Anda di halaman 1dari 48

Cabang-Cabang Falsafah

OLEH

HAJI SHAARI BIN HUSIN


JABATAN ILMU PENDIDIKAN
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
Pengenalan Mazhab Falsafah Timur
dan Islam
Falsafah Islam
 Satu cabang pengajian Islam utk mencipta
keharmonian antara falsafah dan ajaran Islam.
 Menyediakan manusia dgn ilmu pengetahuan
yg cukup agar dpt mengenali diri, tugas dan
t/jwb sebagai hamba dan khalifah.
 Perkara penting dalam falsafah pendidikan
Islam – pendidikan akidah, pendidikan ibadah,
pendidikan akhlak, pendidikan akal,
pendidikan jasmani, pendidikan rohani,
pendidikan keibubapaan, kemasyarakatan,
keterampilan dan kepimpinan.
Falsafah Konfusianisme
 Satu pengajaran falsafah utk pertingkatkan moral dan
menjaga etika manusia.
 Diasaskan oleh Kong Fu Tze (Confucius)
 Ajaran yang penting merupakan kekuatan
kesempurnaan peribadi lebih mustahak berbanding
dengan peraturan eksplisit tingkah laku.
Pendekatan ajaran konfusianisme:-
 Pentingkan akhlak yg mulia dgn menjaga hubungan
antara manusia di langit dgn manusia di bumi dgn baik
 Diajar mengingati nenek moyang seolah-olah roh
mereka hadir di dunia
 Merupakan susunan falsafah dan etika yg mengajar
cara manusia bertingkah laki
Falsafah Nasionalisme dan Internasionalisme
 Diperkenalkan oleh Rabindranath Tagore
(Gurudev)
 Tokoh penyair, penulis, ahli seni,
sasterawan dan ahli falsafah
 Mentafsirkan pendidikan sebagai proses yg
bermatlamat menghasilkan individu dgn
penaakulan yg sempurna bg
mengupayakan pencapaian aspek fizikal,
intelek, moral dan rohani serta segala yang
berkaitan dgn pengalaman hidup amali.
FALSAFAH PENDIDIKAN
ISLAM
1. Konsep dan Prinsip Falsafah
Pendidikan Islam
Berteraskan al-Quran

 Keesaan Allah
 Kepercayaan pesuruh-pesuruh-Nya
 Kepercayaan kepada wahyu dan hadith
 Manusia berpotensi dlm perkbgn moral dan
kerohanian
Falsafah Pendidikan Islam
Berteraskan al-Quran

 Individu bertanggungjawab terhadap tindakan


sendiri
 Kehidupan di dunia dan di akhirat
 Persamaan dan persaudaraan sejagat antara umat
Islam
(Hassan Langgulung, 1979)
3. Pendidikan Menurut Perspektif
Islam
 Proses penyatuan semua ilmu pengetahuan di
bawah al-Quran yang menjadi teras pendidikan.
 Pendidikan boleh memainkan peranan ke arah
mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal,
intelek dan rohani manusia.
Pendidikan Menurut Perspektif Islam
(2)

“ Suatu proses berterusan untuk memupuk


seluruh potensi semula jadi manusia dari segi
intelek, akhlak, rohani dan jasmani secara
bersepadu dan seimbang ke arah
pembentukan insan soleh yang membawa
kebaikan di dunia dan akhirat.”
2. Fungsi
 Membangunkan kesedaran mental dan
sosial
 Menjadi sumber kepada pendidikan lain
 Membentuk peribadi yang mulia dan
bermoral
 Mewujudkan pembangunan sosial yang
sihat dan saling menghormati antara satu
sama lain
 Menolak perkara-perkara yang tidak baik
atau menyeleweng dengan prinsip
kebenaran dan kejujuran Islam yang
sebenarnya
 Membuka peluang kepada semua bangsa
untuk mempelajari
 Melahirkan jiwa yang sihat dan mudah
untuk menyelesaikan sesuatu masalah
 Melahirkan semangat juang dan jihad untuk
mempertahankan negara yang dicintai
 Melahirkan semangat berdikari dan bersifat
sederhana
 Menjadi model dan contoh yang baik kepada
orang lain
 Memperkukuh keimanan dan ketakwaan
seseorang
 Bertanggungjawab kepada diri sendiri,
ibu bapa, masyarakat dan negara
 Melatih individu supaya mengamalkan
kebersihan dari segi mental, emosi dan
jasmani
Pandangan Ahli Falsafah Islam
Ibn Rushd (1128M – 1198M)
 Lahir di Cordova, Sepanyol dikenali sebagai
Averros
Sumbangan:-
 Al-Taysir diterjemah kepada Faclititation of
Treatment
 Kuliyyah fit-Thibb – 16 jilid berkaitan ilmu
perubatan secara umum
 Mabadil Falsafah, Tafsir Urjuza, Taslul, Kasyful
Adillah, Tahafatul Tahafut dan Muwafaqatil
Hikmah Wal Syari’a.
Imam al-Ghazali (1058M – 1111M)
 Lahir di Kota Tus di negeri Turasan.
 Dikenali dalam bahasa latin sebagai Algazel
Sumbangan:-
 Menulis kitab melebihi 400 naskah dalam
bidang teologi, fasafah, sains dan ilmu sufi.
 Kitab lain seperti Ar-Risalah al-
Ladunniyyah, Al-Munqidh Min ad-Dalal,
Bidayah al-Hidayah, Minhaj al-abidin, Mizan
al-amal dan ihya’ Ulumiddin
Ibn Khaldun (1332M – 1406M)
 Dilahirkan di Tunis
 Dikenali sebagai bapa sejarah kebudayaan
dan sains sosial moden.
Sumbangan:-
 Fokus kepada ilmu mistik dan teologi
 Menulis mengenai sejarah dunia ,
mengandungi peristiwa2 sejarah dikenali
sebagai al-Muqaddimah
Al-Farabi (870M – 950M)
 Abu Nsr Muhammad ibn Muhammad ibn Tarkhan
ibn Uzlaq al-Farabi
 Lahir di Transoxia, Turki
 Dikenali sebagai al-Pharabius.
 Pakar sains dan ahli falsafah Islam
 Seorang pemuzik yang handal
Sumbangan:-
 Mengkaji falsafah dan teori Socrates, Plato dan
Aristotle.
 Menulis ilmu logik Yunani dalam bahasa Arab
 Karya Madinah al-Fadhilah – falsafah politik
 Ihsa’al-ulum dan Kitab al-Jam – mengenai ilmu
falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta
Aristotle
FALSAFAH PENDIDIKAN
TIMUR
1. Konsep & Prinsip

• Kehidupan manusia akan menjadi baik


jika mereka sanggup berubah
(Positif negatif)
• Sikap seseorang terhadap kehidupan
merupakan faktor penentu
pencapaian kebahagiaan
• Manusia belajar melalui pemerhatian
alam semula jadi mereka
• Setiap manusia ingin memperoleh
kebijaksanaan dan mencapai Nirvana
(kesempurnaan kendiri). Kesemua
jalan hidup sebenarnya menghala ke
arah tersebut.
2. Fungsi

• Membolehkan seseorang itu mencapai


kebijaksanaan
• Mengekalkan struktur kekeluargaan
• Menggubal undang-undang
• Memenuhi kehendak-kehendak sosial
dan ekonomi
2.1 Konfusianisme

• Berasas daripada pemikiran Confucius


(551-479 SM)

• Konsep pendidikan :
 Membina tingkah laku manusia,
pendidikan adalah untuk semua
• Matlamat pendidikan : Menghasilkan
individu yang berkebolehan dan
bermoral tinggi

• Peranan guru : Sebagai fasilitator


dan penyampai ilmu yang mahir
• Menganggap fitrah manusia
mengandungi nilai murni
• baik hati, dan nilai baik hati ini
dapat diperkembangkan melalui
proses pendidikan.
• Terdapat enam buku confucius yang
merangkumi
 bidang falsafah, politik, ekonomi dan
kebudayaan:
- Muzik
- Puisi
- Kesusasteraan
- Sejarah
- Kod dan tatacara kelakuan yang baik
 Fokuskepada pendidikan moral yang
termasuk nilai-nilai seperti:
- Hormat kepada ibu bapa (xiao)
- Hormat kepada orang yang lebih
tua (ti)
- Ketekunan (min)
- Kesetiaan (zhong)
- Jimat-cermat (jian)
- Tolak ansur (rang)
- Kebijaksanaan (zhi)
- Keberanian (yong)
2.2 Nationalisme

• Rabindranath Tagore (1861-1941)


mentafsirkan pendidikan
 satu proses untuk melahirkan manusia
berfikiran sempurna,
 berupaya mencapai segala aspek
kehidupan dengan penuh bermakna.
• Mengikut beliau, pendidikan harus
menjadi suatu proses yang dinamik
dan realistik
• Konsep pendidikan :
 Merupakan satu proses yang
menyediakan setiap individu untuk
menyara hidup masing-masing kelak
• Matlamat pendidikan :
 Menghasilkan individu yang
menyeluruh melalui interaksi dan
integrasi dengan persekitaran
• Kurikulum :
 Menekankan komponen ilmu dan
aktiviti fizikal
• Peranan guru :
 Sebagai fasilitator dan pemangkin bagi
menggerakkan perbincangan murid dan
penjana idea yang kreatif dan bernas
dalam kalangan murid
 Sharifah Alwiyah Alsagoff:
menyenaraikan idea-idea penting yang
terkandung dalam falsafah pendidikan
Rabindranath Tagore untuk membentuk
kesempurnaan manusia seperti berikut:
 Pendidikan tubuh badan adalah
bertujuan melatih deria dan kecerdasan
fizikal secara am, cekap dan
berkemahiran
 Pendidikan intelek adalah bertujuan
supaya fikiran sentiasa ingin tahu dan
cergas, berpandangan saintifik, jelas,
berani, dan bebas.
 Pendidikan kerohanian adalah bertujuan
menyedarkan diri melalui
bersimpati sepenuhnya:- kesedaran
kerohanian universal yang paling tinggi
dan menembusi semua
kehidupan, tumbuhan, haiwan, dan
manusia.
 Pendidikanrealistik ialah pendidikan
yang tidak semata-mata terikat
kepada buku dan berhubung dengan
hidup.

 Pendidikan
harus hidup dan dinamik,
bukan mekanik dan tidak bermaya.
 Pendidikandalam perkara-perkara
semulajadi adalah bertujuan
membentuk perkembangan kanak-
kanak yang menyeluruh dan
sempurna dalam tahun-tahun awal
formatif.

 Pendidikanuntuk nasionalisme yang


tulen adalah bertujuan untuk
menanamkan idea dan tradisi negara.
Mazhab Falsafah Barat
Cabang-cabang Falsafah

1. Ontologi/Metafizik
2. Epistemologi
3. Aksiologi
4.Logik
1. Ontologi/Metafizik

 Mengkaji tentang perkara-perkara seperti


sifat realiti, perkara yang wujud di dunia ini
dan susun aturnya
 Cuba menjawab persoalan-persoalan yang
jauh melampaui penyiasatan saintifik – di
luar alam nyata/fizikal
Ontologi/Metafizik
Fokus kpd perkaitan antara SEBAB dan
AKIBAT
 Perbincangan:
 Apakah itu kebenaran?
 Adakah Tuhan wujud?
 Siapakah manusia?
 Apakah tujuan manusia dihidupkan?
 Apakah itu kebebasan manusia?
2. Aksiologi
 Berasal daripada perkataan Yunani yang
bermaksud ‘nilai’.
 Mempersoalkan tentang baik atau buruk,
benar atau salah, cantik atau hodoh.
 Contoh: Apa itu kebaikan? Apa itu
kecantikan?
2. Epistemologi
 Teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan
kepercayaan
 Berasal daripada perkataan Yunani
episteme yang bermaksud “ilmu” atau
“sains” dan logos yang bermakna
“keterangan”
 Penganalisisan dan penghasilan ilmu dan
tuntutan ilmu.

 Contoh: 1. Apa itu ilmu?


 2. Apakah sumber-
sumber ilmu?
4. Logik

 Hubungan antara idea dan memberi


ulasan/komen untuk sesuatu jawapan yang
diberikan
 Membezakan antara perkara yang dikatakan sah
dan yang mengelirukan
i. Logik Induktif
Bermula dengan butiran khusus dan
membuat kesimpulan
(Contoh...huraian...fakta)

ii. Logik Deduktif


Bermula dengan kesimpulan umum dan
butiran relevan secara spesifik
(Fakta...huraian…contoh)
Tokoh-tokoh Falsafah Barat
 Socrates
 Plato
 Descartes
 Friedrich Froebel (1782 – 1852)
 John Milton (1608 – 1674)
 Russel
 John Dewey (1859 – 1952)
 Mempunyai fungsi seperti:
a. Proses sosiolisasi - Berinteraksi antara satu
sama lain
b. Pembentukan budaya - Memupuk nilai-nilai
budaya
c. Integrasi sosial - Bersifat lebih bersatu padu
d. Penempatan sosial - Pencapaian di sekolah
dinilai berasaskan pencapaian akademik
Takrifan Falsafah
Socrates
 “...ilmu pengetahuan yang merangkumi
kebenaran. Terkandung di dalamnya
seperti metafizik, logik, retorik, etika,
ekonomi, politik dan estetika”.
Al-Farabi
 “...ilmu pengetahuan mengenai alam
maujud (fizikal)”.
Plato
 “...ilmu pengetahuanlah yang
membolehkan seseorang menuju ke arah
pencapaian kebenaran semula jadi”.
Descartes
 “...segala pengetahuan di mana Tuhan, alam
dan manusia menjadi fokus pendidikan”.
 Berfikir secara radikal - Berfikir sehingga
ke akarnya dan menyelesaikan dengan
penuh tanggungjawab.
 Berfikir secara sejagat - Tidak terhad
kepada aspek-aspek tertentu sahaja dan
merangkumi keseluruhannya.

Anda mungkin juga menyukai