FALSAFAH
PENILAIAN
MORAL
1
Teori Teori
Kemoralan Sosial Keperibadian Mulia
TEORI DAN
FALSAFAH PENILAIAN MORAL
Egoisme Eksistensialisme
2
TEORI
TELEOLOGI
TEORI
DEONTOLOGI
TEORI TEORI
PRINSIP EKSISTENSIALISME
KEWAJIPAN
3
TEORI TELEOLOGI
ialah teori-teori yang menilai sesuatu perbuatan
sama ada baik (wajar dilakukan - bermoral)
atau buruk (tidak wajar dilakukan – tidak
bermoral) berdasarkan nilai instrumentalnya.
Dalam menilai sesuatu perlakuan atau
perbuatan contohnya memukul orang, teori
teleologi tidak akan terus menghukum
perbuatan itu sebagai tidak wajar. Perbuatan
memukul orang (intrinsik) itu hanya akan diberi
pertimbangan dan penilaian setelah kesan
perbuatan memukul itu diketahui (ektrinsik).
4
Oleh itu, bagi ahli-ahli falsafah teleologi, sesuatu
tindakan atau perbuatan akan dianggap bermoral
jika hasil dan kesan perbuatan tersebut banyak
membawa kebaikan berbanding keburukan atau
banyak membawa kesan positif berbanding
negatif.
Teleogi juga mempunyai sedikit persamaan
dengan falsafah atau kaedah berdasarkan slogan
“matlamat menghalalkan cara”. Bermaksud, jika
tujuan kita adalah murni dan baik maka, apa juga
cara yang kita lakukan adalah dibenarkan sama
ada perbuatan itu buruk atau baik. Apa yang
penting ialah matlamat yang ingin kita capai dan
bukannya perbuatan yang kita lakukan.
5
Contoh-Contoh ????......
6
Apabila ahli-ahli teleologi membincangkan
kesan sesuatu perbuatan, terdapat perbezaan
pendapat mengenai kesan perbuatan atau
faedah yang diperolehi dari sesuatu perbuatan.
Oleh kerana itu, teori teleologi ini dibahagikan
kepada dua teori utama iaitu teori EGOISME
dan teori UTILITARIANISME. Jika kesan atau
faedah sesuatu perbuatan itu diperolehi oleh
individu yang melakukan perbuatan maka
dikenali sebagi egoisme. Jika kesan atau faedah
sesuatu perbuatan itu diperolehi oleh majoriti
orang ramai maka dikenali sebagai
utilitarianisme.
7
UTILITARIANISME
Antara tokoh falsafah teori ini ; Jeremy Bentham
(1748 – 1832) dan John Stuart Mill (1806 –
1873).
CONTOH-CONTOH ????..........
9
Huraian Pendapat DAN
Kritikan/Kelemahan Utilitarianisme
PENDAPAT PERTAMA
10
Oleh itu, apa juga perbuatan yang dilakukannya
(intrinsik) akan dianggap wajar dan bermoral
dengan syarat kajian dilakukan terlebih dahulu
dan kesan perbuatannya itu boleh memberi
keputusan yang baik kepada majoriti orang.
Apabila konsep ini sangat mementingkan majoriti,
maka sudah tentulah pihak minoriti tidak
mendapat perhatian. Oleh kerana itulah, dalam
keadaan tertentu, Utilitarian membenarkan
melakukan perkara tidak baik kepada minoriti jika
ianya bertujuan mengelak atau menyekat sesuatu
yang lebih buruk berlaku kepada majoriti orang
CONTOH-CONTOH ? ………………..
11
KRITIKAN DAN KELEMAHAN
Antaranya ialah kesan atau akibat sesuatu
perbuatan adalah sukar untuk diramal dan dijangka
kerana ianya adalah subjektif dan akan berlaku.
Manusia tidak dapat membuat penilaian dengan
baik dan meramal dengan tepat apa yang akan
berlaku.
Kebiasaannya apabila membuat penilaian dan
kajian, manusia akan melakukan kesilapan atau
mempunyai niat-niat lain yang tertentu. Manusia
juga cenderung dipengaruhi oleh nafsu yang jahat.
Oleh itu, manusia berusaha untuk memanipulasi
dan mengeksploitasi keadaan apabila melakukan
sesuatu tindakan.
CONTOH ????............
12
PENDAPAT KEDUA
13
Sesuatu tindakan yang menyakitkan satu orang
boleh dianggap wajar jika ianya dapat
membahagia dan menyeronokkan perasaan dua
orang atau lebih. Oleh kerana itu, dalam
melakukan tindakan, kesan dan akibat yang
terhasil dari tindakan itu sewajarnya dapat
memberikan keseronokan kepada majoriti
manusia.
Keseronokkan manusia adalah diutamakan
berbanding kesakitan. Perasaan bahagia dan
seronok kepada ramai orang mestilah sentiasa
diberi perhatian dan keutamaan
CONTOH-CONTOH ????.................
14
KRITIKAN DAN KELEMAHAN
CONTOH ?????.............
15
Konsep memberi kebahagiaan terbanyak ini
bersifat terlalu umum dan tidak terhad.
Manusia seharusnya dikawal oleh undang-
undang tertentu. Oleh itu, setiap perbuatan
yang dilakukan mestilah tidak bertentangan
dengan keadilan dan undang-undang yang
ada dalam sesebuah masyarakat. Adalah
wajar, sesuatu perbuatan itu mesti dinilai baik
dan buruk berdasarkan perbuatan itu sendiri
(INTRINSIK) dan bukannya kerana sebab-
sebab lain (EKSTRINSIK).
16
PENDAPAT KETIGA
Oleh kerana Utilitarian sangat mementingkan
kesan yang baik dan keseronokan yang
maksimum kepada majoriti orang, maka satu cara
telah diperkenalkan untuk mengukur tahap
keseronokan dan kesakitan kesan dari sesuatu
perbuatan yang dilakukan. Oleh itu, setiap
perkara yang hendak dibuat, kesan perbuatan itu
sudah boleh di ukur dan diketahui.
Jeremy Bentham telah menghasilkan satu cara
yang dinamakan ‘kalkulus hedonik’ untuk
mengukur jumlah kesakitan dan keseronokan
yang akan diperolehi seseorang apabila
melakukan sesuatu perbuatan. 17
Dalam sesuatu tindakan, Bentham akan
mengukurnya berdasarkan kedalaman (intensity),
kelamaan (duration), kepastian (certainty),
kesegeraan (propinquity), kesedaran (fecundity),
keberkesanan (purity) dan had (extent). Tujuh
elemen ini kemudiannya diberikan skala ukuran
keseronokan (+1 hingga +10) dan kesengsaraan
(-1 hingga -10). Jika campuran semua tujuh
elemen ini menunjukkan tahap keseronokan
adalah tinggi, maka tindakan itu dianggap wajar
untuk dilakukan dan sebaliknya
18
KRITIKAN DAN KELEMAHAN
19
Konsep kebahagiaan, keseronokan dan
kesakitan juga berbeza penerimaannya
dikalangan manusia. Ada manusia yang
sukakan kepada kesakitan dan cabaran.
Misalnya ahli-ahli sukan lasak. Semakin
banyak kesakitan dan penderitaan bagi
mereka adalah semakin seronok perasaan
mereka.
Oleh itu, tindakan Bentham memperkenalkan
kalkulus hedonik adalah hanya untuk
menyokong konsep utilitinya sedangkan
hakikat sebenarnya perasaan manusia tidak
boleh diukur kerana ianya subjektif dan tidak
dapat dilihat sertaberbeza dintara satu sama
lain.
20