Anda di halaman 1dari 46

Pemultipleksan (Multiplexing)

1
Pemultipleksan
 Apabila kapasiti saluran melebihi
keperluan 2 peranti yang
berkomunikasi, saluran tersebut boleh
dikongsi untuk beberapa penghantaran
serentak.
 Teknik yang digunakan untuk
membolehkan sesuatu media/saluran
dikongsi adalah pemultipleksan.

2/45
Banyak-ke-satu/Satu-ke-banyak
 Untuk sistem yang dimultipleks, n peranti
berkongsi kapasiti satu pautan (link).
 Aliran data dari beberapa sumber
digabungkan menjadi satu aliran dan dihantar
ke destinasi.
 Apabila tiba di destinasi, aliran data
dihuraikan dan dihantar ke peranti penerima
masing-masing.

3/45
 2 teknik asas:
 pemultipleksan pembahagian frekuensi
(FDM)
 pemultipleksan pembahagian masa (TDM)

4/45
Pemultipleksan Pembahagian
Frekuensi (FDM)
 Adalah teknik analog.
 Digunakan apabila lebar jalur pautan lebih
besar drp gabungan lebar jalur isyarat-isyarat
yang dihantar.
 Isyarat yang dijanakan oleh setiap peranti
dimodulasi pada frekuensi yang berbeza.
 Isyarat ini kemudian digabungkan menjadi
satu isyarat komposit.

5/45
 Terdapat jarak pemisahan (guard band)
antara frekuensi pembawa yang menghantar
isyarat yang dimodulasi untuk mengelakkan
pertindihan.
Proses FDM
 Setiap peranti (cth. telefon) menjanakan
isyarat pd frekuensi tertentu.
 Isyarat-isyarat tersebut dimodulasi kpd
frekuensi pembawa yang berbeza
menggunakan AM atau FM.
6/45
 Isyarat termodulasi digabungkan menjadi
isyarat komposit yang dihantar melalui
pautan yang mempunyai lebar jalur yang
mencukupi untuk tujuan penghantaran isyarat
tersebut.
 Dalam contoh yang diberikan, lebar jalur
yang diperlukan untuk penghantaran isyarat
komposit adalah lebih drp 3x lebar jalur
setiap isyarat yang dimodulasi + lebar jalur
untuk guard-band.

7/45
Penyahmultipleks
 Menggunakan suatu siri penapis (filter) untuk
menguraikan (decompose) isyarat yang
dimultipleks kpd isyarat individu.
 Setiap isyarat dihantar kpd pernyahmodulasi
(demodulator) yang memisahkan isyarat
tersebut drp pembawa dan menghantar
isyarat-isyarat tersebut ke peranti-peranti
penerima.

8/45
Contoh: TV kabel
 Kabel koaksial yang digunakan untuk sistem tv kabel
mempunyai lebar jalur 500 MHz.
 Satu saluran tv memerlukan lebar jalur sebanyak
6MHz ==> secara teori, terdapat 83 saluran yang
boleh dimultipleks.
 Kaedah lain yang lebih cekap adalah implementasi
FDM melalui kabel gentian optik - teknik ini
dinamakan pemultipleksan pembahagian panjang
gelombang (WDM).
 Konsep serupa seperti FDM.

9/45
Pemultipleksan Pembahagian
Masa (TDM)
 Adalah teknik digital.
 Beberapa isyarat dihantar dengan
melakukan pembahagian dan
penyisipan (interleaving).
 Terbahagi kpd 2 teknik:
 TDM segerak
 TDM tak segerak.

10/45
TDM Segerak
 Segerak di sini bermaksud pemultipleks
memperuntukkan slot masa yang sama untuk
setiap peranti, tanpa mengambil kira sama
ada peranti tersebut mempunyai data untuk
dihantar.
 Jika slot masa pertama telah diperuntukkan
untuk peranti A, maka slot tersebut tidak
boleh digunakan oleh peranti-peranti lain.

11/45
Kerangka
 Slot-slot masa digabungkan membentuk
satu kerangka.
 Satu kerangka terdiri drp satu kitaran
lengkap slot-slot masa.
 Jika sistem mempunyai n talian input,
maka setiap kerangka mengandungi n
slot.

12/45
 Jika semua peranti input yang berkongsi satu saluran
boleh menghantar data pada kadar yang sama, ini
bermakna setiap peranti diperuntukkan satu slot
masa per kerangka.
 Kadar data boleh dibezakan.

 Jika satu peranti diperuntukkan 2 slot/kerangka,


maka kadar penghantaran datanya adalah 2x lebih
pantas drp peranti yang diperuntukkan satu
slot/kerangka.
 Slot yang diperuntukkan kpd sesuatu peranti sentiasa
berada pd lokasi yang sama untuk setiap kerangka.

13/45
Penyisipan
 Data dari setiap peranti dibaca secara bergilir
oleh pemultipleks dan disisip ke dalam
kerangka.
 Giliran diberikan mengikut tertib dan pada
kadar yang ditetapkan.
 Untuk setiap giliran, peranti menghantar x
unit data kepada pemultipleks.
 Penyisipan dilakukan dalam unit bit, bait atau
unit yang lebih besar.
14/45
 Apabila tiba di destinasi, penyahmultipleks
menghuraikan kandungan kerangka dan
menghantar data berkenaan ke peranti
penerima.
 Kelemahan: oleh kerana slot diperuntukkan
secara tetap kepada suatu peranti, jika
peranti tersebut tiada data untuk dihantar,
slot berkenaan dibiarkan kosong ==>
pembaziran kapasiti saluran.

15/45
Bit rangka
 Oleh kerana slot diperuntukkan secara statik,
overhead untuk setiap kerangka adalah rendah.
 Penyahmultipleks menghantar data yang diterima
berdasarkan aturan slot.
 Faktor-faktor gangguan luaran boleh menyebabkan
masalah kekonsistenan pemasaan (timing
consistency).
 Untuk atasi masalah ini, bit-bit penyegerakan
biasanya ditambah pd permulaan kerangka.

16/45
 Bit-bit penyegerakan ini dipanggil bit
rangka (framing bits); membolehkan
penyahmultipleks mengenalpasti slot
masa dengan tepat.
 Biasanya, maklumat penyegerakan ini
terdiri drp satu bit per kerangka, bit 1
dan 0 diselangselikan.

17/45
Contoh TDM segerak
 Andaikan sebuah sistem mempunyai 4
sumber yang menggunakan pemultipleks
TDM, dan penghantaran menggunakan
penyisipan aksara.
 Setiap sumber menjanakan 250 aksara/saat,
dan setiap kerangka mengandungi 1 aksara
dari setiap sumber.
 Bermakna saluran penghantaran perlu
berkeupayaan membawa 250 kerangka/saat.

18/45
 Jika satu aksara diwakili oleh 8 bit, maka
panjang kerangka adalah (8 x 4) + 1 = 33
bit.
 Setiap sumber menjanakan (8 x 250) = 2000
bps.
 Kapasiti saluran = 250 kerangka/saat x 33
bit/kerangka = 8250 bps.
 Overhead adalah 250 bit untuk 8000 bit data.

19/45
Penyumbatan bit
 Andaikan peranti A adalah n kali lebih pantas drp
peranti B.
 A boleh diperuntukkan n slot lebih banyak drp peranti
B.
 Oleh kerana panjang satu slot masa adalah tetap,
perbezaan kadar data mestilah suatu integer.
 Jika A 2x lebih pantas drp B, untukkan A dua slot
manakala B satu slot.
 Masalah timbul jika A 2.5x lebih pantas kerana
tidak boleh untukkan slot masa yang panjangnya
0.5.

20/45
 Teknik penyumbatan bit (bit stuffing)
digunakan untuk mengatasi masalah ini.
 Pemultipleks memasukkan bit tambahan pada
aliran data peranti berkenaan supaya kadar
perbezaan kelajuan seolah-olah suatu
nombor integer.
 Andaikan A adalah 2.7x lebih pantas drp B.
 Pemultipleks akan memasukkan bit tambahan
supaya kelihatan seolah-olah A adalah 3x lebih
pantas drp B.

21/45
TDM Tak Segerak
(Pemultipleksan Pembahagian Statistik)
 Oleh kerana TDM segerak memperuntukkan
slot secara statik, kerap kali berlaku
pembaziran krn kapasiti saluran tidak
digunakan sepenuhnya.
 TDM tak segerak mengelakkan pembaziran
dgn menggunakan teknik peruntukan slot
secara dinamik dan lebih fleksibel.

22/45
 Beza drp TDM segerak: jumlah kapasiti
peranti input boleh melebihi kapasiti saluran.
 Dalam TDM tak segerak, jika terdapat n
peranti input, kerangka mengandungi m slot
di mana m<n.
 TDM tak segerak dapat menampung peranti
input yang sama seperti TDM segerak, tetapi
menggunakan kapasiti saluran yang lebih
rendah.

23/45
 Bilangan slot ditentukan berdasarkan analisa statistik
bilangan peranti input yang berkemungkinan
menghantar data pada sesuatu masa.
 Oleh kerangka slot tidak diperuntukkan secara tetap,
setiap slot yag belum digunakan boleh diberikan
kepada mana-mana peranti yang mempunyai data
yang dihantar.
 Pemultipleks mengimbas (scan) talian input dan
menerima data sehinga kerangka penuh dan
seterusnya menghantar kerangka tersebut.

24/45
 Jika jumlah data yang diterima tidak
memenuhi semua slot,
 hanya sebahagian kerangka diisi dan dihantar,
 kapasiti saluran tidak digunakan 100%, tetapi oleh
kerana slot diperuntukkan secara dinamik, maka
kemungkinan tahap pembaziran dikurangkan.
Alamat
 Apabila kerangka tiba ke destinasi,
bagaimanakah pemultipleks menentukan
peranti penerima untuk sesuatu slot?

25/45
 Setiap slot perlu mengandungi alamat peranti
penerima.
 Alamat ini ditambah oleh pemultipleks dan dibuang
oleh penyahmultipleks setelah data dibaca dan
peranti penerima dikenalpasti.
 Penambahan bit-bit alamat meningkatkan kos
overhead dan menghadkan potensi kecekapan.
 TDM tak segerak tidak menggunakan penyisipan
bit atau bait.
 Hanya cekap dan berkesan apabila saiz slot agak
besar.

26/45
Slot Panjang Masa Berubah (variable
length time slot)
 TDM tak segerak menyokong trafik dari
peranti yang berbeza kadar data
dengan mengubah panjang slot masa.
 Peranti yang pantas diberikan slot masa
yang lebih panjang.
 Bit kawalan perlu ditambah untuk
memaklumkan penyahmultipleks panjang
sesuatu slot.

27/45
Aplikasi Pemultipleksan: Sistem
Telefon
 Perkhidmatan telefon pada mulanya
menawarkan perkhidmatan analog
menggunakan rangkaian analog.
 Kemajuan teknologi memperkenalkan
rangkaian dan perkhidmatan digital.
 Kedua-dua perkhidmatan menggunakan
TDM dan FDM.

28/45
Perkhidmatan Analog
 Terbahagi kpd dua:
 perkhidmatan bersuis (switched service)
 perkhidmatan pajak (leased service)

29/45
Perkhidmatan bersuis analog
 Adalah perkhidmatan dail (dial-up service) yang
biasa digunakan di telefon.
 Menggunakan dua atau empat wayar pasangan
terpiuh yang disambung untuk menghubungkan
telefon ke rangkaian melalui exchange.
 Sambungan ini dinamakan gelung setempat
(local loop).
 Isyarat pada gelung setempat adalah analog;
lebar jalur antara 0 - 4000 Hz.

30/45
 Apabila pengguna mendail sesuatu
nombor, panggilan tersebut
disampaikan kpd suis (atau siri suis) di
exchange yang akan mengaktifkan suis
berkenaan untuk menghubungkan
talian pemanggil ke nombor yang didail.
 Suis menghubungkan kedua-dua talian
untuk tempoh masa panggilan.
31/45
Perkhidmatan Analog Pajak
 Perkhidmatan pajak membolehkan pelanggan

menyewa talian yang menyediakan saluran


tetap antara 2 lokasi.
 Juga dipanggil talian khusus (dedicated line).

 Walaupun sambungan masih perlu melalui

suis dalam rangkaian telefon, ia kelihatan


seperti satu talian kerana tidak perlu mendail.

32/45
Hierarki analog
 Untuk meningkatkan kecekapan infrastruktur,

isyarat dari talian dengan lebar jalur rendah


dimultipleks ke talian berlebar jalur tinggi.
 Talian-talian bersuis/pajak digabungkan
kepada beberapa talian berkapisiti tinggi.
 Terdapat beberapa variasi hiriaki analog yang

digunakan oleh industri telekomunikasi.

33/45
Perkhidmatan Digital
 Kelebihan: kurang terdedah kpd hingar
dan gangguan-gangguan lain.
 Dalam penghantaran analog, kedua-dua
isyarat dan hingar adalah analog, maka
sukar dibezakan.
 Dalam penghantran digital, isyarat adalah
digital tetapi gangguan adalah analog,
maka mudah dikenalpasti dan dipisahkan.

34/45
 Kelebihan lain: oleh kerana ia hanya perlu
membezakan antara dua atau tiga aras voltan
(berbanding dengan mengenalpasti isyarat dalam
julat selanjar), peralatan digital komponen elektrik
yang diperlukan tidak semahal peralatan analog.
Perkhidmatan bersuis/56
 Adalah versi digital talian bersuis analog.

 Kadar data mencapai 56 kbps.

 Kedua-dua pengguna mesti melanggan perkhidmatan


ini untuk berkomunikasi.

35/45
 Tidak perlukan modem untuk
penghantaran data, tetapi memerlukan
DSU (Digital Service Unit).
 DSU menukarkan kadar data digital
yang dihantar oleh peranti pengguna
kepada kadar 56 kbps.
 Biasanya digunakan bersama pad
pendial (dial-pad).

36/45
 Menyediakan perkhidmatan lebar jalur dituntut
(bandwidth on-demand) untuk membolehkan
pengguna mencapai kepantasan yang lebih tinggi drp
kelajuan satu talian sahaja.
Perkhidmatan Data Digital (DDS)
 Adalah versi digital talian pajak analog.
 Kelajuan maksima adalah 56 kbps, tetapi pelanggan
boleh memilih 2.4, 9.6, 19.2 atau 56 kbps.
 Perlukan DSU tetapi tidak perlukan pad pendail.

37/45
Perkhidmatan Isyarat Digital
 Adalah hiraki isyarat digital.

 Perkhidmatan DS-0 seperti DDS adalah satu


saluran digital dengan kadar 64 kbps.
 DS-1
 1.544 Mbps;
 (24 x 64) kbps + 8 kbps overhead
 boleh digunakan sbg satu perkhidmatan 1.544
Mbps, atau digunakan untuk multipleks 24 saluran
DS-0 atau sebarang kombinasi lain.

38/45
 DS-2
 6.321 Mbps;
 (96 x 64) kbps + 16 8 kbps overhead
 boleh digunakan sbg satu saluran, atau digunakan untuk multipleks
4 saluran DS-1, 96 DS-0 atau sebarang kombinasi tersebut.

 DS-3
 44.376 Mbps;
 (672 x 64) kbps + 1.368 Mbps overhead
 boleh digunakan sbg satu saluran, atau digunakan untuk multipleks
7 saluran DS-2, 28 saluran DS-1, 672 DS-0 atau sebarang
kombinasi tersebut.

39/45
 DS-4
 274.176 Mbps;
 (4032 x 64) kbps + 16.128 Mbps overhead
 boleh digunakan sbg satu saluran, atau
digunakan untuk multipleks 6 saluran DS-
3, 42 saluran DS-2, 168 saluran DS-1, 4032
DS-0 atau sebarang kombinasi tersebut.

40/45
Talian T
 Talian T digunakan untuk implementasi
perkhidmatan DS-0, DS-1 dan
seterusnya.
Perkhidma- Talian Kadar Saluran
tan (Mbps) suara
DS-1 T1 1.544 24

DS-2 T2 6.312 96

DS-3 T3 44.736 672

DS-4 T4 274.176 4032

41/45
 Talian-talian T mempunyai kapasiti yang
sepadan dengan kadar data DS-1
hingga DS-4.
 DS-0 tidak ditawarkan sebagai suatu
perkhidmatan, tetapi ditakrifkan untuk
tujuan rujukan.

42/45
Talian T untuk penghantaran analog
 Talian T adalah talian digital untuk
penghantaran data dan audio.
 Boleh juga digunakan untuk
penghantaran alanog - data perlu
disampel menggunakan TDM.
 Membolehkan 24 talian telefon
digabungkan kpd satu talian T1.

43/45
Kerangka T1
 Untuk memahami kenapa DS-1 perlukan
overhead sebanyak 8 kbps, perlu lihat format
kerangka 24-saluran-suara.
 (24 x 8 + 1) = 193 bit dibahagikan kepada 24
slot (setiap slot mengandungi 8 bit + 1 bit
penyegerakan).
 Jika T1 boleh menampung 8000 kerangka,
kadar data adalah (193 x 8000) = 1.5444
Mbps

44/45
Talian T pecahan (Fractional T lines)
 Kebanyakan pelanggan tidak perlukan
keseluruhan talian T.
 Talian pecahan membolehkan beberapa

pengguna berkongsi satu talian


menggunakan pemultipleksan.

45/45
Talian E
 Di Eropah, talian T dikenali sebagai talian
E.
 Konsep kedua-dua sistem serupa, tetapi
kapasiti berbeza.
Talian Kadar Saluran
(Mbps) suara
E1 2.048 30

E2 8.448 120

E3 34.368 480

E4 139.264 1920

46/45

Anda mungkin juga menyukai