Anda di halaman 1dari 5

MELANKOLIK DI ATAS RUMPUT

• Penulis menggunakan perkataan aku seolah-olah mewakili dirinya.


Gambaran "Aku" mungkin sedang berada di atas sebuah tanah
perkuburan atau di atas padang datar yang dipenuhi dengan padang
rumput. Penulis sedang mengenang dan membayangkan keadaan ibunya
di dalam liang lahad. Ibunya sedang tidur aman dan mengharapkan
supaya roh ibunya dalam keadaan selamat dan mengharapkan balasan
syurga Allah. Lalu disertakan beberapa maksud ayat al-Quran yang
menjanjikan balasan baik bagi orang mukmin yang taat kepada Allah
serta sanggup berkorban demi anak-anaknya. Sebagai seorang
perempuan, beliau telah melalui semua proses kehidupan daripada
waktu lahir sehinggalah dewasa membesar seperti orang lain. Melah
beliau telah bersekolah sehingga peringkat universiti, bekerja sebagai
pensyarah dan kini sudah bersara. Penulis juga memikirkan untung
nasibnya sesudah mati. Beliau sering berdoa sebelum waktu beradu
seandainya kematian menjelang tiba pada waktu tidurnya. Seterusnya
penulis mengucapkan rasa syukur kerana masih dipanjangkan usia
sekalipun sudah bersara dan menjadi orang biasa-biasa sahaja tanpa
darjat, gelaran dan harta yang banyak. Penulis sudah sedia untuk hidup
sendirian dan ditinggalkan anak-anak. Beliau juga merasakan dunia
kehidupan yang lalu umpama longgokan sampah sarap.
• Pada waktu malam beliau tersedar dari tidur dan seolah-olah sedang
berada di satu dunia asing dan terasa semacam beliau sudah mati.
Namun apabila diamat-amati, beliau tidak mati tetapi sedang berada di
kawasan tanah datar yang dipenuhi dengan rumput-rumput. Di
hadapannya ada lautan dan persekitarannya ada tanah tinggi yang juga
dipenuhi dengan rumput. Penulis melakukan ibadat daripada tengah
malam, subuh, duha hinggalah ke petang. Beliau terus berzikir sambil
mengimbau kenangan lalu. Lalu terbayang lukisan alam dihadapannya
dan terdapat lautan yang dipenuhi warna merah darah. Terbayang
korban umat Islam seluruh dunia di Palastin, Iraq, Afghanistan dan
Selatan Thailand. Cerpen ini diakhiri dengan waktu latar waktu senja
dan gambaran umat Islam bebas daripada pertumpahan darah dan
mencapai kedamaian.
• Arahan: Susun semula peristiwa-peristiwa penting di bawah mengikut urutan yang betul berdasarkan
cerpen Melankoli Di atas Rumput karya Fatimah Busu.
• A. “Aku” terbayangkan bagaimana umat Islam di Palestine, di Kota baghdad serta di Tak Bai
dizalimi dengan kejam oleh kuasa-kuasa yang tidak mahu melihat Islam berkembang.

• B. Apabila umur semakin senja “aku” merasakan kematian semakin dekat dan apa yang
diinginkannya hanyalah satu kematian yang diredhai oleh tuhan dengan melaksanakan segala amal
ibadat untuk mendapat alam barzakh yang dirahmati.

• C. Watak “aku” diberi gambaran tentang keadaan umat Islam yang dizalimi menerusi
perlambangan darah merah mewarnai sebahagian dari alam semesta “aku”.

• D. Watak “aku” yang dapat rasakan kematiannya semakin hampir berharap agar kematiannya nanti
adalah kematian yang disebabkan ajalnya sudah tiba bukannya disebabkan oleh sebab-sebab lain.

• E. Kebebasan dan keamanan yang disimbolikkan menerusi burung putih telah dimusnahkan oleh
manusia yang rakus sehingga membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa sedangkan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat berbuat apa-apa.

• F. Menerusi unsur magis diperlihatkan kebangkitan bukan hanya manusia tetapi juga haiwan pada
hari akhirat dalam suasana yang harmoni, malah mereka yang menindas umat Islam juga seperti
tentera Amerika, Israel dan Thailand turut mendapat balasan seperti menarik pedati yang dinaiki
oleh umat Islam.

• G. Watak”aku” juga diperlihatkan satu lagi peringkat iaitu alam akhirat iaitu di padang Mahsyar.
Semua mahkluk dibangkitkan untuk diadili amal kebajikan mereka.

• H. Watak “aku” menceritakan tentang cita-citanya untuk mati tanpa diratapi oleh orang lain serta
bebas dari kekotoran dan kemaksiatan di kawasan perkuburan serta terlepas dari menjadi mangsa
fitnah

• I. Watak “aku” telah bermimpi tentang alam kubur yang digambarkan suasananya, gelap, sempit,
panas, menghimpit tak ada tilam serta keseorangan semuanya ditinggalkan.

• J. Watak “aku” menceritakan tentang perjalanan hidupnya bermula dari kelahiran sehinggalah
berusia 60 tahun, melalui fasa-fasa kehidupan, punya seorang anak, berpelajaran tinggi punya
pekerjaan yang baik serta kuat beribadat
MENULIS

1. Konsep kehidupan
2. Konsep kematian

Anda mungkin juga menyukai