Anda di halaman 1dari 16

1.

Sempena sambutan hari sukan, para guru telah menyediakan 120 helai baju, 168 paket biskut
dan 216 botol air mineral untuk diberikan kepada setiap rumah sukan. Semua barang tersebut
dibahagikan sama rata dalam setiap kotak. Berapakah bilangan kotak yang paling banyak
dapat disediakan?

2. Aiman mengumpul 32 keping wang kertas RM5 dan 44 keping wang kertas RM10. Dia ingin
meletakkan semua wang itu ke dalam tabung dengan keadaan setiap tabung mengandungi
bilangan wang kertas RM5 dan RM10 yang sama. Berapakan bilangan tabung yang paling
banyak diperlukan? Kemudian, hitung bilangan wang kertas RM5 dan RM10 di dalam setiap
tabung.
1. 8 buah buku latihan telah diletakkan di dalam sebuah kotak dan 12 buah buku cerita diletakkan
di dalam sebuah kotak yang lain. Encik Ikram ingin meletakkan bilangan buku yang sama bagi
kedua-dua jenis buku itu untuk disumbangkan. Berapakah bilangan kotak yang paling kurang
bagi setiap jenis buku yang diperlukan?

2. Jam A berbunyi setiap 10 minit manakala jam B berbunyi setiap 15 minit. Kedua-dua jam itu
berbunyi serentak pada pukul 10.00 pg. Selepas bunyi kali kedua, jam B mula berbunyi setiap 5
minit. Cari waktu kedua-dua jam itu berbunyi serentak untuk kali ketiga.

Anda mungkin juga menyukai