Anda di halaman 1dari 16

ADSE1103

Sosiologi dan Falsafah Pendidikan di


Malaysia

TAJUK : MOBILITI SOSIAL

HAFIZUDDIN MD SHAKHIH
PENGENALAN
 Mobiliti sosial bermaksud pergerakan individu atau kumpulan antara
kedudukan yang berbeza dalam hieraki stratifikasi sosial masyarakat.

 Mobiliti sosial adalah peluang yang diberikan kepada status sosial


seseorang untuk menaikkan taraf diri daripada tahap yang rendah ke
aras yang lebih baik

 Menurut pandangan fungsionalisme, pendidikan mempunyai peranan


penting sebagai alat mobiliti sosial. Ianya berkait rapat dengan
stratifikasi sosial.

 Paul B. Horton mentakrifkan mobiliti sosial sebagai gerakan


perpindahan dari satu kelas sosial ke kelas sosial yang lain

 Kimball Young dan Raymond W. Mack pula lebih kepada struktur


sosial yang melihat wujudnya pola-pola yang mengatur kelompok
sosial berkenaan
TERBAHAGI KEPADA 2 IAITU:

1) Mobiliti Menegak

2) Mobiliti Mendatar
MOBILITI MENEGAK
 pergerakan seseorang dari satu kedudukan sosial kepada yang lain dalam
status yang sama

 mempunyai dua bentuk yang utama iaitu :


1) Masuk ke dalam kedudukan yang lebih tinggi
Individu-individu yang mempunyai kedudukan yang rendah masuk ke
dalam kedudukan yang lebih tinggi, di mana kedudukan tersebut telah ada
sebelumnya
- Contoh: A adalah seorang guru sejarah di salah satu SMA. Kerana
memenuhi persyaratan maka dia dilantik menjadi pengetua.

2) Membentuk kelompok baru


Pembentukan suatu kelompok baru memungkinkan individu untuk
meningkatkan status sosialnya, misalnya dengan mengangkat diri
menjadi ketua organisasi.
- Contoh: Pembentukan organisasi baru memungkinkan seseorang
untuk menjadi ketua dari organisasi baru tersebut, sehingga
status sosialnya naik.
MOBILITI MENDATAR
 Pergerakan seseorang dari satu kedudukan sosial kepada yang
lain dalam status yang berbeza

 Terbahagi kepada dua iaitu :


1) Mobiliti intergenerational
contohnya seorang anak mempunyai kedudukan baik (doktor)
berbanding dengan ibubapanya (guru)

2) Mobiliti intragenerational
contohnya : seorang guru naik pangkat menjadi guru besar dan
setelah beberapa tahun bertukar pekerjaan menjadi
seorang (pensyarah).
FAKTOR MEMPENGARUHI MOBILITI SOSIAL
 Pekerjaan - Berdasarkan pangkat dan kedudukan di dalam sesuatu
pekerjaan
Contohnya : doktor lebih tinggi kedudukan berbanding
jururawat.

 Pendidikan - Ia menentukan jenis pekerjaan yang dilakukan oleh


seseorang individu. Mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi
lebih banyak pilihan pekerjaan serta pendapatan yang lebih tinggi.

 Perkahwinan – Untuk meningkatkan status sosial yang lebih tinggi dapat


dilakukan melalui perkahwinan.
Contohnya : seseorang wanita yang berasal dari keluarga sangat
sederhana menikah dengan lelaki dari keluarga kaya dalam
masyarakatnya. Maka, perkahwinan ini dapat menaikkan
status wanita tersebut
KESAN POSITIF
1. Seseorang akan berusaha untuk meningkatkan prestasi untuk maju
kerana adanya peluang untuk berpindah strata. Selain itu, peluang
ini mendorong seseorang itu untuk bersaing, dan bekerja keras agar
dapat beralih ke strata atas.
Contoh: Seorang anak miskin berusaha belajar dengan gigih agar
dapat kekayaan pada masa depan.

2. Mobiliti sosial mempercepatkan perubahan sosial masyarakat ke


arah yang lebih baik.
Contoh: Penggunaan alat tradisional kepada teknologi
KESAN NEGATIF
1. Konflik antara kelas
 Dalam masyarakat, terdapat lapisan-lapisan sosial kerana ukuran-ukuran
seperti kekayaan, kekuasaan, dan pendidikan. Kelompok dalam lapisan-
lapisan tadi disebut kelas sosial.
 Apabila terjadi perbezaan kepentingan antara kelas-kelas sosial yang
ada di masyarakat dalam mobiliti sosial maka akan berlaku konflik antara
kelas.
Contoh: demonstrasi buruh yang menuntut kenaikan upah
menggambarkan konflik antara kelas buruh dengan pengusaha

2. Konflik antara kelompok sosial


 Di dalam masyarakat terdapat pula kelompok sosial yang beraneka
ragam
 Di antaranya kelompok sosial berdasarkan ideologi, profesion, agama
dan suku
 Bila salah satu kelompok berusaha untuk menguasai kelompok lain atau
terjadi pemaksaan, maka timbul konflik
 Contoh: permusuhan antara kampung.
3. Konflik antara generasi
 Konflik antara generasi terjadi apabila generasi tua yang ingin
mempertahankan nilai-nilai lama dan generasi muda ingin membuat
perubahan.
Contoh: Pergaulan bebas yang pada masa ini banyak dilakukan
generasi muda sangat bertentangan dengan nilai-nilai yang diamalkan
oleh generasi terdahulu.

4. Penyesuaian sekali
 Setiap konflik pada dasarnya ingin menguasai atau mengalahkan lawan.
Bagi pihak-pihak yang berkonflik bila menyedari bahawa konflik itu lebih
banyak merugikan kelompoknya, maka akan timbul penyesuaian
kembali yang didasari oleh adanya rasa toleransi atau rasa penyesuaian
kembali dan saling menghargai antara satu sama lain.
MOBILITI SOSIAL DALAM
PENDIDIKAN

 Sebelum kemerdekaan

 Selepas Kemerdekaan
SEBELUM KEMERDEKAAN
 Peranan pendidikan sebagai alat mobiliti sosial
menegak adalah amat terhad.
 Ini kerana Dasar Pecah Perintah Inggeris telah
mengekalkan struktur masyarakat di mana anak-anak
meneruskan pekerjaan ibubapa mereka.
 Peruntukan Inggeris kepada Sekolah Melayu amat
kurang berbanding sekolah Inggers – menyebabkan
ramai anak Melayu tidak bersekolah.
 Pada tahun 1901 – hanya seramai 8000 orang
daripada 40000 orang kanak-kanak lelaki melayu
bersekolah
 Namun, pada tahun 1903- hanya seramai 2900
menamatkan sekolah mereka.
 Daripada jumlah itu, 24 orang mendapat pekerjaan
menjadi pembantu rumah atau pejabat, 10 orang
menjadi guru sekolah Melayu, 1 orang menjadi
polis dan kerani.
 Selebihnya, mereka menjdi petani dan nelayan
seperti ibubapa mereka.
 Bagi Kaum India, anak- anak mereka yang
menamatkan persekolahan hanya berpeluang
bekerja di buruh di jabatan–jabatan kerajaan
seperti Jabatan Kerja Raya.
 Selebihnya meneruskan pekerjaan ibu bapa
mereka di ladang – ladang.
 Begitu juga kaum Cina, bagi mereka yang
bersekolah cina mobiliti sosial terhad dalam
Komuniti Cina sahaja kerana tiada peluang untuk
bekerja dalam Kerajaan British.
 Oleh itu, keseluruhannya mobiliti mendatar lebih
banyak berlaku.
SELEPAS KEMERDEKAAN
 Malaysia telah mengalami pembangunan ekonomi yang
pesat
 Banyak peluang pekerjaan disediakan
 Rakyat tempatan mengambil alih peranan– peranan yang
dahulunya dipegang oleh pegawai-pegawai Inggeris
 Jawatan di Sektor Awam telah dipenuhi oleh rakyat
Malaysia sendiri
 Di Sektor swasta, memerlukan pekerja-pekerja
profesional, eksekutif, perkeranian, mahir & separuh
mahir
 Sektor perladangan & perniagaan telah
membuka peluang pekerjaan kepada rakyat
samada menjadi pemborong,peniaga dan
sebagainya
 Kesimpulannya- pendidikan menjadi asas
dalam mobiliti sosial masyarakat Malaysia
kerana kerjaya yang baik selalunya dikaitkan
dengan pendidikan tinggi.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai