Anda di halaman 1dari 17

FALSAFAH DALAM KARYA

SASTERA
PEMIKIRAN DALAM KARYA SASTERA

• PEMIKIRAN BERMAKSUD PERIHAL BERFIKIR, IAITU APABILA DIHUBUNGKAN DENGAN


PENGARANG, MERUPAKAN PERIHAL BERFIKIR SESEORANG PENGARANG DALAM
PENULISAN KARYA SASTERANYA. MOHD RASHID ET.AL (69:2014) PULA MENERANGKAN
BAHAWA PEMIKIRAN BERMULA DENGAN IDEA, YANG BERNAS DAN SIGNIFIKAN. SETIAP
PENGARANG MEMPUNYAI CARA YANG TERSENDIRI MEMILIH BAHAN, MENGEJAPKANNYA
DAN KEMUDIAN MENJELMAKAN MENJADI MESEJ, MUTIARA DAN PERMATA KARYA
• MENURUT S. OTHRNAN KELANTAN (1997:269) PEMIKIRAN BERMAKNA IDEA YANG WUJUD
DARIPADA GOLONGAN INTELEKTUAL YANG MENGGUNAKAN FAKULTI KRITIKAL DALAM
MINDANYA UNTUK MEMIKIRKAN SESUATU MASALAH DALAM MASYARAKATNYA.
• MENURUT MOHD YUSOF OTHMAN (1995:59) PEMIKIRAN MEMPUNYAI PENGERTIAN YANG
LUAS DAN BOLEH DITERANGKAN DALAM PELBAGAI PENDEKATAN. NAMUN BERFIKIR YANG
PASTINYA SUATU USAHA ATAU PROSES UNTUK MENINGKATKAN PENGETAHUAN ATAU ILMU
SESEORANG. OLEH ITU HANYA ORANG YANG MAMPU BERFIKIR BOLEH MELAKUKAN
PERUBAHAN DAN MENJANA AKTIVITI-AKTIVITI YANG BERSIFAT KREATIF DAN MEMBANGUN.
KEMAMPUAN DAN KELUASAN BERFIKIR TIDAK AKAN MENJADIKAN STEREOTYPE DALAM
TINDAKAN DAN AMALANNYA.
• DALAM KONTEKS KREATIF PULA, MANA SIKANA (1988:37) MENJELASKAN PEMIKIRAN SEBAGAI
GAGASAN ATAU PERSOALAN INDUK. PEMIKIRAN ADALAH PERISTIWA YANG TERSURAT DAN
TERSIRAT DARI PERISTIWA YANG HENDAK DIKEMUKAKAN. DENGAN DEMIKIAN, APA-APA YANG
INGIN DISAMPAIKAN OLEH PENGARANG MERUPAKAN PEMIKIRAN IAITU PROSES
MENYAMPAIKAN MESEJ YANG TERKANDUNG DALAM FIKIRAN PENYAIR ATAU PENGARANG.
• TERDAPAT PEMIKIRAN MELAYU YANG DIUNGKAPKAN MELALUI PERIBAHASA SAMA ADA
SIMPULAN BAHASA, BIDALAN, PEPATAH DAN PERUMPAMAAN YANG MENYENTUH ASPEK ILMU
DAN ADAB. PERIBAHASA YANG LAHIR INI MENYERU BANGSA MELAYU SUPAYA MENUNTUT ILMU
PENGETAHUAN DAN MENGAMALKAN ADAB YANG TERPUJI DALAM KEHIDUPAN. ANTARA
PERIBAHASA TERSEBUT IALAH PERUMPAMAAN YANG MENGUNGKAPKAN KEPENTINGAN ILMU
PENGETAHUAN SEPERTI: “BIDUK KALAU TIDAK BERKEMUDI BAGAIMANA IA AKAN LAJU
• KELEBIHAN ORANG YANG BERILMU TURUT DIPERKATAKAN DALAM PANTUN YANG
MEMANCARKAN PEMIKIRAN MELAYU MENGENAINYA. KELEBIHAN ILMU JELAS MEMBAWA MESEJ
MENUNTUT ILMU DAN KEPENTINGAN ILMU MERUPAKAN PEGANGAN DAN PANDUAN DALAM
HIDUP YANG MEMBAWA KEBAJIKAN DUNIA DAN AKHIRAT.
• SUNGGUH TINGGI BATANG KEKABU,
• BUNGANYA PUTIH BAGAIKAN KAPAS;

• SUNGGUH TERPUJI ORANG BERILMU,


• MUKANYA BERSIH HATI PUN IKHLAS
• TEGAK RUMAH KERANA SENDI, RUNTUH SENDI RUMAH BINASA; TEGAK BANGSA KERANA BUDI,
RUNTUH BUDI HILANGLAH BANGSA. MENURUT MANA SIKANA (2005: 131), DALAM KONTEKS
BUDAYA, ASPEK BERBUDAYA SERING DIHUBUNGKAN DENGAN PERIHAL “BUDI” DENGAN
“DAYA”, YAKNI UPAYA BAGI TUJUAN MENJELASKAN HUBUNGAN “BUDI” DENGAN AMALAN
DAN KEUPAYAAN AKAL YANG BERSIFAT MATERIAL DAN KEROHANIAN YANG DISEIMBANGKAN
SECARA TERATUR, BERADAB, BERSOPAN, DAN BIJAKSANA, MANAKALA BAHASA YANG
BERKAITAN DENGAN TUTUR KATA DAN TINGKAH LAKU DILETAKKAN PADA PARAS YANG
SETARA, SAMA NILAI DAN PENTING, SALING MEMBENTUK PERIBADI, PERADABAN DAN
TAMADUN DALAM KALANGAN MASYARAKAT TRADISIONAL MELAYU SELURUHNYA.
• PEMIKIRAN BANGSA MELAYU SESUNGGUHNYA MELIHAT HUBUNGAN ANTARA ILMU DAN ADAB
ADALAH SALING MELENGKAPI YANG MEMBENTUK SUATU HUBUNGAN YANG SENTIASA
BERGERAK SEIRINGAN. DALAM KONTEKS HUBUNGAN YANG BERKAITAN DENGAN PEMIKIRAN
ATAU MINDA MELAYU INI, ILMU DAN ADAB DIPERSEPSIKAN SEBAGAI AMAT PENTING DAN
DIUTAMAKAN. KETINGGIAN ILMU DAN ADAB ADALAH TUNGGAK KEPADA KETAMADUNAN
SESUATU BANGSA. KETANDUSAN ILMU DAN KERUNTUHAN NILAI BUDI ATAU ADAB AKAN
MEMUNGKINKAN KERENDAHAN BANGSA ITU SENDIRI MENURUT PANDANGAN MASYARAKAT
MELAYU
NILAI MURNI DALAM KARYA SASTERA

• KARYA-KARYA SASTERA YANG TERDAPAT DI NEGARA INI MEMANG SARAT DENGAN NILAI
MURNI DAN PENGAJARAN. OLEH YANG DEMIKIAN SANGAT WAJARLAH JIKA GURU BAHASA
MENGGUNAKAN KARYA SASTERA SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DI BILIK DARJAH. DI
SAMPING MENUMPUKAN KEPADA ASPEK-ASPEK PENGAJARAN BAHASA, PENERAPAN NILAI-
NILAI MURNI DAN PENGAJARAN JUGA SANGAT PENTING DAN MERUPAKAN
TANGGUNGJAWAB GURU DALAM MEMBENTUK SAHSIAH MURID-MURIDNYA.
BERIKUT DISENARAIKAN BEBERAPA NILAI YANG
TERSIRAT DI DALAM KARYA-KARYA SASTERA :
• BAIK HATI – IAITU SIKAP MENGAMBIL BERAT TERHADAP ORANG LAIN SECARA IKHLAS, IAITU
TANPA MENGHARAPKAN BALASAN DARIPADA ORANG YANG DIBANTU ITU. SEBAGAI CONTOH
SIKAP SEORANG MURID YANG SUKA MENOLONG KAWANNYA YANG DALAM KESUSAHAN
SEPERTI MENOLONG KAWAN TERSEBUT DALAM MEMAHAMKAN SESUATU PELAJARAN YANG
TIDAK DIFAHAMINYA. NILAI-NILAI INI BOLEH DIDAPATI DARIPADA CERPEN-CERPEN, SAJAK,
PANTUN, CERITA-CERITA RAKYAT DAN SEBAGAINYA.
• PAHLAWANAN – IAITU SIKAP KEBERANIAN SESEORANG. BIASANYA TERDAPAT DI DALAM
CERITA-CERITA RAKYAT, SEJARAH DAN SYAIR. SEBAGAI CONTOH, CERITA SEJARAH YANG
MENGGAMBARKAN KEBERANIAN SEORANG PAHLAWAN DALAM MEMPERTAHANKAN
NEGERINYA DARIPADA JAJAHAN ORANG ASING.
• HORMAT-MENGHORMATI – IAITU SALING MENGHARGAI DAN MEMULIAKAN SESEORANG DAN
MEMBERIKAN LAYANAN YANG BERSOPAN SERTA BERPANDANGAN TINGGI TERHADAPNYA.
SEBAGAI CONTOH MENGHORMATI KEDUA IBU BAPA, GURU DAN ORANG YANG LEBIH TUA.
NILAI HORMAT-MENGHORMATI INI BIASANYA DIDAPATI DI DALAM CERPEN, PANTUN, SYAIR
DAN SEBAGAINYA.
• KERAJINAN – IAITU USAHA BERTERUSAN DENGAN SEMANGAT KEGIGIHAN, KECEKALAN,
DEDIKASI DAN DAYA USAHA DALAM MELAKUKAN APA JUA KERJA YANG BIASANYA BERKAITAN
CITA-CITA SESEORANG. NILAI INI BIASANYA DIMASUKKAN DALAM PANTUN BERUPA NASIHAT,
CERITA-CERITA, CERPEN, NOVEL DAN SEBAGAINYA.
• PATRIOTISME – IAITU PERASAAN SAYANG DAN BANGGA KEPADA NEGARA DAN BIASANYA
NILAI-NILAI BERUNSURKAN PATRIOTISME INI DISELITKAN DI DALAM LAGU-LAGU, PANTUN,
SAJAK, CERITA RAKYAT DAN SEBAGAINYA.
• SELAIN NILAI-NILAI YANG DISEBUTKAN DI ATAS, TERDAPAT NILAI-NILAI LAIN YANG TERSIRAT DI
DALAM KARYA-KARYA SASTERA. SEBAGAI CONTOH NILAI KERJASAMA, KESEDERHANAAN,
KESYUKURAN, SEMANGAT BERMASYARAKAT, KEBEBASAN, BERDIKARI DAN SEBAGAINYA.
• MEMANG TELAH LAMA KUFIKIR
UNTUK BERBAKTI
PADA IBU DAN SIAPA NANTI
ALIH-ALIH TIBA SAATNYA KAMI MENYENDIRI
ANTARA HIDUP DAN MATI

LALU SEKARANG SEMUANYA BAGAI MEMBEBANI


JAUH-JAUH DINIHARI AIR MATA MEMBASAHI
DAN TITIS-TITISNYA MERESAPI NADI SENDIRI
JUSTERU KERANANYA BAGAI MENUNTUTI
SEBUAH UNGKAPAN YANG TAK BERERTI LAGI
• SEJAK KECIL PUN AKU DIAJARI
TENTANG ANAK-ANAK YANG SALAT
BALASANNYA ADALAH SYURGA
BERSAMA IBU YANG TERCINTA
DAN PARA SYUHADA.

TAPI BILA AKU TELAH DEWASA


IBU SUDAH TIDAK MAU BERCERITA
DAN AKU JADI LUPA
TENTANG HUKUMAN ANAK DERHAKA
• KARYA SASTERA YANG DITERANGKAN DI ATAS MERUPAKAN CONTOH YANG DAPAT DIAMBIL
DARIPADA SEBAHAGIAN KARYA-KARYA SASTERA YANG ADA. NAMUN KARYA-KARYA SASTERA
LAINNYA JUGA MENGANDUNGI PELBAGAI NILAI YANG JUGA BOLEH DIGUNAKAN DALAM
MENYAMPAIKAN PENGAJARAN GURU KEPADA MURID-MURIDNYA DI BILIK DARJAH. TERPULANG
KEPADA GURU BERKENAAN UNTUK MEMILIH KESESUAIAN BAHAN YANG AKAN DIAJARKAN KEPADA
MURID-MURIDNYA. GURU HARUS PANDAI MENGOLAH BAHAN-BAHAN SASTERA YANG DIPILIH AGAR
NILAI-NILAI MURNI DAN PENGAJARAN TERSIRAT DI SEBALIKNYA, AKAN DAPAT DISAMPAIKAN
DENGAN BERKESAN KEPADA MURID-MURID. DENGAN ADANYA KERTAS KERJA INI, DIHARAP PARA
GURU DAN BAKAL GURU AKAN DAPAT MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADANYA.