Anda di halaman 1dari 33

NAMA : ____________________

NO K/P : ___________________
SEKOLAH KEBANGSAAN
TAMAN SEGAR
Persetiaan Pandu Puteri

• Bahawa dengan sesungguhnya


saya berjanji dan bersetia,
dengan sedaya upaya ,
menunaikan kewajiban saya
kepada Tuhan, Raja dan
Negara saya, Malaysia,
menolong orang setiap masa
dan mematuhi undang-undang
Pandu Puteri Tunas.
Undang-Undang Pandu
Puteri Tunas
• Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran
orang yang tertua daripadanya.
• Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak
hati sahaja.

Cogan Kata Pandu Puteri Tunas

 Tolong Orang Selalu ( TOS )


 Cogan Kata ini disebut setiap kali Pandu Puteri
Tunas selesai membuat istiadat Lingkungan
Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.
Isyarat,Hormat dan Cara Berjabat
Tangan
Senyuman
• Sebagai seorang Pandu Puteri Tunas yang
menjadi lambang kemesraan dan juga
mudah mendapat sahabat , Pandu Puteri
Tunas mestilah sentiasa tersenyum. Pandu
Puteri Tunas yang selalu tersenyum akan
kelihatan menarik , kemas dan peramah.

• Banyak faedah lain yang akan anda peroleh


jika anda selalu tersenyum. Orang yang sakit,
contohnya tentu berasa kurang sakitnya jika
Pandu Puteri Tunas yang menolongnya atau
yang berada di sisinya mudah tersenyum.
Tampalkan gambar anda dengan
senyuman
yang cantik
• Tampalkan gambar anda sedang senyum
Lagu-lagu Pandu Puteri
Tunas
• Lagu Ahli Baharu
• Lagu Loceng
• Lagu Pandu Puteri Tunas
• Lagu Kumpulan
• Lagu Dunia /World Song
Lagu Dunia

Arah kita jelas ke depan


Bendera berkibar
Tidak berlipat di dunia
Harapan abadi
Bersatu untuk kebenaran
Persahabatan kukuh
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini

Yang cintakan kebenaran


Menetapkan janji
Dengan rela berjasa
Setia abadi
Kebebasan kita tepati
Bersedia sama
Untuk semua miskin dan kaya
Kita beri yang terdaya
Lagu Ahli Baharu , Lagu
Loceng , Lagu Pandu Puteri
Tunas.
Lagu Ahli Baharu
Dinyanyi oleh ahli baru dalam lingkungan

Ahli baru suka hati


Menjadi Puteri Tunas

Lagu Loceng
Dinyanyikan diakhir perjumpaan

Seruan hambaMu
Beri kami nikmat
Sepanjang hayat
Selamat tinggal (3x )

Lagu Pandu Puteri Tunas


Dinyanyikan di dalam lingkungan Pandu
Puteri

Puteri Tunas bertujuan


Menolong dan berkawan
Lagu Kumpulan

• Kesidang

• Ikut kumpulan berenam masing masing


Upacara dan Istiadat
Pandu Puteri Tunas

• Lingkungan Pandu Puteri


Tunas
• Upacara Pelantikan Pandu
Puteri Tunas
• Pow – Wow
LINGKUNGAN PANDU PUTERI TUNAS
• 1. SEBELUM MEMBUAT LINGKUNGAN

• Kakak setia akan menentukan tempat membuat


perjumpaan .

• Letakkan bendera Pandu Puteri Tunas (pennant).

• Tentukan tema kreativiti membentuk lingkungan.

• Beri masa ahli berbincang dalam kumpulan


• Setiap kumpulan berenam masuk dengan cara rekaan
mengelilingi penant /penanda dan berdiri di
sebahagian lingkungan
• 2. AHLI BAHARU
Apabila semua kumpulan berenam Pandu Puteri Tunas telah
berada dalam lingkungan , ahli baharu yang berada dalam
kumpulan akan terus masuk ke tengah lingkungan dan
duduk bertinggung di situ

LAGU PANDU PUTERI TUNAS


Semua ahli pegang tangan
Skip ke kiri dahulu nyanyi lagu ini sampai habis

PUTERI TUNAS BERTUJUAN ,


MENOLONG DAN BERKAWAN

Kemudian skip ke kanan dan nyanyi sekali lagi .

Setelah selesai ,lepas tangan , menghadap ke dalam .


• 3. SKIP KUMPULAN

• Tiap kumpulan akan masuk ke tengah untuk


menyanyikan lagu kumpulan. Mula-mula masuk berskip,
tanpa pegang tangan , dan meng’humming’ lagu
kumpulan

• NA , NA , NA, NA , NA , NA…. ( Irama Lagu Kumpulan ) .

• Setelah membentuk bulatan mengelilingi penanda, skip


ke kiri sambal nyanyi lagu kumpulan dan skip sekali lagi
ke kanan sambil menyanyikan lagu kumpulan.

4. SEMASA KELUAR
Lepas tangan dan skip
Humming lagu kumpulan
Balik ke lingkungan didahului dengan ketua
kumpulan
Kemudian kumpulan berikutnya masuk hingga selesai
kumpulan keenam
UPACARA PELANTIKAN
AHLI BAHARU

• 5. AHLI BARU

• Setelah semua kumpulan berenam selesai masuk dalam


lingkungan , ahli baharu akan bangun , berpegang
tangan dalam bulatan dan skip ke kiri sambil
menyanyikan lagu :

• AHLI BARU SUKA HATI,

• MENJADI PUTERI TUNAS

• Kemudian skip ke kanan dan menyanyikan lagu yang


sama sekali lagi.

• Akhir sekali , skip sambil humming balik ke


kumpulan asal masing-masing .
Setelah semua kumpulan selesai menjalankan aktiviti ini ,
maka secara beramai-ramai sekali lagi pegang tangan (
dalam lingkungan besar ) , skip ke kiri menyanyikan lagu
Pandu Puteri Tunas hingga selesai , skip ke
kanan menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas hingga selesai.

Setelah selesai skip dalam lingkungan besar beramai-


ramai .

Semua ahli akan berdiri tegak , membuat isyarat pandu


puteri dan berkata

“ T.O.S , T.O.S , T.O.S ”

Kedudukan tangan tegak . Ahli baharu tak perlu beri isyarat


hormat. Pemimpin boleh kata ‘’ TOS ”sekali untuk beri klu
kepada ahli untuk member hormat TOS


• 6. SETELAH SELESAI MEMBENTUK LINGKUNGAN
Kakak setia akan membuat aktiviti berikut (masih dalam
lingkungan)

• A. Memeriksa pakaian ahli tunas

• B. Mengutip yuran

• C. Memeriksa kebersihan ahli



BERSURAI
Setelah semua aktiviti dijalankan , kakak setia bolehlah
meminta ahli tunas bersurai

• Arahan : Ahli Tunas keluar baris

• Semua ahli ambil 1 langkah ke dalam pusing ke kanan


dan bergerak bebas.

• Selepas itu , aktiviti mingguan boleh dibuat mengikut


sukatan yang terdapat dalam buku kemajuan.
Pertandingan atau program khas juga boleh dijalankan.

TUTUP PERJUMPAAN MINGGUAN


Setelah selesai aktivti mingguan , pemimpin akan
menutup perjumpaan . Semua ahli berdiri dalam
lingkungan besar. Pemimpin akan beri kata-kata
aluan . Bersurai dengan nyanyi lagu Loceng Tunas
POW POW
1. Lingkungan ini diadakan untuk menyampaikan berita ,
berbincang , menilai kerja atau merancang perkara
yang khas. Lingkungan ini khas untuk ahli-ahli pasukan
sahaja. Kakak setia menjadi pengerusi dalam lingkungan
pow wow.

1. Semua Pandu Puteri Tunas duduk dengan rapat dalam


lingkungan. Ada isyarat khas untuk Pandu Puteri Tunas
jika dia hendak bercakap atau bertanya iaitu dua jari
tangan kanan diletakkan di lantai. Dalam lingkungan ini ,
Pandu Puteri Tuans juga boleh mengundi. Isyarat ‘ undi
rahsia ‘ ialah Pandu Puteri Tunas duduk dengan tangan
di belakang , tunjukkan satu jari jika bersetuju atau
genggam semua jari jika membantah. Siti Setia akan
berjalan mengelilingi lingkungan dan mengira undi.
UPACARA PELANTIKAN PANDU
PUTERI TUNAS

1. Seorang ahli baru mestilah terlebih dahulu


lulus Ujian Pra Persetiaan sebelum dilantik
menjadi seorang Pandu Puteri Tunas.
2. Istiadat ini dijalankan oleh Kakak Setia atau
Siti Setia yang berwaran . Pesuruhjaya atau
mana-mana pemimpin yang berwaran juga
boleh dijemput untuk melantik ahli baru.

Cara Pelantikan Ahli Baru


1. Istiadat Pelantikan ini dimulakan dengan
Lingkungan Pandu Puteri Tunas
2. Semua Ahli Baru memakai pakaian
seragam yang lengkap.
3. Setelah selesai istiadat Lingkungan Pandu
Puteri Tunas, Siti Setia akan membawa Ahli
Baru ke kolam ( buatan jika tiada ) yang
disediakan di satu sudut tempat
pelantikan.
4. Di kolam , Ahli Baru dipusingkan oleh Siti
Setia .
Cerita Pandu Puteri Tunas
iaitu asal Brownie dan bagaimana
nama Brownie bertukar kepada
Pandu Puteri Tunas

• Cerita Tommy dan Betty

Rumah Tommy dan Betty bersepah-sepah. Pinggan


mangkuk tidak dicuci. Baju tidak digosok. Permainan
bertaburan di atas lantai. Tommy dan Betty tidak ambil
peduli. Mereka benci mengemas rumah.
Ibu mereka merungut lalu berkata “ Kalaulah ada
Brownie, tentu rumah saya kemas. ” Tommy bertanya, “
Siapakah Brownie itu ? ” Ibunya menerangkan, “ Brownie itu
ialah seekor pari-pari kecil yang masuk ke dalam rumah
secara senyap sebelum waktu subuh. Dia mengemas
rumah, menggosok baju, membasuh pinggan dan
membuat segala kerja rumah secara rahsia.”

“ Hebat! Bagaimana kita ingin mendapatkannya?”


kata Betty kehairanan. Ibu menyuruh Betty dan Tommy pergi
ke hutan bertemu dengan burung hantu yang bijaksana.
Pada waktu malam, Tommy dan Betty keluar ke
hutan. Mereka ingin bertemu dengan burung hantu yang
bijaksana. Mereka terdengar bunyi burung hantu. Mereka
ternampak burung hantu itu di atas dahan. Mereka
memanjat pokok dan duduk di atas dahan. Burung hantu
itu memeluk mereka dengan sayapnya yang lebar.
Mereka bertanya kepada burung hantu, bagaimana untuk bertemu
dengan Brownie. Burung hantu berpesan, untuk bertemu Brownie,
mereka perlulah mencari sebuah kolam. Apabila berjumpa, mereka
perlulah mengelilingi kolam itu sebanyak tiga kali. Mereka perlu berkata
“ Pusingkan saya dan tunjukkan rupa pari-pari. Saya lihat dalam air
rupa....”

Mereka terlihat bayang-bayang mereka sendiri. Tommy dan Betty


berasa amat letih. Mereka sangat kecewa kerana tidak bertemu dengan
Brownie yang dicari. Mereka kembali berjumpa dengan burung hantu di
atas pokok.

Tommy dan Betty memberitahu burung hantu bahawa mereka


tidak berjumpa dengan Brownie. Mereka hanya nampak wajah mereka
sendiri di dalam kolam. Burung hantu yang bijaksana itu menerangkan
bahawa, Tommy dan Bettylah Brownie yang mereka cari. Merekalah
pari-pari yang perlu membantu ibu mereka di rumah.

Tommy dan Betty pulang ke rumah sambil berfikir. Merekalah yang


sepatutnya menolong ibu mereka setiap masa.

Keesokan harinya, Betty dan Tommy bangun awal pagi.


Mereka mengemas rumah, menyapu sampah, mengelap lantai dan
membantu ibu mereka menyediakan sarapan.

Ibu mereka sangat gembira dengan perubahan Tommy dan


Betty. Setiap hari mereka berbuat begitu. Akhirnya mereka
menjadi rajin dan bertanggungjawab seperti Brownie.
• Pada 1911 , Lord Baden Powell yang juga merupakan pengasas
Pengakap telah memulakan pergerakan Pandu Puteri. Kumpulan
yang pertama dimulakan diberi nama Rosebuds. Rosebuds
diibaratkan seperti sekuntum bunga yang berkembang dari kecil
hingga menjadi besar.

• Pada tahun 1915 , Lord Baden Powell telah menukar nama


kumpulan Rosebuds kepada Brownie berdasarkan sebuah cerita
lagenda yang bertajuk Brownie . Apabila beliau berkahwin , isterinya
, Lady Olave telah mengambil alih .
• Pasukan Brownie merupakan pasukan pertama yang
ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Nama
Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984.
Pada 30November 1984, Jawatankuasa Kerja
Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan
bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Tunas
Puteri.
• Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua
perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud
pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang
pokok.Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah
yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak
tunas lagi.
• Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan
yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-
sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri

• Pada tahun 2005 , nama Tunas Puteri ditukar pula


kepada Pandu Puteri Tunas sehingga kini.
T -Tolong orang selalu

U- Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan


Negara
N -Nilai hidup yang murni

A- Akhlak yang utuh

S- Selalu tersenyum tanda persahabatan

P -Patuh kepada Undang-undang Tunas Puteri

U -Utamakan tanggungjawab sendiri

T -Tabah menghadapi cabaran

E -Erat dalam perpaduan

R -Rela berkhidmat untuk masyarakat

I -Indah budi dan Bahasa


Cara pemakaian pakaian
seragam dan aksesori Pandu
Puteri Tunas dengan betul.
Kocek
Skaf
Kawan baik yang dikenali secara dekat dalam
kumpulan berenamnya dan bersahabat
dengan semua orang dalam pasukannya.
Kawan-kawan lain dalam
kumpulan berenam saya
( ________________________ )

Tampalkan
gambar kawan
berenam kamu
Berkhidmat dengan cara menolong
orang lain setiap hari.

Gambar

Nama sekolah saya : _____________________________________


Ketua berenam saya ialah : ______________________________________
Guru Pandu Puteri Tunas saya ialah : ________________________________
Kami bertemu setiap hari _____________________
Perjumpaan Pandu Puteri Tunas bermula dari pukul ___________hingga
______________
Berkhidmat dengan cara menolong
orang lain setiap hari.

Tuliskan cara kamu menolong orang lain


sepanjang minggu ini.

Tarikh Apa yang saya buat


Aktiviti Berkhidmat

Kucing berkhidmat

1. Warnakan kucing tersebut.


2. Potong dan lekatkan pada kadbod tebal.
3. Masukkan seutas tali di sebelah belakang
sebagai ekornya.
4. Setiap kali anda berkhidmat, ikatlah satu
simpulan pada ekornya.