenalkan.
5. Pendidikan teknik dan vokasional.
6. Bahasa merentasi kurikulum.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KURIKULUM
 FAKTOR BUDAYA
Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah
juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai- nilai sosial yang diperlukan
dalam dan luar negara diserapkan. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan
perubahan sosial agar nilai- nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus
pembangunan (Mohammad Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin, 1994).

 FAKTOR KEPERLUAN SEMASA/KESELAMATAN


Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas yang melibatkan
keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum
yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar
kehendak dan keperluannya sebagai murid dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna,
kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkumi intelek,
jasmani, rohani dan sosial( Ee Ah Meng, 1995).
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KURIKULUM
 FAKTOR PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan


perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya
mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa
dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hida Taba (1962) : "Technology has changed
and is changing not only the face of the earth and the institutions of our society, but man
itself "
PERANAN GURU DALAM
PERLAKSANAAN KURIKULUM
 PENTAFSIR
I. Kurikulum dibentuk berdasarkan objektif yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlulah membaca
dan mentafsir objektif yang telah digariskan dengan cemerlang.
II. Buku Panduan Khas yang memperincikan perkara penting untuk setiap subjek seperti
objektif, unit pembelajaran, kemahiran, strategi, aktiviti dan bahan sumber perlu ditafsir dan
dijadikan panduan asas menyediakan rancangan pembelajaran.
III. Dengan ini, guru akan fokus kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
menjurus kepada kehendak kurikulum. Contohnya, seorang guru Bahasa Melayu yang
memahami dan mentafsir objektif yang digariskan dengan baik akan dapat menyediakan
rancangan pembelajaran yang bersesuaian dengan kemahiran dan bahan sumber yang
telah ditetapkan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan untuk tajuk atau subtopik
yang diajar.
PERANAN GURU
DALAM PERLAKSANAAN
KURIKULUM

 PERANCANG
Guru merancang segala proses pengajaran dan pembelajaran dan
semua aktiviti yang dijalankan di sekolah selaras dengan kehendak
kurikulum. Sebagai contoh, guru perlu merancang untuk menerapkan
nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan
pelajar yang memiliki nilai selari dengan enam tunjang dalam Standard
Kurikulum.
PERANAN GURU
DALAM PERLAKSANAAN
KURIKULUM

 PELAKSANA
• Guru seterusnya akan melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar.
Guru berperanan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang
selaras dengan kehendak kurikulum.
• Sebagai contoh, guru hendaklah melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT
selaras dengan kehendak kurikulum. ICT akan
dapat meningkatkan imaginasi dan kreativiti pelajar
serta memberi peluang kepada pelajar untuk belajar
secara berkesan dengan bantuan minima daripada
guru.
Modern Portfolio
Designed

Anda mungkin juga menyukai