Anda di halaman 1dari 13

ASAL USUL BAHASA MELAYU

RAMANAN A/L ELANCHELIAN


J33STM18F502
DEFINISI BAHASA
 Beberapa definisi bahasa adalah seperti berikut:

1. Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang

individu dengan individu yang lain)

2. Bahasa adalah penggunaan kod, iaitu gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaksis untuk membentuk kalimat yang

memiliki erti/maksud.

FONEM KATA SINTAKSIS KALIMAT


• Istilah ‘Melayu’ digunakan dalam pengertian yang luas dan juga yang sempit.

• Dalam pengertian luas, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan yang

secara tradisional disebut gugusan pulau-pulau Melayu, iaitu pulau-pulau yang meliputi Indonesia yang ada sekarang ini.

• Penggunaan istilah ‘Melayu’ yang lebih am ialah yang merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami di Semenanjung

Tanah Melayu, pantai timur Sumatera, Brunei dan beberapa tempat lagi yang berdekatan.
ASAL-USUL BAHASA MELAYU
• Bahasa sering dikaitkan dengan salasilah bangsa. Asal-usul orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu amat kabur kerana
sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam

• Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek
moyang orang Melayu.

• Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama
Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan menjelajah ke Selatan, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan
manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara.

• Ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi, iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto; kemudian,
kira-kira dalam tahun 1500 sebelum Masihi, datang pula gelombang yang kedua, golongan yang disebut Melayu Deutro. Mereka
ini telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara, dan telah memperlihatkan kepandaian belayar dan
bercucuk tanam.
ASAL USUL BAHASA MELAYU
• Namun, ada teori terbaharu yang menyatakan tempat asal orang Melayu ialah Pulau Borneo, dan mereka telah merebak dari
situ dalam tiga kelompok yang besar melalui tiga arah, iaitu: 1. Ke Barat, arah ke Sumatera Utara, 2. Ke timur Laut menghala ke
Kepulauan Filipina dan Taiwan, dan satu kelompok turun ke Sulawesi dan kalimantan Timur, dan 3. Ke Barat Daya, iaitu
Sumatera Selatan dan Jawa Barat.

• Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh Kepulauan Melaya dan lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-
tiap bahasa di daerah masing-masing. Walau bagaimanapun, antara bahasa yang berlainan hari ini, masih dapat dilihat unsur
persamaan

• Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga bahasa besar yang bernama keluarga
bahasa Austris.

• Di samping rumpun Austronesia, terdapat dua rumpun yang lain dalam keluarga ini, iaitu rumpun bahasa Austroasia dan rumpun
bahasa Tibet-China.

• Rumpun bahasa Austronesia pula terbahagi kepada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa di Kepulauan Melayu (atau
Nusantara), kumpulan bahasa Polinesia, antaranya bahasa Hawaii, Tonga dan Maori; kumpulan bahasa Melanesia antaranya
bahasa di kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert. Dalam bentuk rajah, cabang-cabang keluarga bahasa Austris
dan rumpun bahasa Austronesia adalah seperti yang berikut:
KELOMPOK 1
• (JAMES COLLINS DAN NOTHOFER)James Collins dan Nothofer berpendapat bahawa orang Melayudipecahkan kepada tiga,
iaitu:

1. Migrasi terawal – berpindah dari sebelah barat Pulau Borneo ke Sumatera dan berpecah terus ke utara dan menjadi orang
Melayu di Semenanjung sekarang dan ada sebahagian yang terus berpecah terus ke utara menjadi orang Champa. Dari
Champa turun balik ke Sumatera menjadi orang Acheh.

2. Migrasi ke utara - dari sebelah barat Pulau Borneo dan menjadi orang Brunei yang ada pada masa sekarang – berpusing
mengikut putaran jam terus ke utara (pantai timur) – menjadi orang ‘banjarmas’

3. Orang-orang di sebelah barat Borneo turun ke selatan menjadi orang Melayu Jakarta sekarang.
KELOMPOK 2
• (ROBERT BLUST DAN ADELAAR) Blust dan Adelaar berpendapat migrasi bermula dari sebelah barat Pulau Borneo dan hanya
berlaku sekali sahaja.

• Orang-orang Melayu berpindah ke Sumatera menjadi orang Melayu di kepulauan Sumatera dan berkembang maju sehingga
zaman Srivijaya pada abad ke-7 orang-orang Melayu sudah pandai belayar dan menguasai teknologi perdagangan dan berbalik
semula ke Pulau Borneo – Srivijaya terkenal (bukti cerita rakyat).

• Setelah orang-orang Melayu berbalik ke Pulau Borneo – menghasilkan dua jenis Melayu (Adelaar PhD, 1985) hierarki
tertinggi dipanggil Melayik yang merangkumi banyak bahasa-bahasa Melayu termasuk Iban, Kedayan dan lain-lain yang sama
dengan bahasa Melayu.
BAHASA MELAYU KUNO
• Bahasa Melayu merupakan keluarga bahasa Nusantara.

• Kegemilangannya ialah dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya, sebagai lingua franca dan bahasa

pentadbiran.

• Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

 Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

• Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.

• Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.

• Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

• Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengayaan

kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.


BAHASA KUNO
 Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

1. Pengaruh agama Hindu.

2. Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.

3. Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

 Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallava:

1. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M).

2. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M).

3. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M).

4. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686M).

5. Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
BAHASA KUNO
 Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

1. Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit.

2. Susunan ayat bersifat Melayu.

3. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan).

4. Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan).

5. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)

6. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparvuat)

7. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)

8. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)


PERALIHAN BAHASA MELAYU KUNO KE
BAHASA MELAYU KLASIK
• Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

• Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

• Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

 Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356):

1. Ditulis dalam huruf India

2. Mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit.

3. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

 Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380

1. Masih memakai abjad India

2. Buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat.
PERALIHAN BAHASA MELAYU KUNO KE
BAHASA MELAYU KLASIK
 Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

1. Ditulis dalam tulisan Jawi

2. Membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

3. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14,
muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir
perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan
BAHASA MELAYU KLASIK
 Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

1. Zaman kerajaan Melaka

2. Zaman kerajaab Acheh

3. Zaman kerajaan Johor-Riau

• Tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
BAHASA MELAYU KLASIK
 Ciri-ciri bahasa klasik:

1. Ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.

2. Banyak ayat pasif.

3. Menggunakan bahasa istana.

4. Kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih).

5. Banyak menggunakan kata pangkal ayat: sebermula, alkisah, hatta, adapun.6. Ayat songsang.7. Banyak menggunakan

partikel ‘pun’ dan ‘lah’

Anda mungkin juga menyukai