Anda di halaman 1dari 45

Syoknya udara di sini tu

yang buat aku nak lena


lagi…..
Alangkah
bahagianya
di sini…
Apa dah
Jadi?
Biarlah kubawa
diri….
Mana aku nak lari
kalau semua ais ni
cair?
Pening aku dibuatnya,
kotornya udara di sini
sesak nafasku…
Mana kita nak
lari…. yang
tinggal hanya
hutan batu aje
Aku
terkurung
di sini
Mati le kita anak –beranak
kat sini .Pokok-pokok
dah habis kena tebang.
Sumber Pencemaran
1.PENCEMARAN UDARA
i) Asap kenderaan
ii) Asap kilang
iii) Asap pembakaran sampah
secara terbuka
Pencemaran Air.
~ Punca Pencemaran.
• Pembuangan sisa domestik dan
perindustrian
• Tanah runtuh
• Penggunaan baja dan racun
serangga yang berlebihan dalam
pertanian.
KARANGAN JENIS
PERBINCANGAN
 SOALAN:
Projek pembangunan yang berterusan
menyebabkan alam sekitar terjejas.
Bincangkan.
RANGKA KARANGAN
 PENDAHULUAN ?
 ISI
1) Flora dan fauna akan terjejas
2) Sungai akan tercemar
3) Habitat alam semula jadi akan musnah
4) Ketenteraman dan keselesaan
penduduk terjejas
5) Mengakibatkan berlakunya banjir kilat
 KESIMPULAN
Pendahuluan jenis suasana
 Dahulu kawasan ini diliputi dengan
pohon menghijau
- Kini tinggal tunggul bergerigis
- Pelbagai spesies flora dan fauna
semakin pupus lantaran habitat mereka
telah dimusnahkan
- Akibat kerakusan manusia
- Keadaan semakin meruncing
Pendahuluan jenis
pendapat
 Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS),
Rosnani Ibrahim-kemerosotan kualiti
alam sekitar merupakan kos kepada
pembangunan ekonomi
 Isu ini timbul disebabkan wujudnya
konflik yang berlawanan antara
kehendak untuk memajukan ekonomi
dengan penjagaan alam sekitar.
Pendahuluan jenis definisi

 Alam sekitar ditakrifkan sebagai “Satu


ruang yang terangkum di antara dasar
lautan paling dalam dengan atmosfera
angkasa sehingga mencecah ketinggian
15 kilometer dari aras bumi yang dihuni
oleh segala makhluk bernyawa”.Litupan
ruang inilah yang biasanya dirujuk
sebagai biosfera,yang dianggap alam
sekitar bagi manusia.
Pendahuluan jenis
gabungan
 Suatu ketika dahulu alam sekitar yang kita diami ini
sungguh indah dan mendamaikan.Namun yang
kelihatan kini adalah sesuatu yang melukakan,
kehijauan,dan keindahan persekitaran sudah musnah
“diratah dan diranapkan” jentera berat.Fenomena ini
amat berbeza daripada atmosfera bumi seperti yang
pernah diungkapkan oleh Neil Armstrong, manusia
pertama menjejaki kaki di permukaan bulan pada Julai
1969: “Bumi dilitupi laut yang membiru,daratan yang
menghijau,dan awan yang memutih.Rupa bumi seperti
sebutir mutiara yang tergantung-gantung di angkasa
raya.”
Isi

 Pengembangan Isi mesti merangkumi:


a) Isi
b) Huraian
c) Contoh
Contoh:
 Pembangunan yang pesat tanpa perancangan
rapi dan sistematik mengakibatkan kerosakan
ekosistem habitat semula jadi. Penanaman
cerucuk untuk bangunan pencakar langit
melonggarkan ikatan tanah.Akibatnya, hakisan
tanah dan tanah runtuh berlaku ekoran
disebabkan hujan lebat berpanjangan.
Keserakahan manusia mengejar keuntungan
menyebabkan mereka lupa akan
tanggungjawab memelihara habitat semula jadi
kurniaan Illahi.Natijahnya,bencana alam
menimpa sehingga meragut nyawa yang tidak
berdosa.
Contoh isi:
 Penerokaan hutan secara berleluasa mengakibatkan
kepupusan habitat flora dan fauna.Negara kita menjadi
tarikan pelancong asing kerana keunikan flora dan
fauna yang tidak terdapat di negara-negara
lain.Sekiranya semua kawasan hutan diterokai untuk
pembalakan dan pembangunan,maka pada suatu
masa nanti,tumbuh-tumbuhan dan binatang liar yang
hidup di negara ini akan pupus.Kehilangan khazanah
berharga ini tidak dapat diganti jika tiada usaha-usaha
untuk memuliharanya.Malah lebih dahsyat lagi apabila
tumbuh-tumbuhan hijau ini diganti dengan hutan batu
yang menyebabkan cuaca akan turut mengalami
peubahan mendadak.Contohnya, di bandar raya Kuala
Lumpur lebih panas jika dibandingkan dengan dengan
bandar kecil di luar bandar.
Penutup
 Konklusinya,tiap-tiap warga perlu ada kecintaan yang
mendalam terhadap alam sekitar yang indah,bersih,
dan nyaman. Biarlah ke mana sahaja kita berpergian
dan ke mana sahaja pandangan dilemparkan,tiap-tiap
warga pasti berasa asyik terpesona melihat
ketenangan air sungai mengalir segar dengan ikan-
ikan berkinja-kinja sesuka hati.Begitu juga, kita akan
seronok mendengar kicauan beburung hinggap
bertenggek di pohonan menghijau subur
merimbun.Oleh itu,bagi mencapai objektif yang terlalu
murni dan unggul ini,kerjasama semua pihak yang
prihatin amat dituntut untuk menjaga alam sekitar.
ALAM SEKITAR
TANGGUNGJAWAB
BERSAMA