Pengertian wakaf
Objek wakaf
Syarat wakaf
Rukun wakaf
Pengertian wakaf
Terminologi wakaf berasal daripada perkataan Arab “waqafa” yang
bermaksud berhenti, menegah dan menahan. Dari segi istilah, wakaf telah
diberikan takrif seperti:Syed Sabiq (Fiqh al-Sunnah) – Wakaf ialah menahan
harta dan memberikan manfaatnya pada jalan Allah.
Istilah wakaf adalah berkait dengan infaq, zakat dan sedeqah. Ia adalah
termasuk dalam mafhum infaq yang disebut oleh Allah sebanyak 60 kali
dalam al-Quran. Ketiga-tiga perkara ini bermaksud memindahkan
sebahagian daripada segolongan umat Islam kepada mereka yang
memerlukan. Namun, berbanding zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam
yang memenuhi syarat-syarat tertentu dan sedeqah yang menjadi sunat yang
umum ke atas umat Islam; wakaf lebih bersifat pelengkap (complement)
kepada kedua-dua perkara tersebut. Disamping itu, apa yang disumbangkan
melalui zakat adalah tidak kekal dimana sumbangannya akan digunakan
dalam bentuk hangus, sedangkan harta wakaf adalah berbentuk produktif itu
kekal dan boleh dilaburkan dalam pelbagai bentuk untuk faedah masa
hadapan.
Objek wakaf