Anda di halaman 1dari 13

Noam Chomsky (1957), mengendalikan kanak-kanak

dilahirkan dengan potensi semulajadi untuk menguasai


peraturan bahasa yang kompleks.
Teori Perkembangan
Bahasa (Chomsky)
EDUP 3023 Perkembangan Kanak-kanak
Nama : Brenda Ting Shu Tien
Khu Jia Hui
Tdene How Jiatyenn
Ling Pei Wen
Pengenalan Perkembangan Bahasa

• Bahasa adalah satu bentuk komunikasi sama


ada verbal atau non verbal.
• Bahasa mengandungi perkataan-perkataan
yang digunakan oleh sesebuah komuniti
dengan peraturan tatabahasa dan
perbendaharaan kata yang tertentu.
Pengenalan Perkembangan Bahasa

• Pemahaman tentang perkembangan bahasa penting


kerana:
• Bahasa sebagai pemangkin perkembangan kanak-kanak.
• Perkembangan bahasa memudahkan proses pengajaran.
• Kemahiran bahasa menjadi alat kepada perkembangan
kendiri & sosial.
Teori Mentalisme
• Teori Mentalis beranggapan bahasa adalah pengetahuan
yang dihasilkan oleh satu proses dalam otak.
• Bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu
kebolehan semula jadi manusia.
• Manusia dilahirkan dengan alat-alat penguasaan bahasa dan
manusia boleh menguasai sesuatu bahasa yang didedahkan
kepada mereka (We are born with a Language Acquisition
Device (LAD) and access to Universal Grammar (UG).
Teori Mentalisme
• Penyataan ini disokong oleh Lenneberg (1967). Menurut beliau,
perkembangan bahasa adalah mengikut jadual secara biologis bukan
datang daripada rangsangan dan gerak balas.
• Kanak-kanak berkeupayaan membuat rumusan dan peraturan
bahasanya sendiri tanpa mempelajarinya terlebih dahulu bermula
ketika bersuara hingga boleh mencipta ayat yang lengkap.
• Perkembangan terus berlaku sehingga mereka berumur 4 hingga 5 tahun.
• Perkembangan bahasa berkait rapat dengan proses mental dan bukan
mekanikal semata-mata.
Teori Pemerolehan Bahasa Nativis
• Berasas kepada Teori perkembangan otak yang lebih cenderung
melihat perkembangan bahasa berlaku secara dalaman &
diwarisi.
• Chomsky mencadangkan perkembangan bahasa individu adalah
merupakan proses dalaman dan dipengaruhi oleh individu
itu sendiri.
• Ini bermaksud individu dilahirkan dengan keupayaan berbahasa
yang tersendiri yang mana Chomsky melabelkannya sebagai
“Tatabahasa Universal”.
Teori Pemerolehan Bahasa Nativis
• Tatabahasa universal ini adalah asas kepada semua bahasa
yang ada.
• Kemahiran ini disifatkan oleh Chomsky sebagai satu
pembelajaran bahasa yang ada pada setiap individu semenjak
dilahirkan.
• Chomsky menyatakan proses perkembangan bahasa seseorang
individu lebih kompleks dariapda peneguhan kepada gerak balas
yang betul atau pelajari daripada orang dewasa melalui
peniruan.
Teori Pemerolehan Bahasa Nativis

• Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis


iaitu Hipotesis Nurani yang mengatakan bahawa otak
manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik)
untuk berbahasa.
• Otak manusia telah dilengkapkan dengan struktur Bahasa
sejagat yang dikenal sebagai LAD (Language Acquisition
Device)
Azizi Yahaya (2005)
Teori Pemerolehan Bahasa Nativis
• Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan 4 kenyataan:
I. Proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama;
II. Proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan
(anak yang IQ-nya rendah juga memperoleh Bahasa pada masa dan cara
yang hamper sama);
III.Proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau
emosi kanak-kanak.
IV. Tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan
sama.
Teori Pemerolehan Bahasa Nativis
• Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam
mempelajari Bahasa ibundanya, Chomsky memberikan 3 hujah:
• Wujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu
kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan
kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa.
• Bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan
diperoleh tanpa keupayaan sejadi.
• Anak-anak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga
5 tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.
Teori Pemerolehan Bahasa Nativis

• Menurut Chomsky:
• kanak-kanak pada amnya ada mempunyai sedikit
pendedahan kepada formasi bahasa.
• Walaupun mereka tidak diajar bentuk ayat secara
formal, mereka buat penambahbaikan bila
berinterasksi dengan orang dewasa.
• Bila capai kematangan, mereka kuasai kemahiran
berbahasa dengan cara yang tersendiri.
Teori Pemerolehan Bahasa Nativis

• Kanak-kanak bukan sekadar meniru bahasa-bahasa yang


digunakan di sekitar tetapi mereka buat deduksi secara
tidak sedar tentang peraturan-peraturan bahasa yang
didengar.
• Oleh itu, mereka boleh merangka ayat & frasa yang
tersendiri dan bukan hanya ditiru daripada persekitaran
• Mereka juga tidak pelajari atau simpan frasa-frasa bahasa
yang didengar sebagai rangsangan tetapi mereka bentuk
sendiri peraturan-peraturan bahasa untuk hasilkan frasa
dan ayat .
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai